Suami konon nak supr1sekan aku, tapi akhirnya dia simpan je hadiah tu dalam bonet kereta sebab dia malu..

Biasalah perempuan nak k3jutan masa harijadi tapi takde pun. Esoknya aku bukak bonet kereta aku nampak yang macam orang buat surpr1se deIivery dengan duit tu. Memang nampak sangatlah gubahan bunga tu hasil tangan laki aku tapi dia guna duit print kat kedai! Aku tanya dia, kenapa tak bagi…

#Foto sekadar hiasan. Intro macam biase, nama aku Kiambang. Dah tentu bukan nama sebenar. Cerita ni berkisarkan kami laki bini. Aku berumur lewat 20-an. Dah berkahwin 5 tahun, anak sorang. Ya, aku si bini. Tak pasti cerita ni bakal disiarkan atau tak. Tapi aku just nak cerita juga. Aku membayangkan aku sedang bercerita dengan seseorang. Jadi, tak kisah sangat disiarkan ke tak. Kalau ye alhamdulillah. Kami laki bini termasuk dalam golongn marhaen yang terjejas akibat covid-19 dari Mac 2020. Aku sebenarnya penyumbang terbesar ekonomi rumahtangga.

Kami ada 2 buah kereta. Satu 2nd, satu kereta baru yang dibeli pada hujung 2019. Sebab kereta lama asyik r0sak. Alasan teringin kereta baru saja sebenarnya. Dan ada sebuah rumah yang dah dibeli tahun 2018. Semua yang tersenarai tu jatuh di pundak kepala aku. Tak termasuk lagi ASBF, medical kad dan lain – lain. Dipendekkan cerita aku hilang kerja dan laki aku hanyalah bekerja sebagai secur1ty walaupun dia ada sebenarnya ada degree. Gaji minima dengan Epf tak ade, socso apatah lagi.

Slip gaji pun tak ade. Aku ada simpanan wang untuk kec3masan. Tapi tak mampu untuk bertahan lama. Kami buat keputvsan untuk balik duduk rumah mak. Rumah sekarang sewakan. Aku beli rumah atas angin je. Jadi cepat juga dapat orang sewa. Sekarang tengah pikir macam mana nak bayar kereta, Mac ni dah habis segala moratorium. Alhamdulillah, bila situasi macam ni, aku sedaya upaya untuk Jana pendapatan dan mula semula buat saving sementara masih duduk di rumah mak.

Jujur sebenarnya aku tebal muka. Dari zaman belajar aku jenis yang berdikari dan cari duit sendiri. Tapi aku anggap ni peluang dan hikmah Allah nak bagi untuk kami jadi lebih baik. Usaha lagi. Bermula dari bawah balik macam awal – awal kawen. Tapi LAGI par4h sebab dah ada anak dan komitmen. Situasi macam ni, kita akan lebih cepat str3ss dan mudah untuk salahkan pasangan. Termasuk lah aku. Bila masa aku str3ss, aku akan persoal kenapalah laki aku ni tak macam orang lain. Boleh support anak bini, pandai cari duit.

Tapi percayalah keadaan tak akan bertambah baik kalau kita saling menyalahkan dan tak cuba cari jalan penyelesaian. Bulan lepas birthday aku. Aku tak lah beri harapan tinggi sangat untuk laki aku buat k3jutan ke ape. Tapi masih mengharap. Biasalah perempuan, mulut kata lain, hati kata lain. Yang aku nak cerita ni, tentang esoknye tu, aku buka bonet kereta. Aku nampak yang macam orang buat surpr1se delivery dengan duit tu. B0uquet fl0wer.

Tapi, Alkisahnya memang nampak sangatlah gubahan tu hasil tangan laki aku. Dan, duit printed. Ya, Laki aku print gambar duit dekat kedai. Aku tanya la dia, kenapa simpan. Tak bagi pun. Dia cakap dia segan. Dia tak ade harta yang dia boleh bagi dekat aku. Dia pun macam orang lain yang nak bahagiakan bini dia. Nak bagi macam orang lain. Mungkin aku pernah saja – saja tag dia dekat fb gambar b0uquet duit. Dia cuba untuk beri, dengan kemampuan yang dia ada.

Aku terharu. Sebab aku tak sangka dia terpikir buat macam tu demi nak gembirakan aku walaupun terbantut hajat dia nak bagi. Hati aku memang syahdu sangat rasa waktu tu. Tapi aku tak cakap apa – apa. Masa dia drive aku curi – curi pandang dia macam orang tengah tengok crvsh. Tapi masih tak tahu nak respon macam mana. Walaupun dia tak dapat bagi, tapi dia dah menang di hati aku. Di sebalik segala kepayahan sekarang ni, ada satu benda yang bertambah.

Kecintaan aku pada dia. Cia cia. Silakan munt4h. Aku tak kisah. Aku ni jenis keras. Tak de jiwang – jiwang. Tapi kali ni memang betul – betul mengusik jiwa kewanitaan aku. Haha. Tulis smbil bergenang air mata sebenarnya. Cover line dengan gelak. Laki aku mungkin banyak kelemahan. Dia tak kaya. Senang pun belum. Bukan juga alim ustaz yang pandai mengaji, solat di masjid. Orang surau pun tak pernah kenal dia. Pendiam tak reti bercakap. Aku yang selalu jadi mulut dia.

Entah la tak tahu macam mana dia hidup sebelum kahwin. Nak tanya harga kuih pun cuit aku. Oh ya. Kami nikah bukan sebab dia ngorat aku. Sekarang pun masih aku yang ngorat. Tapi aku tersedar satu benda, akulah kekuatan dia. Yang menampung segala kelemahan dia. Saling membantu dalam urusan kebaikan, saling berpesan – pesan. Walaupun dia bukan siapa – siapa di mata orang lain, dialah hero kami. Orang yang sangat peka dengan anak bini. Walaupun dia tengah tido nyenyak, anak menangis dia tersedar dulu.

Cepat – cepat dia pergi buat susu tak nak bagi aku terjaga. Bila aku mengadu Ienguh badan, s4kit kepala, dia terus datang urut smpai aku tak sedar dah terlena. Aku yakin 99% pasangan berkahwin akan ada rasa, “ish kenapalah pasangan aku macam ni, kenapalah tak macam tu.” Paling tak terdetik sekali saja di hati. Aku dulu rajin cari g4duh dengan dia. Sampai penat tak mau g4duh dah. Sebab tak ade siapa yang sempurna.

Dalam situasi sekarang ni, kami berdua sedaya usaha untuk mencari rezeki dan uruskan keluarga dengan cara kami tersendiri. Kadang kita terlalu sibuk dengan urusan tanggungjawab dan urusan sehari – hari, tapi terlupa untuk ambil masa sekejap tengok pasangan dekat seboleh yang tengah tido smbil renung kebaikan dia pada kita. Betullah, bahagia tak pernah meletakkan harta sebagai syarat. Semoga Allah keluarkan Kita dari kemeIut ekonomi akibat covid-19 ni dan beri bahagia pada semua.

Doakan kami laki bini untuk terus bahagia, sihat diIimpahkan rezeki yang berkat. Aamiin. – Kiambang (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Madamme Que : Sebak baca. Boleh bayangkan betapa sayangnya suami kat puan, cuba bahagiakan puan semampunya. Dan baiknya hati puan yang pandai menghargai. Manis dan indah. Hidup dengan sentiasa rasa syukur. Tahniah puan. Tak ada yang sempurna di dunia ni. Tapi kita saling melengkapi, kan? Bantu membantu. Rasa ihsan dan empati dalam diri masing – masing mencambahkan rasa cinta di hati.

Suami yang menghargai isteri, akan menjadikan isteri lebih taat dan hormat padanya. Bahkan m4kin cinta. Biarpun tak punya harta, tapi hati bahagia. Seadanya. Semoga Allah Iimpahkan rezeki dan rahmat buat puan sekeluarga.. Dan bercinta hingga ke syurga. Kan baik kisah – kisah begini diangkat jadi drama.

NurAz Wan : Rasanya, diawal perkahwinan, semua orang ada harapan yang tinggi pada pasangan. Sampai masa, bila kita dihemp4s 0mbak kehidupan ke pantai realiti, kita mula sedar. Ada orang dengan mudah menerima kenyataan, ada orang menerima separuh hati, terima dengan rungvtan.  Ada juga yang langsung tidak dapat terima, dan rumahtangga berant4kan. J0doh kita, adalah yang terbaik (ada juga yang tidak), kalau kita sanggup bertolak ansur dan saling melengkapi. Kita sendiri serba kekurangan, bagaimana mungkin kita layak dapat mr / miss perf3ct.

Meera Alyahya : Semoga dikurniakan rezeki yang banyak lagi berkat untuk tt dan keluarga. Dekat bayaran bulanan untuk komitmen tu, tt boleh pergi buang ASBF tu dulu buat masa skrg. Esok – esok dah kerja balik, boleh buat balik. Yang kereta tu boleh bincang dengan pihak bank, ada bank boleh kurang bayaran bulanan tapi tahunan bertambah la. Ini kalau nak kurang komitmen bulanan tt sebelum dapat kerja balik la.

Nur Syamimi : Allahu. Nangis bila baca b0uquet dengan printed wang ringgit tu. Tak dapat bayang macam mana suami puan tebalkan muka pergi print duit tu. Semoga segalanya bertambah baik buat kalian selepas ini. Yang susah akan berlalu, InsyaAllah. Baiki solat dan banyakkan berdoa minta hanya padaNya. Oh ya, suami bila isteri redha InsyaAllah rezekinya akan bertambah.

Adlin Farahin : Saya sorang je ke yang menangis baca. Semoga saling melengkapi dan terus bahagia ke jannah. Betul, orang cakap suami tak perlu berharta sangat, paling penting ada sikap tanggungjawab dan timbang rasa. Dua sikap ni yang sebenarnya datangkan rasa hormat dan cinta daripada isteri. Nampak 2 benda ni kecik tapi sk0pnya besar. Semoga Allah mudahkan sesiapa yang terkesan akibat pandemik ni. St4y str0ng yu0lls!