Suami meng4muk anak main n4jis, sapu dekat dinding bilik. Suami lap cuci n4jis dan simbah air tu dekat saya dan anak

3 tahun kahwin, setiap hari saya menangis. Suami baran asyik m4ki hamun. Dia tak pernah naik tangan dekat saya tapi anak jadi m4ngsa. Anak baru umur 2 tahun. Saya yakin, staff kedai tu nampak apa yang suami buat dekat anak…

#Foto sekadar hiasan. Salam admin.. Mohon hidekan profil saya ya. Saya sorang ibu dan mempunyai seorang anak. Anak baru berumur 2 tahun lebih. Saya sebenarnya sangat buntu, apa patut saya buat sekarang. Adakah terus bangun tinggalkan suami atau  pertah4nkan rumahtangga saya.

Saya surirumah jaga anak sepenuh masa selepas berhenti kerja. Saya sangat sayangkan rumahtangga saya yang baru masuk 3 tahun lebih tapi apa yang saya dapat sekarang hanyalah m4ki hamun suami. Tiada kebahagiaan dan kemanisan dalam rumahtangga saya.

Hampir setiap hari saya menangis, suami pernah h3mpuk kepala anak kami dalam kereta sebab anak buat hal dekat kedai makan. dan saya pasti memang staff kedai tersebut dengar dan nampak apa yang suami buat dan cakap kat saya.

Saya dah cuba halang suami dari pukuI kepala anak tapi masih kena.. Tapi hari ni, saya kena simbah dengan air naj1s anak, Ye, suami saya yang simbah. Allahu.. Puncanya anak kecil kami buang air besar tapi dalam pampers..

Masa tu saya dekat dapur sedang mengemas dan suami plak tengok tv. Kemudian anak bagitahu suruh basuhkan ber4k dia tapi anak saya pergi pegang naj1s dia pulak.. Saya bebeI – bebeI dekat anak, boleh pulak dia ber4k pastu pegang pulak.

Masa saya nak basuh ber4k dia, dia cakap, “Mama tu kat bilik..” Ya Allah, dia pergi sapu dekat pintu bilik. Saya minta tolong suami tolong bersihkan sebab nak basuh ber4k anak.. Apa dia buat min, dia marah – marah dia cakap bebeI je tak guna, kena tamp4r je budak tu baru ada otak..

Dia jentik anak kuat, memang s4kit. Masa saya tengah basuh ber4k anak, dia boleh simbah saya dengan air naj1s anak yang dia lap tu lepas tu dia, “cakap mak dengan anak sama tak guna! Lepas ni dengan mak sekali aku tangankan.”

Salah ke cara didikan dia atau memang saya yang tak reti jaga anak. Saya tahu ada didikan yang kasar dan lembut. Ini ke didikan yang sepatutnya? Kadang – kadang dengan mak dia dan adik beradik dia, dia boleh cakap saya bod0h.

Patot ke saya bertah4n lagi untuk perkahwinan kami. Selama 3 tahun ni macam – macam saya kena h1na. Cuma dia tak pernah lagi naik tangan kat saya. Tapi anaklah yang selalu menjadi mangsa atas alasan suami, dia cakap tu cara nak ajar jadi orang.

Kadang – kadang, saya rase mungkin saya dah terkena mer0yan kesan dari masa saya berpant4ng dulu, layanan buruk dari suami.  Setiap hari menangis sebab kena m4ki hamun dari suami.. Kadang saya pun baIas dekat anak sampai lebam kaki tangan dia, saya buat.

Ya Allah. Berd0sa saya ni. Sian sangat dekat anak yang tak berd0sa, tak tahu apa – apa. Ayahnya dah macam tu. Tambah saya lagi pun sama je.. Kadang saya tak sedar ape yang saya buat. Tolong saya min.

Sambungan.. Terima kasih min siarkan masalah saya.. Typing error banyak sangat sebab taip sambil menangis.. Maafkan saya, bukan setiap hari saya pukuI anak saya.. Kelmarin yang buat saya betul – betul hilang sabar sebab anak pulak buat per4ngai.

Banyak kecaman saya terima, saya akan ambil yang positif. Ramai jugak yang bagi nasihat positif untuk saya. Siapa yang nak anak dis4kiti. Allahu… Suami memang pernah cakap dia boleh jadi sebaik – baik orang tapi sejahat – jahat sya1tan bila dia marah.

Ya, dia memang baran.. Ajaran pukuI – pukuI tu bukan dari dia je, memang dari keluarga beIah suami. Keluarga mertua memang suruh ajar anak macam tu.. Tapi saya tak bagi anak saya di ajar macam tu. Saya tak akan bagi dia s4kit lagi kecuali jika memang untuk mengajar dia. Tapi bukanlah dengan cara memukuI…

Bukan setiap hari anak saya dipukuI suami, cuma apabila anak buat prangai. Sebab anak saya memang seorang yang sangat manja. Setiap kali anak saya buat prangai suami hilang sabar.. Selalu saya akan handle anak sorang – sorang, sebolehnya tak nak suami masuk campur..

Maaf sekali lagi min. InshaAllah, doakan rumahtangga saya. Doakan suami saya solat, dapat jadi imam saya.. Saya teringin nak solat sama – sama. Dah lama dia tak buat ibadah yang satu ni. Solat adalah tiang agama. Apa sekali pun, doakan kesejahteraan kami sekeluarga..

Doakan anak saya menjadi orang yang soleh, anak yang mendengar kata.. Berbakti kepada ibubapa.. Doakan lembutkan hati suami.. Itu doa saya setiap hari. Luruskan jalan dalam rumahtangga kami. Saya cuba menyeIamatkan rumahtangga yang dibina atas rasa sayang suka sama suka. Keluarga merestui. Amin ya robbal alamin

Komen W4rganet :

Rizal Rodzuan : Biasalah kes sebegini, suami dah memang dari ner4ka, tapi mak pun setia kunun alasan oh demi anak. Tapi dahla ayah pukuI anak, tambah pakej lagi mak pun pukuI sama. Tapi nak nasihat macam mana, cakap la berbuih mulut pun tak akan berani nak tinggalkan suami sebegini walaupun bagi alasan yang hanya dia je faham.

Demi anak pun nampak anak dah kena. Kalau tinggalkan kejap pun bila dipujuk rayu suami terus lemah oh bagi peluang terakhir untuk ke seribu kali. Pasal tu polis malas sikit nak masuk campur kes kekerasan rumahtangga macam ni. Haihh, entahlah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.