Suami sanggup gadai rantai tangan anak perempuan kami sebab nak beli jam Gshock, tak nak kalah dengan kawan2

Sebenarnya masa bertunang dia dah tipu saya. Saya dip4ksa gadai rantai emas yang mak saya beli. Buat pinjaman bank dan majlis kahwin pun diteruskan kerana saya rasa kalau saya tinggalkan dia, macam mana nak tebus rantai, macam mana dengan pinjaman bank yang dah dibuat tu. Seminggu tarikh nikah, duit hantaran tak cukup!

#Foto sekadar hiasan. Salam buat semua pembaca, mohon warga FB dapat beri pendapat dan tolong saya untuk mulakan langkah selesaikan masalah saya ni.

1- Saya merupakan seorang isteri kepada suami yang sangat malas bekerja. Sudah ada sepasang anak. Yang sulong perempuan berusia 6 tahun dan yang kecil anak lelaki. Kami kahwin atas dasar suka sama suka, tapi silap saya sebenarnya terlalu cepat percaya pada dia. Kami kenal dalam masa yang singkat je dan terus nikah.

2- Dugaan bermula dari fasa bertunang lagi, dia selalu tak ada duit. sebelum bertunang kononnya ada simpanan dah cukup untuk nikah. Tapi dia tipu saya, macam – macam. Saya dip4ksa gadai rantai emas yang mak saya beli. Buat pinjaman bank dan majlis kahwin pun diteruskan kerana saya rasa kalau saya tinggalkan dia, macam mana nak tebus rantai, macam mana dengan pinjaman bank yang dah dibuat tu. Seminggu tarikh nikah, duit hantaran tak cukup!

Saya kena pinjam dengan keluarga saya sebab keluarga dia tak ade harta. Saya buat semua ni sebab saya memang bod0h masa tu tak nampak, dan saya fikir malu keluarga saya jika perkahwinan dibatalkan. Saya juga terp4ksa menipu keluarga untuk tolong bagi pinjam duit hantaran nikah tu. Sedih bila kenangkan kembali.

3- Selepas kahwin, saya nekad nak bayar hutang. Tapiiiii sedih sekali, saya tak mampu nak tolong bayar hutang sampai la sekarang ni sebab suami saya tak boleh ada duit. Dia seorang yang bor0s, tamak dan tak pernah rasa cukup duit. Hobi dia macam – macam dan bermusim. memancing, motorcross, hiking, berbasikal. Masalah dia tak nak kalah. Semua barang nak branded dan nak tunjuk dia her0.

4- Bermula selepas nikah, saya baru tahu dia seorang yang malas bekerja, kaki putar belit sekalian aIam untuk dapatkan apa dia nak. Sejenis manusia yang nak dapatkan apa yang dia nak tapi dia tak hairan laa bini dia tak makan pun. Sejenis tak sabar dan tak boleh nak kerja berat. Hutang keliling pinggang tapi kerja malas. susah saya nak explain, hakik4tnya pahit untuk saya telan.

5- Dari sorang anak sampai lah anak masuk 2 orang. Boleh kira dalam setahun berapa hari je dia kerja. Dia ni jenis nak kerja senang tapi acah – acah banyak duit. Saya yang tanggung semua. Keluarga dia tahu perangai anak mereka tapi butakan mata, pekakkan telinga. dah berkali – kali saya minta cerai, dia tak nak ceraikan saya. Yelah siapa lah nak tinggalkan bini yang boleh bagi makan, tempat tinggal, kereta. Dia apa yang ada? Tak ada apa – apa. Handphone dia pun saya beli.

6- Kami tinggal dengan keluarga saya. Saya malu dengan keluarga saya, sebab saya tahu mereka sedih lihat kehidupan saya yang terp4ksa menanggung biawak hidup. Pernah beberapa kali saya beritahu keluarga saya yang saya nak bercerai. Saya sanggup tanggung risik0 atas apa yang dah saya buat. Tapi keluarga saya cakap, kasihan kat anak, sebab anak – anak saya memang rapat dengan dia. Terlalu rapat sebab saya banyak tinggalkan anak pada dia, yela dia tak kerja. Anak memang dialah yang jaga.

7- Yang menjadi masaah sekarang, dia taksub dengan hobi. Tak reti nak cari duit, dia pinjam sana sini. Kalau dia kerja pun, habis duit untuk diri sendiri. Dia tak pernah beli susu pampers anak. Apalagi nak cakap tentang nafkah saya. Hutang dia berIambak yang saya tolong setelkan, atas sebab malu dengan orang yang dipinjam.

8- Hubungan kami memang dingin, tak pernah nak sweet – sweet. Saya dan dia pun bersama sebulan 2 kali tu pun p4ksa. Saya layan dia macam musvh, memang saya tawar hati sangat dah. Saya rasa terani4ya dari awal perkahwinan. Saya rasa saya bersalah sangat sebab saya dah silap pilih laki.

9- Saya pernah cuba baiki hubungan dan banyak kali juga bagi dia peluang. Konon bila dia start kerja macam – macam yang diangankan, tapi hampa. Bila dapat gaji dia dah lupa tanggungjawab. Enjoy macam orang bujang dan dia juga jenis balik rumah pukuI 3 atau 4 pagi. Dah cerah baru nak tidur, bayangkan macam mana dia nak fokus dengan kerja. Sebab tulah dia susah nak lekat kerja dan bila dah terbiasa menganggur, memang seronok la hidup ade org tanggung.

10- Kalau bab curang, itu memang dia tak pernah. Dia bukan jenis melayan perempuan. Tapi masalah dia hanyalah taksub dengan hobi, segala – galanya dalam kepalanya hobi dia je.

11- Minggu lepas, surat dari bank rakyat, dia rupanya ada gadai sesuatu yang memang saya tak tahu. Surat dari bank untuk bayar sambungan simpanan 6 bulan atau tebus balik semula. Saya memang terk3jut, saya tanya dia tak jawab. Saya juga bagi duit untuk sambung kos upah lagi 6 bulan sebab saya nak tahu apakah barang yang dia gadai tu. Sedih sangat, rupanya rantai anak perempuan kami. Untuk ape? Nak beli jam, gshock! Tak nak kalah dengan kawan – kawan .

12- Banyak sangat masalah kami, tak tahu lah saya nak cerita macam mana lagi, hanya Allah sahaja yang tahu. Bila berg4duh, kata – kata kesat yang keluar. Berapa kali saya minta cerai, dia cakap kalau saya nak sangat. “Haa tunggu…” Gitulah dia ulang. Saya nak dia ceraikan saya, tapi dia cakap kalau dia ceraikan, anak – anak tu jangan sibuk cari dia sebab dia tahu anak – anak tak boleh berenggang dengan dia. Bagi saya, jika jalan perpisahan yang terjadi, saya rela dan redha sebab selama ni, memang saya yang usahakan untuk besarkan anak – anak di samping keluarga saya, bukan dari keringat dia.

13- Untuk pengetahuan semua, kaki ni dah banyak kali nak masuk ke mahkamah untuk failkan permohonan cerai. Tapi berat sangat mungkin sebab kasihan tapi tiada lagi cinta, tiada lagi airmata, tiada lagi harapan. Yang tinggal hanyalah Iuka dan d3rita, seandainya, saya dan dia berpisah.

15- Boleh bagitahu, macam mana cara untuk saya mulakan langkah pertama. Saya nekad untuk berpisah. dan mohon jangan kecam jika cerita ni terlalu panjang. Banyak yg terbuku dan terpend4m dihatiku tapi saya tak mampu nak luahkan semua. Terima kasih admin.

Komen Warganet :

Ross Fadzilah : Puan buat apa yang awak rasa perlu, puan yang menanggung. Kalau nasihat orang – orang tua tak bagi bercerai kerana kesian kat anak – anak tak perlu ikut. Percayalah bila dapat suami begini bercerai jauh lebih baik kehidupan anak – anak jauh lebih terjamin. Abaikan je lelaki yang tak tahu tanggungjawab. Kalau tak bercerai sekarang pun akan menanggung lebih sengs4ra akan datang. Masa tua umur pun sem4kin meningkat kudrat m4kin kurang tapi tanggungjawab tergaIas di bahu seorang diri. Saya berani beri pendapat kerana saya juga aIami nasib yang hampir sama

Jasper Casper : Assalamualaikum awak, perkara pertama awak perlu lakukan ialah lupakan segala kebod0han awak yang sebelum ni jadi la orang yang bijak. Kedua awak kena buat pastikan merancang supaya tak mengandung untuk memudahkan segala urusan awak. Bukan sebab tak nak anak tapi desakkan hidup awak. Lepas tu awak pergi la pejabat agama cerita masalah awak dan mereka akan berikan nasihat yang terbaik untuk awak. Kalau hanya tinggal simpati sahaja di hati awak dan anak – anak rapat dengan ayah mereka.

Itu bukan alasan yang kuat untuk awak terus bertahan. Simpati pada diri sendiri dahulu, anak – anak masih boleh berhubung dengan ayah mereka walaupun awak dah bercerai.. Hidup yang dikeliIingi hutang ni, memang parah. Tidur tak lena, makan tak lalu, asyik str3ss sahaja. Suami awak tak kisah sebab awak ada untuk settIe semua masalah tapi awak perlu ambil kisah dan bertindaklah sebelum awak dapat depr3ssion yang teruk.. Awak juga yang rugi, fikirlah dengan bijak, guna kewarasan akal dan utamakan diri sendiri dahulu awak.. Yakin dan berani dalam bertindak, inshaAllah awak akan lebih tenang dan bersemangat lepas ini..

Norhidayah Dayah : Rujuk ke pejabat agama dan di sana diorang akan terangkan prosedurnya.. selalunya pejabat agama akan panggil suami dan isteri untuk hadir sesi kaunseIing dahulu. Sekiranya tidak berhasil barulah diikuti dengan prosedur yag lain.. puan jugak boleh membuat permohonan fasakh di mahkamah.

Norafie Hafizah : Kalau banyak kasihan fikirkn anak memang makan hati la selalu. Bila dah tekad kena kuat semangat. Bila dah sedia kena cuba hadapinya, fikirlah masa hadapan. Seorang mak boleh jadi mak dan ayah, jadi kalau dari sekarang pon dah nampak macam awak la mak, awal la ayah yang mencari nafkah. Lebih baik hidup sendiri hidup dengan anak – anak

Nurul Ashikin : Biasanya langkah pertama itulah yang paling berat sekali tapi lepas tu insyaAllah. Puan mesti tekad, berserah pada Allah, hati kena kuat, saya nak cakap lebih – lebih memang tak sesuailah sebab tak banyak makan garam. Saya doakan puan terus kuat dan tabah ye.