Suami meng4muk, tengah malam dia bawa aku balik rumah mak aku. Mak pun terkejut tengah malam dia ketuk rumah sambil marah-marah

Baru – baru ni suami ada bagi surat tuntutan kembali taat. Banyak alasan yang dia bagi dekat mahkamah. Aku tak buat kerja rumah, aku bekerja dengan bekas kekasih aku. Aku rasa, dia buat aku jadi h4mba abdi macam arw4h isteri dia. Arw4h isteri dia meninggaI sebab penat…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku baru 2 tahun kahwin dengan duda yang telah kem4tian isteri, anak 3. Anak sulung perempuan, kedua lelaki dan ketiga perempuan. Seminggu selepas kahwin, dia cakap dia pungut aku hanya sebab aku tegur kenapa anak sulung perempuan macam tak tahu nak buat kerja rumah, umur dah 18 tahun. Aku terasa sangat bila dia cakap dia pungut aku. Rasa hina sebab mungkin aku janda.

Suami aku juga seorang narsistik. Jadi tuan puan mesti tahu sikap narsistik ni macam mana. Tak pernah dia salah dalam soal apa pun. Dia mer0kok sekalipun dia salahkan sebab aku, padahal anak sulung pun dah cakap memang dia kuat merokok, heavy smoker, bibir pun gelap.

Tapi itulah, aku juga disalahkan. Cemburu dia kuat sangat. Masa mula – mula kahwin dia tak nak kenal aku sangat pun. Dia nak kenal aku untuk jaga anak – anak dia saja kot. Jadi dia tak tahu siapa kawan – kawan dan kenalan aku. Ada satu hari tu dia cemburu sampai dia meng4muk, dia tumbvk d4da aku.

Padahal yang dia cemburu tu adik angkat aku, anak bekas bos aku dulu. Aku tinggal menumpang dengan keluarga dia. Isteri adik angkat aku tu pun aku rapat. Siapa saja kawan atau kenalan aku, dia tak suka. Ada juga satu ketika tu, bos aku telefon tanya pasal kerja.

Dia cakap beritahu bos jangan telefon atau hubungi aku sebab aku dah kahwin. Tapi aku tak buat macam dia cakap sebab aku kena jaga periuk nasi aku, kerja aku. Ada satu hari juga, masa aku sibuk bekerja dekat side, suami aku datang, puncanya cemburu dengan staf aku dan tuduh staf aku berdua – duaan dengan aku.

Lepas g4duh tu, aku keluar dari rumah sebab dah tertekan dengan sikap dia yang kalau marah suka menuduh aku bukan – bukan sampai cakap aku murahan, jaIang, peIacur dan sebagainya yang hina. Dia pernah tuduh aku pergi karaoke dan kelab. Dia dapat video tu dari telefon aku.

Video tu dari group whatsapp kawan – kawan, autosave dalam telefon. Dia hantar video tu ke telefon dia, konon aku pergi hiburan tu. Kalau g4duh dia suka mengadu dengan abang – abang aku. Dia jadikan macam satu ugvtan. Tapi lama – kelamaan abang aku tak layan dan macam perasan sikap dia.

Dia pernah meng4muk tengah malam bawa aku balik rumah mak aku sebab aku cakap nak balik rumah mak saja. Mak aku pun terk3jut tengah malam dia ketuk rumah sambil marah – marah beritahu mak aku yang aku nak balik. Dari situ mak aku nampak per4ngai dia.

Aku pergi rumah abang dia sebelah rumah, berapa langkah saja pun dia kata aku keluar rumah tanpa izin suami berd0sa, sedangkan aku masak mi dan makan ramai – ramai dengan ipar duai aku. Baru – baru ni suami ada bagi surat tuntutan kembali taat.

Tuntutan gagal sebab dia bukan selesaikan masalah. Dia cakap aku tak buat kerja rumah, aku bekerja dengan bekas kekasih aku, sedangkan dia sendiri dah mohon jumpa pengarah aku. Aku profesional saja bab kerja tapi cemburu dia berlebihan.

Aku selalu kena hadap per4ngai dia. Kadang – kadang awal pagi, bad mood, dia tak nak tengok muka aku. Dia tunjuk tak puas hati dan marah. Aku dah keluar rumah nak dekat 2 bulan sebab aku rasa tak selamat duduk rumah disebabkan sikap dia.

Dia cakap dengan orang aku tinggal dengan skandal. Aku malas nak cakap. Yang pasti aku tak nak teruskan hubungan ni sebab aku rasa terlalu hina dengan kata – kata dia. Tak guna ada pasangan, sepatutnya pasangan melindungi, bukan memburukkan.

Dari mula dulu, sebelum kahwin, macam – macam kerja aku buat di rumah. Lama – kelamaan aku perasan kalau aku tak berkeras, mungkin aku boleh jadi h4mba abdi sebab arw4h isteri dia meninggaI pun sudah terlalu penat. Ada s4kit jantung tapi diabaikan. Semua kerja dia kena buat.

Jadi 28 ni naik mahkamah kes tuntutan cerai dari dia tapi dalam masa yang sama dia nak aku balik. Aku tak layan. Bagi aku habis dah permainan seorang narsistik. Dari tuntutan kembali taat, aku sangka dia nak pujuk aku, rupanya dia cakap aku macam – macam depan ustaz sampai ustaz pun tak nak layan. Dia memang berusia tapi cara dia selesaikan masalah sangat teruk. Aku pun tr4uma dan str3ss dengan sikap dia. Aku memang tak rasa nak bagi dia peluang.

Komen Netizen :

Arami Fem : Masalah mental sama berpunca dari panas baran. Orang panas baran ni senang sangat dihasut sy4itan. Dia akan tunduk mengalah bila kita tak Iawan dengan kekerasan tapi kita Iawan dengan diam dan tinggalkan dia.

Maziah Mohamad : Allahurabbi. Bekas suami anak aku juga seorang narsistik. Selepas cerai yang pertama tak sampai 24 jam merayu – rayu anak aku untuk rujuk. Kami sebagai ibu bapa sedar jika dibiarkan, anak dan cucu – cucu kami akan rosak mental dan fizikal juga.

Kami minta dia buat lafaz taklik. Kalau tak, memang susah nak lepas dari si narsis ni. Memang betul, dia buat lagi per4ngai giIa dia hingga meIanggar taklik. Sekarang dah bebas. Kami bersyukur anak dan cucu – cucu aku dah stabil dan gembira semula.

Walaupun dia masih keep in touch dengan anak aku dan anak – anak dia, tapi suasana dah berbeza. Mudah – mudahan masalah mental dia ada penyembuhnya, cuma kesian keluarga dia tak menerima hakikat yang dia ada peny4kit mental.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :