Suami saya sanggup beIa kucing mahal sebab nak rapat dgn jiran anak d4ra tua

Dulu masa di universiti, bilik saya pasti  jadi juara bilik terbersih kalau ada pertandingan. Bila dah kahwin, bayangkan tupai, tikus besar pun boleh menyorok dalam rumah saya. Sekarang saya tak tahan rasa nak cerai, tapi saya takut kalau suami nanti dah ada pengganti dan tayang kebahagiaannya di depan saya.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, selamat sejahtera. Pertama sekali saya perkenalkan diri saya sebagai Khaulah. Umur 41 tahun. Berkerja sebagai seorang Pegawai Tadbir N48. Mempunyai sepasang anak berumur 13 dan 11 tahun.

Status saya sekarang masih bersuami. Baru – baru ni saya ada terbaca kisah seorang confessor ni yang menggeIarkan dirinya Selfish selfridge. Kisah tentang ex wifenya yang bernama Sab yang pada saya berjaya menjadi seorang ibu tunggal yang baik dan betul – betul move on setelah diceraikan.

Bila saya baca kisah tu, saya terfikir untuk bercerita tentang diri saya pula. Sekadar mendapatkan pandangan pembaca sekalian yang budiman. Kisah saya begini, sejujurnya saya terasa mahu bercerai dengan suami saya. Setelah 12 tahun hidup bersama.

Tapi saya tak kuat untuk melangkah kaki ke mahkamah memulakan proses tersebut. Sekarang pun saya dengan suami sebumbung tapi tidak bertegur sapa, tidak tidur bersama, dia buat hal dia, saya dengan anak – anak.

Semua perkara asing – asing walaupun masak makan dan basuh sidai kain pun masing – masing. 2 bulan dah saya tak jaga makan minum suami saya. PKP atau tak, sejak 2 bulan ini saya dah macam single setelah kami bertengk4r dan dia mula memukuI saya sehingga saya terp4ksa buat report polis.

Punca perg4duhan rasanya tak perlu lah saya jelaskan di sini sebab kami memang kerap bertengk4r sejak awal kahwin lagi. Orang luar nampak kami macam pasangan r0mantis jalan berpegangan tangan tapi sebenarnya kami tak ada mutual understanding sebagai suami isteri seperti yang sepatutnya.

Saya susah nak faham kehendak dia. Kenapa saya rasa saya nak bercerai? Saya senaraikan di sini bukan untuk membuka aib sebab orang pun tak kenal kami di sini. Cuma saya mohon pandangan. Saya rasa saya dah lama hilang diri saya sendiri.

Sejak saya berkahwin dengan suami. Saya pembersih. Suami saya seorang peng0tor. Saya suka rumah yang kemas dan bersih walaupun tak ada hiasan perabot mewah, walaupun beli barang kat kedai DIY je tapi saya suka susun atur biar bersih dan kemas.

Masa di universiti dulu, bilik saya pasti akan jadi juara bilik terbersih kalau ada pertandingan. Tapi suami tak suka saya berkemas, apatah lagi nak deko – deko rumah. Dia suka longgokkan barang – barang dia merata tempat.

Kotak – kotak yang entah apa – apa isi dalamnya diletakkan di bawah katil, bawah kerusi ruang tamu, bawah meja makan. Baju lama yang sudah reput pun masih disimpan, dia tak bagi sedekah (masa tengah elok) dan dibiarkan berlonggok atas kerusi, atas almari, penjuru bilik sehingga reput begitu saja.

Bila saya kemaskan, susun dan asing – asingkan dia akan marah dan masam muka. Menyebabkan saya takut nak meneruskan. Rumah saya banyak tikus. Kadang – kadang tupai pun boleh sembunyi bawah katil. Bayangkan pernah saya tidur, tikus besar lalu atas kepala saya.

Pendek kata memang rumah kami sangat – sangat kotor. Saya selalu terbayang – bayang ada ular menyorok kat bawah kerusi yang penuh bersepah barang – barang dia tu. Suami suka beli perabot dan alat elektrik yang mahal.

Sebut apa saja yang orang lain ada dan terkini dia akan belikan. Barang elektrik yang lama yang masih elok tapi bertahun – tahun tak digunakan dibiar begitu saja di penjuru rumah. Alangkah baiknya kalau yang masih elok disedekahkan pada yang lebih memerlukan.

Yang rosak pun dia nak simpan macam tukun dalam rumah. Saya tak dibenarkan menyusun semua perkakas tersebut mengikut citarasa saya atau jika ikut citarasa dia pun memang s4kit juga mata memandang. Bayangkanlah plastik parcel J&T daripada shopee pun suami saya tak izinkan saya buang.

Dia nak simpan. Dia cakap nanti plastik tu mesti ada kegunaanya. Tapi cara dia simpankan tu tak betul, letak dan longgok merata – merata ikut suka dia contohnya bawah almari. Kalau saya buang atau kemaskan, pasti mood dia akan berubah.

Itu belum lagi kalau saya cerita makanan basi yang tersimpan dalam peti ais pun saya takut nak buang sebab akan menjadi punca berg4duh. Sejak 3 tahun yang lalu suami saya ada membeIa seekor kucing. Bukan kucing biasa tapi dia beli kucing tu dengan ratusan ringgit sebab baka yang gebu.

Entah lah baka apa sebab saya bukan penggemar kucing. Saya aIergik dengan bulu kucing. Saya kenal suami bukan jenis suka kucing pun, beza orang yang memang suka dan sayangkan kucing tu dengan dia. Saya tahu dia beIa kucing sebab masa tu dia sedang rapat dengan seorang anak d4ra tua di kejiranan kami yang sukakan kucing.

Start kant0i tu lah saya tengok dia pun mula beIa kucing walaupun hakik4tnya dia bukan suka kucing pun. Bila saya bising sebab saya aIergik bulu kucing tu, dia cakap kalau beIa kucing rezeki murah. Saya tak boleh terima niat dia macam tu sebab pada saya dia menyiksa kucing tu.

Dia kurungkan dalam sangkar. Sangkar tu dah la letak dalam bilik anak. Lepas tu kucing tu dia tak beIai pun macam yang saya selalu lihat kalau orang yang benar – benar sukakan kucing. Saya tak sampai hati tengok kucing tu dalam sangkar macam tu cuma diberi makan minum, sesekali dimandikan, boleh bilang berapa kali setahun kucing tu dibenarkan keluar sangkar.

Saya rasa k3jam buat kucing macam tu. Saya pernah cakap pada suami, lepaskanlah kucing tu dalam rumah ni, takpe lah saya sanggup tahan kesan aIergik tu sebab saya kesiankannya. Tapi suami cakap nanti kucing tu ber4k k3ncing dalam rumah nak ambil wudhu terkena kita pulak.

Jadi saya nasihatkan supaya kucing tu diserahkan saja kepada tuan lain yang lebih sayangkan dan boleh lepaskan dia bebas. Bila cakap macam tu mula lah dia marahkan saya beberapa hari masam muka. Itu belum lagi bab dia tak buang n4jis kucing tu dengan kerap.

Sampai berbau satu rumah, agas berterbangan dan anak bising sebab bilik dia busuk. Macam mana la tak busuk kalau dah sangkar kucing tu sebeIah katil dia je. Saya rimas, saya rasa str3ss dengan suasana rumah yang pada saya tak kondusif macam ni.

Kadang – kadang saya balik kerja penat tapi saya jadi tambah str3ss dengan keadaan rumah. Saya cuba bersihkan rumah, cuci toilet, mop rumah dan vacuum setiap hujung minggu tapi hasilnya tetap sama dan seolah – olah hanya membuang masa saya saja.

Boleh bayangkan tak dah 2 tahun kita PKP on dan off begini saya dan anak – anak duduk berkurung dalam rumah kotor dan berbau macam ni? Kadang – kadang saya suka tengok Instagram atau Page / Group di Facebook dekorasi rumah.

Saya tahu saya boleh buat macam tu juga tapi suami tak bagi. Bukan saya nak pakai duit dia pun, saya ada gaji sendiri kalau nak beli pun. Nak tanam bunga pun suami tak bagi. Kalau ikut pada umur saya sekarang teringin juga tapi dia tak bagi.

Lagi meny4kitkan hati saya bila loan rumah tu saya yang bayar setiap bulan. Rasa beng4ng betul. Macam bayar atas angin tapi tak ada nikmat. Oklah, saya tetap bersyukur saya ada rumah untuk berteduh lagi berbanding ada lagi yang susah di luar sana.

Cuma saya str3ss bila tengok rumah kotor macam ni dan saya tak ada peluang nak betulkan. Bayangkan lah anak – anak saya online class dan saya wfh macam mana. Atap bocor pun dia tak nak panggil orang betulkan sudahnya habis buku sekolah anak – anak basah.

Bukan sikit – sikit bocornya. Berlubang sana sini. Apa yang dia tahu, bersenam sasakan badan dia dan memang hanya kategori wajah tampan dia je lah dengan kereta branded dia yang boleh dia tawarkan kot kalau nak meng0rat perempuan lain.

Tapi saya puji dia satu lah, memang keinginan saya dari segi material memang jika sebut saya pasti dapat. Masa tak berg4duhlah. Solat puasa pun dia tak pernah tinggal. Saya dengan dia sama – sama suka keluar negara secara backpacker.

Suka pergi tempat – tempat yang orang lain tak akan pergi. Masa muda dulu kami suka berkhemah. Banyak dah tempat kami pergi berdua. Saya rasa tu je la benda yang saya ngam dengan dia. Kenangan manis yang saya susah nak lupa lah.

Bila dah berbulan kami hidup macam sudah single ni memang saya terdetik hati nak bercerai saja sebab saya tak nampak effort dia untuk berubah dan meminta maaf (punca berg4duh besar yang saya tak nyatakan tu). Saya juga berat meminta maaf dan berbaik juga sebab kali ni betul – betul saya rasa kecewa dengan dia.

Tapi saya takut nak bergeIar janda. Anak – anak pernah tanya pada saya kenapa tak bercerai saja dengan daddy mereka sebab mereka rasa mereka ok saja kalau daddy tak ada. Mereka tension kami asyik berg4duh. Jadi jika alasan tak mahu bercerai kerana kesiankan anak memang tak sesuai dah bila anak sendiri dah cakap macam tu.

Saya juga takut nak bercerai dengan suami sebab saya risau di saat pandemik macam ni dan ekonomi negara yang tidak stabil saya dan anak – anak akan hidup susah. Contohnya saya kena beli rumah lain sebab suami juga pert4hankan rumah tu tapi saya takut saya dah tak layak buat loan rumah sebab lagi dalam 15 tahun lagi saya akan berpencen (jika umur panjang sampai pencen lah).

Saya juga ada ‘hutang jahat’ yang dibuat suami yang perlu saya bayar setiap bulan sehingga saya pencen. Ini satu pengajaran yang saya nak sampaikan pada sesiapa yang berkahwin nanti, jangan buat personal loan atas nama sendiri jika disuruh suami.

Masa dia sayang penuh pujuk rayu tapi bila hilang sayang kau bayarlah sendiri. Saya juga tak ada simpanan bank yang banyak. Saya takut dengan kata – kata orang. Maksud saya mengejek – ejek saya ni Miss J nanti. Miss J adalah satu title yang paling tak best dan paling maIang pada pandangan rakan – rakan sepejabat saya.

Sebab dah jadi kebiasaan kot kalau masing – masing setiap hari kalau tak bercerita suami buat apa, suami bagi hadiah apa, weekend jalan – jalan kat mana. Jadi saya boleh bayangkan kot sayalah paling Iooser kalau saya bercerai kot.

Paling saya takut kalau suami nanti sudah ada pengganti dan menayang – nayang kebahagiaannya di depan saya. Maklumlah dia mungkin senang dapat pengganti sebab good looking, bergaya dan berpangkat besar. Itu pun jika tak ada siapa yang tahu per4ngai sebenar dia di rumah.

Saya juga penakut. Banyak benda saya takut. Saya takut gelap apatah lagi jika tinggal seorang. Saya takut drive jauh. Padahal sebelum berkahwin saya biasa drive sendirian ke negeri lain untuk menghadiri kursus. Keberanian saya yang dulu tu hilang macam tu saja.

Saya tak biasa drive ke laluan lain selain dari route ke tempat kerja dan ke sekolah anak. Saya juga sekarang ada Anx1ety Dis0rder dan senang panik att4ck. Boleh dikatakan hidup saya banyak berg4ntung pada suami. Nak buat apa pun saya minta izin dia dulu.

Saya juga tak pandai bersosial sebab selepas kahwin dan ada anak – anak, kehidupan bersosiaI saya cuma sekitar rakan pejabat, suami dan anak – anak saja. Support system saya tak kuat untuk saya berpaut jika hidup tiada suami nanti.

Samada family sendiri atau adik beradik. Saya bersendirian. Anak – anak saja penguat saya. Jadi selama 12 tahun perkahwinan ini, saya telan saja dan pujuk hati sendiri untuk terima saja dia walaupun saya str3ss. Untuk pengetahuan, sebelum berkahwin saya seorang pekerja yang cemerlang.

Saya pernah dapat 2 kali anugerah cemerlang dan memang saya tahu masa tu saya layak. Tapi sejak berkahwin saya bagaikan hilang m0mentum. Prestasi saya mer0sot teruk. Saya pernah dimarahi ketua jabatan. Saya jadi gementar untuk meluahkan pandangan ketika mesyuarat padahal dahulu saya sangat Iantang dan aktif.

Itu yang saya katakan saya hilang diri saya sendiri. Entahlah kenapa saya jadi 0verthinking bila mahu melangkah keluar dari perkahwinan ini. Sedangkan saya sedar saya hidup dalam t0xic marriage. Saya berangan saya boleh jadi perfect wife jika suami bagi saya peluang buat semua tu sebab saya ada kemahiran memasak juga.

Kalau saya masak dan jamu pada saud4ra mara suami, mesti akan mendapat pujian kecuali daripada suami sendiri. Bila berg4duh, dia mesti akan ejek saya masak tak sedap. Tapi yang geramnya bila hari raya dan berkumpul semua keluarga, saya lah yang akan disuruh masak itu ini untuk keluarganya.

Saya juga masak setiap hari walaupun hari bekerja. Suami juga saya akan bekalkan lunch. Belum pernah lagi dia ke pejabat tanpa br3akfast masakan saya sebelum ni. Walaupun saya sendiri kelam kabut juga nak ke pejabat.

Saya selalu angankan jika suami saya bagi saya peluang, mesti dia happy di rumah yang kemas teratur, pakaian dia teratur, anak – anak pun tak berg4duh sangat sebab tension rumah bersepah. Tapi tu angan – angan saya saja lah.

Hakik4tnya tak ada peluang saya buat semua tu kecuali saya kena menerima saja apa yang dia tetapkan. Apa yang saya perlu buat? Langkah apa yang patut saya dahulukan? Saya tahu saya lembik atau apa sajalah yang nak dikatakan.

Tapi saya tak ada kekuatan nak bergerak. Saya mahu sayangi diri saya sendiri dan hidup membesarkan anak – anak dengan suasana yang sempurna. Saya sangat tertekan dengan suasana macam ni. Anak – anak pun dah berubah sikap.

M4kin kuat meIawan kata dan kerap berg4duh sesama sendiri. Saya juga sekarang kerap jatuh s4kit. Malah saya selalu rasa hidup saya macam kosong apatah lagi dengan tekanan PKP yang memerlukan kita semua berkurung di rumah, saya rasa burnout!

Maaflah kalau saya membuang masa pembaca budiman semua. Tapi saya sangat – sangat perlukan nasihat dan motivasi. Teruk sangatkah jika menjadi Miss J? Saya sudah buat solat istikharah tapi saya keliru juga. Samada meneruskan hidup dengan suami sebegini atau melangkah keluar.

Saya juga takut adakah berd0sa jika saya meminta cerai? Saya takut Allah murka pada saya. Terima kasih atas semua pandangan. Saya sangat hargainya. – Khaulah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Madihah Nasaruddin : Puan, kalau saya la.. Saya tak takut title Miss J tu. Saya pun takut gelap, jadi untuk prec4ution, selalu sediakan banyak lampu spare, atau lampu malap berbateri. Untuk drive jauh pun, takde masalah sebab kita PKP seakan lama lagi.

Tak boleh nk merentas ke mana – mana. Walaupun puan ada rumah nama puan dan puan bayar rumah tu, lepas bercerai rumah takla jadi milik suami. Samada selesaikan sebagai harta sepencarian atau puan yang lebih berhak, mahkamah tentukan. Puan tak akan rugi.

Pasal hutang jahat, puan jangan risau la. Anak puan dah beIasan tahun. Bekas suami mampu untuk menafkahi anak sehingga ke pengajian tinggi. Puan hanya settle keperluan lain. Semuanya boleh dituntut sewaktu proses penceraian.

Suami good looking atau sasa tak jamin bahagiankan? Kalau dia nk cari pengganti pun, puan abaikan saja. Penggantinya pun akan mengaIami apa yang puan aIami.

Noraziah Amdan : Puan, tidak must4hil orang terpelajar juga guna ilmu hitam. Puan takut itu, takut ini. Mungkin dah dikenakan ilmu penunduk. Menurut saja suruhan – suruhan suami walaupun bertent4ngan dengan kehendak puan.

Perbanyakkan solat hajat. Minta bantuan keluarga dan rakan – rakan rapat untuk lakukan solat hajat. Tak perlu cerita apa – apa cuma katakan hati puan diIanda resah. Mohon sebut nama puan dalam solat hajat mereka. In shaa Allah.

Sya Nysya : Orang yang takut geIaran J ni adalah orang yang dulunya memang menganggap title J adalah title yang h1na dan rendah. Tu sebab mereka takut sangat orang pandang mereka macam tu. Sebenarnya apapun semasa penceraian boleh tuntut harta sepencarian, walaupun awak tak bayar.

Awak juga boleh buktikan hutang yang dia minta awak buat dulu supaya ada perintah mahkamah dia bayar pada awak. Tapi kalau semua awak takut, itu takut ini takut, terima ajelah seadanya.

Aidah Farhana : Kemas jelah, dah alang – alang tak tegur tu, sis buang je apa yang sepah. Muka masam pun takyah cara dah alang – alang sis dah nekad. Kemas je rumah tu ikut cara sis. Tak payah takut dengan husband, u will find urself.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.