Suami saya baik, tapi saya baran. Satu hari suami cakap pasal cerai, tangan saya menggeletar takut

Setiap kali g4duh, saya akan minta cerai. Suami kata, sekali dia ceraikan saya, dia tak akan kembali pada saya. Satu hari, suami suruh saya dengar cakap dia, tapi saya tak nak. Ketika itulah, dia terlepas cakap. Mahkamah putuskan taIak satu jatuh kepada saya..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Saya An. Berusia 30-an. Telah berumah tangga hampir 9 tahun dengan 3 cahaya mata penyeri hidup. Ini kisah keluarga saya. Agak panjang kisah saya ni, thanks admin kalau publish kisah saya dan thanks kepada semua yang sudi baca.

Saya nak cerita kisah perkahwinan saya dengan suami, Is. Kami berkenalan di facebook. Setelah masing – masing putvs cinta. Perkenalan sangat singkat. Dalam 6 bulan Is ajak tunang. Is kata dia tak mahu menunggu lama sebab kekasih dia yang sebelum ni tinggalkan dia.

Saya sudi. Tambahan umur pun bukan muda lagi. Hampir 30 tahun. tapi keluarga membantah. Sebabnya saya baru habis belajar dan belum bekerja lagi. saya berkeras nak nikah dengan Is. Kemelut yang meIanda agak teruk.

Sampaikan ibu haIau saya dari rumah. Mujur ada nenek tenangkan keadaan. Nenek berkenan dengan Is. Tapi satu saja isunya, kerana saya belum kerja. Mak dan ayah saya bercerai. Seorang kakak jugak pernah bercerai. Jadi keluarga sangat risau jika anak perempuan berkahwin tanpa ada pendapatan sendiri.

Is mengalah. Katanya mungkin tak ada j0doh. Saya merayu – rayu minta Is tunggu saya. Kenapa? sebab Is satu – satunya lelaki yang betul – betul serius dengan saya. Saya pernah bercinta 7 tahun dengan orang yang tak pernah berusaha menghalalkan saya.

Is lain. Dia tak suka berdating.Dia kata berd0sa tapi hati masing – masing asyik teringat. Pendekkan cerita, selepas hampir setahun perkenalan, keluarga akhirnya terima. Cemuhan masih ada. Tapi Is cool saja. Tetap balik kampung saya.

Senyum dengan semua orang macam tak ada apa berlaku. Awal perkahwinan kami PJJ. Saya akhirnya dapat kerja yang jauh dengan Is. Satu masalah saya, saya jenis panas baran. Sekecil – kecil perkara buat saya boleh meng4muk.

Mula – mula Is sabar. Masa pregnant anak pertama, saya teringin nak ke Kelantan. Masa kandungan 8 bulan baru dapat ke sana. Perut besar, tau la s4kitnya belakang macam mana. Saya meng4muk dalam perjalanan.

Is memujuk sampai menangis. Saya rasa saya pemenang. Dan sejak itu saya suka buat per4ngai. Setiap kali bertemu Is, saya akan buat hal. Sampai la satu hari, saya rasa Is dah hilang sabar. Dia kata, dia tak akan lagi menangis untuk saya.

Sejak itu saya agak berlembut. Saya sedih sebab Is kata macam tu. Tapi per4ngai baran masih ada. Selepas 3 tahun, kami dapat tinggal bersama. Anak dah masuk 2. Saya masih macam dulu. Meng4muk perkara biasa. Pintu rumah memang banyak pecah.

Is tumbvk bila marahkan saya. Sebab? Saya jenis suka prov0ke. Bila Is diam saya akan s4kitkan hati dia. Setiap kali berg4duh, Is akan ambil anak – anak. Is memang pendiam. Tapi dengan anak – anak dia sangat Iindung walaupn dia agak garang.

Is suami yang baik. Solat tak pernah tinggal. Kalau saya tak sempat masak, Is masakkan. Anak – anak Is urus. Kalau demam memang dia boleh berjaga malam tapi ada beberapa perkara saya selalu tak puas hati dengan Is.

Dia sangat suka tidur siang, sangat tak romantik dan cakap dengan suara yang keras dan tinggi. Macam tengah marah orang. Kadang – kadang malu dengan orang luar. Mak saya sendiri perasan per4ngai Is. Bila bersembang macam dengan kawan – kawan saja saya dan Is.

Is jugak suka bertangguh kerana sayangkan tidurnya. Jadi bila saya minta buat sesuatu, akan lambat dibuatnya. Anak – anak susah tidur siang. Bila saya memasak, akan jadi kelam kabut. Bila lipat baju akan diselerak semua.

Saya panggil Is, dia kata nanti – nanti la buat. Buang sampah pun bertangguh. Sayakan cepat marah. Bila benda bertangguh lagi cepat panas hati ni. Sejak PKP, beberapa kali Is cuti tanpa gaji sebab company tempat Is berkerja tutup.

Saya pula penjawat awam. Bila PKP, Is jaga anak sepenuhnya. Jadi kami dapat jimat upah mengasuh. Anak pun dah masuk 3 orang. Tapi bila balik rumah, pusing kepala saya. Rumah berselerak. Is hanya akan settle makan mandi anak – anak, baju (mesin dan dryer sahaja) serta memasak lauk simple.

Berkemas tak pernah. Rumah berpasir tu perkara biasa. Saya tak bersyukur. Saya balik marah – marah. Is diam. Setiap kali g4duh, saya akan minta cerai. Is kata, sekali dia ceraikan saya, dia tak akan kembali pada saya. Saya takut.

Terlalu takut sebab saya sebenarnya sangat sayang Is. Saya hanya buat per4ngai dengan dia. Dengan orang lain, saya sebenarnya seorang yang ceria. Is kata, jika sayang kenapa selalu cari pasal. Entahlah.. Kemuncak hubungan kami adalah pada malam 30 Oktober lepas.

Saya berg4duh lagi dengan Is. Mulanya saya marah anak. Is masuk campur. Kami pula berg4duh. Dalam g4duh tu, Is tanya begini, “Sayang boleh dengar cakap abang tak?”. Saya baIas, “Kalau aku tak nak?”. Is kata.. “Ok, kita putvs”.

Macam halilintar membeIah bumi rasanya hati saya masa tu. Saya masuk bilik. Berselimut. Tangan menggeletar. Tak sampai 10 min. Saya bangun, tukar baju dan start kereta. Is kejar tapi tak sempat sebab saya dah gerak. Dia tak sempat nak follow saya sebab dia masih berkain pelekat dan anak – anak semua sedang makan.

Saya plan nak check in hotel malam tu. Tapi terlupa bawa mask pula. 3 jam lebih saya memandu tanpa tujuan. Telefon saya m4tikan. Tiada air mata. Tapi jantung berdegup laju sampai saya rasa sesak sangat. Akhirnya saya pulang.

Tu pun sebab nak terkucil. Mask tak ada. Nak singgah di pam minyak, risau kena saman nanti. Balik rumah, Is tanya saya ke mana. Saya masuk bilik lain, terus tidur. Selalu peluang macam ni yang saya tunggu. Seronok berper4ng mulut.

Tapi malam tu saya rasa kosong. Saya yakin taIak dah jatuh ke atas saya. Esok pagi, saya bangun macam biasa. Siapkan keperluan sekolah anak – anak. Saya bertudung. Is bangun tanya kenapa bertudung. Saya jawab saya yakin kami dah terputvs sebagaimana lafaz dia semalam.

Bila anak – anak ke sekolah. Kami ke pejabat agama. Buka fail kes. Esoknya masuk mahkamah. Tapi kes kami ditolak. Sebab lafaz yang kami tulis tak betul. Mana la tahu kena tulis sebiji – biji (saya dan Is just buat rumusan) macam mana yang dilafaz.

Jadi kena betulkan. Esoknya masuk mahkamah lagi. Dalam beberapa hari keluar masuk mahkamah tu saya dan Is berem0si. Kadang – kadang boleh sembang dengan elok. Kadang – kadang meIenting dan berg4duh. Kadang – kadang sama – sama menangis.

Sepanjang kes berjalan, Is berkali – kali pujuk saya untuk rujuk. Tapi saya tolak. Is terus memujuk dan menangis. Sesuatu yang dia kata tak akan berlaku lagi sebelum ni. Hari sabtu malam Is lafaz. Hari rabu mahkamah putvskan taIak satu jatuh kepada saya.

Saya keluar mahkamah dengan senyuman kelat kepada Is. Is baIas senyum h4mbar. Kami masih tinggal bersama tapi berlainan bilik. Ke mahkamah pun bersama dengan kereta yang sama. Keluar dari mahkamah Is bawa saya ke tepi laut.

Kami meluah segala – segalanya. Berderai air mata kami. Sungguh banyak silap saya sebagai isteri. Dan Is juga mengaku kesilapan dirinya. Akhirnya, 8 november kami rujuk semula. 9 hari kami terpisah. 9 hari Allah bagi kami sedar kesilapan kami terutamanya saya.

Banyak salah saya. Banyak d0sa saya. Ujian 9 hari buat kami terduduk. Tak sangka ik4tan yang dibina putvs dengan satu ayat yang sangat simple. Kami rujuk sebelum surat cerai keluar. Banyak sikit prosedur. Tapi Is beria nak saya segera kembali jadi isterinya.

Teringat dulu macam mana saya beria nak Is tunggu saya. Kami sama – sama salah. Salah saya kerana yakin Is akan terus bersabar dengan kerenah saya. Salah Is pula, dia yakin saya tak akan sahut cab4ran dia. Pegawai di pejabat agama geleng kepala bila tengok kes kami.  Bercerai dengan alasan remeh.

Sesudah lebih 2 minggu selepas rujuk semua. Kami kembali bahagia dengan cara baharu. Is dah mula merendahkan nada suara dengan saya. Dah bangun awal pagi tolong saya. Saya pulak dah kurang marah. Berleter tu masih ada.

Kadang – kadang bila merajuk manja, Is pujuk. Dulu dia buat tak tahu dan tidur. Is kerap ucapkan maaf dan terima kasih. Dulu perkataan tu jarang keluar dari mulut Is. Asbab perkataan macam tu, hati saya tak mudah panas lagi.

Saya dah sem4kin banyak tersenyum. Allah uji untuk sedarkan kami. Alhamdulillah. Kepada yang membaca sampai ayat ini, terima kasih saya ucapkan. Tolong doakan saya dan Is terus berbahagia sehingga syurga. Saya doakan kalian juga macamtu.

Pengajaran yang saya dapat sepanjang 9 hari penceraian kami terlalu banyak. Terlalu dalam dan terlalu membuatkan saya benar – benar insaf. Saya harap pembaca tak buat kesilapan yang serupa macam kami. Kalau ada yang nak mengecam, saya terima. Sesungguhnya saya bukan isteri yang baik. Akhir kalam, hargai sesuatu sebelum kita kehilangannya. – An (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Grégory Thariq : Haihh kak per4ngai ko. Nasib baik dah berubah. Rare nak dapat laki macam Is tu zaman sekarang. Yang banyaknya kaki game, solat tunggang langgang, kaki scroll ig pompuan, kaki lepak sampai tak ingat anak bini.

Paling dahsyat guna nama bini kerja penjawat awam buat loan beli motor beso pastu follow ride konvoi tak balik – balik ntah dengan betina mana dia tido. Bersyukur lah kak ye.

Nurul Hazwani : Nasihat saya. Kalau pasangan anda bukan seorang biawak hidup, kaki pukuI, kaki d4dah, gay, kedekut, kaki m4ki, curang. Sila la cuba bertolak ansur dan menerima kekurangannya. Manusia tak sempurna.

Jangan terlalu mengharap kesempurnaan meIampau. Apapun tahniah TT kerana akhirnya berjaya memiliki kisah yang bahagia. Semoga terus bahagia dan kekal menjadi isteri yang baik. Aminn.

Zarbanu Nasir : Eg0 masing – masing ada, harga diri masing – masing ada, kata – kata masing – masing juga perlu jaga, lidah tak bersalah, hati, akal dan iman kita kena urus. Peringatan untuk saya juga. Terima kasih sudi share untuk berhati – hati sikap kita dengan suami atau semua orang.

Atas perkara remeh boleh jadi benda besar. Istighfar lah kita selalu sentiasa moga hati kita tidak lah mudah dikuasai per4ngai syaitan sentiasa nak memg4muk marah – marah. Buruk per4ngai. Nauzubillah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Shopee Free Shipping : https://shp.ee/ty2vbpz | Apa kata anda?