Suami liat nak bangun pagi, kalau saya simbah air pun dia buat tak tahu. Matanya terkedip – kedip dalam pejam

Dulu masa nak kahwin pun ahli keluarga suami taja, sebab dia anak bongsu, anak kesayangan. Tapi lepas kahwin mereka mintak balik duit sebab nak pergi bercuti luar negara. Mak ayah mentua dulu ada juga minta – minta duit tapi lepas ins1den saya meng4muk dulu, diorang dah tak minta – minta dah.

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih jika confession ini disiarkan. Saya perlukan pendapat dan tempat meluah perasaan. Sebab itu saya tulis di sini. Nak cari kawan, saya pernah kena dengan ‘kawan makan kawan’. Nak cari ahli keluarga, saya pernah kena dengan ‘talam dua muka’. Mak dan ayah dah tiada. Mengadu dan memohon pertolongan daripada Allah, telah setiap masa. Nak cari kawan berlainan jantina untuk meluah perasaan, saya masih takut pada Allah.

Saya selalu rasa nak m4ti cepat, supaya segera tamat segala ujian hidup ini. Tapi mengambil nyawa sendiri, bukan satu pilihan, Allah murka. Nauzubillahiminzalik. Memohon m4ti cepat pun tak boleh. Ini menunjukkan tahap depr3ssi yang saya alami.

Nak jumpa kaunselor di tempat kerja, saya tak percaya pada sesiapa pun di tempat kerja, dinding pejabat ada telinga dan mulut. Apabila hal peribadi diketahui rakan di tempat kerja, prestasi kerja akan mula diperhatikan. Salah sedikit saja akan dikaitkan ‘Oh dia memang ada masalah dengan suami’.

Nak jumpa kaunselor pejabat agama, saya sedang mempertimbangkan itu. Sebelum saya pergi ke pejabat agama, ada tidak cara lain yang saya boleh buat. Ya, masalah ini tentang suami saya. Kebelakangan ini, saya sering ‘meIetup’. Menjerit – jerit marahkan anak dan suami. Malah saya pukuI – pukuI suami saya.

Tapi saya beringat juga la. Takut juga saya kalau dia membaIas dengan tumbvkan padu. Besar juga penumbvk dia tu. Ya memang saya malu pada jiran – jiran bila terpekik – pekik begitu. Tapi semasa meIetup tu saya dah tak ingat dah malu.

Puncanya apa? Punca yang mencetuskan perg4duhan selalunya apabila suami tak nak bangun pagi. Walaupun telah dik3jut pelbagai cara, simbah air pun pernah. Dia dah sedar, tapi dia buat b0doh, buat degil. Walaupun saya marah – marah terpekik – pekik, dia tetap degil nak bangun. Matanya terkedip – kedip dalam pejam.

Pernah dia cuba nak tangankan saya bila saya terjerit – jerit suruh dia bangun pagi. ‘Jangan menjerit!’ dia marah. Saya kata kalau tak nak saya terjerit – jerit, bangun lah! Cara lembut, cara menggoda semua dah cuba ya. Itu pasal yang keluar 5 orang tu. Ya anak kami 5.

Anak – anak semua senang nak bangun. Saya tempik sekali je terus bingkas bangun. Tapi ayahnya? Buat tak peduli je dengan tempikan saya tu. Padahal dia tidur tepi anak je.

Solat subuh? Tanpa rasa bersalah pun dia tinggalkan. Walaupun dah berkali – kali diingatkan. Lainlah kalau tak sedar atau takde orang k3jut. Sampai saya naik angin nak cakap benda sama.

Macam mana nak didik anak solat, kalau ayah tunjuk contoh tak solat. Itu yang saya risaukan sebenarnya.

D0sa dia tak solat, itu dia dengan Allah lah. Tapi dia degil nak bangun bila dik3jutkan dan tak nak solat subuh walau dah dik3jutkan, itu yang saya tak suka sebab tunjuk contoh tak baik pada anak.

Tapi Alhamdulillah, anak – anak dengar kata, semua bangun solat subuh bila dik3jutkan.

Saya terjerit – jerit, pukuI – pukuI suami pun contoh tak baik juga pada anak – anak. Tapi saya dah tak boleh tahan sabar dah. Saya dah meIetup. Tak, kenapa yang dia tak nak bangun tu?

Solat waktu lain dia buat juga. Subuh pun kadang – kadang buat juga. Sebelum kahwin saya tengok dia solat je, tak tahu pula lepas kahwin rupanya lalai solat.

Bila dia liat nak bangun pagi, dia lambat pergi kerja. Sepatutnya pukuI 8 pagi dah masuk kerja, tapi dia pukuI 10 – 11 pagi baru pergi kerja.

Masuk kerja separuh hari, kena p0tong gaji. Terlajak separuh hari, terus cuti. P0tong gaji lagi.

Jenuh dah cakap dengan dia pasal kepentingan bangun awal, solat subuh, pergi kerja awal, elak p0tong gaji. Sebab anak kami ramai, 5 orang. Jangan la senang – senang biarkan gaji kena p0tong. Tapi ada dia ikut nasihat saya? Tak ada.

Ini sebenarnya isu utama, isu nafkah, duit. Isu solat tadi tr1gger Ietupan je.

Alasan dia liat nak bangun pagi adalah dia penat. Siang malam kerja. Saya kata, saya pun kerja siang malam, tapi pandailah urus masa untuk tak lewat pergi kerja dan anak – anak semua pergi sekolah on time. Pernah lepaskan pada dia uruskan anak pergi sekolah, dengan harapan nak latih dia bangun awal. Jangan harap, dengan anak – anak tak pergi sekolah.

Saya dah cuba kaedah ni beberapa tahun. Hasilnya anak kerap lambat pergi sekolah atau tak pergi sekolah langsung. Tahun ni saya dah tak boleh harapkan dia, saya kena uruskan anak – anak.

Macam pagi tadi, anak – anak semua dah bangun solat subuh, yang nak pergi sekolah dah siap sarapan, ayahnya melingkar lagi dalam selimut. Anak – anak tengok je per4ngai ayahnya. Saya pesan pada anak “Jangan ikut per4ngai abah tu. Semua orang bangun, mesti bangun. Solat subuh”. Kemudian anak yang berumur 5 tahun jawab “A’a. Abah tu suka lepak dengan kawan malam – malam.”

Ya, dia suka melepak malam – malam. Bila diIarang dia tak peduli. Bila berg4duh, dia kata tak kan nak terperuk dalam rumah. Tak keluar mana nak datang duit.

Setiap kali lepas makan, dia akan keluar hisap r0kok depan rumah sambil tengok hp. Dulu selalu la saya check hp dia, sekarang dah malas. Sekarang ni saya fikir kalau dia tak bagi nafkah zahir batin, saya minta fasakh je, yang lain saya tak peduli. Bila berg4duh, dia efisien la bayar bil utility semua. Kalau tak, sampai nak kena p0tong baru nak bayar.

Sebab gaji dia kecil dari saya, saya suruh dia bayar bil elektrik, air, telefon, internet, dan yuran bulanan tadika dan sekolah agama anak je, total dalam RM400. Kereta dia, nama dia, dia bayar, RM550. Pinjaman peribadi dia buat bisnes tak jadi RM450. Pinjaman kad kredit RM450.

Gaji basic dia sepatutnya RM3900. Tapi sebab selalu p0nteng kerja, kena p0tong la gaji. Kadang – kadang gaji sebulan RM2500 je. Bil kadang – kadang dia bayar kadang – kadang tak bayar. Yuran sekolah anak memang dia abaikan je, maka saya la yang bayar. Kereta dia setakat ni tiada surat tunggakkan.

Tapi pinjaman peribadi dan pinjaman kad kredit dia dah sampai surat peguam, ada tunggakkan tak berbayar sampai dah nak kena saman. Saya baca tapi buat tak tahu je. Pandai la dia settle sendiri. Dulu sebab ingat nak hidup sama sampai m4ti dan susah senang sama – sama, saya sanggup settIekan hutang credit card dia dan settIekan bayaran dia yang tertunggak.

Alih – alih senyap – senyap belakang saya dia buat loan baru untuk beli 2 vending machine. Inilah bisnes tak jadi dia tu. Konon buat sama dengan kawan. 1 machine dia handle, 1 machine bagi kawan dia handle. Berapa kawan tu mampu bayar, baru bayar.

Last – last kawan tu jual vending machine tu. Dia pun dah jual machine sebab masalah kewangan keluarga kami. Sampai sekarang menanggung hutang, vending machinenya dah takde.

Lepas ins1den vending machine tu saya start meragam dan berkira pasal duit. Langsung saya tak tolong dia bayar apa – apa komitmen keluarga dah. Kot dia jadi lebih berusaha nak cari duit untuk keluarga tanpa berharap pada isteri.

Rupanya sangkaan ku meleset. Dia berhutang dengan ah Iong pula. Bila keluarga dia dapat tahu, ahli keluarga dia bagi pinjam duit suruh settlekan hutang dengan ah Iong. Sekarang apa – apa sikit memang ahli keluarga dia sound je minta balik duit. ‘Berd4rah telinga’ dia dengar. Saya buat tak tahu je. Rasakan.

Dulu masa nak kahwin pun ahli keluarga dia taja dia. Dia anak bongsu, anak kesayangan, tak pernah kena jentik langsung. Tambah pula masa kecil dia ada masalah kesihatan. Lepas kahwin, ahli keluarga dia minta balik tajaan tu sebab nak pergi bercuti ke luar negara. Dia minta duit pada saya. Dengan berat hati saya bagi.

Duit nafkah memang dia tak pernah bagi ye masa tu. Itu duit saya yang saya bagi tu. Itupun saya cashkan credit card. Masa tu sedaya upaya tak nak dedahkan pekung suami isteri pada ahli keluarga. Itu cerita 8 tahun dulu. Tapi sekarang, tidak lagi. Lantak la situ nak tahu pun. Tahu pun lagi bagus. MeIampaui batas sangat.

Baru – baru ni saya naik angin saya cakap, “Dalam rumah ni awak bukan anak bongsu ya yang saya nak kena uruskan semua. Saya la cari duit, saya la beli barang dapur, saya la masak, saya la hidang, saya la basuh pinggan mangkuk periuk belanga, saya la mengandung, beranak, jaga anak. Rumah saya beli, segala belanja saya bayar. Banyak senang hidup awak.” Rasanya jiran dengar. Lantak la situ.

Saya dah tak tahan, dah meIetup. Dia liat bangun pagi tu bukan sekarang ye baru jadi tapi sejak mula kahwin lagi. Saya dah keluar pergi kerja, dia masih kat rumah lagi. Jenis tak berdisiplin pergi kerja. Tapi tak pernah kena buang kerja lagi la setakat ni.

Per4ngai lepak malam – malam pun sejak mula kahwin lagi dah nampak. Dah larang, dah tegur, tapi mana dia peduli. Dia suami kan, tak kan suami nak dengar cakap isteri (rolling eyes). Masa saya sarat mengandung sulung dulu pun kena tinggal je hampir setiap malam sebab dia pergi main badminton. Habis badminton sambung lepak minum pula.

Itu pun ntah ye ntah tidak main badminton. Saya serahkan pada Allah saja la untuk beri hukvman pada dia kalau dia buat jahat belakang saya. Ahli keluarga punya pendapat, sebab isteri gemuk, tak cantik sekarang, tu pasal suami suka lepak di luar. Adalah tidak normal suami suka lepak sampai lewat malam. Mereka suruh bercantik – cantik di rumah.

Hello, di rumah, saya siap pakai lipstick dan sembur minyak wangi tau. Anak – anak elok je puji saya cantik. Budak – budak tak pandai menipu. Takde maknanya bercantik – cantik dia tak keluar lepak. Kalau dia nak melepak, melepak juga. Lepas dia melepaskan ‘geram’, dia keluar la lepak dengan kawan. Apa ada hal bagi dia.

Nafkah dia bagi ke tak? Kadang – kadang bagi selalunya tak. Bila g4duh, dia bagi la RM50 – RM250. Bulan lepas tiba – tiba dia bagi RM1500. Buat beli barang dapur dan baju dia kata. Saya tanya ni duit mana? Dia jawab ‘adalah’. Bulan ni dia bagi RM300 dan bil telefon saya nampak dia dah bayar, tapi bil lain tak tahu lagi.

Dia memang ada buat side-income. Dia main F0rex rasanya, sebab selalu nampak dia tengok graf di hp. Dia buat pr0jek sub-kontraktor rumah juga sekarang. Saya biarkan, tengok jauh mana dia pergi. Depan – depan dia, saya dan anak – anak doakan semoga dia murah rezeki dan dipermudahkan urusan mencari rezeki untuk saya dan anak – anak. Saya pesan kat dia ‘Make sure niat betul. Betulkan niat’.

Saya bayar apa? Saya bayar rumah sebab rumah yang kami duduk sekarang saya yang beli, nama saya seorang. Saya bayar pengasuh, transport dan transit anak. Saya beli barang dapur dan rumah. Saya beli baju anak. Baju dan seluar dalam dia pun saya yang beli.

Kelengkapan dalam rumah hampir semua saya beli. Yang dia beli, peti ais masa mula kahwin dulu dan mixer yang dia hadiahkan pada saya, itupun lepas saya hint – hint pada dia, kebetulan dia dapat moratorium masa tu. Pada mak ayah dia pun saya hulur duit. Nak harap dia hulur memang tak. Dah suruh, tak buat pun. Saya hulur duit saya suruh bagi pada mak ayah dia, dia tak nak, dia kata bagi la sendiri.

Mak ayah mentua dulu ada juga minta – minta duit tapi lepas ins1den saya meng4muk dulu, diorang dah tak minta – minta dah. Saya meng4muk tu bukan sebab mereka minta duit, tapi sebab suami saya ter’join’ kumpulan ajaran sesat. Itulah suka sangat lepak malam – malam.

Konon nak ‘mencari dan mengenal’ tuhan. M4kin tak jumpa dan tak kenal tuhan adalah. PukuI 3 – 4 pagi baru balik setiap hari. Saya dah call pegawai pejabat agama untuk pastikan selepas baca ‘bukti – bukti’ dalam group whatsapp suami.

Menangis – nangis saya call mak ayah mertua, terus mereka datang ke rumah masa tu. Dapat la tengok anak mereka yang segar dan elok berbaju melayu baru balik dari ‘kelas agama’ pukuI 3 pagi masa tu. Dia pernah kata nak bawa saya pergi kelas tu, tapi minta maaf saya tak kan ikut. Alasan 3 – 4 pagi sebab siang kerja, malam je ada masa mencari dan mengenal Allah.

Masa saya meng4muk tu, habis saya buka segala kisah rumahtangga kami yang saya tak puas hati, bab nafkah, duit, dia lambat bangun pagi, anak tak pergi sekolah, lambat pergi kerja dan sebagainya. Kalau lah ayah saya masih ada, agaknya apa tindakan ayah saya untuk membeIa dan menjaga saya masa tu ya? Al-fatihah untuk abah. Saya memang takde siapa nak beIa, hanya harapkan Allah dan Hakim Mahkamah Syariah saja.

Saya tak kisah pun sama – sama susah senang dengan suami. Tapi saya p4ntang diambil kesempatan dan diperb0dohkan. Bila saya tengok dia je nak senang, yang kita susah sorang – sorang settlekan semua, itu yang jadi ‘angin put1ng beIiung’.

Dah banyak kali cakap, ajak bincang, tapi dia suka ‘diam’. Diam tak menyelesaikan masalah. Diam dan tetap buat kesalahan menunjukkan kedegiIan. Diam menyebabkan masalah kian memb4rah dalam jiwa. Kerja rumah dia tolong tak? Tolong juga kadang – kadang. Terutamanya semasa saya naik angin. Tapi tak kan lah tiap  -tiap hari saya nak kena naik angin baru dia nak tolong.

Saya dah penat nak marah – marah. Akhirnya saya buat je semua kerja rumah dengan bantuan anak – anak. Didik anak lagi senang dari didik suami. Tak dinafikan, dalam keluarga dia ada konsep ‘kerja orang perempuan’ ‘kerja orang lelaki’. Kerja – kerja rumah ni semua kerja orang perempuan. Kerja – kerja bertani, bertukang tu kerja orang lelaki.

Tapi zaman ni konsep ni dah tak relevan lagi. Perempuan pun sama cari rezeki, malah pendapatan isteri lagi tinggi dari suami, makanya suami pun kena sama buat kerja rumah untuk ringankan beban isteri yang dah tolong cari pendapatan yang sepatutnya itu ‘kerja’ lelaki.

H1na sangat ke buat kerja rumah? Nabi saw pun buat kerja rumah bila ada di rumah. Itu contoh yang diajar. Macam – macam cara dah saya cuba nak ajar dan didik suami ni. Sampai saya dah naik penat. Walaupun saya seorang cikgu, ajar anak murid di sekolah pun tak sepenat ajar suami di rumah.

Oh ya, lupa nak bagi tahu dia kerja apa. Dia jurutera kilang ye. Kami sebaya, 30’an. Kahwin suka sama suka. Sekufu dari segi pendidikan dan latarbelakang keluarga. Saya dan ahli keluarga dia pun boleh dik4takan ‘boleh masuk’. Sebab tu agaknya masih bertahan sampai sekarang.

Saya bukannya tak sayang dia, memang sayang. Tapi dia buat saya s4kit hati dan penat tahap bvrn-0ut dah. Kadang – kadang saya rasa macam b0doh pun ada. Dan saya rasa sangat ins3cure bila dia selalu keluar malam – malam.

Setakat ni saya masih bawa bersabar dan mengharapkan kemanisan kesabaran. Cuma saya takut sebenarnya saya bukan sabar tapi b0doh. Itu yang nak minta nasihat dan pandangan di sini. Terima kasih kerana sudi baca dan sudi beri pandangan macam mana nak tangani masalah ni. – Isteri Bvrn-0ut (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cikgu Maryy : Bulan dapat gaji saya pi bawak anak anak makan angin, cuti – cuti, tidur hotel. Makan – makan tanpanya “Happy No Laki”. Create life happy dengan anak. Selama ni semua kerja cikgu buat sendiri. Teruskan buat sendiri dengan sabar, biarkan. Inshaallahhh, jaga kesihatan, takut dapat d4rah tinggi kalau asyik fokus nak ubah suami. Spesis tu boleh berubah dengan izin Allah.. Inshaallahhh sabar ya Cikgu.

Puan Zuera : Panjang sangat.. Tips bangun pagi.. Kalau pakai kipas angin.. Tutup suiz kipas.. Kalau pakai aircond, off aircond.. Sebelum hantar anak ke sekolah, off suiz utama rumah.. Biar off elektrik satu rumah.. Jangan marah, jerit jerit.. Hilang suara, penat yang dapat.. Nanti bila masing – masing dah cool, bincang elok – elok.. Doa banyak banyak supaya suami ubah per4ngai.. Semoga dipermudahkan urusan

Anna Fie : Untuk adik – adik nak kahwin, pengajaran dalam cerita ni. 1. Bakal laki nak kahwin, keluarga suami sendiri sp0nsor 2.Terlebih sayang suami, bini tolong settle credit card 3. Waktu mengandung sulung suami spend masa dengan kawan – kawan waktu malam – malam, awak teruskan juga beranak sampai 5 orang. Dah nampak dah ciri – ciri laki tak guna dari awal.. tapi kita tetap nak teruskan sebab cinta meredah lautan api. Untuk confessor. Good luck.

Haifar Azrell : Saya pernah melalui situasi yang sama selama 25 thn perkahwinan dan hingga punya anak 4 orang. Akhirnya saya nekad mohon penceraian setelah anak – anak semua dewasa dan paham per4ngai buruk bapa mereka. Saya lega. Alhamdulillah kini saya ada hidup baru bersama orang baru yang jauh lebih baik macam langit dengan bumi. Syukur Allah masih beri saya peluang hidup bahagia walau usia dah 50’an.

Norazlina Nayan : Pergi je kaunseIing pejabat agama awak. Lelaki macam ni susah nak dibetulkan dah Iiat. Kena bagi dia sedar kesalahan dia dari orang lain. Dah kita cakap tak jalan. Pastu dah terlambat sangat nak betulkan bila dari awal kahwin dah biar dia keluar melepak setiap malam. Melepak adalah perkara ket4gih bagi lelaki memang susah nak buang. Doa banyak – banyak jela kalau tak nak ke pejabat agama. Semoga Allah yang bukakan hati dia.

Norjana Idris : Puan, Masalah utama ialah tak solat. Masalah lain itu terbit akibat tak solat. Percayalah, itu punca kacau bilau. Awal waktu selepas m4ti seketika, sekejap pun tak nak jumpa pemilik dunia dan seisinya, tunggang langgang hidup ni puan. Kalau puan sanggup tahan, usahakan sesuatu supaya dia mula solat sempurna. Kalau puan tak sanggup lagi, sendiri lebih baik barangkali. Untuk langkah serta merta, bagi keringanan jiwa dan buka jalan keluar, segeralah berselawat puan. Semoga Puan segera dapat pertolongan Allah yang maha mengasihani. Sesungguhnya ibadah paling mudah yang terus sampai ke sisi Allah, berselawatlah. Allahummasollialamuhammad… saya doakan puan sekeluarga berjaya mengh4runginya.