Suami pantang orang berhutang, dalam diam dia tak tahu saya jadi mesin ATM untuk adik2

Setiap kali adik beradik saya nak pinjam duit, saya mesti buat senyap – senyap dan suruh mereka rahsiakan dari suami. Satu hari adik ipar saya ucap terima kasih sebab bagi dia pinjam duit, bila isteri dia cakap tahulah saya dia ditipu hidup – hidup..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih admin. Saya terbaca confesion ini, seorang anak yang menjadi mesin ATM pada ahli keluarganya yang lain. Saya nak kongsikan kisah saya..

Bukan nak ri4k tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Mungkin ada yang boleh dijadikan iktibar. Bismillah. Saya perempuan.. ada suami, anak – anak, menantu – menantu dan cucu – cucu. Hidup saya bahagia… yer bahagia cara saya.

Saya bukan sahaja “mesin ATM” tetapi juga “bank”. Gaji saya tidaklah banyak mana sebab saya pemegang diploma. Suami pula ada ijazah. Kami dua – dua kerja kerajaan. Saya anak sulong. Dari mula kerja, saya bagi ibu RM200 tiap bulan walau pun gaji saya masa tu cuma RM800.

Tahun demi tahun gaji saya bertambah, saya tetap bagi ibu RM200. Bila ingat balik, rasa bersalah pun ada. Suami saya F, sangat baik tapi tak pernah bagi “duit nafkah”. Eh… macam mana tu? Saya tak pernah tahu pasal “duit nafkah”.

Pada saya bila F sudah mencukupkan segalanya, selesailah nafkah dia untuk saya. F juga tak pernah ambil tahu pasal gaji saya. Lagi pun, saya tak berkira. Kadang – kadang nak beli barang dapur saya malas nak minta duit F, guna jer duit saya.

Apa tah lagi nak beli keperluan sendiri. Begitu juga bila nak makan luar. Kalau saya rasa nak bayar, saya bayar jer. Selalunya memang F lah yang bayar. Pinjam meminjam ini bermula bila seorang demi seorang adik saya berkahwin. Sayalah tempat adik – adik meminjam.

Satu hari adik pertama saya nak pindah rumah lepas kahwin. Tentu nak pakai duit sebab nak sewa lori bawa barang – barang dari pantai timur ke utara tanah air. Dia kata boleh “claim”. Saya bagi la RM600. Alhamdulillah bila dapat duit claim, dia bayar balik.

Adik kedua pula kahwin. Tinggal di Borneo. Disebabkan rumah sewa dia jauh dari tempat kerja, dia perIukan kereta. Kat sana kereta terpakai murah. Dia kata ada kawan nak jual kereta cuma RM2.5k jer . Saya faham maksud dia sebab isteri dia mengandung.

Nak ulang alik kIinik pun susah… kena naik “kereta sapu”. Alahhh… teksi yang tiada permit tu. Saya pun kirim “money order”. Kena buat kat pejabat pos sebab zaman tu tiada online banking. Sistem dia macam buku ceklah lebih kurang.

Dia kata nak bayar balik bila dapat “claim” pindah ke semenanjung. Saya iyakan sahaja sebab saya pun tidaklah terdesak sangat walau pun duit simpanan sem4kin kering. Tiga empat tahun jugak la dia tinggal kat sana. Setahun lepas dia pindah ke mari, saya dapat tahu dia beli rumah.

Sebagai kakak tentulah saya gembira. Saya ni jenis yang tak pandai men4gih hutang. Tak pandai nak meminta walau pun itu hak saya. Satu hari sewaktu saya bermalam di rumahnya, isteri dia cakap “mujur akak bagi pinjam duit. Lega kami ada kereta. Sebelum pindah ke mari, kereta tu kami jual kat kawan RM3k. Tu yang dia bayar balik hutang akak. Duit pindah pulak kami guna untuk bayar down payment rumah”.

Allahu. Saya rasa isteri dia ditipu. Tahulah saya yang hutang itu tidak akan dibayar. Jauh di sudut hati, saya maafkan serta halalkan segalanya. Lagi pun dia adik saya. Itu cerita lama. Ketika saya menerima menantu beberapa tahun lepas dia bermalam di rumah saya.

Sebelum pulang, dia minta nak pinjam RM400 sebab ada sedikit masalah. Anak – anak dia belum ada yang kerja lagi. Semuanya pandai – pandai, lepasan IPTA belaka. Saya hulurkan sahaja. Tahun demi tahun berlalu dan seorang demi seorang anaknya mula bekerja.

Hebat – hebat belaka. Tak pernah pun dia menyebut tentang duit yang saya pinjamkan. Sekali lagi, saya maafkan dan halalkan. Saya.. macam biasa. Saya tak pandai men4gih sebab tidak terdesak. Cerita adik ketiga pula. Dia seorang kontraktor kecil – kecilan.

Bisnessnya maju sehinggalah dia ditipu rakan kongsinya. Untuk bangkit semula, dia perIukan sedikit modal. Saya pinjamkan RM3k. Bolehlah dia bermula semula. Dalam masa yang sama, anak dia yang di IPTA minta beli laptop. Dia minta saya RM2k. Saya bagi lagi.

Katanya bila dapat untung bisness nanti dia bayar. Saya tunggu. Makan tahun juga. Isteri dia sangat baik dengan saya. Boleh kata tiap kali jumpa dia akan minta maaf sebab tak boleh nak bayar hutang saya yang dah RM5k tu.

Itu tak termasuk duit – duit dua tiga ratus yang saya pernah kirimkan masa adik saya tiada projek. Setakat ratus – ratus tu saya cakap siap – siap tak payah bayar. Saya halalkan sebab nak beli makan untuk anak – anak dia. Satu hari anak lelaki dia nak kahwin.

Duit projek yang dijanjikan belum diterima. Kenduri lagi dua hari. Hantaran tak cukup lagi RM3k. Siapa lagi yang boleh diharap kalau bukan saya. Saya pun bagi. Memandangkan hutang lama masih ada, saya cakap kat isteri dia.. ”akak halalkan yang RM5k itu tetapi yang RM3k ni mesti bayar”.

Dia menangis sebab rasa bersalah. Saya kata tak apa sebab saya belum lagi terdesak duit. Setahun kemudian, dia bayar RM3k. Alhamdulillah. Tentang adik keempat, urusan pinjaman ini berterusan sehingga kini. Masa dia nak tinggalkan kampung sebab nak memulakan hidup baru di KL, saya hulurkan RM5k. Buat modal berniaga. Dia ni juga kontraktor kecil – kecilan.

Saya tak nampak kemajuan pun. Hidup cukup makan sahaja. Beberapa tahun berlalu, isteri dia mintak pinjam RM2k. Nak berniaga nasi lemak katanya. Saya bagi sebab kasihankan anak – anaknya yang sedang membesar.

Projek yang adik saya dapat pun tak hebat mana. Empat tahun kemudian mereka ambil keputvsan untuk pulang semula ke kampung. Duit saya yang RM7k tu.. m4ti hidup balik pun dia takkan boleh bayar. Jadi saya buat keputvsan untuk maafkan dan halalkan sahaja.

Walau pun anak – anak dia dah besar, dah habis sekolah tetapi sesekali isterinya masih meminta duit saya. Tak banyak dalam seratus dua sahaja. Adik saya… macam biasa. Kadang – kadang ada kerja, kadang – kadang tiada.

Setiap kali saya bagi, saya cuma kata…”tak payah bayar balik. Akak halalkan dunia akhir4t. Doakan akak sihat”. Sekarang tiada lagi adik – adik yang meminjam duit saya. Adik yang keempat itu pun tak selalu. Mungkin dua kali setahun. Itu pun tak banyak.

Saya anggapkan sedekah sahaja. Lagi pun mereka menetap di kampung. Ibu bapa saya dah lama pergi. Setiap kali teringat kampung, rumah dialah saya singgah bermalam. Dia layan saya sebaiknya. Ada sebuah bilik khas untuk saya.

Selama mana saya di rumahnya, saya tak akan menyusahkan dia. Saya pasti hulurkan duit buat belanja. Tapi senyap – senyap lah supaya F tak tahu. Kadang – kadang bulan puasa, kalau isterinya tak minta duit, saya yang akan sedekah buat belanja raya.

Sekarang semua online. Senang. Saya kesian melihat kehidupan mereka kalau nak dibandingkan dengan adik – adik yang lain. Adik – adik saya yang pertama, kedua dan ketiga hidup senang.. bukan lah kaya tetapi cukup segalanya. Anak – anak berjaya dan berkerjaya.

Berbanding dengan kehidupan adik keempat saya. Anak – anaknya setakat habis SPM sahaja. Bukan tujuan saya mengh1na.. tetapi sekadar membandingkan kehidupan mereka. Jangan kecam saya yer. Untuk makluman pembaca, F tidak pernah tahu yang adik – adik saya pinjam duit. Apa tah lagi duit – duit yang disedekahkan pada isteri adik keempat saya itu.

Mereka semua pun dah faham. Saya akan ingatkan mereka.. jangan bagi tahu sesiapa terutama F. Saya tidak mahu F membenci mereka. F ni sangat tegas berkaitan bab duit. Pernah sekali adik dia pinjam RM2k. Dia mintak dan terus mintak. Adik dia bayar sikit – sikit sampai habis.

Sepupu dia juga pernah pinjam RM600. Sampai kesudah tak bayar. Saya kata halalkan jer. F kata entah lah. Kalau lah dia tahu adik – adik saya pinjam duit mahu per4ng dunia ketiga agaknya. Sekali tu, arw4h abah teringin nak pergi umrah.

Dia dah pergi haji beberapa tahun sebelumnya. Diam – diam saya masukkan duit dalam tabung haji abah tiap – tiap bulan. F tak tahu. Masa tu umrah cuma RM3k lebih kurang. Tahun 90an.. Bila dah cukup, saya buat – buat cakap kat F… “abah ajak kita gi umrah, nak tak. Tapi kita bayar sendiri la… “. Mujur dia setuju.

Kami pergi berempat termasuk mak tiri saya. Saya pesan awal – awal kat mak tiri yang dia kena bayar sendiri. Dia ada duit sebab bekerja. Abah saya dah pencen masa tu. Mak saya dah lama meninggaI dunia sebab tu abah kahwin lain.

Saya ingat lagi bila dengar ceramah ustaz tentang duit nafkah. Saya pun bagi tahu kat F… “apa kata abang bagi duit kat saya tiap – tiap bulan”. Terus F baIas, nadanya marah.. “eh, duit gaji awak kan ada. Abang tak pernah tanya pun. Makan pakai pun semua cukup kan.. kenapa tiba – tiba cakap pasal duit ni”.

Terus saya diam. Saya malas nak g4duh. Nak berhujah tak pandai. Saya fikir, biarlah itu antara dia dengan Allah. Sejak itu saya berdoa supaya Allah ampunkan F. Saya halalkan duit nafkah tersebut hingga akhir hayat. Bagi saya F adalah suami terbaik.

F tak tinggal solat dan berjemaah lima waktu. Kerja rumah pun dia rajin buat. Setiap pagi F bangun pukuI 5. Dia yang akan k3jutkan saya. Sejak dah tua – tua ni baru saya pandai bangun sendiri.. haha. Paling best tentang F ni, dia “kaki travel” dan “food hvnter”.

Kalau setakat makan asam pedas Jalan Joned kat Muar atau patin tempoyak kat Temerloh, kami pergi balik hari sahaja dari KL. Kalau travel pulak, saya akan plan betul – betul dulu. Kira jumlah budget yang diperIukan. Saya akan bayar satu pertiga dari keseluruhan perbelanjaan. Selebihnya F lah.

Kalau nak kongsi lebih lanjut tentang ni, kena buat confession lain nampaknya. Sejak anak bongsu saya berumur tujuh tahun, baru saya aktif travel luar negara ni. Saya nak anak – anak semua simpan memori tersebut. Pada saya kalau bawak keluar negara masa kecil, mereka tak akan ingat. Rugi kan.

Setakat ini saya dah menjelajah lebih 30 negara dengan lebih 60 bandar – bandar utama dunia. Anak – anak mungkin kurang sikit sebab kadang – kadang tak boleh ikut saya, ada hal. Kalau cuti hujung tahun memang saya angkutlah semua anak – anak ikut serta.

Masa anak – anak sekolah kebangsaan saya pernah ikut F bermesyuarat di Eropah. F duduk dua minggu tetapi saya seminggu sahaja. Anak – anak yang sekolah rendah saya tinggalkan rumah adik keempat. Yang lain – lain masa tu duduk kolej dah.

Masa usia saya 44 tahun, Allah jemput saya dan F untuk ibadah haji. Masa tu pakej swasta baru RM15.5k sahaja. Hotel sebelah masjidil h4ram tapi 2 ke 3 star sahaja. Tak ingat dah. Masa tu awal 2000. Sekarang semua hotel – hotel tu dah dir0bohkan.

Ganti dengan hotel 5 star sahaja. Paling best makanan yang disediakan secara buffet. Selera Malaysia sangat. Alhamdulillah. Tahun lepas saya pergi umrah.. kali keempat buat saya dan kali ketiga buat anak – anak. Seronok sangat rasanya.

Sebaik kerajaan umumkan boleh rentas negara baru – baru ini, saya teringat Baitullah. Tak tahu kenapa. Mujurlah bila saya bagi tahu F, dia terus suruh saya cari pakej. Semasa menulis ini, saya sedang sibuk menyiapkan diri untuk berangkat ke sana.

Tak sampai seminggu lagi. Moga Allah mudahkan urusan kami. Sebab itu saya kata F baik sangat. Saya selalu abaikan benda – benda lain yang F tak tunaikan. Biarlah. Berg4duh ada juga. Selalu saya akan diam sebagai tanda member0ntak.

Bila F sedar, dia akan minta maaf dulu. Saya tak pernah minta maaf. Saya ni degil sikit.. anak sulung kan. Kadang – kadang rasa kecil hati dengan F tu biasa lah. Saya marah sekejap, merajuk dan perlahan – lahan cuba lupakan.

Rumah saya.. biasa – biasa sahaja. Dua tingkat dengan empat bilik. Ada la buat sedikit ubahsuai. Bila saya nak buat kabinet berjenama atau bilik air ala – ala kat hotel, F tak bagi. Walau pun saya kata guna duit saya. Tetap dia tak setuju. Membazir katanya.

Saya teringin nak buat porch cantik – cantik ada kipas angin, ada kolam mini tapi F tak nak. Perabot rumah saya pun apa adanya sahaja. Tunggulah kerusi – kerusi patah atau sofa rosak teruk, baru boleh beli baru. Saya tak nak g4duh – g4duh, saya ikutkan sahaja.

Sebab tu la saya suka travel tu sahaja benda yang bagi F bukan membazir. Travel ni boleh hilangkan str3ss kata F. Kami lebih suka travel tanpa agent boleh explore sendiri, boleh ikut masa sendiri. Ada juga yang kami pergi dengan agent. Tengok negara la..

Yang paling penting, jauh lebih murah. Biasanya setahun dua kali kami akan ke luar negara satu yang dekat, satu yang jauh. Travel dalam negara memang selalulah. Dua tiga kali jugak setahun. Lupa nak cerita. Rezeki F sangat murah.

Dia naik pangkat dari gred 41 terus ke 48. Tanpa melalui gred 44. Sebab dia kerja bahagian penguatkuasaan. Adalah tangkapan hebat yang pernah dia buat masa tu tak boleh cerita kat sini. Confidential. Maaf yer.. F bersara awal ikut saya.

Bos dia cakap, tunggu la dua tiga bulan lagi sebab mereka dalam perancangan nak naikkan F ke gred 54 seterusnya ke jusa C. Tapi F dah nekad. Pangkat bukan segalanya. Jumlah pencen kami berdua pun RM9k, cukup untuk teruskan kehidupan. Jadi kami dua – dua bersara awal.

Dua minggu selepas bersara, staf pejabat dia telefon.. “Bigbos cadangkan nama tuan untuk dapat pingat dari sultan. Kalau tuan setuju, kami akan proceed”. F tolak. Dah la saya ada sebeIah dia masa tu. Haaiiisshhh.. saya kata terima jer lah. Saya teringin nak masuk istana.

F kata nak buat apa, bukan dapat gelaran pun. Bukan dapat duit pun. Biarlah. Begitu lah F saya.. orangnya sangat humble. Sangat down to earth. Gituuu.. Pernah sekali tu, kawan – kawan masjid dia datang rumah beraya. Ramai – ramai.

Diorang terk3jut tengok kereta besar kami kat porch.. “tak tahu pulak ni kereta haji. Selalu lah nampak kereta ni kat tempat kerja isteri haji..” Bayangkan masa tu dah tiga empat tahun kami beli kereta tu dan kawan – kawan dia tak tahu.

Dia bawa kereta biasa sahaja selalunya. Kereta besar tu untuk jalan jauh. Masa saya pergi umrah tahun lepas, seorang perempuan dalam usia 40an tanya.. ”apa amalan akak dapat kemari sampai 5 kali . Saya pun ini kali pertama. Akak doakan saya dapat datang berkali – kali macam akak yer”

Saya terkedu dengan soalan tu. Saya tak ada jawapan pun. Saya tak ada amalan khusus. Saya cuma jawab… “rezeki akak barangkali”. Entah mengapa saya rasa sebak. Saya rasa Allah bagi segalanya kat saya. Sebelum tidur malam tu, soalan perempuan tersebut terngiang – ngiang dan air mata saya turun tanpa sedar. Alhamdulillah.

Dan hari ini.. saya sedang bersiap – siap lagi untuk menjadi tetamu Allah buat kali yang keenam. Doakan saya. Panjang sangat dah cerita saya. Kehidupan saya banyak diduga tetapi saya memilih untuk tidak meceritakan tentangnya secara detail.

Ringkasnya F pernah curang. Saya pernah curang. Kami pernah bercerai. Kata orang j0doh kuat. Rujuk balik. Tu yang bahagia juga akhirnya. Cerita – cerita tak elok tu biarlah saya simpan sebagai kenangan peribadi. Moga Allah mengampuni kami.

F pernah buat bisness dengan pinjaman modal RM100k. Untung banyak. Bila keluarga F masuk campur, segalanya jadi huru hara. Serabut. Akhirnya F terp4ksa hentikan. Sedih sangat. Tapi kami dah lupakan hal tu. Dah maafkan mereka.

Dengan izin Allah, semua dugaan yang datang saya terima dan saya hadapinya. Saya berdamai dengan takdir. Harapan saya hanyalah supaya pembaca boleh kaitkan… BUAT BAIK DIBAL4S BAIK. Ada yang pernah ikut confession saya sebelum ini tak? Terima kasih semua. Salam sayang penuh ikhlas dari saya. – Acik Mah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mas Isnani : Doakan kami sekeluarga Juga dijemput ke tanah suci dalam masa terdekat ni ya acik mah. Teringin sangat nak bawa mek ke sana, nak baIas budi mek jaga arw4h ayah s4kit terIantar 9 tahun. Semoga acik mah dapat beribadah dengan sempurna, diberi kesihatan yang baik.

Ain Shafiyyah : Acik mah.. seronok baca sampai tak sedar kuar air mata bila acik mah cakap nak ke tanah suci lagi. Semoga saya seperti acik mah, sentiasa redha, ikhlas dan husnozon. Moga acik mah sihat sentiasa. Dan tolong doakan saya moga dapat jejak kaki ke tanah suci juga.

Norain Kamaruddin : Acik mah ada hati emas. Ikhlas dan selalu bersangka baik walau apa pun. Rasa terpukuI pulak baca sebab saya tak sebaik acik mah. Allahu Rabbi, engkau kurniakanlah juga hati baik sebegini kepada aku. Semoga acik mah bahagia dunia akhir4t.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.