
Mak mertua ikut aku pergi rumah keluarga perempuan tu. Aku tak perlu cakap, mak mertua aku dah sound bertalu – talu sampai perempuan tu dengan mak dia menangis. Mak mertua aku cakap..
#Foto sekadar hiasan. Aku Ani. Baru ni, suami aku bagi tahu terus terang yang dia nak kahwin lain. Dan dia dah pun bagi cincin tunang dekat bakal isteri dia tu. Tergamam, terk3jut tapi… Aku nak cakap apa lagi? Benda dah tunangkan?Meng4muk boleh selesaikan masalah? Malah tambah masalah.
Aku cuma pesan, mulai hari ni… saat ni… semua awak tanggung 100%. Gaji aku, aku tak akan tolong apa – apa. Mulai sekarangduit aku, duit aku. Duit awak ada bahagian nafkah aku, ada bahagian nafkah anak. Dah mampu sangat nak kahwin kan.
Kalau sebelum ni, aku bantu bayar bil api, bil air dan bagi anak – anak setiap hari duit belanja sekolah. Mulai saat ni, semua tu awak bayar. Dan duit belanja anak pun, hari – hari kena bagi kat diorang. Suami tanya aku, “Habis duit awak, awak nak bayar apa je?”
“Duit saya, saya simpan lah. Saya ada suami kan? Suami aku jenis berkemampuan kan? Kalau tak mampu, takkan nak kahwin dua…” Lepas tu suami aku cakap, “Kalau macam tu, saya tak izinkan awak kerja.” Aku jawab, “Boleh je saya tak kerja.
Tapi kereta saya, saya nak awak bayar. Kalau aku order barang online, awak bayar. Apa – apa aku nak, saya kan order je… awak bayar.” Boleh? Suami ambil kunci kereta, dia keluar. Malam tu, suami balik. Dia tengah mandi. Aku check telefon suami, aku ambil nombor minah tu.
Keesokan harinya, aku siasat sendiri latar belakang minah tu. Siasat punya siasat, cari punya cari dekat seminggu juga lah dapatlah maklumat pasal minah ni. Rumah dia kat mana, tempat kerja dia kat mana. Aku pergi rumah mak ayah perempuan tu. Aku datang bawa sekali family mentua aku. Tanpa bagi tahu suami.
Dalam hal ni, aku bersyukur seribu rahmat sangat sebab mak mentua berada di pihak aku. Mak mentua aku yang bagi amaran dekat minah tu dengan ayat: “Aku tak pernah restu dan redha anak aku nak nikah dengan kau.” Mak mentua aku cakap dengan ayah perempuan tu, “Tolong ya jaga anak perempuan tuan. Jangan jadi murah. Perempuan semurah ni, aku tak terima jadi menantu aku.”
Sampai menangis lah mak perempuan tu. Last sekali kami kena halau dengan abang si perempuan ni sebab mak diorang menangis. It’s okay… kami balik. Aku ingat suami aku tahu hal ni pada hari tersebut… kot lah minah tu mengadu. Tapi suami bersikap macam biasa. Oh, mungkin minah tu tak bagi tahu lagi kot.
Esok tu, suami aku marah kaw – kaw. Masa ni lah kami g4duh besar. Tapi aku tak meIawan. Aku diam seribu bahasa. Aku biar je apa yang suami m4ki hamun tapi aku rakam. Rakaman tu aku bagi kat mak mentua aku. Apa lagi, mak mentua aku terus datang rumah kami.
Sampai je, mak mentua terus basuh kaw kaw suami. Dan mak bagitahu nak duduk rumah kami. Dekat dua bulan juga lah mak duduk dengan kami. Aku happy sebab sejak mak ada, suami balik rumah awal. Bila keadaan tenang, mak balik rumah dia semula.
Pada awalnya, suami bersikap h4mbar macam layan tak layan, acuh tak acuh. Aku biar dulu. Aku buat je tanggungjawab aku sebagai isteri macam biasa, termasuklah nak layan suami. Tapi suami yang tolak. Dia bagi alasan penat… So aku cari masa yang sesuai… yang tenang… aku mula bincang dengan suami hati ke hati.
Aku tanya dengan lembut je, “Abang taw4r hati dengan Zira ke?” Suami diam. Aku tanya lagi, “Jawab lah abang… kita kena bincang hati ke hati. Aku kena tahu soal hati abang.” Suami p0tong cakap, “Takde… mana ada… abang okay je. Penat kerja je ni.”
Aku tanya, “Dah tu kenapa hubungan kita macam h4mbar je?” Suami cakap, “Awak tanya lah diri sendiri.” Haaa… masa ni, aku yakin suami tak okay. Terus aku ambil tangan suami, aku sebut, “Saya minta maaf… minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Apa yang saya buat ni untuk rumah tangga kita dan kalau abang betul dah tak ada hati dengan saya… Saya bersedia kalau abang nak lepaskan saya. Yang penting kita tak bermusvh dan boleh gilir jaga anak.”
Lama suami tenung aku, masa ni hati ni takut sangat, takut kehilangan suami yang aku cinta. Mata aku tak boleh tipu, aku cuma kuat tapi mengalir juga air mata. Suami tanya, “Awak yang cakap hal ni… kenapa awak menangis pulak ni?” Aku jawab, “Sebab saya takut hilang abang tapi dalam masa yang sama saya tak nak p4ksa abang untuk terima aku.”
Suami tenung je… lepas tu… Suami p0tong cakap, “Dah lah… abang nak mandi.” Lepas je dia mandi, mood suami terus lain. Okay je… dan hari – hari berikut pun okay je. Alhamdulillah ya Allah… Setiap ujian ni buat aku jadi lebih matang. Terima kasih ya Allah… masih panjangkan jodoh kami. Sekarang… alhamdulillah… dah buka buku pink lagi.
Komen Netizen:
Amy Azman: Ingat buka buku pink boleh rasa semua selesai ke? Sedangkan ada anak pun buat hal. Suami buat awak mengandung sebab nak ik4t awak, agar awak tak minta cerai. Suami takkan lepaskan awak sebab selama ni, bil – bil awak yang bayar. Sekali dah berlaku curang, akan tetap curang. Tak must4hil suami boleh kahwin senyap – senyap… Jaga – jaga.
Anonymous member 833:Laa habis pasal suami yang dah bertunang tu macam mana??? Haaa ni lah cerita Melayu suka terg4antung sepi gini. Penat je baca. Suami senyum lepas mandi sebab nak tutup je. Haa tulah perempuan… cepat sangat cair. Penat aku nangis tau. Part yang pegang tangan suami tu, aku dah merah mata. Aishhhh!!! Tak kira… nak sambungan cerita ni lagi!!!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.