
3 orang anak aku, semua OKU. Yang sulung 5 hari tak makan, sesak nafas, doktor kata ada jangkitan dekat paru – paru. Hari kedua, ambulans hantar anak kedua plak. Suami jerit marah aku, dia kata tu semua sebab d0sa aku..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam, boleh sembunyikan profil aku tak? Aku nak minta pandangan. Aku sudah 11 tahun kahwin. Ada 3 orang anak. Anak aku istimewa semuanya. Empat tahun lepas aku pernah hampir berpisah sebab suami pukuI aku tapi aku pilih ikut dia balik dan beri dia peluang. Kami teruskan hidup macam biasa tapi sayangnya suami tak berubah.
Dia ikut suka nak marah aku ini apa. Pasal benda remeh temeh pun kadang – kadang jadi besar. Aku tidur dalam bilik dengan anak – anak sebab anak aku yang kecil sekali memang waktu malam berjaga, siang dia tidur. Dua orang masih tidur buai, dengan keadaan bilik yang sempit.
Dia acapkali herdik aku, kata aku tak tahu agama, tak tidur dengan dia. Dah berapa kali dia c4bar aku naik pejabat agama mengadu hal ini tapi aku diam sahaja. Sampailah 10 Ogos lepas anak sulung aku masuk hospital sebab jangkitan kuman dekat paru – paru.
Dia marah aku, katanya buat apa hantar hospital setakat demam sikit, patutnya biarkan dekat rumah dulu dua ke tiga hari. Anak aku itu GDD, budak hyper sampai dah empat hari langsung tak makan tak minum sampai berdiri pun tak boleh, bernafas pun susah. Dia boleh marah aku sebab bawa anak ke hospital.
Aku sabar lagi. Lima hari discaj lepas itu anak aku s4kit semula, masuk wad lagi. Doktor kata dia belum betul – betul sembuh. D4rah pun nampak kurang air dalam badan. Aku jaga anak aku seorang diri. Dua hari lepas itu adiknya pula ambulans bawa masuk hospital juga, munt4h cirit. Aku ini kepenatan siang malam.
Sekarang jaga dua orang pula. Yang dekat rumah pun dah lembik munt4h cirit. Dia boleh telefon aku menjerit – jerit. Aku sabar sahaja sebab masa dia telefon itu abah dan abang – abang aku ada depan aku melawat anak aku itu. Bila mereka dah balik aku jawab lagi panggiIan dia tapi aku dah mula hilang sabar sebab dia tak henti menjerit pada aku.
Dua minggu anak masuk hospital sekali pun dia tak pernah nak datang tolong bergilir jaga ke apa. Datang berapa kali sahaja, itupun waktu malam bukannya boleh naik tengok anak pun. Bila aku tegur dia jawab padan muka aku. Itu semua sebab kau degil tak nak dengar cakap aku. Anak – anak semua jadi macam ini sebab d0sa kau.
Patut tak dia cakap macam itu padahal aku siang malam bersengkang mata jaga anak – anak sampai kaki ini lembik rasa tak mampu dah nak berdiri pun. Aku sabar lagi. Bila dah keluar wad, balik rumah, aku tak boleh lupa semua apa yang dia cakap pada aku waktu anak admit tapi aku tahan sahaja dalam hati.
Kemudian dia ajak keluar pergi makan Marrybrown. Sebab kesian kan anak dah merengek aku ikut juga. Kebetulan masa nak balik dalam kereta itu anak bongsu aku kakinya tertolak gear waktu kereta tengah jalan, dari D ke N. Dia punya meng4muk, aku diam lagi.
Dia minta aku ambilkan air, aku jawab nanti lah tunggu sampai rumah sebab selalu bila naik kereta dia memang anak – anak semua pun dia tak kasi makan atau minum. Sekali bila masuk sahaja dalam rumah aku tengah suap anak – anak makan Marrybrown, dia boleh tengking aku sekuat – kuatnya.
Anak aku semua terk3jut terus tunduk muka ke lantai. Aku pun terk3jut, sedih tengok anak – anak ketakutan. Dia dah membebel – bebel hamun aku, kata aku ada atau tak sama sahaja, dia hanya fikirkan anak. Aku diamkan diri, bawa anak masuk bilik.
Aku diamkan diri sebab empat tahun lepas waktu bert3ngkar aku menjawab, teruk dia kerjakan aku. Itu yang aku takut berulang lagi. Kalau lah jadi apa – apa pada aku macam mana anak – anak aku nak minta bantuan. Anak aku bukan macam budak normal biasa.
Anak aku tak boleh bercakap dua orang, umur lima dan tiga tahun. Yang sulung sembilan tahun tapi sama juga tak macam budak biasa. Aku fikirkan macam itu aku terus jadi keras hati nak naik pejabat agama. Dia pun menc4bar – c4bar aku.
Aku nak tanya semua, betul tak tindakan aku ini. Aku tak mampu dah nak teruskan. Selama ini aku tutup aib dia tapi dia ibarat menc4bar – c4bar kesabaran aku ini. Aku yakin aku mampu hidup tanpa dia insyaAllah asalkan anak – anak ada dengan aku.
Nafkah bagi ok tapi kadang – kadang mengungkit. Sabar aku dah habis. Waktu anak dekat hospital aku tegur pasal tanggungjawab dia tak tolong sama jaga anak tapi dia jawab dia kerja tak boleh cuti, nanti cuti kena p0tong gaji. Adik beradik dia sendiri pun pelik dengan kelakuan dia.
Komen Netizen :
Widuri Manja : Angkat kaki sis, sebenarnya awal – awal lagi dah ada red flag tapi masih lagi nak bertahan membuatkan dia rasa apa ada hal, aku bantai dia pun masih hadap lagi dengan aku. Jadi dia tak belajar dari kesilapan yang lepas dan m4kin mendiva minta bini layan dia macam raja padahal dia layan bini dan anak – anak kat celah tapak kaki dia sahaja. Suami ini tempat berlindung anak – anak dan isteri, tapi kalau tengok gaya suami sis menjadikan sis tempat pelepasan nafsu dan kuIi dia sahaja.
Norazanah Sersero : Allahuakbar. Nak menjaga anak yang normal pun rasa penat sangat ini, inikan pula menjaga empat orang anak istimewa. Sabar betul lah awak dengan per4ngai suami. Hidup sendiri bersama anak – anak lagi bagus. Mohon bantuan zakat dan JKM untuk anak OKU. InsyaAllah awak bahagia dengan anak – anak syurga.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.