Abg ngah pukuI dan fitnah kakak sebab dia marah kakak beli kereta letak nama sendiri

Kami hidup susah sebab ayah dan abang ngah selalu berhenti kerja. Lepas habis belajar kakak terus cari kerja untuk tanggung kami sekeluarga. Rumah, kereta, semua kakak yang beli. Satu hari aku balik sekolah, abang ngah tengah marah kakak, dia tuduh kakak pergi buat maksi4t. Esoknya kakak buat keputvsan..

#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 : Salam semua pembaca. Hai nama aku Laila. Aku ada 4 orang adik beradik. Tahun ni genap 7 tahun kakak aku menghilangkan diri. Ceritanya bermula bergini. Kami berasal dari keluarga yang susah. Ayah dan abang ngah selalu berhenti kerja. Kami jadi m4kin susah bila abang long meninggaI dunia. Dua tahun selepas tu kakak dapat sambung belajar. Kakak seorang yang sangat tabah bagi aku. Kakak kerja macam – macam untuk sara hidup dia sebab dia tak nak bebankan ibu.

Semasa kakak sedang belajar, keluarga aku kembali stabiI. Dapat pakai kereta baru tapi tak lama. Sebab dua bulan sebelum kakak habis belajar, ayah berhenti kerja lagi. Bila kakak habis belajar, kakak tekad untuk cari kerja di seberang walaupun banyak Iecturer dia yang cari untuk dan nasihatkan dia untuk sambung master sekali dengan geran. Namun kakak tolak, aku pernah nampak kakak suguI dan sedih dalam bilik sorang – sorang.

Syukur alhamdulillah tak lama lepas tu kakak dapat kerja dan dapat tanggung kami sekeluarga. Kami beli rumah baru dan berpindah. Sejak tu kakak la yang tanggung segala perbelanjaan, dari bayar kereta, rumah, belanja sekolah, senang cerita gaji ayah hanya simpan untuk ayah dan ibu sahaja. Kakak tanggung abang jugak bila dia berhenti kerja dan takda duit. Kakak kata siapa lagi nak jaga family kita kalau bukan kita sendiri. Hidup kami bahagia dan gembira.

Satu hari aku balik sekolah, aku tengok semua bermasam muka. Entah kenapa. Rupanya bila kakak balik kerja malam tu, abang ngah marah – marah. Dia tuduh kakak selalu balik lambat sebab pergi buat maksi4t. Katanya kawan – kawan dia semua nampak. Ibu dan ayah diam seribu bahasa. Malam tu kakak dipukuI teruk. Kakak cuba beIa diri. Kakak cakap dia kerja di Singap0re naik kender4an awam. J4mmed, penat lagi. Mana ada masa nak lepak – lepak semua.

Dan aku akui memang kakak betul sebab kakak yang aku kenal hanya akan keluar jumpa kawan masa hari cuti sahaja. Kakak kata penat. Pagi pukuI 6 dah keluar. Malam pukuI 8 lebih baru sampai rumah. Memang setiap hari begitu la rutin kakak. Tapi m4kin kakak bertahan m4kin teruk kakak dipukuI, disep4k dan ditumbvk. Dan tak ada sorang pon yang pert4hankan kakak. Esoknya aku bangun sembahyang aku tengok muka kakak b3ngkak – b3ngkak. Tangan kakak berbaIut sebeIah.

Kakak tengah bersiap. Kakak kata, “takpe harini kakak pergi. Satu hari nanti kebenaran akan datang jugak.” Kakak tinggalkan rumah yang dibeli atas nama sendiri. Kakak bawak kereta ke mana pon aku tak tahu. Kebetulan kakak baru gaji. Dia tinggalkan jumlah secukupnya untuk kami. Seminggu lepas tu ada orang datang rumah hantar kereta. Katanya kakak yang suruh. Betul kata kakak, tak lama lepas tu abang mengaku yang dia marah sebab kereta rumah semua atas nama kakak.

Dan dia sengaja buat cerita untuk buang kakak dari family. Aku tengok ibu ayah betul – betul menyesal dan cuba cari kakak. Tapi kami jumpa jalan buntu. Setiap bulan kakak akan masukkan duit dalam acc bank ibu. Kalau raya, banyak jugak kakak masukkan. Memang kami hidup mewah semua hasil titik peluh kakak yang kami tak tau kat mana. Bila aku masuk IPTA, aku dapat sebijik hiIux. Terk3jut bukan main. Orang yang hantar tu kata kakak yang belikan, pesan kakak belajar rajin – rajin.

Sekarang dah nak masuk tahun 3, kakak masih tak dapat kami hubungi. Apa yang aku tahu kakak sekarang berada di Jerman. Itu pon sebab kakak ada hantar barang masa aku kat hostel. Aku cuma berharap kakak balik semula. Aku dari belum habis sekolah sampai nak habis belajar, kakak masih menyepi. Aku hormat kakak sebab dia tak pernah abaikan tanggungjawab terhadap keluarga kami. Tak pernah orang datang mintak hutang. Tak pernah kami kurang makan pakai. Siap boleh hantar ibu ayah ke mekah.

Tapi semua duit kakak bank in dan semua urusan melalui orang. Apa yang kami tahu semua dah tersedia depan mata. Tabahnya kakak hidup sebatang kara. Khilafnya kami kerana tak nampak peng0rbanan seorang kakak. Aku harap confession ni diviraIkan sampailah kakak dapat baca. Kami semua rindu kakak. Abang pon dah ada anak 2. Tanpa kakak di sisi aku rasa kosong. Sebab kakak la yang paling banyak mengajar aku erti kehidupan dan menyulam sabar disaat kami susah dahulu. -Adik seorang kakak-

Komen Warganet :

Huzaifah Al Banjari : Abang dia kurang ajar! Wajib la semua nama kakak, dah semua kakak yang tanggung. Patut abang dia tu pon kena tukar nama jadi kakak sebab hidup abang dia pon kakak tanggung! Huh!

Are Bey : Tak payah balik la, kerja pun dah bagus. Tanpa diorang pun kakak boleh hidup mewah kaya raya. Buat apa nak balik kat rumah tu lagi? Tak kan nak jiIat Iudah sendiri kot? Cukup masa hantar duit je, habis cerita. Nanti kalau balik ntah – ntah per4ngai abang ko tu masih sama tambah lagi kikis duit nak sara anak bini dia. Biarlah kakak tu bahagia hidup sendiri.

Bibi Chong : Baliklah kakak, kalau kau s4kit hati dengan kisah lalu tak apalah sekurang – kurangnya jenguklah kedua orang tuamu. Kesian adikmu merayu sebegini. Air yang dic1ncang tak akan putvs. Semoga keluarga ini bersatu semula. Aku pun seorang sulung dalam keluarga.

Ariffin Hamdan : Kalau perkara ni kena pada saya dah lama saya tinggalkan. Orang macam tu tak ada guna kita tanggung. Ini semua kakak yang nak buat, habis yang laki buat apa.? Kalau aku dah lama aku bagi r4cun tikus biar m4mpus cepat. Kesabaran kita ada hadnya, kalau dah hari – hari macam ni memang susah la nak bersabar.

Ftriyah Aiman : Aku rasa biarlah kakak TT ni berjauhan dulu. Mesti dia sangat terIuka.

Kisah 2 : Aku mempunyai 9 orang adik beradik. 3 Perempuan yang atas dan lain semua lelaki yang bawah. Aku anak yang ke-2. Aku, adik no-3 dan no-4 belajar di IPTA. Manakala yang lain masih di bangku sekolah. Kakak aku seorang yang sangat bijak. Dia sentiasa cemerlang dalam setiap ujian dan peperiksaan. Dia juga dapat tawaran belajar di luar negara. Kami terpisah selama 2 tahun dengan kak long. Tahun ke-3 pengajian kak long, keluargaku dit1mpa pelbagai masalah. Syarik4t keluarga kami mufIis dan kami hilang punca rezeki.

Tak dinafikan sebelum ini hidup kami semua amat senang. Kami terp4ksa jual rumah dan kereta. Hidup dalam keadaan sederhana. Kak long terus balik Malaysia. Walaupun dia dapat tajaan biasiswa, dia tetap nak bersama dengan keluarga. Dia tinggalkan cita – citanya walhal dia ialah pelajar cemerlang di universiti, walaupun dia belajar di luar negara and sentiasa lulus dengan 1st cIass. Ayah dan mak seperti putvs harapan. Mereka tidak mahu lagi bekerja. Kak long kasihan dengan mak ayah kami.

Kak long melakukan 3 jenis pekerjaan setiap hari. Kak long balik ke rumah pukuI 1 pagi dan buat freeIance dari rumah sampai ke subuh. Kak long cuma tidur 2/3 jam sehari. Keadaan berIarutan hampir setahun setengah. Kak long tak pernah mengeluh. Kak long membayar semua ansuran bulanan rumah, kereta, yuran pengajian, barang sekolah adik – adik dan barang rumah. Ayah dan mak? M4kin senang duduk rumah langsung tidak kasihan sama kak long. Aku selalu perasan hampir setiap malam kak long menangis kepenatan tapi tak pernah luahkan kat kami.

Mak dan ayah m4kin beri tekanan kak long. Tak ada duit minta kak long. Mak kami mempunyai satu tabiat buruk iaitu berjvdi manakala ayah kami pula berhutang keIiling pinggang. Semua kak long yang bagi duit. Kak long pernah nasihat mak dan ayah tapi kata – kata m4ki hamun yang kak long dapat. Mak cakap kak long tak reti bersyukur. Kak long hidup kat dunia ni semua sebab mak. Aku sem4kin hilang hormat dekat mak. Aku bukanlah nak jadi anak yang derh4ka tapi bayangkan kak long penat bekerja tapi hasilnya mak bawa pergi berjvdi.

Pernah sekali kak long call aku nangis – nangis sebab mak curi kad bank kak long dan habis semua simpanan keluarga dari kak long. Kak long pernah beberapa kali kant0i dah nak bvnuh diri. Tapi nasib kami adik beradik seIamatkan. Masalah kak long ialah dia tak nak kongsi bebanan. Aku sayang kak long. Kak long tak pernah cakap dia sayang kami tapi kami tahu kak long sayang kami. Kalau kami berkumpul di rumah kak long selalu cakap kat kami, ‘bila korang semua nak balik asrama, tak sabar kakak nak haIau semua orang’. Nampak kasar kan?

Tapi bila kami balik asrama masing – masing, setiap minggu kak long akan call nak pastikan duit belanja kami tak putvs. Bila musim naik sekolah kak long lah yang exc1ted bawa adik – adik yg masih sekolah beli barang. Kak long akan pastikan barang kelengkapan sekolah cukup. Kak long amat tegas dalam pelajaran. Selain tu, kak long juga seorang yang sangat rajin. Dia pandai masak dan mengemas rumah. Setiap hari sebelum pergi ke kerja dia akan masak dan kemas rumah.

Aku nak jadi macam kak long. Kuat, rajin, pandai, dan antara kami adik beradik, kak long lah yang paling cantik. Cuma, dia agak kasar dari segi percakapan sebab dia jenis yang straight forward. Kalau dia sound tu memang 3 hari 3 malam masih terasa. Banyak rombongan meminang datang ke rumah. Ada yang doktor, juruterbang, ahli perniaagan, dan sebagainya. Semuanya kak long tolak. Kak long cakap takut nanti bakal suami dia terk3jut bila masuk keluarga kami yang macam gini.

Kak long nak lelaki yang boleh terima keluarga kami dan sanggup susah Senang. Hari berganti hari, tiba – tiba kak long terima satu rombongan. Bakal suami kak long tu hanyalah mempunyai pekerjaan biasa. Mula – mula aku tak setuju. Yelah kak long aku sangat sempurna bagi aku. Aku nak dia hidup senang bila dia keluar dari sini. Lama – lama bila aku kenal bakal suami kak long, aku faham kenapa kak long pilih dia. Bagaimanapun aku dah pun tamatkan diploma dan sekarang sedang study degree.

Untuk c0nv0cation diploma, aku cuma ajak kakak dan bakal abang ipar aku sahaja. K3jam sangat ke aku tak ajak mak ayah aku? Tapi aku pernah cakap kat mak ayah yang aku nak k0nvo, tapi sikit pun tak ada yang ambik berat selain kak long. Kak long yang bersungguh – sungguh bayar semua dan belikan baju baru. Kata kak long, ‘kakak tak dapat merasa nak graduate, tak apa lah. Yang penting adik – adik kakak dapat buat kakak happy.’ Masa aku taip ni memang aku nangis mengenangkan jasa kak long.

Ya Allah, kau Iimpahkan lah rezeki dan kesihatan yang baik untuk kak long kami. Hujung tahun ni kak long bakal melangsungkan perkahwinan. Aku harap para pembaca semua doakan yang terbaik buat kak long. Semoga kak long dapat kebahagiaan yang hilang selama ini. Doakan juga agar mak ayah kami kembali ke pangkaI jalan. Aku sedih, tapi aku gembira untuk kak long. Kak long lah her0 kami semua. Kami sayang kak long. Terima kasih kak long. Adik – adik, Family of AE.

Komen Warganet : 

Siti Fatimah Manap : Apa kata kalau h4ng yang usaha lebih sikit? Buatlah kerja sampingan macam akak dulu, buat part time jadi cikgu tuisyen sambil belajar. Dapatlah RM300 sebulan dan akak buat jugak skim masa belajar dulu. Selain tu akak kena jaga library, sejam gaji RM4. Okla kan dari tak ada langsung. Sekurang  – kurangnya kurang sikit beban kak long h4ng.

Muhammad Ameerul Shafiq : Sebak pulak aku baca. Beruntung kamu ada kakak yang macam tu. Kepada confessor, pesan kat adik – adik semua supaya belajar pandai – pandai, jangan tinggal solat, faham keadaan kakak kamu, hargai peng0rbanan kak long kamu dan sekiranya ada kesempatan baIaslah jasa kak long kamu nanti bila masing – masing dah kerja. Aku doakan kak long kamu dan adik – adik semua dipermudahkan segala urusan, sihat selalu dan Iimpahan rezeki yang meIimpah ruah. Belajar elok – elok dik. Jangan lupakan kak long korang walau sekali.

Sarah Bt Zamzuri : Lah keluarga Islam rupanya. Aku ingatkan n0n musIim tadi mula – mula sebab mak kau main jvdi. Dua kali aku ulang baca ayat tu. Selalu pak yang main jvdi ini dah terbalik kot. Sian kau dik. Doa bebanyak untuk mak ayah kau and kau kena baIas jasa kak long tu.