Aku penat dapat suami pemalas yang kuat tidur, kuat mengarah, baran, kuat mencarut, tak ada adab dan tak reti jaga kebersihan diri

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

suami pemalas

Penat dapat suami pemalas yang kuat mengarah, bila waktu aku rehat dia selalu ganggu. Pukul 3 hingga 4 pagi dia tak tidur, dikejutkan aku semata-mata suruh buat air segelas. Kadang-kadang dikejutkan aku semata-mata suruh buat Maggi. Aku akan dikejutkan bangun untuk korek telinga dia sampai dia tidur..

#Foto sekadar hiasan / AI. Maaf. Entri panjang. Tiada paksaan untuk baca. Nak lukis tak reti. Sejak kahwin aku jadi penat sangat. Bila dah ada anak lagi aku penat dan makan hati. Sebab aku berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa atas arahan suami.

Aku penat sebab aku dapat suami yang kuat tidur, kuat mengarah, baran, kuat mencarut, tak ada budi bahasa, tak ada adab, tak ada rasa hormat, tak reti jaga kebersihan diri dan hal agama yang selalu dianggap enteng. Gurau dengan kawan – kawan pun kadang – kadang ada je nak sebut unsur lucah.

Sepanjang bergelar isteri, sekali pun dia tak pernah imamkan aku solat. Puasa? Hanya di awal minggu pertama Ramadan. Seterusnya tak puasa dan dia suruh aku masak, buat air untuk dia macam biasa. Aku pernah cakap hukum orang berpuasa buat makanan untuk orang yang sengaja tak puasa.

Tapi dia herdik aku. Tahun lepas, ada kawan dia nak pinjam kereta sebab nak pergi beli nombor ekor. Aku tegur, bagi pinjam untuk bantu dalam hal kebaikan itu tak apa, tapi bila kita tahu niat dia tak elok dan kita bantu, itu tak baik.

Dia maki aku. Malah dia kata hukum mana yang aku ikut. Ada satu hari tu kami nak keluar makan dengan kawan – kawan kami. Aku nak Maghrib dulu. Suami aku cakap, “Nak Maghrib dulu eh? Diorang dah tunggu. Tak apa la lain kali je la awak ikut ye.”

Solat Jumaat? Kalau dia ada dekat rumah, dia tidur. Belum pernah sekalipun dia di rumah hari Jumaat aku nampak dia bersiap untuk solat Jumaat. Sebelum arwah mak dia meninggal, aku ada bertanyakan semua ni. Dan arwah mak mertua aku mengaku silap atas didikan.

Masa tu baru aku tahu suami aku dan abang dia, dua beradik ni sama je termasuklah bini abang ipar aku tu. Jangan kata bab hukum. Nak mengaji pun diorang tak tahu huruf sebab keluarga memang jenis tak ambil berat soal agama.

Masa arwah mak mertua meninggal baru lah aku nampak diorang semua solat. Masa solat tu beria – ria dua beradik kata dah dapat hidayah. Jangan nak buat jahat dengan dia sebab dia sekarang dah anak yatim. Aku tak kisah kalau diorang tak pandai bab agama sebab aku pun bukan pandai bab agama. Benda boleh belajar. Aku pun bukan anak orang yang alim juga.

Aku seronok tengok diorang solat bila arwah mak mertua dah tak ada. Lillahi Taala aku cakap aku seronok sangat tengok diorang buat benda baik. Aku berharap ianya berterusan, tapi rupanya hanya masa tu je. Aku kadang – kadang penat dengan kerja rumah dan anak.

Bila waktu aku rehat, suami aku selalu ganggu. Pukul 3 hingga 4 pagi dia tak tidur, dikejutkan aku semata – mata suruh buat air segelas. Kadang – kadang dikejutkan aku semata – mata suruh buat Maggi. Pukul 3 hingga 4 pagi kalau dia tidur dan anak merengek, dia marah. Terpaksa aku bawa anak keluar bilik, dodoi di luar sampai tertidur.

Dan aku akan dikejutkan bangun untuk korek telinga dia sampai dia tidur. Aku tak dibenarkan bercampur dengan jiran tetangga. Kawan – kawan aku datang rumah pun suami aku pandang jelek. Tapi kalau kawan – kawan dia datang rumah, berhuha maghrib tak ingat dunia.

Sampai aku malu jiran kiri kanan nak solat. Kebersihan diri, cukuplah hanya aku yang tahu. Aku penat sebab bila aku cakap sikit, aku diherdik. Aku tegur elok elok dikata melawan. Mula lah nak berangin. Nak suruh tengok anak sekejap sebab aku nak solat pun kadang – kadang boleh jadi isu. Belum cerita pasal nafkah zahir batin.

Dah banyak kali aku bincang dengan dia pasal benda ni, tapi dia tetap dengan kepala angin dia. Cara dia marah aku dan anak pun kasar, siap tunjuk penumbuk depan – depan muka kami dan mengetap gigi. Buat masa sekarang tak naik tangan lagi. Tapi akan datang?

Mak dan ayah aku nak datang jenguk aku tak dibenarkan. Aku nak jenguk mak ayah pun tak dibenarkan. Padahal rumah selang dua taman je. Aku tanya khabar mak ayah melalui WhatsApp pun diperli. Waktu raya, dia yang tawarkan untuk hantar aku ke rumah mak dan ayah aku untuk salam raya sekejap.

Alih – alih bila aku dah siap, dia maki aku siap ugut kalau nak balik raya rumah mak ayah aku, dia akan anggap aku bukan bini dia lagi. Kalau dia hantar aku ke rumah mak ayah aku, itu hantar untuk selamanya. Gamaknya aku bersiap dan terfikir untuk balik raya kerana ego dan lebih pentingkan mak ayah daripada suami. Malah dia kata sampai ke tua pun dia tak akan maafkan ayah aku.

Itulah katanya. Dia yang tawarkan nak hantar aku salam raya, eh aku kena hembus pula. Punca dia benci family aku, lepas beberapa bulan kahwin dia ada pakai Honda bapa aku. Kemudian eksiden sebab masa tu kereta dia problem.

Masalahnya suami aku ni tak ada budi bahasa. Bukan minta maaf, dia bercakap macam dengan kawan – kawan pula. Abang dia sendiri saksi. Ayah aku marah bila dia bercakap tak ada budi bahasa. Ayah aku lepas mulut panggil dia menantu hantu.

Disebabkan hal ni lah suami aku kata keluarga aku bawa sial. Dia tak bagi aku berhubung dengan keluarga aku. Dia padam nombor telefon semua ahli keluarga aku dan dia marah sampai kata nak ceraikan aku. Ya, dua – dua salah.

Dua – dua dah berangin agaknya sampai main hembus je. Aku tahu kenapa ayah aku lepas mulut cakap macam tu. Ayah aku tu sebenarnya dah lama pendam je dengan perangai suami aku. Dan suami aku pun tahu. Cuma aku rasa dia buat buat tak tahu.

Sebab masa mula kahwin lagi dia mula tunjuk belang dia. Kata – kata dia yang tak ada adab boleh buat orang tua terasa hati. Mencarut depan mak ayah aku dan banyak lagi lah. Sebelum kahwin tak macam tu perangai. Tak tahu lah kenapa lepas sah je aku jadi isteri, terus perangai dia macam tu depan mak ayah aku.

Aku tak belah ayah aku sebab aku tahu ayah aku tak sepatutnya cakap ayat ‘menantu hantu’ tu. Dan aku pun tak berpihak pada suami aku sebab kalau suami aku tak mulakan dulu, mesti ayah aku tak macam tu malah sayang dia lagi.

Menantu sulung kot. Tu suami aku kata dia anak yatim, gamaknya bapa aku cakap macam tu kat dia. Tuhan akan balas katanya. Apa aku nak buat sekarang? Dah bertahun aku hidup macam ni. Aku kadang – kadang rasa lebih baik aku hidup dengan mak ayah aku. Aku jaga makan minum diorang, kerja dan besarkan anak.

Tapi apa aku nak maklum pada jabatan agama? Kesian mak ayah aku. Aku kahwin aku tak bahagia. Diorang pun aku tak mampu nak bahagiakan. Aku tak tahu lah benda yang aku hadap ni kategori tekanan mental atau tak. Tapi apa yang aku tahu, hari – hari aku sedih. Aku stress. Aku menangis seorang diri.

Terfikir masa depan aku yang tak ada simpanan nak besarkan anak. Bukan sebab aku tak buat simpanan. Tapi setiap kali dia bagi aku duit untuk belanja barang dapur, asal ada duit baki aku simpan untuk menabung, suami aku pula ambil.

Duit raya anak pun dia pinjam tak berganti. Aku tahu gaji dia tak besar. Aku tak pernah persoal pasal duit nafkah untuk aku. Aku redha soal nafkah. Tapi bila dia layan aku dan keluarga aku macam ni, aku sakit. Sebab tu lah aku yang selalu urus dan didik anak aku.

Aku takut masa depan anak aku nanti macam mana dengan budaya yang tak baik daripada suami aku. Kadang – kadang aku penat. Aku rasa baik aku mati. Tapi bila aku sedar, aku kena kuat demi anak. Aku ada terfikir nak pergi hospital. Takut aku depression.

Tapi tu lah, aku nak pergi pun macam mana? Dia bukan nak teman aku. Kenderaan pun dia je pakai. Lagi pun aku pun tak tahu prosedur nak mengadu kat jabatan agama tu macam mana. Nak kena pakai banyak duit ke macam mana?

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5158 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.