Suami saya berada di Thailand, sedang menghitung hari untuk berkahwin dengan isteri kedua esok. Saya masih muda dan cantik…

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Baru sebulan suami kahwin, mereka dah bercerai. Suami bagitahu isteri kedua dia tu sc4mmer kikis duit untuk dapatkan deposit rumah sewa. Aku telefon madu aku, dapatkan kepastian..

#Foto sekadar hiasan / AI. Saya kini sedang diuji oleh Allah. Suami saya kini berada di negara gajah putih sedang menghitung waktu untuk bernikah dengan isteri kedua esok pagi. Saya baru 28 tahun masih muda dan cantik. Tapi perlu memilih samada diceraikan atau dimadukan.

Walau berkali suami mahu menceraikan… Tetap saya pertahankan, saya halang mulutnya dari terlafaz. Saya tidak mahu anak saya mempunyai ‘broken family’. Kurang 24 jam iaitu esok pagi akan rasmi lah saya berkongsi kasih suami. Namun, saya masih bersyukur dan gembira masih bergelar isterinya, masih diberikan peluang berkhidmat sebagai isteri.

Saya sendiri yang izinkan suami berkahwin lagi. Entah dari mana kekuatan Allah hadirkan dalam diri. Suami meminta saya menolongnya pack luggage. Ya, isterinya ini yang seterika baju nikah kami dulu untuk suami pakai menikah sekali lagi esok!

Saya siapkan samping songket, lengkap dengan butang baju melayu. Begitu juga baju – baju kemeja dan seluar kerja sebanyak 6 pasang untuk seminggu suami saya akan bermalam di rumah isterinya yang kedua nanti. Pagi tadi, saya sebagai isteri yang menghitung detik suami menerima akad perempuan lain.. menolong suami sangkutkan baju nikah kami tu di dalam kereta.

Ohhh kuatnya hati ini. Tanpa setitis air mata pun jatuh. Saya menghantar suami saya ke kereta dengan senyuman, gurauan, mood dan muka yang ceria. Suami yang awalnya saya rasakan tiada perasaan, tidak peduli pun saya ada atau tidak tetiba menangis memeIuk saya selepas saya salam, civm dan kucup tangannya dengan begitu lama.

Lebih lama kucupan ini dari kucupan semasa pernikahan kami 4 tahun yang lepas. Suami meminta maaf. Saya maafkan, saya minta dia ampunkan segala d0sa saya selama saya ini. Saya mohon suami doakan saya kuat, kerana saya tahu saya tidak kuat sebenarnya.

Tiga hari lepas saya sudah puas menangis hingga kering tiada air mata lagi mahu dititiskan. Saya sedang kuatkan hati dan memikirkan kenapa saya yang terpilih menerima ujian ni. Mungkin Allah nak saya rehat, manjakan diri, ada ‘me time’, Mungkin Allah rindu pada saya.. Rindu saya sujud padanya merintih dan meluahkan segalanya di atas sejadah.

Allah… Al-Quran di rumah pun sudah berhabuk. Manusia yang selepas diuji selalunya menjadi lebih baik dan sentiasa sedar diri. Saya mohon doakan saya kuat. Kuat berper4ng dengan emosi sendiri. Saat ini, saya seorang isteri yang sedang diuji dengan tsunami cemburu yang maha hebat. Doakan ik4tan suami isteri kami berdua kuat. Doakan saya dikurnia kesabaran yang tinggi untuk menempuh hari mendatang. – Mira (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Kali terakhir saya menghantar nukilan di sini adalah pada 2 tahun yang lalu, mengisahkan seorang isteri yang berusaha mempertahankan rumahtangganya di kala hati suami berubah arah. Ketika itu adalah kali pertama suami berlaku curang dan menambah cawangan. Aku terima dan redha.

Sayangnya perkahwinan dengan isteri kedua itu hanya bertahan sebulan. Suami aku memberikan alasan penceraian mereka adalah kerana wanita tersebut adalah love sc4m. Aku menghubungi bekas madu sebulan aku itu untuk bertanyakan hal lebih lanjut.

Setelah diselidik, rupanya wanita tersebut hanya mempergunakan duit suami sku untuk mendapatkan duit deposit masuk rumah sewa. Ini kerana dia juga baru bercerai 6 bulan dengan bekas suaminya yang terdahulu dan dibiarkan terkontang – kanting bersama seorang anak.

Lalu, dia memperdaya suami aku untuk mendapatkan tempat tinggal dengan mengahwininya di sempadan dan tanpa diketahui oleh keluarga masing – masing. Sungguh tragis kan? Aku fikir suami aku sudah taubat untuk curang kerana pernah ditipu.

Tetapi 3 tahun kemudian, dia kembali memainkan watak pencurang. Kali ini dengan pekerjanya pula janda anak 2. Memang taste janda agaknya. Konon nak menolong walaupun orang tu tiada pengalaman kerja tiada kelayakan tetap juga diambil bekerja. Tak lama lepas tu diambil jadi isteri pula. Pergi nikah di sempadan siam.

Dia suka yang thrill agaknya kahwin lari ni menc4bar. Dia suka yang thrill. Mungkin aku terlalu tenang, tidak menc4bar baginya. Mesti korang hairan kan kenapa suami kakak ni asyik kahwin lain je? Tak pandai layan lah tu. Tak lah. Bukan tak pandai layan.

Tapi terlebih pandai layan tau tak? Kenapa aku confident aku terlebih pandai layan? Sebab aku pernah minta cerai. Suami aku tak nak ceraikan aku atas alasan dia dan banyak melabur kat aku. Dia kata dia dah train aku bagus – bagus dengan macam – macam skil mantap, takkan nak bagi lelaki lain senang – senang merasa hasil skill – skill yang aku dah kuasai. H3ll no! Katanya. So, apa punca miang keladi laki akak ni?

Puncanya sebab dia dah tak boleh bagi saya anak. Disebabkan faktor kesihatan, tahap kesuburan suami aku menurun sehingga mengakibatkan masalah dry ejaculation. Lelaki biasalah ego. Benda boleh repair tapi dia tak nak repair. Takut operate katanya.

Pergi ke mana – mana orang asyik bertanya bila nak tambah anak. Apa lagi, terc4bar ego kelelakian nya. Suatu hari kami bertengkar, tak ingat dah g4duh pasal apa tapi bukan pasal anak atau peny4kit dia tu. Lepas tu tak semena – mena dia kata “kalau aku tak boleh tambah anak, aku boleh tambah bini”.

Di situ lah bermula nya episod curang mencurang dan kahwin sempadan ni. Kecurangan beliau yang kali kedua ni aku tak boleh terima sebab dia menjatuhkan maruah aku. Aku boleh cuba belajar menerima kehadiran orang baru macam yang sebelum ni.

Tapi aku tak boleh terima bila maruah aku dan mak ayah aku diperkotak katikkan. Hanya semata ingin menikah lain dan mendapat sedikit tentangan dari keluarga, dia sanggup buat ugvtan cerai terhadap aku di sosiaI media. Mak ayah aku dapat tahu masalah kami melalui sosiaI media.

Dia tak tahu ke selama ni aku simpan ketat – ketat segala masalah rumahtangga kami tanpa dapat dihidu sedikit pun? Dia pulak tanpa segan silu buat ugvtan cerai public posting di sosiaI media. Ibu ayah ni kan kalau boleh jangan lah kita bagitahu masalah kita pada mereka. Kesannya double.

Ketika kita dah sembuh dan berdamai, orang tua kita belum tentu. Dia tak boleh terima orang buat anak dia. Walaupun kita maafkan suami yang curang ni, mak ayah kita masih berbekas dan terkesan bila maruah anak perempuannya dih1na orang.

Sekarang saya dah faham. Saya minta maaf sebab menunda perpisahan kita dulu. Saya ingat sem4kin saya bertahan dan kembali berkali – kali itu ibarat memberi peluang untuk kita memperbaiki hubungan tapi rupanya tidak. Sesungguhnya Allah dah banyak bagi hint tapi saya yang keep in denial.

Saya cuba bertahan sebab nak anak saya dapat kasih sayang ayah. Tapi ayahnya mula naik tangan kaki pula pada anak dan isteri. Demi cinta baru, habis lebam tubuh badan anak bini. H4ncur lebur kepercayaaan dan segala harapan. Saya ingatkan dengan saya berpindah kerja dari pusat bandar ke pinggir bandar, saya beli rumah di pinggir bandar, saya lahirkan anak untuk dia, saya bekerja pagi petang siang malam sama – sama berusaha memperbaiki ekonomi keluarga saya akan dihorm4ti.

Tapi saya silap. Itu semua rupanya hanya membuat ego beliau lebih terc4bar. Ahhh mungkin saya perlu belajar jadi lebih feminin dan b0doh – b0doh je lepas ni supaya jodoh baru saya nanti akan lebih menghargai. Mungkin cara saya sayang dia tu tak sama macam cara dia nak disayangi dan cara dia sayang saya tak sama macam cara saya nak disayangi.

Mungkin perempuan – perempuan lain yang dia nak tu dapat sentuh soft sport yang saya tak buat untuk dia. Bukan tak cuba berubah dan belajar, tapi ini lah kita. Sem4kin kita kembali, kita cuma sama – sama sem4kin meny4kiti. Saya s4kit tunggu awak berubah. Dan awak s4kit sebab selalu dipersalahkan.

Sesungguhnya expectation tu yang meny4kitkan sebenarnya. Saya harap dengan terlerainya perkahwinan kita (as u wish) dibubarkan oleh mahkamah melalui hakam, saya doakan awak bahagia. Doakan saya bahagia jugak tau. Awak dah bagi mak baru untuk anak kita, so saya pun akan minta Allah bagi daddy baru jugak soon! barulah balance kan. – Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.