Suami p4ksa ‘bersama’ sedangkan aku m4buk alah bau dia. Ini yg dia buat sampai aku nekad pergi balai

Pagi tu aku nekad nak polis tangkap dia. Dia awal – awal lagi dah sorokkan cermin mata dan kunci kereta aku. Dia ingat aku akan patah kaki sebab aku rabun dan takde kereta kot. Aku kuatkan hati berjalan keluar ke jalan besar dalam 1km sebab perut aku waktu tu dah s4kit – s4kit dah, cramp..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca – pembaca yang budiman. Aku bukanlah dalam kalangan orang yang suka mencanang hal rumah tangga aku. Tapi kali ni aku sangat buntu, risau dan takut. Jadi aku harap sini tempat terbaik untuk mencari solusi masalah aku sebab korang pun tak kenal aku.

Harap – haraplah takde yang kenal! Baik lah, cerita dia macam ni. Aku dengan bekas suami aku ni baru nak masuk 2 bulan bercerai. Kami bercerai pun sebab aku buat aduan taklik. Mesti korang pun dah tahu kan. Ya! Laki aku salah seorang dari ‘pem4ngsa’ yang aku selalu baca dalam banyak luahan – luahan oleh para isteri.

Aku cuma kenal dia 2 bulan dan terus buat keputvsan untuk terima lamaran dia. Aku pun tak faham kenapa dia macam mendesak untuk cepat – cepat kahwin. Walaupun aku minta untuk kenal dulu dalam tempoh setahun.

Selain aku dah jatuh sayang kat dia, memang tak ada sebab lain. Jadi aku pun terima dia seadanya dan mengharapkan perkahwinan aku kekal bahagia hingga ke jannah. Ok, apa yang dia dah buat kat aku sepanjang kahwin akan aku ceritakan kemudian jika perlu.

Sekarang aku teruskan pada masalah besar yang sedang aku alami. Masa aku failkan taklik ni kandungan aku lebih kurang 4 – 5 bulan. Aku failkan pun sebab dia dah halau aku dari rumah yang dia sewakan untuk aku berhampiran daerah aku bekerja.

Punca dia halau aku sebab dia b3ngang aku dapat interim protection order dari mahkamah majistret. Jadi, dia tak dapat mendekati aku selagi kes mahkamah yang dia pukuI aku tu tak selesai. Oleh itu sebelum aku digelarkan isteri derh4ka aku pergi failkan taklik cepat – cepat.

Bila aku dah selamat bersalin maka h4kim putvskan yang dia bersalah dan jatuh taIak 1. Aku dikehendaki beriddah dengan talak bain sughra (tak boleh rujuk), kalau nak bersama semula kena akad semula. Ok bermulalah sesi dia mengh4ntui hidup aku.

Aku ingatkan lepas cerai dia akan terus berubah menjadi orang yang penyabar seperti mana janji – janji dia pada aku sebelum bercerai. Harapan jelah! Dia whatsapp aku setiap hari. Setiap hari cucuk jarum, minta aku kahwin semula dengan dia.

Sanggup ajak aku nikah lagi di Thailand sebab dia tahu keluarga aku tak akan terima dia balik. Selalu dia gunakan alasan anak untuk raih simpati dari aku. Bukan aku tak simpati dengan nasib anak aku tapi sebab aku lebih fikirkan anak lah aku nak jauhkan dari bapak yang suka d3ra aku dari em0si dan fizikaI.

Aku tak nak anak aku tengok langsung per4ngai jahat bapak dia. Dan lebih penting aku tak nak anak aku contohi dan ikut per4ngai bekas laki aku tu. Buktinya per4ngai bekas laki aku ni pun mendapat dari keturunan bapak dia.

Ini cerita sahih yang aku dapat selepas aku nikah dari mulut arw4h kak ipar aku, mak mertua dan mak sed4ra dia sendiri. Jadi bila aku tak reply mesej, dia terus dia m4ki hamun aku macam, “aku tau lah kau dah ada jantan lain sebab tu kau dah tak heran kat aku,””kau ingat kau cantik sangat ke,” “betina sundaI macam kau ni bersepah la.” Dan sebagainya.

Aku dari sayang dekat dia, aku tu terus jadi menyampah. Naik benci dah aku dengan per4ngai tak sudah dia tu. Macam tu dia nak aku percaya dia akan berubah? No way! Bila aku buat dek je kang mulalah dia sibuk nak tanya pasal anak.

Nak gambar anak lah. Nak video anak lah. Sedih katanya tak dapat tengok anak depan mata. Dia lupa kot dia cakap anak dalam perut aku ni bukan anak dia, anak doktor! Kes tak puas hati pasal doktor kat KIinik Kesihatan yang cek aku tu doktor laki.

Dia jugak yang suruh aku gugurkan kandungan kalau aku nak cerai. Selain dia nak whatsapp aku hari – hari, dia ada minta nak jumpa anak. Ok lah dua minggu lepas, aku bagiIah dia jumpa anak. Aku terp4ksa bawa baby keluar sebab mak aku dan adik beradik aku tak mampu nak hadap muka dia.

Ikutkan mula – mula tu pun mak aku tak bagi. Mak aku cakap dia ni bah4ya. Dia boleh meng4ncam nyawa aku. Aku minta adik bongsu aku teman. Memang scary giIa bila masuk je kereta, dia marah – marah aku sebab aku lambat dan dia nak bawa aku, anak naik genting.

Siap dah tempah hotel ye! Korang rasa??? Dia tak sangkalah yang aku bawa adik teman. Aku rasa macam nak pitam dah masa tu. Aku rasa keselamatan aku dir4gut. Aku cuba berkeras jugak untuk pergi shopping mall terdekat je supaya dia boleh habiskan masa denganĀ  anak.

Alhamdulillah, lega… dia ikut cakap aku lagi pun aku tahu plan dia dah fail untuk bawa aku pergi genting tu sebab ada adik aku. Balik dari shopping mall tu dia pesan kat aku lepas ni jangan bawa adik aku tu sebab tak ada privacy. Korang rasa????

Lepas hari tu aku pun macam biasa hantarlah gambar anak aku bila dia minta. Dan tak jawab lebih selain dari anak. Dia pulak asyik tanya aku bila nak rujuk. Dah tak sayang dia ke? Aku tak jawab, sebab aku rasa dia belum belajar dari kesilapan dia.

Bila aku tak jawab dia terus m4ki tuduh aku betina sundaI. Dalam iddah dah menggatal dengan jantan lain, mata duitan, walhal 1 sen aku tak tuntut duit nafkah baik untuk aku mahupun anak. Oh ye dia sejenis kaki ungkit walaupun duit yang konon dia hulur untuk anak dia boleh ungkit ye teman – teman.

Siap cakap tak halalkan lagi. Wah! Bertambah – tambah kebencian aku terhadap dia. Terus aku block whatsapp dan call dia! Bila aku dah benci ni, aku tak hingin nak bagi dia jumpa anak aku. Boleh tak? Lagipun akulah yang kena bawa keluar anak bila dia nak jumpa.

Anak aku baru nak masuk 4 bulan kan, mana boleh jalan sendiri jumpa bapak dia. Tapi dalam masa yang sama aku takut. Aku takut dia buat sesuatu kat aku kalau aku diamkan diri dan dia tak dapat jumpa anak. Dia pernah datang rumah masa aku dalam pantang and pecahkan tingkap bila aku tutup pintu.

Pancitkan tayar kereta bila aku tak nak keluar jumpa dia. Hurm, apa yang harus aku lakukan ni. Aku belum habis tr4uma lagi dengan apa yang dia dah buat kat aku..

Sambungan.. Ok ada yang minta dia jumpa kat rumah atas faktor keselamatan tapikan aku tak mampu nak buat macam tu walaupun aku berfikir begitu. Aku cuma ada seorang ibu yang setia menemani aku dari kandungan aku 5 minggu sampailah anak nak masuk 4 bulan ni.

Masalahnya mak aku ni dia memang dah benci habislah dengan bekas suami aku tu. Sebabnya dulu, setiap kali dia berg4duh dengan aku je dia akan whatsapp mak dan kakak aku bagitau yang dia menyesal kahwin dengan aku.

Dia cakap aku lari rumah, tak reti balik macam tak ada laki padahal aku lari rumah sebab kena beIasah. Sorang pun aku tak bagi tahu. Yang dia duk cakap menyesal kahwin dengan aku tu tapi tak nak pun ceraikan aku. Mak aku cakap kat dia awal – awal tu kalau dah tak nak kat aku buatlah haluan masing – masing.

Dekat kakak aku, dia mengadu macam – macam yang buruk semua pasal aku sampai kakak aku tazkirahkan aku kenapa aku lari rumah tinggalkan dia. Mula – mula aku senyum je dengan kakak aku. Aku telan semua sendiri sebab aku tak nak susahkan keluarga aku fikir masalah aku.

Kemuncaknya bila aku mengandung 5 minggu, dia buat hal lagi dan tumbvk muka aku 2 kali. Dia punya perit tu sampai sehari aku tak makan. Aku lari rumah sewa kawan aku. Esoknya pagi – pagi aku balik rumah senyap – senyap ambil barang – barang yang penting dan lari pergi rumah kakak aku.

Aku sampai je terus aku masuk bilik sebab penat drive 5 jam dengan m4buk mengandung. Kakak aku macam biasalah datang bilik nak tazkirahkan aku, terus aku tunjuk Iebam kat pipi aku penangan makan penumbvk 2 das semalamnya.

Tergamam kakak aku. Laki aku masa tu tengah sibuklah mencari aku siap mengutuk mengeji aku kat mak aku dan kakak aku ni. Bila kakak aku dah tau perkara sebenar barulah dia nak sebeIahkan aku. Itu pun aku cakap jangan bagitau mak aku dulu pasal pukuI ni.

Tapi naluri seorang ibu kan, mak aku tetap rasa sesuatu sangat sampai dia beriya nak ikut aku balik. Sebelum balik tu mak aku dah panas hati dah pasal laki aku tu duk update status kat whatsapp mengutuk keturunan aku.

Sampai mak aku memang tak bagi dah aku balik dengan laki aku tapi aku terp4ksa balik jugak sebab ada meeting esoknya. Bila sampai je rumah laki aku tu pergi kunci mangga baru kat pagar luar, nak tak nak aku terp4ksa cari hotel untuk kami tido semalam dua.

Mak aku cakap dia memang sengaja nak pedajaI aku. Lusa tu laki aku pergi cari aku kt tempat kerja tapi aku tak pergi kerja sebab aku takut dia buat sesuatu kat aku di tempat kerja. Lepas tu bila dia tunggu aku tak balik – balik, dia pun tinggalkan kunci pagar kat jiran dan dia balik rumah mak dia.

Selepas beberapa hari, dia balik rumah dia terk3jut sebab dalam rumah tu ada abang ipar aku, kakak aku dan mak aku. Aku takde, pergi kerja. Dia masuk – masuk je dengan selamba cakap kat abang ipar aku jangan masuk campur hal rumahtangga kami.

Abang ipar aku sound direct je, memang dia tak masuk campur! Agaknya dia dah maIukan, terus dia mempersembahkan semua keburukan aku. Abang ipar aku dengan gaya layan tak layan je la, masuk kanan keluar kiri. Abang ipar aku lagi kenal aku macam mana la, dia kenal aku dah 12 tahun.

Mak aku pulak duduk dalam bilik dengar je cerita dia burukkan aku ni. Menyump4hlah mak aku dalam hati. Lepas bersidang dengan abang ipar aku tu kebetulan mak aku keluar bilik, mak aku buat muka selamba je tak tegur dia pun.

Terus dia datang peIuk mak aku minta maaf nangis – nangis. Mak aku cakap mak aku memang tak maafkan dia atas apa yang dia dah buat kat aku. Masa ni mak tau dahla yang dia ni kaki b4ntai. Mak whatsapp kat aku, bagitahu dia minta maaf siap nangis bagai.

Aku pun pujuk la mak aku untuk maafkan dia dan harap bagi peluang terakhir kat dia. Yela, kita kan manusia. Selalu buat silap. Aku fikir camtulah. Dia bagi jaminan tak pukuI, dia sump4h atas nama mak dia. Ada yang tanya, kenapa tak minta tolong mak ayah dia atau family dia.

Ok, bukan tak pernah. Masa yang lepas kena tumbvk waktu mengandung tu aku dan mak aku dah try dah jumpa mak dia. Mak ayah mertua dah bercerai tapi macam ok jelah cakap depan – depankan, siap mak dia suruh aku failkan fasakh lagi tuh.

Tapi bila aku balik, beberapa hari lepas tu mak dia wasap aku plak cakap aku yang salah sebab lari rumah dan jangan bercerai. Ok takpe, aku telan. Mungkin salah aku? Lebih kurang sebulan lebih lepas tu kira macam yang terakhirlah.

Kandungan aku lebih kurang 3 bulan. Laki aku meng4muk pasal aku tak layan dia pukuI 2 pagi. Aku alahan teruk. Aku tak boleh langsung bau badan dia, perfume dia, malah bau sabun kat badan dia lepas keluar dari bilik air pun boleh buat aku munt4h.

Ok siang tu dia dah m4ki aku berbakul – bakul, h1na aku menyesal kahwin dengan aku. Malamnya minta aku layan napsu dia plak. Bila aku tolak dia meng4muk sakan siap amik p4ranglah nak Iibas tangan aku ni. Sebelum tu dia dah cek1k aku dah.

Aku tak mampu nak Iawan dalam keadaan aku sendiri tengah m4buk mengandung. Dalam pada aku elak – elak tu terkena la plak belakang telinga. Berdenting bunyi tu rasa bergegar kepala otak. Pagi tu aku nekad nak polis tangkap dia.

Dia awal – awal lagi dah sorokkan cermin mata dan kunci kereta aku. Dia ingat aku akan patah kaki sebab aku rabun dan takde kereta kot. Aku kuatkan hati berjalan keluar ke jalan besar dalam 1km sebab perut aku waktu tu dah s4kit – s4kit dah. Cramp.

Aku duduk kawasan kampung yang agak jauh ke dalam waktu tu. Aku minta tolong kawan ambil aku kat hujung jalan dan hantar ke balai. Selesai report polis bawa aku ke hospitaI untuk rawatan. Kenalah tahan kat ward beberapa hari.

Laki aku tu dah kena reman. Aku memang tak nak ik4t jamin dia walaupun dia call aku berkali – kali, memang aku tak layan. Akhirnya family dia datang ik4t jamin. Oh ye.. hari yg dia kena tahan tu jugak mak dia masuk hospitaI.

Kan sebelum ni aku ada cerita yg dia janji dengan mak aku dia tak akan pukuI aku lagi, jaminan dia MAK dia. Kiranya macam sump4h dia la tu dengan mak aku. Lepas je dia dapat ik4t jamin terus bertalu – talu diorang call mak aku suruh tarik report.

Aku baru keluar ward waktu tu. Diorang tak ada lah nak datang rumah minta maaf ke apa. Dari saat itu sampai baby aku dah 4 bulan ni, keluarga dia terus senyap sunyi bagai tak tahu nak jejak family aku di mana. Jadi kesimpulannya aku memang tak akan berharap la nak mengadu kat mak pak dia.

Dalam hati aku bersyukur jugak bila JPN tak bagi aku daftarkan nama bapak dalam surat beranak anak aku ni. Dah alang – alang diorang samp4hkan aku. Biar dengan anak aku sekali putvs keturunan dia. Haa.. Pasal kes JPN ni, korang jangan ingat aku nikah koboi. Aku nikah elok.

Komen Warganet :

Sarah : TT ang jangan sesekali rujuk balik. Aku yakin tahap 7 petala langit, ex suami ang sendiri akan ambik nyawa ang kalau ang jadi isteri dia balik. Buat laporan polis, minta perIindungan polis. Jangan pisahkan anak dan bapa.

Better dia jumpa anak hanya kat rumah ang dengan diawasi oleh adik beradik ang yang lelaki. Kira dia nak buat apa pun pikiaq 18 juta kali. Sebab dia tau ada lelaki yang sanggup mempert4hankan angpa 2 beranak. Dan ang TT aku sarankan belajar 2-3 langkah seni mempert4hankan diri..

LostStar : 1st skali tolonglah dapatkan perintah mahkamah bila dia boleh jumpa anak dia tu. 2nd tolong pasang cctv depan rumah, dalam rumah dan dashcam atau dashboard camera buh dalam kereta untuk pantau dia.

3rd simpan semua bukti report police plus bawak pergi bincang dengan mak ayah adik beradik dia. Biar dia tahu sikit yang awak ni berani sampai tahap ni. Dan yang terakhir cakap ke dia kalau dia main giIa dok kacau dok ugvt bagai, awak viralkan dia! Kadang – kadang adang orang sekarang ni lagi takut viral.

Aleeya : Allahuu, i baca experience u, teringat kisah hidup i 10 years back dengan ex husband. Phsyc0 dia mashaallah, tahap sampai lilit anak – anak dengan wayar seterika. Dengan malas kerjanya, panas barannya, kaki cemburu, kaki pukuI..

Pakej yang cukup lengkap. Akak pernah kena ugvt nak diIanggarnya dengan keta, nak simbah asid. Mimpi ngeri dalam hidup. Nasihat saya jangan kembali pada ex yer dik, orang macam tu takkan berubah, dan sangat – sangat pandai pujuk.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?