Suami minta bagi dia masa, dia suruh saya balik kampung. Rupanya sepanjang 3 minggu dia bawa perempuan dalam rumah kami

Saya teringat nak ambil barang dalam bilik saya. Saya ketuk pintu bilik kami, lama. Lepas seminit dia buka. Saya masuk bilik gelap, bila saya pandang belakang. Saya nampak langsir tu kembung, saya selak..

#Foto sekadar hiasan. Saya berkahwin usia muda, 22 tahun. Kenal setahun, bertunang setahun. Umur 24 tahun dapat anak pertama. Anak kedua, dua tahun selepasnya. Keduanya lelaki, selective czer. Dia suami yang baik.

Semua access sociaI media, account bank, handphone semua saya ada. Dan sepanjang bercinta sampai tunang, sampai kahwin anak dua, memang tak pernah saya tangkap apa – apa walaupun sekecil sms sekalipun. Jadi saya percayakan dia. Cuma kami ada masalah dia ni memang pemalas. Saya kena layan dia macam raja.

Contoh: Baju kat mana dia buka baju, kat situ dia campak. Tak pernah tolong buat kerja rumah sekalipun dalam pantang. Dan masalah sampingan, ibu mertuaku nauzubillah (anak tunggal) faham – fahamlah. Kisah ibu mertuaku ni, kalau kalian nak saya hurai, saya kena buka post lain. Kalau ada permintaan saya buat.

Okay sambung.. Perkahwinan saya bahagia. Saya datang dari keluarga sederhana, adik beradik ramai. Dia pula dari keluarga senang, anak tunggal. Kami bahagia, walaupun anak tunggal tapi dia diajar untuk cari duit sendiri.

Kami sama – sama bekerja. Tiap bulan gaji saya sepenuhnya saya serahkan pada dia sebab gaji dia tak cukup. Waktu tu tak rasa apa – apa sebab kami bahagia. Kami tinggal di condo hadiah perkahwinan kami dari mak ayah dia.

Cuma kami masih perlu bayar sewa RM1000 sebulan kepada mak ayah dia. Harga rumah 1.2 Juta ye, jadi saya rasa dah cukup bersyukur dengan apa kami bayar. Lepas lahirkan anak pertama, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Fully susukan anak.

Sampai satu masa, dia cakap dia nak berhenti kerja, nak buka kedai retail. Waktu tu saya mengandungkan anak kedua 5 bulan. Mula – mula saya tak setuju. Tapi dia pegang tangan saya, dia menangis, dia cakap dia perIukan sokongan saya, sebab dia tahu mak ayah dia takkan sokong.

Saya memang ada background business dan marketing. Kami suami isteri bangunkan kedai. Permulaan setup deco semua, saya yang uruskan. Marketing. Kedai buka jam 10am sampai 4am. Saya la cleaner, cashier, saya lah marketeer, sayalah accountant. Sebab waktu tu tak mampu nak ada staff.

Kadang – kadang sampai tertidur anak beranak dalam stor kedai sebab penat sangat. Susah.. tapi kami bahagia. Saya tak dibayar gaji selama 4 tahun. 60% kedai saya uruskan. Tapi asal lepas makan pakai, kereta, komitmen, saya dah happy.

Business sem4kin maju. Saya jadi tulang belakang. Lepas tu kami buat keputusan untuk buat product sendiri. Saya yang keluarkan duit asb sepenuhnya untuk modal. Staff dari seorang jadi ramai. Business tu mengubah hidup kami.. Sepenuhnya..

Tahun 2016. Titik hitam dalam perkahwinan saya. Dia mula berubah. Saya nak listkan di bawah supaya yang membaca jangan ulang kesilapan saya untuk alert dengan petanda – petanda Allah seawal bulan pertama.

Petanda 1: Dia dah jarang Jemaah. Suruh solat pun liat.

Petanda 2: Lepas solat subuh biasanya saya akan baca 1 helai Alquran. Sejadah biasanya di sebeIah katil kami. 1 pagi, saya tengah baca alquran, dia bangun dan cakap “You ni nak baca, baca kat luar boleh? Bising tahu tak?”

Petanda 3: Saya selalu mimpi dia curang.

Petanda 4: 1 malam dia k3jut saya untuk bersama. Tapi “cara ajakan” tu lain. Saya terdetik nak tanya dia “Whats my name?” Dia jawab, “Nadlopha” bukan nama saya. Nama someone yang saya tak kenal.

Petanda 5: Masa mandi, dia akan bawa handphone masuk toilet. Dia pasang lagu – lagu cinta. Dan nyanyi.

Saya abaikan semua petanda tu. Bagi saya, suami saya baik. Tak baik buruk sangka. Walaupun hati saya kuat rasa macam ada tak kena. Lama kelamaan m4kin teruk, susah nak diajak berjalan bawa anak. Asyik nak marah – marah. Hubungan bersama dah tak ada. Macam m4ti nafsu. Dia pernah ke negara seberang dua hari. Off telephone (Petanda ke 6).

Sampai Malaysia, dia cakap charger dia rosak. Dia peIuk saya sangat sangat kuat dia cakap dia rindu (Petanda ke 7). Baju dalam Iuggage, semua dia masukkan dalam washer machine, sejurus selepas masuk rumah dari airport letak sabun dan spin – Petanda ke 8.

Suami saya sejenis tak boleh tidur tanpa saya di sebeIah. Tapi dia hilang 2 hari ke negera seberang tanpa 1 pun call (Petanda 9). M4kin hari m4kin teruk. Sampai 1 malam, dia cerita pada saya dia selalu macam kena gangguan.

Macam selalu nampak keIibat. Sampai satu masa dia str3ss, dia jerit “Apa kau nak?” Dia dengar suara jawab “Aku nak kau murtad”. Waktu tu dia dalam kereta seorang. Saya usahakan jumpa Ustaz Ali. Datang rumah. Baldi kosong. Dia munt4h susu ada tomp0k – tomp0k merah.

Sebelum ustaz tu balik, ustaz tu cakap “Sebab awak ni banyak buat perbuatan mungk4r” Pendek je ayat dia, saya terlepas petanda ke 10 Allah bagi. Lama – lama, saya dah tak tahan. Dia dah pandai balik lewat. Kedai tutup 12am, jam 4 pagi dia baru sampai rumah.

Saya sendiri urus anak. Hantar preschool, lepas tu sambung pergi kedai. Petang balik, ambil anak, sambung kemas rumah pulak. Begitulah hari – hari. Satu malam, saya solat sunat hajat. Saya menangis semahu – mahu kat sejadah.

Saya doa “Ya Allah, Kau bantu aku Ya Allah, Kau berikan aku petunjuk. Mana suami aku yang dulu?” Saya tertidur dalam telekung. Dalam jam 2 pagi saya terbangun. Sebab saya dengar pintu rumah tertutup. Bila saya jenguk, dia dah keluar.

Bila dia balik pun saya tak tahu. Waktu yang sama juga, saya terdetik nak check email. Saya nampak bill telefon kami. Saya terdetik nak check satu – satu. 4 tahun kahwin, saya tak pernah check. Haritu terdetik. Saya nampak ruangan international call, ada satu number dari negara seberang. Saya call. Perempuan tu macam kenal saya.

“Hai Atikah (contoh nama bukan sebenar), your brother is looking for you”. Saya pelik. Saya tanya dia “Who’s my brother?”. Dia sebut nama suami saya. Saya lagi pelik. Saya jawab “He is my husband. Not my brother”.