2 orang abg dah meningg4I sebab d4d4h tapi mak tak s3rik bila abg Remy minta duit nak beli d4d4h

2 orang abang aku dah meningg4I sebab d4d4h. Oleh itu, ibu sangat sayangkan abang Remy. Di waktu usia 70 tahun, ibu masih bekerja jadi tukang sapu sebab nak beIa abang beli d4d4h. Dari aku mula kerja 10 tahun lalu hinggalah 2019, aku akan memberikan ibu RM400 – 500 sebulan. Pasti ada yang tertanya kenapa sampai 2019 sahaja aku memberikan belanja.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin jika luahanku disiarkan. Aku Maw4rsepi. Berusia mencecah pertengahan 30-an. Mempunyai seorang anak berusia 6 tahun. Aku menjadi ibu tunggal sejak 6 tahun lepas ketika di dalam p4ntang kerana suami menikah lain.

Sebelum ini aku ada baca tentang kisah gadis sebatang kara, kisah kami hampir sama. Kesunyian. Cuma perjalanan dan Iiku sahaja yang berbeza. Aku sangat banyak menangisi kehidupan ini. Turun naiknya keimananku selari dengan ujian yang tiada pernah hentinya, membuatkan aku terasa.

Ya Allah, adakah aku tidak berhak bahagia? Ke manakah terc4mpaknya doa – doaku yang telah bertahun ku bentangkan pada-Mu? Adakah aku terlalu h1na untuk Kau makbulkan doaku? Apakah solatku, tahajjud, taubatku, zikirku dan rintihan hanya umpama angin lalu?

Aku membesar dalam keluarga yang “br0ken family”. Ayah (arw4h) tidak pernah memberikan nafkah zahir dan batin (kasih sayang). Dari kecil ibu membesarkan anak – anak seolah – olah dia ibu tunggal tetapi sebenarnya dia masih ada suami.

Suami yang tidak pula ingin dia berpisah. Hingga di waktu sekolah, aku sering dih1na gara – gara ayah yang sering berkelakuan pelik. Aku membesar dengan sump4h ser4nah ibu terhadap ayah. Keluarga aku sangat t0ksik.

Kebanyakan dari adik beradikku semuanya membawa diri merantau kerana tertekan dengan perbaIahan ibu dan ayah. Ayah yang tidak bertanggungjawab dan ibu yang sangat pemarah dan suka meny4kiti hati anak – anak dengan kata – katanya yang meny4kitkan.

Ibu jenis yang suka berg4duh. Dengan jiran – jiran pon dia akan berg4duh. Hinggalah kini, aku dihidangkan pula dengan anak yang sump4h ser4nah ibu. Tak lain tak bukan, anak yang menyump4h dan menjerk4h adalah anak yang paling dia puja.

Adik beradik aku ada 6 orang. 3 lelaki Dan 3 perempuan. Aku adalah anak ke-6. Dua orang kakakku mempunyai keluarga mereka sendiri. Manakala 2 orang abang telah pon meningg4I kerana d4d4h. Dan kini tinggal seorang abang yang sangat ibu sayangi.

Boleh diibaratkan nyamuk seekor pon tidak boleh menyentuh abang (Remy). Ibu terlalu menyayangi Remy sehingga ibu pernah mengatakan bahawa nyawa dia hanya untuk Remy. Setiap Hari Remy akan mengambil d4d4h.

Remy tidak bekerja. Semua duit akan Remy minta dari ibu. Ibu mendapat duit bantuan zakat, diusia 70an ibu bekerja sebagai tukang sapu di kilang dengan gaji RM12 sehari untuk memberikan Remy duit. Dari aku mula kerja 10 tahun lalu hinggalah 2019, aku akan memberikan ibu RM400 – 500 sebulan.

Aku bekerja separa pr0fessional. Gaji aku tidaklah banyak. Dulu aku B40 sahaja. Hanya dalam 2 – 3 tahun kebelakangan ini, gajiku menjadi M40 (melebihi RM4000). Yelah setiap tahun gaji akan naik sedikit.

Pasti ada yang tertanya kenapa sampai 2019 sahaja aku memberikan belanja. Ye, pada hujung tahun 2019, ketika aku dalam keadaan yang sangat tertekan dengan masalah kerja.

Ditambah pula aku ibu tunggal yang menguruskan segalanya sendirian, manakala mereka pula asyik meminta duit, aku meng4muk. Aku tidak lagi pulang ke rumah mereka. Tetapi aku tetap menghulurkan rm100 / 200 sebulan melalui kakakku untuk diberikan pada ibu.

Dan kini, sewaktu raya, mereka mengulangi semula sikap mereka iaitu meminta duit dariku untuk membeli d4d4h (walaupon pada ketika itu, baru mingu lalu aku menghulurkan duit belanja pada ibu). Remy jenis yang sangat panas baran, jika kehendaknya tidak dituruti.

Dari kecil hingga besar, entah sudah berapa ratus sep4k ter4jang dia yang hinggap di badan aku. Aku baru tiba di rumah ibu malam tadi. Dengan hati yang berat dan ketakutan, aku balik ke rumah ibu. Aku takut nak balik.

Apabila balik, aku pasti tertekan dengan sikap t0ksik ibu dan Remy. Tetapi aku kesiankan anakku, dia ingin merasa berbuka bersama keluarga (walaupon tiada ayah, sekurangnya dia ingin merasa kasihnya nenek).

Selain itu juga, aku terp4ksa balik kerana jika aku terus duduk di rumah sewa tempatku bekerja, aku malu, orang kampung akan bercakap – cakap dan bertanya kenapa aku tidak pulang ke rumah ibu bapa dihari raya?

Perjalananku dari tempatku sewa ke rumah ibu mengambil masa 3 jam (masih negeri yang sama). Rumah ibu ni sebenarnya ibu secara officialnya telah bagitahu pada kami adik beradik, bahawa dia berikan pada Remy.

Dan beberapa bulan lepas, Remy telah menjual tanah sebeIah rumah kepada pemaju dengan harga RM50k. Kalian boleh bayangkan tak… dengan duit jualan tanah, duit BPN, BSH, duit zakat, duit yang aku dan kakakku berikan seperti biasa, mereka masih lagi menelefonku meminta duit, pada minggu lepas.

Pada waktu itu, hatiku sangat sedih. Sedih. Namun, demi kehidupan yang perlu aku teruskan. Semalam, aku balik juga menemui ibu. Dan hari ini, di bulan Ramadhan. Kawan Remy datang di pagi hari dan mengajak dia untuk mengambil d4d4h, di dalam semak sebeIah rumah.

Kemudian, dia naik ke rumah membent4k – bent4k ibuku meminta duit. Ibu cakap tiada duit, lalu Remy suruh ibu minta dengan aku. Ibu cakap tak nak. Sebab baru minggu lepas aku menangis di dalam telefon apabila ibu meminta duit untuk Remy.

Tapi aku yakin dan faham sikap ibu, jika bukan hari ni, pasti esok ibu akan kalah dan akan meminta juga duit dariku untuk diberikan pada Remy. Selepas beberapa ketika, aku terdengar Remy memanggil ibu “ba**” sambil mengatakan mulut ibu seperti ba** kerana meny4kiti hati isterinya (yang baru dikahwini 3 bulan lepas).

Aku berasa terkedu. Diam – diam aku mengemaskan barangku kerana tidak mampu lagi aku duduk walau sesaat di rumah yang tiada barokah itu. Kemudian, Remy terus keluar rumah. Sebaik sahaja Remy keluar.

Ibu terus membebel pada isteri Remy (Rani). Ibu cakap Rani jahat sebab kaki mengadu. Aku tidak mampu bertahan lagi. Sebenarnya Rani tidak jahat. Remy itu sendiri yang mereka cerita untuk meny4kitkan hati ibu apabila hajatnya tidak dipenuhi.

Lantas, aku terus aku membasuh ibu. Aku cakap ibu kenapa masih tidak insaf? Remy menjadi begitu kerana sikap ibu yang terlalu memuja Remy. Dari dahulu, ibu akan berg4duh dengan mana – mana anak (paling kerap adalah aku) atau sesiapa sahaja yang berani berkata apa – apa tentang Remy.

Kenapa ibu ingin melempiaskan marah pada Rani sedangkan yang menyump4h ibu adalah Remy? Ye kawan – kawan… begitulah sikap ibu. Hati dan matanya buta hingga tidak pernah muhasabah diri.

Aku terus lari keluar rumah ingin menginap di hotel namun hotel tidak membenarkan kerana alasan covid-19. Maka jadilah aku pelarian seperti dahulu kala. Dijalanan tanpa hala tuju sambil menulis confession ini.

Zaman sekolah dahulu, jika cuti aku akan bekerja dengan gaji RM10 sekalipon, jika naik bas atau jalan kaki berkilometer sekalipon kerana aku bukan dari keluarga kaya. Justeru, Remy akan meminta wang dariku.

Jika tidak diberi, Remy akan pukuI apabila aku menjawab. Aku kerap lari rumah dan tiada hala tuju dahulunya kerana dipukuI. Selepas bercerai dengan orang yang paling aku kasihi 6 tahun lepas, iaitu lelaki yang telah susah senang denganku dari tingkatan 5 hinggalah kami sama – sama dapat kerja yang baik.

Iaitu lelaki yang paling baik memperlakukan aku sebagai seorang wanita untuk beberapa tahun sebelum dia menemui pula cinta lain hinggalah detik kekasihnya mengandung luar nikah ketika aku juga sedang sarat.

Suami mula curang hingga ke kamar, padahal di usia perkahwinan baru 2 tahun lebih. Bermula lagi sekali detik hitam hidupku hinggalah sekarang. Ramadhan kali ini, aku bersungguh – sungguh menjaga puasaku, solatku, sunatku, zikirku sambil berdoa dengan harapan agar inilah Ramadhan terakhir aku sebagai ibu tunggal.

Izinkanlah aku merasa nikmat sebuah keluarga sakinah mawaddah. Sesuatu yang tidak pernah aku rasakan dari kecil hingga sekarang. Namun… dugaan yang berlaku melibatkan ibu ini benar – benar membuat aku terkaku.

Doa siapakah lagi yang paling makbul, kalau bukan ibu? Bagaimana pula jika ibu tidak pernah berhajat untuk melihat aku bahagia kerana di dalam d4danya hanya ada Remy. Raja segala Raja. Raja yang tidak pernah membasuh walau sebiji pinggan selepas makan.

Dalam keadaan – keadaan beginilah aku mula menjadi suuzon pada takdir. Mempersoalkan takdir. Aku mula menjadi lemah dan kelihatan jahat (hati) kerana berani mempersoalkan takdir. Aku sering terasa kenapakah hanya aku yang diduga?

Sedangkan bekas suami telah lama bahagia bersama dengan isterinya. Bagaimana dengan perlakuan mereka padaku, bermesra (secara H4ram) di katil rumah aku ketika aku bekerja, mengabaikan aku ketika aku sarat mengandung, penipuan dan pelbagai lagi cerita Iuka. Kenapa, hanya aku yang mend3rita?

Hingga saat ini. Aku tidak kisah jika Tuhan ingin mengambil nyawaku. Aku penat. Ambillah nyawaku wahai Tuhan. Maaf jika tulisan aku berterabur. Aku cuba ringkaskan sedayanya kisah hidupku yang terlalu panjang telahku tempoh tanpaku redha. Jika kecaman yang aku terima dari pembaca, pon aku redha. Kerana hatiku telah tiada. – Maw4rsepi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Hiayana Abdul Samad : Tak, dahla men4gih sempat pulak menikah abang mu ni. Ko nak pening – pening kenapa confessor? Masa dia sedap nak buat kerja h4ram tu, ko pergi call polis AADK cekup dia.

Nak beIa berapa lama lagi? Dok nyusahkan orang. Malas cakap bebaik orang gini. Tegas sikit atur hidup awak. Dah nasihat, mak dan abang tak nak berubah jugak, awak jaga hidup awak dan anak awak lagi baik.

Fa Si Angah : Bangkit! Jaga kesihatan mentaI diri dan anak, jangan biar str3ss jadi pembunvh dalam diam! Bila kita positive rezeki akan dekat. Bersangka baik dengan Allah. Jika u meningg4I, tak kah anak kamu akan mend3rita di h4mbakan did3ra oleh mereka yang tak bertanggungjawab.

Tunjuk pada anak kekuatan seorang ibu, anak itu akan membesar dengan terIindung dan bersemangat. Terus kuat fokus untuk anak!

Izza Azlina : Allah sayang kamu. Percayalah. Puan, buat aduan kepada AADK tentang Remy sebelum Ibu puan dan Rani hiIang ny4wa kerana d4d4h dan duit. Biarlah mer4ung ibu puan tu, biarkan. Kalau Rani pregnant nanti, kesian anak tu ada ayah macam Remy.

Dah 2 orang anak meningg4I sebab d4d4h, tapi ibu puan masih begitu. Kalau perlu p4ksa ibu puan tinggal dengan puan. Buat laporan polis jika ada gangguan ke apa. Bertegas la kali ini. Kesian anak puan nak kena tengok semua ni. Dan jangan mengalah.

Ratna Cokelat Stroberi : ‘Look at the br1ghter side’.. kamu masih ada tangan ada kaki untuk berjalan. Ada mulut untuk makan dan berkata, ada tubuh badan sempurna untuk terus hdup. Semua nikmat tu, tak semua orang ada.

Itulah cara saya t4mpar diri bila mula persoalkan semua tu. Setiap orang ujian tak sama sis. Kalau nak bandingkn, kisah saya lagi d4hsyat dari sis. Ada masa saya pun merintih, tapi kemudian balik semula pada fitrah manusia yang sering alpa. Itulah kita, manusia..

Cuba bayangkan, hanya 1 jari hilang dari diri kita, macam mana kita nak hadap hidup akan datang atau mulut tiba – tiba b1su. Macam mana kalau Allah tarik nikmat tu. Banyakkan lafaz Innalillah bila sedih. Saya sedang belajar juga. Moga dimudahkan urusan confessor.

Epin Yahya : Selain dari ‘beraya’ di kampung, aku boleh usulkan buat macam orang – orang cina, bila tiba hari raya, pergi bercuti luar negeri atau negara, itu lebih baik, daripada ko jadi ‘penyumbang secara tidak langsung’ kepada t4ik d4d4h.

Untuk rumahtangga keluarga ko pulak kak, tak perlulah balik, rumahtangga perIukan kerukunan, kalau macam cerita ko, itu dah tak rukun lagi dah, jadi tak perlu balik. Doakanlah ibu ko dari jauh, biarlah sampai bertahun sekalipun, biar dik4ta orang, yang penting, apa yang ko kata pada diri ko sendiri, jangan rosakkan diri. Doa banyak – banyak kak. Good luck, aku doakan ko sukses.