Lepas 3 thn anak tunggal hilangkn diri, kami terima undangan perkahwinannya di hotel dgn anak org kaya

Kami dapat meja hadapan dekat dengan laluan pengantin untuk ke pelamin. Ketika pengantin diarak masuk, saya berdiri menghadap laluan pengantin. Boy nampak saya dan babahnya. Bila dekat dengan kami, dia berhenti. Saya terus cakap, Apa salah mak Boy, kamu buat kami macam ini. Malu mak Boy, malu mak Boy.” 

#Foto sekadar hiasan. Kasih sayang seorang ibu memang tiada bandingannya. Sejak dari dalam rahim hingga membesarkan anak, sentiasa cuba berikan yang terbaik. Apalagi kalau hanya mempunyai seorang sahaja zuriat.

Semestinya sepenuh kasih sayang tertumpah pada yang satu itu. Tapi tak tahu dimana silapnya, anak tunggal saya makin menjauh dan hingga kini kami mak dan ayahnya dibuat macam orang asing.

Saya berusia awal 60-an, berkahwin. Kami suami isteri ada bisnes sendiri. Kami dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia awal 30-an. Itulah satu – satunya zuriat kami yang Allah kurniakan.

Di awal kehidupan, kami sangat bahagia. Anak tunggal yang kami namakan Azhan (bukan nama sebenar) membesar sebagai anak yang sangat baik, bijak dalam pelajaran dan periang. Dia juga aktif bersukan dan sentiasa menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.

Kami memanggilnya Boy kerana dia anak yang sangat manja. Maklumlah anak seorang tentu keciwi kata orang Kedah. Meniti usia remaja, Boy mendapat tawaran masuk sekolah berasrama, kemudian ke universiti.

Sebagai ibu bapa, saya dan suami tentu sangat gembira. Kami iringi kejayaannya dengan doa yang tidak pernah putvs dan berharap kami boleh menumpang bahagia dan hidup bersamanya.

Sayangnya itu semua tidak berlaku, doa kami Allah belum makbulkan, sebaliknya kami diuji berterusan dengan per4ngai Boy. Tapi kami redha. Mungkin ada silap yang kami tidak nampak.

Tamat belajar di universiti, Boy mendapat tawaran kerja di sebuah syarik4t minyak yang ternama. Hanya doa dan rasa syukur yang saya panjatkan kepada Allah SWT. Saya masih ingat, pada hari pertama dia melapur diri sekitar 2010, dia keluar rumah dan tidak balik – balik lagi.

Tiga tahun kami terputvs hubungan. Saya tidak tahu apa salah kami. Apa d0sa kami dia buat macam itu. Puas saya cari, bertanya kawan – kawannya, saud4ra mara tetapi semua tidak tahu.

Pada awal 2013, kami suami isteri dik3jutkan dengan kad undangan perkahwinan Boy yang diadakan di sebuah hotel. Melalui kad, saya agak isterinya anak orang kenamaan. Terk3jut saya Allah sahaja yang tahu.

Ribut tidak, angin tidak, tiba – tiba saya dapat kad kahwin anak sendiri. Saya suami isteri berfikir sama ada hendak hadir atau tidak. Setelah mengambil kira rindu kami kepadanya, akhirnya kami mengambil keputvsan untuk pergi, bukan untuk meraikan perkahwinannya tetapi untuk bertemu muka dengan dia.

Kami dapat meja hadapan dekat dengan laluan pengantin untuk ke pelamin. Peluang yang baik untuk saya berjumpa Boy. Ketika pengantin diarak masuk, saya berdiri menghadap laluan pengantin. Boy nampak saya dan babahnya.

Tidak nampak rasa bersalah pada wajahnya. Bila dekat dengan kami, dia berhenti. Saya terus cakap, “Apa salah mak Boy, kamu buat kami macam ini. Malu mak Boy, malu mak Boy,” kata saya dengan air mata berlinangan di pipi.

Boy selamba sahaja tidak nampak rasa bersalah pada wajahnya. Malah memperkenalkan isterinya kepada kami pun tidak. Saya terus bersabar. Saya yakin tetamu di meja itu semua perasan akan kesedihan saya.

Suara saya cukup kuat untuk mereka mendengarnya. Ada yang menggeleng kepala dan ada yang turut menitis air mata. Boy tanpa bersalah berlalu sambil berpimpin tangan dengan isterinya ke pelamin.

Puas hati saya. Ketika kompang masih bergema meraikan Boy dan isterinya, kami terus keluar. Tak tunggu makan. Sepanjang jalan balik ke rumah, air mata saya macam empangan pecah, berjurai – jurai membasahi pipi.

Saya tidak merasa apa – apa. Nak kata sedih pun tidak, marah pun tidak. Tetapi saya rasa lega dapat berkata begitu kepada Boy. Kini, sudah tujuh tahun Boy ‘pergi’ daripada kami. Saya dengar khabar dia bekerja di luar negara.

Saya tidak kisah lagi tentang dia. Air mata saya sudah kering memikirkan perbuatan dia. Saya reda dan menerima ketentuan Allah kepada kami, suami isteri.

Yang saya pelik, bagaimana keluarga mentuanya boleh menerima anak saya begitu sahaja tanpa bertanya atau siasat latar belakang, siapa ibu bapanya. Mudah sungguh cari menantu sampai tak ambil kira anak siapa.

Agaknya sebab anak saya ada jawatan tinggi dan bergaji lumayan. Itulah dunia, bohonglah kalau kata saya tidak sedih, tapi saya tidak mahu fikir sangat. Biarkan dia dengan kehidupan dia. Saya tetap berdoa, satu hari dia akan sedar dan mencari kami.

Di bulan Ramadan ini, saya teringatkan dia. Terkenang masa kecil dia makan masakan saya. Bulan puasa sahaja, dia akan minta saya masakkan makanan yang dia suka untuk berbuka. Tetapi semua itu kini tinggal kenangan.

Saya tetap mendoakan kebahagiaan dia dan keluarganya. Cuma saya berharap, satu hari nanti, besan saya akan datang mencari saya. Tentang Boy, biar Allah yang aturkan. Jika saya ini ibu yang mengandung dan melahirkan dia, dia akan cari saya dan babahnya.

Saya akan berdoa dan tunggu keajaiban berlaku. Dahulu saya selalu baca buku Kisah Si Tanggang, tetapi sekarang, saya sendiri menghadapinya. Semoga Allah makbulkan doa – doa saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.