Sudah aku cakap padanya berulang kali, aku inginkan sesuatu yang istimewa pada hari lahir. Dia memang tak pernah meraikannya. Tapi kali itu aku benar – benar inginkan sesuatu. Akhirnya aku hampa. Berhari – hari aku menangis dan bersedih.
#Foto sekadar hiasan. Aku Olive. Surirumah dengan 3 orang anak semuanya di bawah 8 tahun. Si bongsu masih menyusu badan. Usia menghampiri 40-an. Dia suami yang ku sayangi sempurna segala. Baik akhlaknya, rajin orangnya, sentiasa membantu urusan rumah, baik juga agamanya.
Hidup sederhana. Mintalah apa saja, dia pasti usaha jika dia mampu. Aku pula bukan jenis meminta – minta pun. Perkahwinan menjangkau sedekad. Dia agak sibuk dengan kerjaya. Tapi bila petang dia dah ada di rumah. Hp? Sentiasa berbunyi dengan kerja 24-7.
Namun semenjak setahun ini hubungan sem4kin hambar. Dia masih seperti biasa. Memujiku, merindui diriku, melayani seperti biasa. Aku yang bermasalah. Aku tidak menginginkan dirinya. Tidak merinduinya. Malah aku tidak mahu dia menyentuhku. Aku terasa sangat tidak selesa.
Pada satu tahap entah kenapa aku berasa jijik saat di menyentuh dan memeIukku. Sejak bila bermula? Aku juga kurang pasti. Seingat aku ketika hari lahir ku pertengahan tahun lepas. Sudah aku cakap padanya berulang kali, aku inginkan sesuatu yang istimewa pada hari lahir. Dia memang tak pernah meraikannya. Pernah juga dia lupa.
Tapi kali itu aku benar – benar inginkan sesuatu. Akhirnya aku hampa. Berhari – hari aku menangis dan bersedih. Sebab aku ulangkali ingatkan dia. Aku siap cakap lagi apa aku mahu. Dia memujukku dengan kata jangan pernah putvs harapan. Nanti dia bagi. Ketika anniversary juga hampa. Dia cakap, ‘dia ingat benda tu tak penting. Beri ucapan, beri hadiah itu. Lupa katanya’.
Sudahnya aku memujuk hati ku sendiri. Letak jauh – jauh dalam hati segala duka. Nekad semua aku nak, aku akan usaha sendiri. Aku tidak mahu berharap lagi pada dia. Itukah puncanya? Entahlah. Adakah kami terlalu sibuk dengan anak – anak? Kami berusaha baiki kehambaran ini dengan pergi melancong, dating berdua – duaan namun kejap saja semuanya baik.
Aku akan kembali punyai rasa tidak suka didampingi dia. Jangan kata sentuh mahupun civm, dia dekat pun aku tidak mahu. Kekurangan hormon estragon mungkin? Entahnya, tiada pula aku ada info tentang perkaitan perasaan aku dengan hormon.
Aku pernah berjauhan dengan dia hampir sebulan. Jangankan rindu, bertemu dia kembali aku tetap tak rasa apa – apa. Aku rimas bila bertemu kembali. Rimas bila dia asyik mendekati demi melepaskan kerinduan dia.
Cinta? Entahlah, macam sudah hilang. Jika keluar dari mulutku, ianya benar – benar palsu. Hubungan intim? Sangat teruk.
Aku boleh nampak hatinya terIuka. Dia bersedih. Dia pernah menangis bila aku kata aku berasa jijik bila disentuh dia. Seolah lelaki asing menyentuhku.
Itu yang aku rasa. Setiap kali ‘bersama’, hatiku meronta – ronta agar dia tidak menyentuhku. Aku rasa nak munt4h, rasa nak nangis, rasa nak jerit tapi ku tahan saja demi kepuasan dia. Habis ‘bersama’, aku masuk tandas, nangis sepuasnya tanpa dia tahu.
Dia puas ke ‘bersama’? Memang tidak. Setiap kali dia minta, ada saja alasanku. Bila dah tiada alasan, aku layankan saja.
Tapi itulah hatiku sengs4ra, dia berduka. Masing – masing tahu kami tidak gembira. Sudahnya kami tidak bercakap. Dia diam, aku diam. Tiada penyelesaian.
Aku sedih. Sangat sedih. Masa menaip ini pun sebak rasa. Kami tak tahu bagaimana nak betulkan hatiku. Indahnya rasa kasih, kemesraan dan keghairahan ketika masa bercinta dan masa mula – mula kahwin dahulu.
Aku berusaha sikit – sikit solat tahajud, tapi itulah banyak lubang – lubang. Sukar nak istiqamah di saat tidur pun tak terjaga. Masih dalam proses wean off si bongsu.
Aku sayangkan rumahtangga ini. Ingin sekali berkhidmat pada dia. Sebelum terlewat, aku berusaha mencari penyelesaian.
Adakah anda sepertiku? Bolehkah kalian memberi pandangan demi menyelamatkan rumah tanggaku? Ke mana harus aku dirujuk? Kenapa dengan diri aku? – Olive (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nurul Hidayah Alias : Sya1tan memang suka nak meruntvhkan rumah tangga. Puan banyak – banyakkan berdoa, ingat pada Allah, ingat balik semua kebaikan suami, inshaAllah selamat semuanya. Jika Puan rasa jijik sampai begitu, dapatkan khidmat kaunseIing atau mana – mana pakar yang berkaitan. Memang sedih bila kita tak dapat k3jutan macam yang suami – suami orang lain buat. Saya baru kahwin nak masuk tahun ke-4, tapi tak pernah dapat apa – apa hadiah yang meng3jut – ng3jut tu.
Lagi sedih bila tengok kawan – kawan update surprise, suami bagi hadiah best – best. Tapi lama – lama saya malas tengok sebab saya letak harapan macam tu sedangkan suami saya bukanlah seorang yang r0mantik huhu. Jadi saya redha je lah, birthday saya tahun lepas, saya buat kek sendiri. Birthday suami tahun lepas, saya yang bagi bouquet chocolate pada dia, tak rugi sebab nanti saya dapat makan juga. Saya ingat semula apa yang suami berikan dari permulaan kahwin sampai sekarang.
Macam tak layak nak nasihat sebab baru nak masuk tahun ke-4 kan, saya hanya nak berkongsi pendapat. Dalam nak dekat 4 tahun ni, setiap masa ada ja ujian. Dari yang kecik, hinggalah sebesar – besar perkara. Tapi dari saya makan hati bertahun – tahun, baik saya happykan diri dengan cara saya. Semoga Puan temui jalan penyelesaian untuk rumahtangga puan ya.
Norazlina Nayan : Sya1tan ni memang suka hasut dalam hubungan suami isteri. Jadi punca – punca kecil macam tu pun dia hasut bagi jadi besar. So puan kena cuba buangkan perasaan kecewa tu. Dia bagi duit nafkah simpan la, lepas tu beli sendiri ape yang puan nak tu. Tak payah harap sangat org bahagiakan kita. Bahagiakan diri sendiri dulu. Lepas tu cuba cari orang yang boleh urut pulih d4ra. Nampak gaya macam m4ti putik tu. Dan cuba juga ke darussyifa bincang masalah ni dengan perawat. Semoga dipermudahkan urusan puan sekeluarga.
Yesmina Butik Bmc : Sekerap mana solat berjemaah bersama? Mengaminkan doa bersama? Berdoa dalam bahasa melayu yang difahami awak dan suami bersama – sama serta merayu bersama – sama agar Allah pandang kita dengan pandangan kasih sayang pada kita, semoga perkahwinan ini terpelihara? Jika tak kerap, usahakan untuk kerapkan. At least 3x sehari. Sekarang musim pandemik, susah nak ke masjid. Inilah peluang. Baiki juga komunikasi, bicara hati ke hati.
Terus terang jangan dipend4m apa – apa. Sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga itu adalah HADIAH dari Allah pada yang benar – benar menjaga hakNya dan hak manusia dalam rumahtangga. Tak semua pasangan berkahwin akan dapat. Ia perlu dijemput dan diusahakan sekeras – kerasnya.
Hafiz Aiman : Perkahwinan itu bukan medan untuk mencari kesempurnaan pasangan. Tapi untuk melengkapkan apa yang kurang dari pasangan supaya dapat membentuk rumahtangga bahagia. Jadi untuk bahagia selalulah bersikap give and take. Kerana hidup kita di dunia hanyalah ladang untuk menuai pahala sahaja. Destinasi kita adalah ke hari akhir4t sana. Jadi bijaklah dalam mengatur em0si supaya benda yang bersifat subjektif tidak perlu diheret kepada tekanan mental.
Isteri saya bahagia sahaja walaupun dari awal perkahwinan kami sehingga ke hari ini. Saya tak pernah ucap i love you padanya. Sebab love you itu dijelmakan melalui perbuatan sahaja. Sepanjang usia perkahwinan saya dan isteri. Bila diri saya terbeban dengan banyak komitmen. Jadi diri saya mudah lupa terhadap perkara – perkara subjektif. Seperti hari lahir saya, tarikh lahir isteri saya, tarikh lahir anak saya dan ulangtahun perkahwinan kami.
Tapi kekurangan saya itu selalu isteri saya yang lengkapkan. Seminggu sebelum tiba hari berkenaan. Dia akan datang pada saya dan beritahu abang pada tarikh sekian – sekian adalah hari ulangtahun perkahwinan kita. Jadi sayang ada satu perancangan untuk meraikan hari tersebut katanya. Lalu dia pun keluarkan senarai bahan yang dia tulis untuk dibeli. Tindakan dari saya ketika itu hanya semak senarai bahan yang hendak dibeli dan kemudian saya luluskan dengan memberikan kad ATM saya padanya.
Dalam kerja memasak pula dia lemah kerana sebelum ini banyak yang dimasak tidak sama seperti yang saya masak. Jadi walaupun rasa kurang sedap tetap saya ucap terima kasih sayang tanda menghargai usahanya dalam memasak. Kemudian bila tibanya waktu dia cuti saya akan ajak dia memasak bersama. Ketika itu saya akan ajar dia bagaimana cara nak masak seperti mana yang saya masak.
Bila saya sedang melayani anak saya. Tiba – tiba datang isteri saya depan saya. Kemudian dia pun hulurkan tangan untuk minta maaf walaupun tidak buat salah. Selepas itu diakhiri dengan bersalaman. Disebabkan ketika itu anak – anak ada bersama. Saya berusaha untuk lebih mengharmonikan persekitaran mereka dengan memberi ucapan baIas terima kasih sayang. Lalu diakhiri dengan peIukan.
Dalam rumahtangga, kami suami isteri saling berganding bahu untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Apa yang kurang dari saya, isteri saya yang tambahkan dan apa yang kurang dari isteri saya, saya yang tambahkan. Begitulah love you kami terbentuk. Di mana tidak wujud dalam bentuk ucapan tapi wujud dalam bentuk tindakan. Baik buruk suami itulah suami kita. Baik buruk isteri itulah isteri kita.