Paling sedih bila dia kata menyesal kahwin dengan saya kerana saya berpeny4kit dan dia tuduh saya buat jahat. Katanya, “Kau ni selalu s4kit agaknya perangai buruk kau sebelum kahwin dulu? Berapa banyak jantan kau layan? Inilah baIasan d0sa kau dulu? BaIanya aku tanggung. Menyusahkan. Kalau kau selalu s4kit – s4kit macam ni lebih baik aku kahwin satu lagi!!”
#Foto sekadar hiasan. Siapa sangka perkahwinan yang awalnya bahagia, dikurniakan 5 orang anak dan 2 orang cucu, berakhir dengan perpisahan ketika kami sudah lanjut usia, masing – masing sudah pencen, tetapi suami sanggup jatuhkan taIak semata – mata untuk memenuhi ragam tuanya yang sem4kin mencanak naik. Dia ingin kahwin lagi.
Bagi memenuhi hasratnya hendak kahwin lagi dia pasang perangkap untuk jatuhkan taIak ke atas saya, jika saya Ianggar syaratnya maka tertaIaklah saya. Awalnya saya tak terfikir suami saya Izmeer sanggup lafazkan taIak kerana dia tidak buat syarat secara bertulis yang boleh saya baca sebagai bukti, tetapi secara lisan.
Dan peliknya dia lafazkan taIak ketika dia sedang marahkan anak kami. Rupanya itulah perangkap dia untuk menceraikan saya. Saya tak terfikir dia serius, kerana ketika itu dia marahkan anak lelaki kami yang dituduhnya suka minta duit dan meIawan perintahnya.
Rupa – rupanya dia sengaja mahu ceraikan saya dari kesilapan saya meIanggar takIiknya. Katanya kalau saya benarkan salah seorang anak kami masuk dan makan di rumah maka jatuhlah taIak saya.
Oleh kerana saya Ianggar syaratnya maka jatuhlah taIak ke atas diri saya, dan disahkan oleh mahkamah syariah. Sebenarnya semua ini berpunca dari dend4m dan kebencian yang tertanam dalam dirinya sejak saya menghadapi masalah kesihatan selepas 2 tahun saya melahirkan anak bongsu kami.
Saya sering s4kit dalam perut, dan saya disuruh pergi ke hospitaI yang dibenarkan oleh majikannya. Selepas beberapa kali jumpa doktor, saya baik sekejap. Tetapi s4kit berulang lagi, sekali lagi jumpa doctor.
Peliknya doctor cuma beri ubat dan tidak buat pemeriksaan seperti x-ray atau rujuk kepada doktor pakar. Pendek kata setiap kali s4kit saya disuruh jumpa doktor yang sama, dapat ubat yang sama. Kerana dah tak tahan s4kit, satu hari kawan nasihatkan jumpa doktor pakar, dari situ baru saya tahu saya ada masalah batu karang dalam pundi kencing dah sampai tahap serius.
Lepas berubat dengan doktor pakar barulah saya pulih sepenuhya. Selepas itu saya terus baik. Tetapi sebelum jumpa doktor pakar Izmeer selalu meny4kitkan hati saya dia merungut katanya saya Iembek dan berpeny4kit.
Dan saya hanya menyusahkan hidupnya. Kerana s4kit saya tak dapat layan dia. Jadi dia ugvt nak kahwin lagi. Adakah itu keputvsan suami yang baik ketika isterinya s4kit? Setelah berkahwin lebih 12 tahun dan lahirkan 5 orang anak?
Sepatutnya dia carikan doktor pakar untuk merawat saya sebaliknya mengugvt nak kahwin. Izmeer tak suka saya s4kit. Mulalah tuduh saya macam – macam. Paling sedih bila dia kata menyesal kahwin dengan saya kerana saya berpeny4kit.
Kerana itu dia selalu kata; ‘Kalau kau selalu s4kit – s4kit macam ni lebih baik aku kahwin satu lagi!’ Kata – katanya cukup menghir1s jantung hati saya. Membuat saya tambah mend3rita. Perkataan yang paling meny4kitkan hati dan telinga, bila dia tuduh saya buat jahat.
Katanya ‘Kau ni selalu s4kit agaknya perangai buruk kau sebelum kahwin dulu? Berapa banyak jantan kau layan? Inilah baIasan d0sa kau dulu? BaIanya aku tanggung. Menyusahkan!’ Dia juga selalu kata sejak kahwin dengan saya hidupnya tak senang.
Sebab saya bawak siaI. Kalau kahwin perempuan lain tentu hidup dia lebih senang. Dia memang tak tahu bersyukur, semasa kami mula kahwin gajinya taklah banyak sangat, selepas dapat 5 orang anak, gajinya bertambah banyak, hampir RM10K apakah itu tak cukup lagi.
Bila anak semakin besar gajinya bertambah lagi hinggalah waktu nak bersara bertambah lebih sekali ganda itu pun tak cukup ke? Memang dia tak tahu bersyukur. Bab nak kahwin lagi dah jadi macam ugvtan pada saya, bila saya minta duit belanja tambahan dia kata saya menyusahkan dia, bawak siaI, entah dari mana datangnya keturunan saya yang tak baik ini.
Boleh dik4takan setiap kali dia buka mulut tidak ada perkataan baik terbit dari mulutnya, semua yang buruk – buruk dan menyalahkan saya. Ketika saya sedang s4kit dulu dia bermain cinta dengan pegawai bawahannya.
Ketika itu dia cukup jaga setiap duit yang keluar untuk beli perbelanjaan makan minum keluarga. Selalu kata tak ada duit dan suruh saya guna duit saya dulu, kerana saya pun bekerja dan nak makan. Sebagai isteri yang waras, memanglah saya tak suka kalau dia nak kahwin lain.
Rasanya semua isteri akan berusaha menegah suaminya kahwin lagi. Bila saya tegah dia kahwin lagi dia bertindak sekat perbelanjaan dapur dan bencikan anak – anak sem4kin menjadi – jadi. Itulah juga antara sebab dia suka kerja luar sebab dia rimas melihat anak – anak yang sering minta duit untuk belajar dan duit saku untuk ke sekolah setiap hari.
Cintanya terhenti bila wanita itu kahwin. Sebenarnya dia hanya bercinta sendiri, bila dia lihat pegawai bawahannya suka berbual dengannya, melayan kerenahnya, dia pun tertarik hati dan mahu ambil wanita itu jadi isterinya, sedangkan wanita itu ada pilihan lain.
Bila khalayan cintanya putvs saya jadi m4ngsa kebenciannya, Hidup kami tenang seketika bila dia ditawarkan belajar luar negara. Saya ambil cuti tak bergaji ikut bersama anak – anak. Kerana saya tak bergaji dan tidak dapat membantunya dia suruh saya jimat belanja.
Saya patuh supaya tak berg4duh. Sedangkan dia ada gaji dan dapat elaun luar negara. Setelah kembali beberapa tahun kemudian, sekali lagi Izmeer dapat tawaran kenaikan gaji dan bertugas di luar daerah. Saya dan anak – anak tidak dibenarkan ikut.
Katanya dia balik seminggu sekali. Lagi pun anak – anak nak hadapi peperiksaan dan perlu tusyen. Sayalah yang hantar anak – anak ke sekolah dan ke tusyen. Satu perangai Izmeer dia tak suka makan luar nak jimat belanja, jadi setiap minggu saya masak 6 jenis masakan sama ada, masak lemak cili padi, kari, asam pedas, stew, sup dan sebagainya yang bertukar setiap minggu untuk saya sejuk bekukan untuk dia bawa pulang ke tempat kerjanya.
Untuk lunch atau dinner dia akan panaskan sendiri. Hidangan mesti lengkap ada ayam, daging dan ikan, kalau terkurang pasti saya kena m4ki. Perkataan bod0h, bang4ng, otak lembu, sakai, monyet, sentiasa keluar dari mulutnya.
Dia mahu makanan siap masak di rumah, alasannya tak suka makan di luar. Tetapi sebenarnya dia tak mahu barang makanan yang dibelinya cuma saya dan anak – anak yang makan sedangkan dia kena beli makanan lain.
Oleh kerana dia keluar belanja dia mesti dapat makanan tersebut bukan untuk kami sahaja. Kerana berjauhan sekali lagi Izmeer buat perangai jatuh cinta dengan pegawai bawahannya. Sekali lagi rumahtangga kami berantakan.
M4ngsanya tentulah saya, pant4ng buat salah, dia ugvt nak kahwin lagi. Selepas setahun bercinta, tiba – tiba putvs, gadis tu kahwin dengan pemuda pilihan orang tuanya. Bila dia mer4na saya jadi m4ngsa lagi.
Putvs dengan pegawai tersebut dia jatuh cinta lagi dengan PA kawan baiknya. Tapi tak lama sebab wanita itu tahu perangainya yang kedekut. Bila dia putvs cinta saya dituduh bawa baIa punca hidupnya tak tenteram.
Takkan kerana cintanya tak berbaIas saya dipersalahkan. Perangainya bila bercinta saya dituduh isteri paling hampas, tak berguna. Setiap kali pulang hatinya tak pernah tenteram, ada saja kesalahan dipupuk atas kepala saya.
Anak – anak tak berani angkat muka. Kalau membantah pasti kena halau keluar rumah. Perangai buruk Izmeer setiap perintahnya anak – anak mesti patuh, walaupun anak – anak tak salah. Tetapi budak – budak sekarang dia akan menjawab jika dia betul.
Akibatnya berlakulah pertengk4ran. Dan dia berdend4m dengan anak – anak yang suka meIawannya. Akibatnya tak dapat duit untuk belajar. Dan 4 orang anak kami dihalau keluar rumah. Zaman dulu dia belajar sekolah berasrama penuh dulu.
Emak bapak tak payah keluar duit pun. Dapat biasiswa lagi. Balik kampung siap dapat tiket keretapi percuma, zaman sekarang semua benda kena keluar duit. Tapi Izmeer tak mahu faham. Sebenarnya bukan dia tak tahu, tetapi kedekut keluar duit untuk anak – anak belajar.
Itu bab kedekut dengan anak – anak, dengan saya pun sama, sedangkan gaji saya taraf diploma ini bukan banyak sangat. Tetapi dia ada muka suruh saya guna duit saya dulu untuk beli makanan yang kurang, janjinya nanti ganti.
Tapi tak pernah ganti. Akhirnya sayalah yang banyak keluar belanja. Bila saya minta duit tambahan buat belanja, dia kata saya boros. Itu bab belanja makan minum dan duit tuisyen serta duit saku anak – anak.
Kalau nak berjalan makan angin pun sama, kalau dia keluar duit minyak kereta saya mesti keluar duit makan, kadang – kadang duit hotel pun saya kena bayar, katanya “awak guna duit awak dulu” kita ni kerana malu depan orang, kita pun bayar, tapi dia memang tak ganti.
Bab duit tuisyen dan duit saku anak – anak pun sama, dia suruh saya guna duit saya dulu. Nanti dia ganti. Kerana dia tahu saya tak minta ganti. Bukan saya tak mahu mintak, tetapi memang tak dapat, alasannya tunggu esok! esok! esok! Akhirnya dia lupa.
Sama ada dia kerja luar daerah ataupun di rumah dia tak mahu hantar anak – anak ke sekolah ataupun pergi tuisyen. Alasannya penat. Apa saya tak penat ke? Saya juga bekerja, bersihkan rumah, memasak hantar anak sekolah dan tuisyen.
Tepat waktu makanan mesti terhidang atas meja, kalau lambat amarannya dia akan Iempar makanan, atau dia ugvt kahwin lagi supaya ada orang lain boleh layan makan minumnya. Sebab saya lembab!
Kerana bencikan saya anak – anak jadi m4ngsa, dan dituduh mereka degil ikut keturunan saya. Sebab bantah cakapnya. Akibatnya mereka dihalau keluar rumah tak dibenarkan balik, paling teruk dia tak mengaku anak – anak kami dar4h dagingnya.
Nasib mereka dah dewasa boleh bekerja sambil belajar dan mereka rela duduk dengan kawan, sebab tak mahu jumpa ayahnya. Kerana bila bertemu muka pasti kena sump4h. Kerana bencikan saya, emak saya pun dia benci.
Saya sedih setiap kali emak saya datang ke rumah dia tak mahu makan bersama emak saya, biasanya dia akan makan dulu, atau makan kemudian, dia tak mahu bersemuka dengan emak saya. Memang saya sedih emak lebih kecil hati, tetapi emak lebih kesiankan nasib maIang saya.
Setiap tahun Hari Raya Izmeer tak akan datang ke rumah emak saya. Kalau datang pun untuk jemput saya dan anak – anak balik. Dia tak mahu makan pun. Sedangkan jarak antara rumah emak Izmeer dengan rumah emak saya tak sampai 10 Km, satu daerah satu negeri.
Agaknya dah memang nasib saya berkahwin dengan suami kedekut amat berkira dengan tenaganya dan hartanya. Kini ketika lanjut usia sepatutnya kami bergembira dengan anak cucu, tetapi saya diberikan taIak dan dia kahwin baru.
Terlaksanalah hajatnya untuk kahwin lagi. Tinggallah saya dengan tidak ada simpanan bank, kecuali pencen yang tak seberapa.
Komen warganet :
Winny Winny : Tak apa la puan ex suami dah tua esok – esok peny4kit datang menemankannya baru padan muka isteri barunya menuai s4kitnya nanti sementara ko pula enjoy la bersama anak – anak. Ex suami pula baru nak timang anak kecil pula diusia lanjut. Biar dia rasa betapa tinggi langit dari bumi.
Norzawani Wahidah : Kalau da makin berusia, patutnye fikir alam akhir4t esok, tambah amal ibadat ape yang patut. Suami tt ni, memang akalnya tak fikir ke arah tu gamaknye. Dia tak tau ke, kalau lah tiba – tiba Allah nak balikkan apa yang dia kata tu, kena kat dia, sapa nak jaga dia time tu? Allahuuuu.. i cannot brain lah
Mazalinda Madis : Baguslah sis dah tak bersama lagi. Jadi badi dalam rumahtangga. Jangan risau sis nanti depan Allah tuntut segala hutang nafkah dia pada sis dan anak – anak. Dalam mahkamah pun tuntut semuanya biar dia rasa ner4ka dunia akhir4t. Jantan tak tahu syukur ni memang kene ajar. Patut dah lama sis angkat kaki.
Nik Yeah Raja Abdullah : Takpe puan redha dan ikhlaskan diri puan menerima ketentuan takdir Allah maha mendengar dan anak – anak ada bersama puan dan anak – anak faham teruskanlah sisa – sisa hidup puan bersabar dan yakin suatu hari nanti Allah akan membaIasnya kalau tak di dunia, di akhir4t nanti yakin dengan janji Allah puan semoga puan terus kuat.
Nurul Ain II : Tuntut harta sepencarian. Harta tu boleh support anak – anak nanti, kena kuat dan berani. Rumah pun tuntut, suruh jual ke macam mana. Allah sayang akak sebab tu akak terlepas dari dia yang kedekut dan pend0sa. hurm..