Suami pandai mengaji, rajin ke masjid. Awal-awal aku jujur tak pandai mengaji. Sehinggalah aku cari ustazah untuk anak aku

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku seorang cikgu jadi ramai orang ingat aku pandai mengaji. Sebelum kahwin aku dah cakap dekat suami, aku tak pandai mengaji. Dia kata dia tidak kisah. Bila suami ajar mengaji, aku terasa bila dia tegur. Sehinggalah aku cari Ustazah untuk anak aku..

#Foto sekadar haisan. Assalamualaikum. Di sini aku ingin ceritakan kisah aku yang tidak pandai membaca Al-quran. Aku seorang wanita berusia 36 tahun. Aku memiliki suami dan 3 orang anak. Walaupun aku tidak pandai mengaji, namun aku tidak pernah meninggaIkan solat dan boleh membaca surah – surah serta doa – doa dalam solat, aku juga menutup aurat dengan sempurna.

Semasa zaman kanak – kanak, aku di hantar oleh ibu untuk belajar mengaji dengan jiran. Selepas maghrib, aku akan membawa senaskah al quran untuk mengaji. Pada waktu itu, kami hanya mengikut apa yang dibaca oleh makcik yang “mengajar” kami membaca al-quran.

Setiap hari aku hanya mengikut bacaan sehingga boleh hafal dan baca sendiri surah – surah itu, namun aku tak pandai untuk mengeja ayat al quran. Aku juga kerap ponteng untuk pergi mengaji kerana sukar untuk membaca sendiri.

Aku hanya mengikut apa yang dibaca, jiran – jiran aku yang lain semua boleh membaca sendiri, tapi aku masih tidak boleh mengeja ayat – ayat tersebut. Sehinggalah aku meningkat remaja. Bila aku mula baligh, aku sem4kin malas untuk ke rumah makcik yang mengajar mengaji.

Akhirnya aku berjaya ke universiti, di universiti, aku lihat ramai pelajar yang bawak tafsir al-quran dan membacanya ketika menunggu bas atau ketika di cafe, aku rasa sangat malu dengan diri sendiri. Ketika ini tiada siapa pun yang tahu bahawa aku tidak pandai membaca al quran.

Sehinggalah suatu hari, aku tersalah masuk ke group usrah, aku diperkenalkan sebagai ahli baru, dan sebagai penghormatan kepada ahli baru, aku diminta untuk membaca satu muka surat ayat alquran. Aku mengambil kitab suci tersebut dengan gementar membaca bismilah dengan yakin, seterusnya aku terus membaca maksud ayat tersebut yang ditulis dengan huruf rumi.

Mujur lah tiada yang memaksa aku membaca surah tersebut. Selepas kejadian itu, aku membuat pengakuan kepada seorang sahabat aku yang merupakan ahli usrah itu, aku minta dia ajarkan aku Al quran, namun dia memberikan alasan yang dia tidak pandai mengajar.

Jadi aku teruskan hidup seperti biasa sebagai seorang pelajar universiti yang buta al quran. Selepas tamat universiti, aku telah berkahwin dengan kawan semasa zaman persekolahan aku, awal – awal lagi, aku berterus terang dengan nya mengenai kelemahan aku yang tidak pandai mengaji. Dia kata dia tidak kisah.

Untuk pengetahuan semua, suami aku pandai mengaji dan rajin ke masjid. Selepas berkahwin dan bekerja, aku sangat – sangat takut apabila tempat kerja atau jiran – jiran mengajak aku menyertai acara bacaan yassin atau tadarus al-quran.

Aku bekerja sebagai pendidik, jadi semua orang menjangkakan aku pandai mengaji. Setiap kali bulan ramadhan, aku akan mencari alasan untuk tidak terlibat dengan tadarus dan setiap kali acara bacaan yassin diadakan, aku hanya mengikut bacaan orang ramai.

Namun, setiap kali mengandung, aku tidak putvs berzikir untuk menggantikan “kegagalan aku” untuk mengaji. Aku berusaha untuk belajar mengaji dengan suami, namun, kekangan masa, dan sikap aku yang cepat terasa apabila ditegur suami menyebabkan aku masih gagal untuk membaca Al quran.

Sehinggalah umur aku hampir menginjak ke 30 tahun, aku rasa tidak sempurna hidup aku jika aku tidak mampu membaca al-quran. Aku membeli alquran digital, aku belajar sendiri, aku tulis setiap huruf, aku tampal di dinding, alif ba ta, konon untuk anak – anak tengok, namun, hati dan minda aku sangat – sangat kelam, aku masih gagal membaca dengan betul.

Setiap malam aku bangun dan solat hajat, aku menangis sesungguh hati, meminta bantuan dari Allah. Ya Allah aku mahu belajar al quran, aku mahu membaca al- quran, izinkan aku Ya Allah. Aku menangis seperti anak kecil yang merayu meminta simpati.

Akhirnya ketika anak sulung aku berusia 6 tahun, aku mencari guru al quran buat anak – anak aku, aku bertemu dengan seorang gadis remaja lulusan sekolah pondok yang bekerja sebagai guru mengaji. Dia akan datang ke rumah – rumah orang untuk mengajar, pada mulanya aku membayar upah untuk mengajar anak – anak aku seramai 3 orang.

Kemudian, aku meminta izin untuk menambah pelajar. Pada mulanya aku suka berborak – borak dengan ustazah muda ini, bila dah serasi, aku meminta ustazah mengajar aku mengaji. Bila ustazah tanya, akak nak baca dari surah apa, aku kata, dari alif. Ya, aku bermula dari alif baa, taa.

Setiap hari ustazah muda ini akan datang ke rumah dan mengajarkan aku Al-quran, suami aku memberikan sokongan dengan membayar yuran bulanan kepada ustazah. Ustazah muda ini sangat memahami situasi aku, dan aku boleh menerima cara teguran bersahaja nya.

Kini alhamdulilah, aku sudah mampu membaca al-quran, dan tidak pernah meninggaIkan al quran. Surah al waqiah dan surah al mulk menjadi surah kegemaran aku. Aku dan anak – anak bergilir – gilir mengaji bersama – sama ustazah muda setiap malam.

Jika ustazah tidak dapat hadir, kami akan tetap mengaji secara online. Itu sahaja secebis kisah tentang hidupku yang tidak tahu membaca, kini sudah tahu membaca. Alhamdulillah. – Pelajar (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Sun Goldenhope : Di tempat saya belajar Al Quran, ada Makcik 83 tahun. Saya kagum dengannya. Alhamdulillah… di usia senja, Allah membukakan pintu hatinya untuk belajar. Kepada yang telah boleh membaca Al-Quran, belajarlah pula tadabbur Al Quran kepada guru – guru yang tsiqah, untuk mengetahui dan mendalami isi Al-Quran itu sendiri, supaya kita mudah beramal dengan ajarannya.

Kita mungkin mengkhatam Al-Quran banyak kali, tapi jika menghayati makna dan isi Al-Quran itu sendiri, adalah lebih baik, kerana di dalam Al-Quran itu, ada diterangkan perintah dan larangan Allah yang wajib kita patuhi, dan ada sirah – sirah yang boleh kita jadikan pengajaran dan teladan.

Sedikit sebanyak diri kita akan terbentuk dengan akhlak Al-Quran, kerana membaca sahaja tidak memadai, kerana seolah – olah Al-Quran itu hanya setakat kerongkong kita sahaja.

Ahmad Abdullah Daud : Aku pun tak tahu membaca, umur awal 30, lelaki, kerana perwatakan luaraan aku macam ustaz, berjanggut, jadi satu hari di ketua jabatan di pejabat aku diminta untuk lead bacaaan yassin. Allahu, di hadapan semua aku gagahi, walau gagap.

Di situ aku mula belajar quran hingga kini lancar dan dah mampu hafal almulk serta surah pendek yang lain. Aku pernah berjanji di depan kaabah, jika aku boleh mengaji, aku janji takkan tinggalkan quran, kini dah 7 tahun berlalu, setiap pagi lepas subuh pasti aku kan baca minimum 2 muka surat, dalam bulan ramadhan lebih lagi.

Aku juga mendengar bacaan anak – anak pada maghrib, walaupun tajwid aku masih lemah. Aku masih belajar. Sekarang boleh lead yassin dan doa dengan yakin. Tapi masih perlu practice untuk lebih yakin.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5155 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.