
Suami halau aku dari rumah mak mentua. Puncanya anak aku dua orang berg4duh masa main, ganggu tidur suami. Setiap kali berg4duh dia akan halau aku. tapi lepas dua minggu, dia akan cari aku balik sebab tak tahan nak jaga anak – anak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Terima kasih sudi membaca pengalaman kisah hidup aku. Nama aku Zaza berumur awal 30-an. Mempunyai 3 orang cahaya mata. Kisah yang aku nak kongsi bukan nak buka aib pasangan ataupun aib aku sendiri. Cuma ingin dijadikan tauladan dan pengajaran.
Kehidupan aku berubah setelah berkahwin dan dikurniakan anak. Tidak mewah tapi syukur cukup makan dan pakai seadanya. Lagipun aku tak mengharap lebih sebab segalanya suami yang sediakan. Selagi kita tak tinggal serumah tidur sebantal kita takkan tahu per4ngai sebenar pasangan. Dan kita sendiri yang hadap segala susah dan senang bersama.
Aku pun tak terlepas dari di uji. Ujian aku adalah pada suami aku sendiri. Dia berasal dari negeri Y dan aku berasal dari negeri X, cara kehidupan kami memang jauh berbeza bagai langit dan bumi. Tapi aku sebagai isteri cuba sedaya upaya bertolak ansur dengan suami.
Awal perkahwinan syukur kehidupan kami bahagia. Perkahwinan mana yang tidak di uji. Sedangkan langit tak selalunya cerah. Aku sendiri tak faham dengan suami aku sebab dia hanya mampu menyewa bilik untuk kami anak beranak. Masa anak pertama kami ada menyewa rumah tapi hanya sementara.
Kemudian dia berpindah tempat kerja. Dia seorang yang nak tempat kerja dekat dengan rumah. Jadi aku terp4ksa ikut kehendak dia. Bila kami menyewa sebuah rumah dia akan cari alasan dan salah aku supaya kami kembali menyewa bilik.
Alasan yang dia bagi pada aku ialah aku pemalas dan tak pandai urus rumah dan anak. Ada rumah tapi macam rupa reban ayam. Bila ada anak kecik usia 5, 4 dan 1 tahun faham sendiri keadaannya macam mana. Aku pun cuba sehabis baik untuk pastikan rumah bersih dan tidak terlalu bersepah. Kemas apa yang mampu. Cukup sekadar sedap mata memandang.
Tapi suami aku jenis balik rumah mengejut dan kadang – kadang tengahari dia akan balik sekejap untuk ambil bekal makanan. Jadi, bila aku tak sempat mengemas rumah dan dia lihat keadaan rumah yang rupa tongkah pecah serta aku sibuk menjaga 3 anak, dia gunakan peluang tu untuk kami berg4duh.
Urusan rumah dan anak aku yang urus. Urusan kerja dia yang urus. Dia pun tak tolong aku uruskan anak dan rumah bersama. Bila balik dari kerja dia akan cari salah aku. Aku pernah cakap nak cari kerja dan aku sanggup bayar yuran taska untuk anak aku. Tapi dia tak izinkan. Banyak alasan dia bagi.
Dia nak aku hanya jaga anak di rumah. Aku cuba cari kerja dari rumah pun dia tak bagi. Pernah aku sorok – sorok buat part time dari rumah dia marah dan cakap aku degil. Dia masih mampu bagi kami makan minum. Nafkah makan minum pakai hanya sekadar cukup.
Kalau ada lebih syukurlah. Pernah 2/3 bulan berturut kami makan lauk telur sahaja. Bayangkanlah. Pengalaman paling sadis bila mana kami di halau tuan bilik pada waktu malam sebab tak mampu bayar sewa. Anak – anak terkena tempias.
Waktu siang aku dan anak akan tumpang di surau atau masjid. Pada waktu malam kami tidur di bawah tangga sebuah kedai. Kejadian tu takkan pernah padam dalam ingatan aku. Makan minum dia yang cari, pinjam atau hutang aku pun tak ambil peduli.
Syukur lah akhirnya ada h4mba allah yang baik tolong kami dan kami sewa bilik di rumah mereka. Tapi tak lama kami menyewa dengan mereka. Setiap kali berg4duh suami akan pindah tempat lain. Jadi aku dan anak tiada tempat yang tetap. Atas alasan malu dengan jiran kami berper4ng mulut.
Dan aku pernah balik ke kampung tinggal dengan mertua selama beberapa bulan. Pada masa tu aku mengandung anak yang ke 3. Dia sanggup naik tangan dekat aku. Masa kejadian tu dia tidur dan anak aku 2 orang berg4duh masa main. Aku pun marah dan keadaan bising. Jadi terganggu tidur dia.
Dia marahkan aku sebab aku tak dapat kawal anak. Aku pun cakap kasar dekat suami dan dia bangun marah aku dan terus naik tangan dekat aku. Dia halau aku dari rumah mak mentua. Bayangkan lah dalam keadaan sarat mengandung dia sanggup naik tangan.
Setiap kali berlaku perg4duhan dan per4ng mulut dia akan halau aku. Paling lama 2 minggu. Lepas tu dia cari aku atas alasan anak tiada yang jaga. Kalau dia halau dia halang aku bawa anak – anak. Jadi bila dia str3ss tak dapat jaga anak dia kutip aku semula. Pujuk aku supaya kembali bersama.
Aku akan lari pergi rumah saud4ra terdekat aku sebab mak ayah aku dah lama meninggaI dunia. Aku pun hanya 2 beradik. Adik lelaki aku masih bujang dan dia pun merantau di negeri orang. Bila fikir semula, kesian aku dekat anak. Sebab ego kami anak tak dapat kehidupan sempurna macam keluarga lain. Masih kecil dan tak faham lagi tentang dunia terp4ksa hadap kes4kitan dari kami ibuayah mereka.
Tahun depan anak aku dah mula masuk tadika dan masih belum ada apa persediaan. Akibat dari ego suami yang tinggi tak fikir masa depan anak. Suami dah ceraikan aku, dan aku pun dah jauh dari mereka. Anak – anak suami aku yang jaga.
Syukur aku dan anak masih lagi berhubung melalui telefon. Namun rindu di jiwa hanya Tuhan yang tahu. Aku pula baru merangkak mencari kehidupan baru dan stabilkan ekonomi. Adakah aku ibu yang jahat sebab tinggalkan anak aku yang masih kecil dan perIukan belaian kasih sayang?
Aku ibu yang gagal sebab tak mampu jaga anak depan mata tengok mereka membesar? Anak yang hidup dengan didikan dan kasih sayang ibubapa takkan pernah sama dengan didikan orang lain. Hanya ibu yang faham per4ngai anak sendiri. Hanya ibu yang sanggup terima bila anak buat per4ngai.
Orang lain mungkin takkan layan anak kita sama macam mana kita layan mereka. Hanya mampu berserah pada Allah semoga anak aku dalam jagaanNya. Apa nasib anak aku yang masih lagi kecil tapi terp4ksa mend3rita menanggung kes4kitan akibat ego kami sebagai ibu bapa? Apa aku perlu beri peluang dan ruang yang entah kali ke berapa demi anak? Salam dari Zaza, ibu yang ters4kiti. – Zaza (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Siti Rahmah : Umur 30an masih mudah cari kerja sis. Stabilkan ekonomi, sewa la umah waima umah flat sekalipon. Dan kalau anak – anak elok penjagaannya di tangan suami. Di letakkan di rumah yang selesa, cukup makan minum dan pakainya,
Biarkn dulu suami ‘merasa’ menjaga anak. Seminggu 2/3 kali jenguk la anak – anak. Pahamkan mereka keadaan ayah dan ibunya. Tapi kalau terabai, rekod dan simpan bukti untuk tuntutan hak penjagaan anak – hak dan tuntut nafkah bulanan. Semoga Allah permudahkan perjalanan awak dan anak – anak.
Norhafizah : Jangan beri peluang dengan alasan anak, diorang tak perIukan hidup ada ibubapa tapi terumbang ambing. Yang penting bahagiakan diri baru anak – anak boleh bahagia. Kalau dia betul – betul sayang anak boleh je bagi dia jaga sementara stabilkan ekonomi sendiri, tapi kalau dengan anak – anak pun layanan sama macam dia buat masa jadi isteri dulu, please selamatkan anak – anak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.