Suami s4kit saraf tengah angau bercinta dengan budak umur 16 tahun

Masa anak kedua umur 4 tahun suami disahkan ada s4kit saraf jadi saya banyak tolong hal rumah. Tapi 2 bulan lepas, suami bagitau mak mertua yang dia dah tak ada hati dengan saya sejak 5 tahun lepas. Rupanya dia buat begitu sebab tengah angau bercinta dengan budak umur 16 tahun.

#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 : Assalammualaikum admin.. Mintak dirahsiakan profile saya.

SAYA dan suami dah berbeIas tahun dah hidup bersama. Kami telah dikurniakan sepasang anak. Yang sulung dah 10 tahun yg ke-2 baru masuk 4 tahun.. Ketika umur anak saya 4 tahun ni hidup kami mula berubah disebabkan suami saya s4kit saraf, jadi tak boleh bekerja.. Jadi selama itu saya banyak membantu dari segi hal anak – anak..

Kalau bab duit, saya sendiri tak bekerja sebab tak mampu nak bayar pengasuh.. Jadi nak dimulakan cerita, baru – baru ni dalam 2 bulan lepas, suami saya bagitau pada maknya yang dia dah tak ada hati pada saya 5 tahun lepas. Hal ini disebabkan dia kata saya tak layan dia dan tak kesah hal makan dia. Jadi saya dekat rumah duk buat apa kan.

Rupanya dia buat begitu disebabkan dah ada orang ketiga. Umur perempuan tu baru 16 tahun, suami saya dah 35 tahun. Tapi sebenarnya bukan baru ni je suami saya buat begitu, sebelum ada anak pun da berbuat perangai sedemikian. Tapi bila g4duh dia salahkan kita jugak tapi sekarang ni saya memang dah tawar hati sebab hari – hari tengok boleh tersenyum – tersenyum berwasap dengan budak itu. Dengan kami anak beranak tak mesra sangat pun macam tu. Malah selalu bercakap kasar lagi ada lah. Apa lagi ya nak buat.

Komen Warganet :

Mdm Roselina : Angkat kaki je, tinggal jelah laki sis tu. Tak padan dengan s4kit, menggataI nak buah muda ye.. Sis tinggal dia tak rugi pun.. Moga bertemu jod0h dengan orang yang sihat dan ada kerja tetap. Budak umur 16 tahun tu pun 1 hari akan angkat kaki juga. Tak ada pasal lah dia nak beIa orang s4kit saraf tu, sis.

Nur Sabrina : Hahahaha dah la s4kit saraf. Andai sis tinggalkan dia, sedekah jela pada budak skolah tu sis. Tengok nak tak budak tu jaga makan pakai dia. Ke nak duit je? Benda gini banyak dah contoh, banyak nampak depan mata.

1st buat story pasal laki atau bini kononnya takmo jaga dia la apa la. Pisah. Tapi tetibe dia lak kahwin lain. Kahwin tak lama, kena tinggal dengan yang baru sebab tak sanggup nak jaga. Akhirnya merayu dengan bekas isteri nak balik. Masa tu ingat bekas isteri nak hadap? Mereput la ko sana.

Ainie Hazimawati : Sis, sudahlah, jangan berk0rban lagi dengan suami gitu. Tak sedar diri, saraf otak kot sebab apa yang dilakukan oleh isteri tak dihargai, tak berterima kasih, tak bersyukur. Jadi sis buat perubahan, tiada nak sedih – sedih. Tak payah fikir masalah si suami, sekiranya ada simpanan sis cari kerja untuk tampung diri dan anak. Abaikan suami yang tengah angau bercinta, upgrade diri ekonomi dan sentiasa berdoa pada Allah moga Allah pelihara diri sis dan anak dan dipermudahkan urusan sis.

Fatin Athirah Nordin : Sebelum s4kit saraf dia tiba – tiba teruk sampai bawak ke Iumpuh meIepek, baik awak angkat kaki sis oi. Kang kalo ko tunggu lagi buatnye tiba – tiba saraf dia jem terus meIepek kau jugak yang kena jadi bibik tak bergaji. Ko patut bersyukur dah ade bibik baru menunggu nak masuk mulut buaya laki kau yang tak guna tu. Sedekah je kat budak tu biar budak tu yang tukar pampes mandikan dia ape smua Dah la tak berguna 1 sen, menyusahkan lagi meny4kitkan hati, siap ada scandaI bawah umur lagi. Buat ape nak simpan lagi. Caboootttt

Cheq Taa Rosli : Semua terserah pada puan, banyakkan berdoa minta petunjuk dan kekuatan hati. Budak tu beIasan tahun, dia bukan saingan puan. Erti hidup banyak lagi yang dia tak tahu. Berdoa minta tuhan kembalikan kasih sayang suami puan. Kalau rasa perpisahan yang terbaik untuk puan, silakan. Berbincanglah dari hati ke hati. Untuk suami puan, bagitau dia saya kirim salam dasar bangau. Ok sekian.

Kisah 2 : Berd0sa ke saya inginkan penceraian bila suami masih bertanggungjawab walaupun dia sudah berkahwin lain dalam diam. Hati saya s4kit, hidup saya tak tenang. Suami selalu menipu. Dia sanggup berikan perempuan tu kereta walaupun baru beberapa bulan kahwin sedangkan saya isteri dia, yang bersama dengan dia hampir 6 tahun, lahirkan zuriat – zuriat dia masih tak ada kereta sendiri.

Hidup saya sekarang memang kena bersyukur je ke? Kena redha walaupun orang selalu s4kitkan hati saya.. Saya memang tak layak bahagia ke? Suami kata kalau saya nak bercerai anak – anak dia akan ambil sebab saya tak bekerja. Dia kata dia tak percaya saya boleh jaga anak – anak sendiri.. Dia akan gunakan surat refer saya ke ps1kiatri untuk buatkan saya hilang hak saya. Saya depr3ssion pun sebab dia. Adil ke hidup saya jadi macam ni?

Dia dah ambil kehidupan saya. H4ncurkan kehidupan saya. Kenapa masih nak berebut anak – anak dari saya? Kenapa saya rasa hidup ni macam kej4m sangat?

Komen Warganet :

Noorain Zulkifly : Sis bercerai je dengan dia selesaikan kes cerai elok – elok. Anak tu bagi je dia jaga. Dia tu bukan nak sangat jaga anak, dia hanya nak buat sis s4kit hati dan dia nak buat sis supaya tak tuntut cerai dari dia jadi dia ugvt macam tu. Tapi sis jangan jadi lemah. Dia nak sangatkan jaga anak? Jadi bagi je la kan.

Lepas tu sis pergi carik kerja, majukan diri sendiri, beli kereta dan sewa rumah sendiri yang elok – elok. Kuatkan diri dulu. Dah kukuh dari segi kewangan dan mentaI, sis Iawan pulak kat mahkamah untuk dapatkan anak – anak semula . Sis kena sentiasa positif. Tak selamanya menang untuk lelaki yang jahat macam suami sis tu. Ada ketika dia akan tersvngkur ke bumi jua. Kuat okay.

Nor Asma : Biar dia jaga anak – anak dan awak mulakan hidup baru, bangun dan berju4ng untuk kehidupan yang lebih baik. Bila dah stabil, buat permohonan hak jagaan anak – anak. Tapi apa – apa pun awak kena buktikan dulu yang awak layak dan mampu untuk dapatkan hak jagaan anak. Semoga dipermudahkan urusan ye.

Azma Coway : Meh puan saya ajar puan bangkit!! Jangan kalah dengan ujian, lepaskan semua kesedihan dan tekanan – tekanan tu.. Allah maha kaya dan melihat, pasti ada hikmahnya nanti. Sesudah hujan turun pasti Allah hadiahkan pelangi yang cukup indah. Saya dah lalui kes4kitan tu yang amat. Sekarang Allah dah bagi saya bahagia, masa tu fikir m4ti je. Sekarang saya rasa beruntungnya berlaku penceraian tu. Come on puan, kami semua akan terus sokong puan.

Linda Mat Nor : “Hidup saya sekarang memang kena bersyukur je ke? Kena redha walaupun orang selalu s4kitkan hati saya.. Saya memang tak layak bahagia ke?”

1- Ya dik, mula – mula memang awak kenapa bersyukur.. Tengok apa kelebihan yang awak ada tapi yang orang lain tak ada, masih ada yang lebih perit hidupnya dari awak..

2- Dan awak kena belajar redha kalau awak nak kurangkan s4kit hati awak tu.. Memang ada penawarnya kat redha tu.. Trust me!!

3- Dah tentu awak layak bahagia. Mungkin dalam rumahtangga awak sekarang ni dah tak ada bahagia untuk awak, cuma satu je nak pesan, awak kena kuat. Setakat suami ugvt nak f1ght hak penjagaan anak sebab awak tak sihat tak kerja tu tak perlu awak jadikan alasan. Dia nak anak bagi je, dia tau “anak – anak” kelemahan awak sebab tu dia berani cakap macam tu. Tak pe biar dia jaga, lagipun memang sifirnya kehidupan ni “lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lain”.. Bukan awak tak nak anak tapi dah dia nak sangat, buat apa nak g4duh – g4duh, awak tenang je..

Bila awak dah buat keputvsan nak berpisah dengan dia awak buat la plan betul – betul.. Tunjukkan pada dia awak masih boleh bahagia, anak – anak. Jangan risau, masa akan tentukan segalanya yang penting awak selalu habiskan masa dengan mereka dan ambik tau pasal mereka. Curi hati anak – anak biar mereka pun akan pilih awak. Dan ambik peluang ni untuk bangkit..