
Suami buka baju terus tidur sebab m4buk. Aku k3jut dia, aku cakap tolonglah tengokkan anak ni sebab penat. Lepas tu dia cakap dia pun penat. Malam tu juga aku ajak dia cerai..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua, aku dan suami baru je kahwin 2 tahun lepas, anak baru nak masuk 7 bulan. Suami aku muda. 7 tahun muda dari aku. Nak cakap suami ni pemalas atau kurang bertanggungjawab entahlah. Nak cakap tak pun ada juga.
Ya memang dia bekerja dan aku suri rumah. Tapi semenjak ada masalah kewangan yang berpunca dari dia, aku putuskan untuk buat kerja sampingan sebagai penyanyi selepas sebulan melahirkan anak secara caesarean.
Punca awal masalah rumah tangga: Awal sebelum aku disahkan mengandung, masa tu aku buat bisnes fast food. Kebanyakan kerja kemas mengemas, memasak, layan pelanggan dan sediakan barang – barang makanan memang aku yang urus termasuk dengan pengurusan kewangan.
Suami memang jenis yang lambat sangat siapkan sesuatu tugas. Tambah pula bab pengurusan kewangan memang dia tak pandai tapi dia berdegil cakap aku yang tak reti urus duit bisnes. Tak tahu lah mana yang salahnya.
Bagi aku walaupun kita yang punya bisnes tu tapi kita pun pekerja juga. Sekurang – kurangnya penolakan kepada setiap keuntungan, sewa, gaji dengan duit untuk belanja barang jualan untuk esok tu aku dah buat dengan teliti.
Tapi dia asyik cakap baru bisnes mana ada keuntungan dengan gaji. Aku cakap memang belum ada untung. Ini balik modal je. Gaji ni perlu sebab nanti pun kena guna duit untuk beli barang personal. Jadi, tak ganggu duit untung dengan duit untuk beli barang jualan esok.
Okey mungkin aku salah. Jadi aku bagi dia yang uruskan. Bila turn dia yang urus, dia beli r0kok, beli ar4k, order minuman, duit untuk beli barang dapur dah entah ke mana. Lepas tu salahkan aku. Yang menyelamatkan kami dari bert3ngkar tiap hari sebab aku sah mengandung dan doktor cakap aku tak boleh buat kerja berat sebab kebanyakan kerja dekat dapur dari kemas, sediakan barang memang aku.
Sebab kalau nak harap dia siapkan kerja tu memang lambat. Servis memang lambat. Dia tunggu pelanggan panggil baru dia bangun. Semasa mengandung. Semua barang keperluan dan persiapan untuk aku dan bayi, aku yang sediakan.
Aku jual baju – baju lama aku dari rumah dan menyanyi untuk majlis – majlis kahwin / korporat sehingga kandungan masuk 6 bulan aku berhenti sebab rasa tak larat. Masa tu aku beli barang kebanyakan barang terpakai. Tak pernah dia terlibat pasal nak beli apa yang tak ada ke apa ke.
Dia banyak kali tipu aku cakap ada simpan duit untuk kegunaan aku lepas bersalin dan berurut dekat bidan sebab high chance aku kena berpantang sendiri. Dah la dia terp4ksa berhenti kerja sebab patah satu jari, aku juga yang carikan kerja yang baru yang pernah aku cadangkan dekat dia.
Suruh dia tanya dia sambil lewa je minta kerja tu sampai aku sendiri yang kena turun bawa dia pergi tanya kerja tu dekat syarik4t. Nasib baik diterima. Masa dekat syarik4t lama, gaji dia aku yang urus, segala keperluan dia cukup.
Peti sejuk sentiasa penuh makanan kegemaran dia, barang pakai dia macam sabun, syampu dengan boxer dia pun aku belikan secukupnya termasuk belanja dia sendiri walaupun aku sediakan bekal. Semenjak kerja dekat tempat baru, dia urus gaji dia sepenuhnya, makanan dekat dapur m4kin susut. Banyak benda dah dikurangkan.
Selepas bersalin, duit yang dia cakap selama ni ada simpan, tak ada, alasan itu ini. Hujung – hujung aku minta tolong mak aku untuk bagi duit sejumlah berapa yang perlu dibayar. Aku berpantang dekat rumah aunty aku sebab rumah kita sendiri kena naik tangga tingkat 3.
Sepanjang tempoh berpantang, ya dia ada buatkan itu ini masa dekat rumah aunty. Seminggu lepas tu kami balik rumah sendiri sebab aku takut nanti aunty aku pula tak selesa dengan bunyi bayi menangis sebab dia pun tak sihat.
Jadi aku decide stay rumah sendiri since aku dah rasa okey sikit. Masa dekat rumah sendiri lah baru nampak dia macam mana orangnya. Lvka aku belum sembuh lagi, dia balik kerja terus lepak dengan member sampai pukuI 2 – 3 pagi.
Dalam seminggu ada lah 2–3 kali keluar lepak. Bila aku minta dia balik awal sebab tolong aku jaga bayi, dia cakap okey tapi tetap juga pukuI 1 – 2 pagi baru balik. Pernah masa tu aku dah tak larat sebab bayi asyik menangis je memanjang. Aku penat, aku call – call dia suruh balik.
Bila balik tengok – tengok dia buka baju terus tidur sebab m4buk. Jadi aku bangunkan dia aku cakap tolonglah tengokkan anak ni sebab penat. Lepas tu dia cakap dia pun penat. Lah kalau penat kenapa keluar lepak siap m4buk lagi.
Malam tu juga aku ajak dia cerai. Tak boleh dah hadap dia dengan per4ngai macam tu. Dia tak hiraukan aku, dia tidur terus. Esoknya dia buat macam tak ada apa – apa berlaku. Aku tak nak jawab sepatah pun apa benda dia cakap. Tapi dia minta maaf. Okey aku maafkan. Lepas tu kalau dia nak lepak dia tanya aku dulu. Okey aku bagi kelonggaran.
Sebulan selepas melahirkan, aku tengok kewangan m4kin merosot. Aku fikirkan keperluan anak dengan diri sendiri dan seisi rumah. Okey lah gaji dia baru RM1,500 tambah komisen ada juga kadang -kadang cecah 2 ribu. Tapi tak nampak pun duit tu.
Aku pun dengan belum sembuh sepenuhnya bekerja sambilan sebagai penyanyi, sebab nak full time tak dapat sebab bayi full bre4stfeeding. Nasib juga dia masa tu masih nak guna botol. Tapi semenjak itu, aku dah rasa diri aku macam ketua keluarga, semua benda aku yang kena banyak fikir untuk sediakan.
Dia pula gaji entah ke mana. Dia penat, aku pun penat. Tapi dia mengadu terlebih penat. Aku tak cukup tidur, badan s4kit – s4kit lagi tak cukup pantang. Nak pergi urut dengan bidan aku fikir dari buang duit untuk berurut baik aku simpan duit walaupun sikit.
Sekurang – kurangnya aku makan makanan yang berkhasiat untuk anak. Takkan lah aku kena makan maggi je kalau tak ada duit. Tapi bila Tuhan dah tunjuk. Gaji dia banyak habiskan dekat hutang dan jvdi. Hmmm.. sedih aku.
Part jaga anak, tiap kali aku minta dia bawa anak time kami pergi keluar jalan – jalan ke apa. Ada – ada je alasan dia. Pegang tak sampai 5 minit dia dah bagi aku balik cakap anak nak menyusu lah apa lah. Hujung – hujung aku yang pegang anak. Dari lahir sampai sekarang.
Anak dah m4kin berat, badan aku tak kuat nak pegang lama – lama. Tapi aku kuatkan juga demi anak. Ajak cerai kali ke berapa entah. Dia tak nak. Sampai aku pernah beritahu mak mertua aku yang aku nak cerai secara baik dengan anak dia.
Tapi mak mertua cakap kesian bayi. Tapi apa gunanya? Even dia tak buat apa – apa pun sangat untuk luangkan masa dengan anak. Suruh berhenti mer0kok pun tak walaupun anak masuk wad batuk sebulan tak sembuh.
What should I do guys? Aku ni bagai ada suami tapi tak ada. Mostly aku buat semua sendiri. Dah lah dengan aku kurang komunikasi. Dengan kawan bukan main lagi gelak sakan. Kadang – kadang dia tengok video tak senonoh, tengok badan perempuan lain. Tapi payah benar nak sentuh aku.
Ya aku dah kurang cantik, penampilan aku tak macam dulu sebab aku tak dapat dah nak jaga diri macam sebelum jadi mak orang. Aku bagaikan jaga 3 orang anak dekat rumah ni. Jaga anak, jaga dia dan adik aku yang sebaya umur dia.
Aku pernah mengalami kemurungan atas kes keluarga sebelum kenal dia. Ini yang buatkan aku takut nak kahwin. Tapi mak aku berkeras juga nak aku kahwin dan nak ada cucu dari aku sebab aku satu – satunya anak perempuan yang dia ada. J
adi aku turutkan, tapi rumah tangga aku pula yang macam ni. Ada suami tapi semua membebani isteri. Astaghfirullah.. Tak tahu kalau benda tu sebenarnya normal atau memang aku overthinking since I’m coming from a br0ken yet t0xic family.
Tolong aku semua. Aku nak tahu adakah benda ni normal? Atau aku yang overthinking? Untuk yang cakap aku nakkan lelaki muda sebab nafsu. Maaf.. aku bukan nak lelaki muda sebab nafsu ya. Aku tak pernah pilih lelaki muda dalam hidup aku sebelum ni.
Sebab masa tu aku ada 5 kawan lelaki termasuk dia, dia antara 5 calon yang tak ada apa – apa, dari harta dengan kerja yang bagus. Dan paling muda antara mereka berlima. Disebabkan mak aku nak sangat aku kahwin, jadi mak aku pilih dia konon sebab agama serta keluarga dia mak aku kenal.
Jadi aku pun terima je lah dengan hati terbuka. Aku memang tak plan pun nak kahwin. Tapi daripada hadap mak aku merajuk sampai berbulan – bulan. Aku buat je apa yang mak aku nak.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.