Terp4ksa layan nafsu suami yang kononnya kalau tak dapat, tak ada semangat hidup. Nak cari yang lain. Ada suatu hari tu, aku tolak untuk bersama. Tak sangka dia boleh cakap…
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Mungkin ada yang mahu meluangkan dua minit setengah membaca kisah hati ini. Alhamdulillah. Hidup aku kini dilimpahi kebaikan walaupun adakala suram kerana hati terkecewa.
Kecewa tu macam makanan aku, tak sah kalau tak ada. Susah betul nak lupuskan kecewa sebab aku banyak kelemahan. Kecewa tu datang bila aku terbanding diri. Mereka lebih baik, lebih kaya, lebih alim, lebih cantik. Datanglah peny4kit kecewa aku.
Kecewa yang sangat membebankan sehingga aku mahu keluar dari lingkungan sempurna mereka. Biar aku sendiri. Bila sendiri aku mudah menginsafi diri. Aku menilai kisah dunia, ada turun naik, ada baik buruk. Banyak yang diluar jangka.
Bukan selamanya di atas kerana Allah sangat adil memberi ujian kepada semua h4mba yang disayanginya. Cinta yang sebenar, cinta hakiki yang tak akan kecewa pastilah kepada Allah SWT. Selawat ke atas nabi. Yang membawa mukjizat al-quran untuk kita kenal Allah. Allah yang ada 99 nama zatnya. Dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.
Tentang bekas suami. Aku maafkan segalanya, halalkan segalanya. Kerana aku sayang dia tak mahu hidupnya h4ncur walaupun hidup bersamanya dulu hati aku sering h4ncur parah. Ubatnya adalah perpisahan. Sikapnya, sangat eg0.
Rupanya daripada sikap ayahnya yang rupanya daripada sikap datuknya. Eg0 yang kurang ajar dengan orang lain. Rasanya macam nak tulis segalanya tentang sikap itu tapi biarlah. Biarlah ada perkara yang disimpan rapi tanpa ada yang tahu. Cukup Allah yang tahu.
Dia ada baiknya juga, kerana hidup bersamanya aku belajar banyak benda baru. Aku ada juga kekurangan berbanding dia. Jadi bukan lah perceraian itu hanya masalah sebeIah pihak. Dia begitu, mungkin kerana aku begini.
Benda ni sedikit kurang baik dibaca. Tapi aku takut memikirkan masa depan zuriat ku. Dia sangat kuat s3ks malah dah hilang teruna sebelum berkahwin. Awal perkahwinan masa bulan madu seharian kami dalam bilik. Bila dikenang malu juga pengantin baru tak keluar bilik siang hari.
Masalah ya bila ada anak. Anak kecil tidur sekali pernah terkant0i anak bangun tengok kami yang tak sedar budak tu tercegat sebeIah. Aku rasa ini masalah. Aku harap dalam kesamaran malam tu dia tak nampak dan lupa.
Masalahnya siang hari nak juga. Anak dah dua aku sibuk nak fikir hal anak, urusan rumah. Dia pemalas ya. Tak tolong hal rumahtangga, konon dah bagi duit belanja kira beres. Ingat kita ni peIacur. Buat benda tu dapat upah.
Isteri ni nafkah batin bukan dari dalam kain je tapi dalam hati. Kunci pintu anak duk ketuk. Yelah nak layan nafsu suami yang kononnya kalau tak dapat, tak ada semangat hidup. Nak cari yang lain. Ada suatu hari tu, aku tolak untuk bersama.
Boleh dia kata, nanti abang buat dengan anak. Orang baik tak cakap benda b0doh macam tu. Kebetulan anak baring dekat dia, aku dah mula rasa dia bukan suami dan ayah yang baik. Aku marah juga dia. Jangan buat main benda ni dengan anak.
Dia buat muka tak bersalah. Sejenis yang buat d0sa tapi rasa tak berd0sa. Buat salah tapi salahkan orang. Malas cerita lah bab dalam kain ni. Memang ada masa syok, ada masa buang masa betul. Yelah, nak dekat subuh mintak.
Dengar azan sepatutnya bangun solat ni. Ni sambung main. Ish buang masa betul. Aku sedar naluri aku mahu mencari imam yang ajak aku tahajud. Yang ajak aku pergi bercuti. Yang belikan sesuatu yang berharga buat diri. Ni hampeh.
Penatlah nak fikir hidup dia yang teruk dari hal lain juga termasuk hubungan dengan keluarga dan kerja. Seorang yang kaki ket0m faham jelah per4ngainya. Ada masa macam h4ntu. Ada masa perasan malaik4t. Jadi aku mahu bercerai kerana si ayah tidak menunjukkan contoh yang baik dan ada per4ngai yang mengh1nakan diri dan keluarga.
Aku tak mahu anak nampak buruk ayahnya. Biarlah anak dari kecil dah tak lihat susuk si ayah yang mencurigakan dalam rumah kami. Berat untuk dia. Mana nak salur nafsu nanti. Dia dah taubat lepas kahwin dulu. Aku lepas tangan dah. Lepas satu masalah. Walaupun mungkin hadir masalah baru.
Begitulah resam hidup. Sentiasa diuji namun dalam kesulitan ada kemudahan. Dalam apa yang dibenci ada juga baiknya. Aku tenang uruskan hal anak ikut cara aku. Tak perlu rasa marah nak suruh suami jaga anak. Aku mahu pikul amanah jaga anak ni, dia cukuplah bagi nafkah duit jika takut neraka.
Cuma aku dibayangi dua perkara. Jika dia mahu bermalam dengan anak dan bila anak dah besar mahukan dia menjadi wali. Macam ada masalah je. Buruknya sangkaan aku. Aku kena banyak solat taubat ni. Semoga kami selamat dan berjaya dunia akhir4t.
Aku cuba mencari aktiviti yang baik untuk anak aku. Ajar solat dengan baik, tadabur kisah alquran dan sering mahu mereka berkongsi segala masalah dan cerita. Aku takut mereka hidup dalam kemurungan kerana punya ayah begitu, malah ibu begini.
Mereka masih sayangkan ayahnya, begitu juga ayah janji nak berubah, mahu rujuk semula kembali bersama. Namun si ibu sudah fikir masak. Sudah boleh ramal sikapnya. Jadi, kerana fikirkan masa depan anak, aku bercerai.
Maafkan aku. Jangan risaukan aku. Aku dah faham erti kehidupan. Nanti m4ti semoga hanya yang baik saja cerita kita. Aku harap panjang umur untuk menjaga anak kami dengan seikhlasnya. Sedih dengan kisah anak kecil yang telah yatim piatu. Semua jalan hidup ada hikmahnya, moga sabar dan syukur. Azam jadi baik mengikut hukvmnya. Al Fatihah. -Cactus
Komen W4rganet :
Najah Mazni Ishak : Seorang bapa yang baik, walaupun sebagai manusia dia adalah seorang manusia jahat, walau macam mana bernafsu serakah sekali pun, kalau betul – betul sayang anak, dia takkan sekali – kali tergamak untuk terfikir apatah lagi sentuh anak sendiri.
Sebab itu memang ada kes lelaki g4ngster, pukuI dan c4catkan orang, tapi bila dengan anak sendiri, dia jadi sangat penyayang dan protective. Dalam kes haruan makan anak, tak kira anak lelaki atau anak perempuan, kedua – duanya tetap tak selamat.
Puan memang dah ambil langkah ‘tarik handbrake’. Selain itu, buatlah sesuatu tambahan. Kalau tak puan sebagai ibu mereka, siapa lagi yang nak lindung dan pertahan hak mereka si anak – anak ni.
Suraya Anuar : Bilik anak – anak sekarang berkunci berselak tak? Walaupun Arw4h Ayah saya syukur sangat menjaga batas antara bapa dan anak perempuan, tapi mak saya dari kecil selalu pesan supaya kami anak – anak jangan lupa kunci bilik tidur dan selak.
Untuk elak perkara tak diingini baik dari pencer0boh rumah atau orang dalam rumah. Ada kawan saya pun memang anak perempuan suami tak boleh mandikan, dia je mandikan anak – anak dia. Beringat sebelum terkena.
NurAz Wan : Menakutkan sungguh. Ajar anak tu, part – part yang tak boleh disentuh orang lain, walau pun bapa sendiri. Kalau anak dah besar boleh beri amaran. Walau tak perlulah sebut terus terang, tapi beri kalau.. banyak je bapa yang jadi haruan makan anak sekarang ni. Kalau dah dapat tanda awal – awal macam ni, baiklah berjaga – jaga.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.