Suami konon merayu sebab aku failkan cerai sedangkan dah 3 kali aku minta cerai

Hutang dah bertimbun, suami asyik berhutang sampai tak mampu nak bayar. Suruh kerja guard tak nak, tak standard kata dia. Dia tetap macam tu lalui hidup dengan tenang. Setiap waktu pergi masjid. Join jemaah tabligh. Aku macam orang giIa. Siang malam fikir hutang. Bila aku nekad bercerai bapa mertua marah, h1na aku..

#Foto sekadar hiasan. Sekadar perkongsian. Semuanya telah berakhir. Namun bila dikenang terasa menggigiI seluruh badan. Perkahwinan aku berakhir selepas 14 tahun. Ya 14 tahun. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan dia sangat baik sepanjang perkahwinan kami.

Dia tak pernah menengking, tak pernah memukuI, tak pernah curang, suami yang sangat membantu. Tapi aku tetap memilih untuk berpisah. Rasa macam aku yang bersalahkan. Tapi nasihat aku pada semua wanita yang akan atau sedang berkahwin.

Jangan la kita dibutakan dengan kebaikan sehingga buta dengan pend3ritaan yang dialami. Aku ringkaskan sebab utama aku memilih untuk berpisah adalah TANGGUNGJAWAB DAN HUTANG. Memang sukar untuk aku terangkan sebab aku ini pada orang lain.

Sebab tu aku memilih mendiamkan diri bila orang bertanya kenapa aku minta cerai. Korang bacalah kisah aku ni. Di akhir nanti korang fikir la. Kalau korang jadi aku apa yang korang akan buat. Sepatutnya dari sebelum berkahwin aku dah dapat menghidu sifat lelaki sebegini.

Tapi mungkin kerana dia ‘baik’. Aku ‘terlalu’ cinta, percaya dan akhirnya jadi buta. Kami bercinta masa aku masih belajar dan dia dah bekerja. Aku pernah minta dia simpankan duit. Bila aku minta semula duit tu dia tak dapat pulang mengikut jumlah yang sepatutnya.

Masa tu sepatutnya dah ada keraguan. Tapi aku hanya anggap mungkin dia guna sebab sangat memerIukan. Selepas kahwin oleh sebab aku masih belajar. Kami memilih untuk duduk asing dulu. Jadi, aku tak kisah dia tak sediakan rumah.

Tapi dia buat satu cerita bila kami nak mulakan kehidupan baharu. Dia dihalau dari rumah sewa oleh kawan dia dengan sebab yang tidak jelas. Oleh kerana sangat kesiankan dia. Kebetulan masa kami kahwin aku tengah cuti sem, jadi aku bawa dia duduk rumah sewa aku sebab kawan – kawan semua balik kampung.

Mak aku bagi semula duit hantaran yang aku beri pada mak untuk belanja kenduri. Kami gunakan duit tu untuk deposit umah sewa kami. Senyum la dia kerana selesai masalah dia. Aku masih b0doh. Tak rasa pelik dia langsung takde duit.

Masa tu rasa duit dia dah habis sebab majlis perkahwinan kami kot. Jadi takpe la. Aku tolong dia. Bila dah bergeIar isteri. Kebetulan aku minta nak guna no phone dia sebab aku suka no tu. Dia pun bagi saja. Mula la dari saat aku guna no phone dia.

Aku dapat panggiIan tentang hutang. Yang pertama dari pihak MOCCIS (Kalau tak silap eja. Entah wujud lagi ke tak syarik4t ni). Minta bayaran pinjaman RM3k. Satu lagi dari EON bank (kalau tak silap dah tukar hong leong bank). Minta bayaran kad kredit RM5k.

Amaun ni semua kalau aku tak silap. Ingat – ingat lupa. 14 tahun lepaskan. Semua hutang tu dia tak pernah bayar kata syarik4t dan bank. Aku tanya dia pasal panggiIan – panggiIan ni. Aku tak tahu la macam mana aku boleh terima saja alasan dia.

MOCCIS adalah hutang kawan dia. Kawan dia minta dia pinjamkan bagi pihak kawan dia untuk kawan dia buat deposit beli motor tzm. EON bank pun katanya hutang kawan dia. Kawan dia pinjam kad kredit tu untuk belanja kahwin.

Kalau korang, korang terima tak alasan tu? Aku terima sebab dia ‘baikkan’. Takkan dia tipu. Aku pun ajak dia cari kawan – kawan dia tu. Dia ikut permintaan aku. Dia bawa aku pergi tempat dia kerja. Untuk cari kawan dia yang hutang MOCCIS, dia bawa aku ke tapak pasar malam untuk cari kawan dia hutan EON bank.

Kebetulan masa kami pergi semua kawan dia takde. Tapi aku pun sangat yakin dia betul. Sebab dia dah bawa aku kan pergi cari kawan dia tu. Dari hari ke hari aku desak dia tuntut hutang – hutang tu dari kawan – kawan dia tu. Dia pun cakap dia dah minta. T

api kawan – kawan dia buat b0doh. Marah – marah dia. Macam dia pulak yang berhutang. Aku yang b0doh ni terus percayakan dia. Kesiankan dia. Diakan ‘baik’. Akhirnya aku yang tak sanggup nak jawab panggiIan bank. Entah dari mana aku dapat duit.

Aku pun dah lupa. Aku tutup semua hutang tu. Selesai. Masuk fasa seterusnya. Bila aku dah kerja. Alhamdulillah. Kerja gomen. Gaji pun ok. Kami start ada anak. Kereta wira yang kami pakai sem4kin uzur. Aku minta jual kereta wira tu dan aku beli myvi guna nama aku.

Seronok la dia dapat pakai kereta baru dah dia jual kereta lama dia. Seriusly aku tak amik tahu pun pasal jual beli kereta tu. Pada aku dah selesai. Tapi entah macamana selepas lebih kurang 5 tahun kot. Adik dia nak guna nama dia sebagai guarantor tak lepas.

Nama dia sangkut kat bank negara. Menggelabah la aku. Dia pun menggelabah juga la kononnya. Call bank negara rupanya sangkut sebab kereta wira yang dia jual. Dia tak tukar nama. So kereta tu dijual pada orang lain. Hutang kereta masih ada.

Orang tu tak bayar. Kereta kena lelong. Dari balance hutang kereta just RM7k masa kami ‘jual’ dah menginjak pada RM14k. Allahu akhbar. Kesiannya aku rasa pada suami aku masa tu. Rasa dia diani4ya sangat. Padahal aku yang b0doh.

Kenapa la aku tak kisahkan pasal jual kereta tu masa tu. Surat perjanjian pun takde. Aku percaya bulat – bulat saja kat dia. Diakan ‘baik’. Kerana kasihan entah dari mana aku dapat duit. Aku pun dah lupa aku bayarkan RM14k tu. Selesai.

Kalau nak cerita sepanjang 14 tahun kisah hidup kami. Panjang la pulak kan. Aku ringkaskan la. Dengan balance gaji dia RM1300 dia bagi semua gaji dia kat aku. Bestkan. Suami bagi semua duit gaji dia kat kita. ‘baikkan’ suami macam ni.

Belanja dia hari – hari aku la yang kena bagi sebab semua duit dia kat aku. Korang rasa RM1300 cukup ke untuk bayar kereta (dua biji. Masa ni dah tambah kereta), bayar rumah, bayar pengasuh anak 2 orang dan lain – lain. So tanpa aku sedar aku la yang mencukupkan semua.

Sampai tahap dah pandai buat kira – kira. Aku pun duk bincang ngan dia. Aku mula utarakan. Gaji dia sebenarnya tak cukup. Aku terp4ksa cover banyak perkara. Aku takde simpanan. Janji aku nak bagi duit kat mak lepas kerja pun aku tak dapat tunaikan.

Duit aku semua habis untuk kehidupan kami. Gaji aku bukan sikit. Masa tu dah RM4k. So pada aku dia kena la kot cari – cari part time bagi up sikit income dia. Dalam ye la. Ye la dia. Dia tak buat pun apa yang dia cakap. Aku dah mula str3ss.

Aku mula buat pinjaman peribadi. Pernah ikut cadangan dia untuk buat bisness ikan keli (bisnes ala – ala pak man telo, skim cepat kaya). Tak ke mana pun bisnes tu. Lastnya syarik4t tu tutup. Hutang tetap hutang. Kena bayar. Aku pun mula bagi cadangan untuk restructure balik kewangan kami.

Aku buat pinjaman MBSB RM100k. Tutup hutang bank aku dengan dia yang sedia ada masa tu. So kami satukan hutang kat MBSB saja. Setuju. Tak lama aku tutup hutang bank dia. Dia buat semula hutang RM40k kalau tak silap dengan bank rakyat.

Gara – gara join bisnes skim cepat kaya sekali lagi. Termenung la aku sendirian. Takpe la. Aku husnuzon saja. Benda dah nak jadi. Bertabah la aku. Jadi korang dah boleh nampak macam mana bebanan komitmen kamikan. Bau – bau g4duh dah bermula sebab duit.

Ungkit mengungkit dah start jadi perbualan harian. Sampai aku tanya dia minat niaga tak?. Dia kata minat. Dia start la pergi kurus berniaga sana sini. Dengan sijil – sijil yang dia ada. Aku pun konfiden dia mampu menjadi peniaga berjaya.

Dia berhenti kerja. Tanpa pengalaman, kajian dan panduan. Bisnes pertama. Dia buka kiosk di tesco guna duit dia dapat masa berhenti kerja. Rasanya korang boleh agak apa jadi kat perniagaan tu kan. Bila dah termenung sekali lagi.

Aku pun ajak la dia balik kampung. Cuba niaga kat kampung la pulak. Selepas puas aku, aku ye. Fikir apa perniagaan yang sesuai. Aku pilihkan dia perniagaan vending machine. Rezeki kami. Dia dapat offer buka 3 vending machine di 2 buah asrama penuh.

Bermodalkan duit jual rumah dan duit kwsp mak aku. Kami mulakan perniagaan vending machine. Untung lepas – lepas saja la. Oleh kerana masa dia untuk dia bekerja / service vending machine tu 3 hari saja. Aku suruh la dia buat part time lain. Hmm.

Bisnes aku urus. Nak cari part time pun aku yang beriya fikir. Lastnya aku geram aku suruh dia urus sendiri semua. Aku penat urus anak, urus makan minum diorang. Dengan kerja aku lagi. Aku juga ke yang nak kene urus perniagaan dia.

Tapi tak lama dia pegang perniagaan tu. H4ncur. Income entah ke mana. Hutang tak terbayar. Aku mula tambah lagi hutang bank. Hutang dengan along (kononnya pusat pinjaman berdaftar). Hutang ngan mak cik aku. RM50k tau.

Semua untuk bantu dia. Macam – macam la sebab kenapa aku buat semua tu. Malas dah nak cerita. Kalau orang lain dengan modal yang aku bantu tu. Dah jadi businessman berjaya agaknya. Sampai satu tahap. Semua barang kemas aku habis tergadai.

Dia juga yang gadai. Semua gara – gara nak tampung hidup. Hidup m4kin huru hara. Hutang mula tak terbayar. Dia masih tetap nak jadi businessman. Aku cadang kat dia cari kerja gaji tetap. Kerja guard pun takpe. Janji ada kerja. Ada kerja.

Mana standard diakan. Dia ikut Iagak dia juga. Kereta mula tak terbayar. Yang kena tarik kena tarik. Barang kemas tak mampu t3bus. Semua kena lelong. Hutang along. Member aku kesian kat aku dia dia tolong bayar penuh sebab bimbang keselamatan aku.

Aku bayar sikit – sikit kat dia. Aku tengok dia tetap macam tu. Lalui hidup dengan tenang. Setiap waktu pergi masjid. Join jemaah tabligh. Aku macam orang giIa. Siang malam fikir hutang. Cari duit macam mana nak bayar hutang. Nak tanggung makan minum kami sekeluarga.

Dia? Macam tu la. Tenang. Insan warak. Bapa penyayang. Setiap hari hantar ambil anak dari sekolah. Join program masyarakat. Aku dah macam m0nster. Hari – hari berangin dengan dia. Hidup dah macam kapal karam. Dia masih berIagak macam hidup kat kapal mewah.

Sampai la satu hari aku rasa sangat b0doh. Gaji masa tu dah RM5k. Hidup lebih susah dari orang yang gaji RM500. Atas pandangan beberapa orang rakan. Dan restu mak. Aku nekad nak bercerai. Aku pergi mahkamah sendiri dan failkan cerai.

Masa ni kononnya dia terk3jut. Merayu – rayu kat aku. Padahal ini adalah kali ke tiga aku minta cerai. Mungkin dia ingat aku tak berani nak bertindak kot sebelum ni Aku nekad dan akhirnya aku bercerai. Walaupun teruk aku dih1na bapa dia lepas bercerai. Aku terima.

Yang penting aku betul – betul rasa tenang walau masalah keliling pinggang. Berkat doa mak aku berjaya menyelesaikan masalah kewangan aku dan hidup stabil semula. Aku berjaya settle hutang along dan macam – macam hutang lagi la.

Sampai sekarang aku bayar sikit hutang RM50k mak cik aku. Aku pernah juga bersuara tentang hutang – hutang ni dengan dia. Takkan aku tanggung semua. Dia dengan ri4knya kata. Dia akan bayar hutang makcik aku tu dengan hutang – hutang lain sekali.

Tapi sampai sekarang satu sen habuk pun takde. Takpe la. Itu bahagian dia. Wallahualam. Mungkin berkat kesabaran. Allah hadirkan seorang lelaki dalam hidup aku yang merubah 360 darjah hidup aku. Seorang yang businessman humble.

Aku sendiri tak tahu siapakah dia sebenarnya sampai la kami berkahwin. Alhamdulillah. Hidup aku bertambah – tambah baik. Tapi suami aku banyak tolong aku. Belanja berpada – pada. Simpanan kena ada. Bekas suami aku pulak apa cerita.

Mana boleh kalahkan. Dia pun kahwin juga dalam keadaan dia masih huru – hara. Tapi alhamdulillah. Dia berj0doh dengan seorang guru yang dengarnya dij0dohkan oleh family dia. Teringat aku masa dia kahwin. Anak – anak semua dia bawa.

Dia datang pada keluarga perempuan tu sehelai sepinggang. Tanpa kerja tanpa harta. Mungkin. Aku kata mungkin. Dia berjaya jaja cerita sedih dia ditinggalkan isteri yang tak mampu sama – sama hidup susah bersama dia. Apapun aku terbayang masa mula – mula dia kahwin dengan aku dulu.

Ceritanya hampir sama. Kononnya dia dihaIau dari rumah sewa. Datang pada aku sehelai sepinggang. Tersenyum bula teringat. Cerita yang hampir sama. Takpe la. Diri dia yang ‘baik’ ni mungkin rezeki isteri dia sekarang. Hee. Moga yang baik – baik untuk mereka.

Untuk perempuan – perempuan di luar sana. Bukan semua orang baik akan menjadi seorang yang bertanggungjawab. Bukan semua orang warak itu alim. Agama adalah untuk diamalkan. Bukan ditunjukkan. Hati – hati dalam mencintai seseorang.

Buka sedikit hati untuk menilai keburukan jika ada kesangsian. Untuk para isteri. Kurang – kurangkan ambil alih tugas suami. Islam dah menetapkan. Mereka la pencari nafkah dan tempat kita berIindung. Cukup la kita membantu dia dari belakang dan bukan dihadapan.

Wallahu alam. Kalau ada pengajaran dari kisah aku ni ambil la. Aku pun tak tahu dari mana aku dapat kekuatan untuk tempuh tempoh 14 tahun tu. Terima kasih Allah. – Ann (Bukan nama sebenar)

Marini Marissa : Nak tengok alim atau tak seseorang, baik atau tak seseorang adalah pada habitnya dengan hutang. Mana mungkin seorang ‘alim’ boleh berhutang dan melupakan hutang hutangnya dan lari dari tanggungjawab bayar hutang.

Sebab dalam Quran, ayat paling panjang adalah berkenaan dengan hutang (surah Albaqarah, ayat 282). Permulaan je dah sebut “wahai orang beriman, kalau kamu berhutang, tulislah tentang hutang itu..”. Betapa Allah nak ingatkan sangat penting bab hutang jangan sampai terlupa.

Yang m4ti tak bayar hutang Nabi s.a.w dulu tak akan solat jen4zah pada dia. Yang m4ti tak habis bayar hutang, tak akan bau syurga. Pergi la tabligh, keluar berdakwah berkali – kali, tapi selagi hutang tak selesai, benda ni mcm baldi yang bocor.

Johan Bolong : Terima kasih perkongsian sis. Aku semenjak bapak aku meninggaI masa kecik dulu. Autom4tik jadi tulang belakang keluarga. Keadaan hidup mem4ksa untuk banting tuIang walaupun tuIang yang nak di banting tu dah patah retak.

Tanggungjawab sebagai lelaki, hakik4t menjadi lelaki harus mencari nafkah tu dah sebati dalam hidup. Alhamdulillah. Allah permudah semua. Dulu nak makan pun susah, sekarang aku dah dapat tanggung pendidikan adik – adik sampai habis.

Mak aku wanita bijak. Diajarnya anak lelaki untuk bertanggungjawab pada keluarga. Cuma itulah. Pengalaman jaga anak orang aku tak ada lagi. Harap aku kuat untuk terus amanah dan bertangunggjawab sebagai seorang lelaki.

Mashitah Mashie : Bahana hutang. Dah tu sombong. Saya paling tak suka lelaki jenis buang masa gitu. Dah tahu tak cukup tak reti – reti nak usaha. Yang dia tahu nak tambah hutang.. Hish.. geram. Modal air liur. Nampak luaran baik tapi kita yang duduk dengan dia je tahu per4ngai dia.. nauzubilahhiminzaliq….

Sumaiyah Mohd Rasidi : Bab hutang ni memang betul bah4ya. Serabut hidup dengan hutang. Syukur puan ambk tindakan yang betul, sampai bila nak hidup dengan lelaki tak sedar diri dok jerat diri sampai macam tu sekali.

Tu pun banyak dah puan handle tapi tak jugak bekas laki tu sedar sebab seronok, dia tak payah nak susah – susah fikir. Saya pun sejenis takut nak berhutang ni, biarlah hidup sederhana dari dibelenggu hutang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.