Dia sebenarnya lari dari rumah atas sebab selalu did3ra oleh emak sendiri. Semua duit insurans yang suami dapat masa kemaIangan diambil oleh mak mertua. Satu hari aku dibawa jumpa seseorang. Suami kata itu mak dia. Dia tinggalkan aku dengan mak dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai warga FB. Pertama kali menulis di sini, biasa membaca je. Mari berkenalan dulu, nama aku Esah, berkahwin dekat 10 tahun ada 3 anak. Alhamdulillah sepanjang berkahwin aku happy dengan suami dan anak – anak.
Jadi kalau happy kenapa nak luahkan kat sini? Ceritanya begini, aku dan suami berkenalan di alam maya je. Mula rapat bila aku putus cinta sebab BJJ (bercinta jarak jauh) aku namakan suami aku ni Manap. Dia ni rajin komen komen kat status aku, kat gambar aku. Aku lak rajin la reply komen – komen dia tu.
Jadi masa putus cinta tu aku banyak update status yang aku sedih ditinggalkan bla bla blaaa.. Masa tu dia pm minta no fon, dan kami bertukar no. Dari situ kami banyak bersms (masa ni takde wassap) atau call. Waktu tu aku bekerja so takde hal bayar bil ratus – ratus.
Kalau dia tak call aku, aku lah yang call dia tapi banyaknya dia yang call la. Bila dah banyak berborak kenal diri masing – masing, aku nekad nak berjumpa dia. tapi masa ni dia posting kat selatan tanah air. Jadi bila dia dah balik ke KL aku bawak adik aku teman pergi jumpa dia.
Memang takut juga la masa tu, risau kalau sc4mmer ke apa ke sebab dia hanya ada 1 je gambar kat alam maya tu. tapi sebab adik aku lelaki so tawakal aje la. Long short story, rupanya kami memang suka sama suka. Alhamdulillah aku tak bertepuk sebeIah tangan.
So bermula la dia bagitau yang dia ada masalah dengan keluarganya. Dia sebenarnya lari dari rumah atas sebab dia selalu did3ra oleh emak sendiri. Kiranya dia hidup dalam keadaan keluarga narsistik. Manap juga pernah kemaIangan dan emaknya ambil sebahagian duit insuransnya.
Duduk di rumah kena bayar sewa, apa saja keperluan dalam rumah Manap kena minta kebenaran. PukuI r0tan benda biasa. Jadi bila tak tahan dengan semua tu dia nekad lari dari rumah tu, hidup sendiri masa umur sebelum umur 20.
Masa dia bercerita tu aku ingatkan dia sekadar nak uji aku je tapi aku husnuzon, mungkin betul agaknya. Satu hari dia bawa aku berjumpa seseorang. Dia kata itu mak dia. Masa tu mak dia kat hospitaI tak sihat. Masa aku jumpa tu kecut isi perut risau juga apa – apa yang terjadi. Tapi aku disambut baik oleh maknya.
Kebetulan Manap nak ke tandas, jadi aku tinggal bersama maknya dia katil. Maknya pun bagitau yang dia adalah mak angkat Manap. Bukan ibu sebenar dia. Dulu anak mak pernah couple dengan Manap. Tapi lepas jumpa keluarga Manap, anak mak tak nak teruskan Hubungan tu.
Sebab anak mak bagitau apa yang pernah Manap bagitau aku. Jadi mak ambil Manap jadi anak angkat dia. Kat situ la dia menumpang kasih sayang. Menitik jugak air mata aku dengar kisah yang mak cerita kan pada aku. Aku bagitau mak aku kisah Manap dan aku cakap aku memang ikhlas berkawan dengan dia.
Mak aku pun nangis sebab sedih ada orang yang buat macam tu kat anak sendiri. Aku cakap kalau tak, takde la ada orang sanggup buang anak kat mana – mana lepas beranak kan. Hampir setahun berkawan bercinta, aku pun rasa tak muda lagi jadi aku usulkan niat nak berkahwin ngan Manap.
Mulanya dia tak nak sebab dia takut family aku tak boleh terima dia. Tapi aku cakap aku nak kawin dengan dia bukan dengan keluarga dia. Dan keluarga aku dah pun tau Asal usul Manap. Walaupun abang – abang aku ada juga yang cakap alah kau dengar pihak dia je, pihak keluarga dia kau tak tanya pun, entah – entah dia menipu.
Tapi entahlah masa tu hati rasa sayang, aku rasa tak penting pun semua tu. Manap memang awal lagi dah bagitau aku, dia memang boleh jaga aku, tapi untuk nak bawak aku ke rumah keluarga dia tidak sama sekali. Mula ya aku sedih tapi sebab ikhlas aku memang sayangkan dia kerana Allah aku teruskan juga hajat hati berkahwin dengan Manap.
Manap minta pertolongan bapa kawan baik dia, dan dengan bantuan mak tadi kami disatukan. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Riang hati tak terkata. Manap ni, orangnya baik, tak mer0kok, bukan kaki lepak. Ada sedikit baran tapi aku masih boleh hadap sebab arw4h ayah aku dulu pun garang dan sedikit baran.
Pernah juga dia marah anak sulung aku yang sedikit nakal sambil pegang r0tan, sampai aku tengok dia macam bukan diri dia. Tapi sebab aku ada sekali aku cepat peIuk dia dan bawa anak lari masuk ke bilik. Lepas dah lega tu dia sendiri bagitau aku next time dia macam tu, dia mohon aku bawa anak – anak jauh dari dia sebab dia takut tak sedar apa yang dia buat.
So sekarang kalau anak – anak nakal biar aku je yang marah anak – anak. Masa mula berkahwin dulu, apa saja dalam rumah tu dia akan minta kebenaran aku. Contoh kalau tengah makan, dia akan tanya, boleh tak nak tambah nasi?
Kalau apa – apa ada dalam peti ais, dia akan tanya aku boleh ke kalau nak makan coklat ke buah ke atau apa yang ada dalam peti ais tu. Aku pernah marah dia supaya jangan minta kebenaran lagi sebab kita ada dalam rumah sendiri bukan rumah orang lain.
Tapi dia kata dah terbiasa masa duduk ngan family dulu, macam susah nak stop. Mula – mula aku macam annoying juga tapi lama – lama aku rasa biasa je la. Sampaikan anak – anak aku pun dah terbiasa macam tu nak apa semua kena minta kebenaran aku atau ayahnya dulu.
Manap ni walaupun dia ada masalah dengan maknya, tapi dia tak pernah jentik aku, tipu la kalau kata tak berg4duh suami isteri tapi kami berg4duh nak kenal diri masing – masing. Sangat jarang berg4duh sebab kami lebih banyak meluah apa yang kami rasa.
So aku tak berapa setuju dengan ayat lelaki yang layan baik maknya akan layan kau begitu. Sebab Manap selalu kena pukuI, d3ra dan layan dia dengan sangat buruk tapi masih dia layan aku dan anak – anak dengan baik, cukup segalanya.
Dia kata dia tak boleh terus ada di situ sebab taknak jadi anak derh4ka. Apa yang dia buat sekarang tak jenguk balik rumah mak dia pun dia cakap dia anak derh4ka juga. Aku selalu doakan moga terbuka hati, Allah lembutkan hati Manap dan keluarganya agar bertemu kembali.
Sekarang ni mak angkat Manap dah meninggaI, 2 bulan lepas mak aku meninggaI asbab k4nser. So kami cuma ada keluarga kami je. Dia juga rapat dengan abang – abang dan adik – adik aku. Cuma sekarang ni aku dah set in mind apa akan jadi kalau berjumpa dengan Keluarga Manap nanti.
Anak – anak m4kin besar, dan petah bertanya. Kenapa selalu balik kampung ibu je, ayah takde kampung ke? Atau akan bertanya siapa nama mak ayah ibu dan ayah. Aku tau sooner or later anak – anak akan diberi tahu juga, Manap pun ada kala bercerita juga pasal kisah – kisah dia kena d3ra, buIi masa bersama keluarganya dulu.
Aku tahu deep down his heart dia rindukan keluarganya sebab kami punya keluarga yang bahagia. Dia pernah cakap kenapa la mak saya tak macam awak? Masa dia mula bercerita dulu aku skeptical juga dengan maknya. Tapi bila aku dah ada anak – anak sendiri aku rasa barangkali mungkin maknya ada peny4kit yang Manap tak tahu. Depr3ssion ke str3ssed ke, siapa tahu kan.
Mulanya aku sedih sebab tak dapat kenal keluarga mertua sendiri. Tapi aku selalu doakan yang mereka dipermudahkan segala urusan kehidupan. Apapun, mohon doakan kami sekeluarga. – Esah (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Ezd Airaniez : Kesiannya baca perjalanan hidup suami puan. Mesti dia punya self confidence agak low disebabkan ‘tr4uma’ tu. Sampai nak buat apa – apa pun minta kebenaran. Nasib isteri jadi penguat semangat. Sebenarnya memang anak – anak yang ada mak ayah t0ksik ni hidupnya dipenuhi rasa serba salah dengan parents.
Kadang – kadang kita dah cakap benda tu bukan 100% salah dia. Tapi dia akan tetap rasa bersalah, sebab dia normal, ada empati dan sayang kat mak ayah tu lagi. Sayangnya mak ayah yang Narcissist dan t0ksik, takkan faham situasi tu.
Lagi dia tuduh anak tu derh4ka, m4ki dan terus menyalahkan anak tu sampai anak tu nak teruskan hidup pun susah. Semoga suami puan terus kuat. All the best to your family ya.
Ari Kael : Baiknya manap, semoga rezeki tt n keluarga sentiasa dimudahkan tapi 1 nak pesan, kalau tt memang betul – betul nak jumpa family manap, bersedia lah dari segi mental and fizikal. Always think the worst. Jangan fikir pelangi je. Maybe manap dan family akan berbaik semula, tapi be careful takut family dia jadi parasite dalam your family. Kalau betul – betul nak jumpa, biarlah anak – anak semua dah besar. Just my 2 cents.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.