Mentua sibuk nk buat majlis cukur jambul anak sy besar-besaran, bila membantah kata saya kurang ajar

Saya hanyalah seorang penjawat awam, gaji tak seberapa tapi mentua sibuk nak buat majlis besar – besaran untuk cukur jambul anak saya. Tak cukup dengan itu, dia suruh isteri buat pinjaman untuk baiki rumah. Akibat hasutan, isteri keluar rumah dan saya terp4ksa failkan nusyuz.

#Foto sekadar hiasan. tempat seorang isteri tentunya di sisi suami, ertinya mesti sanggup bersusah senang dengan suami. Ada pasangan suami isteri yang bahagia dengan pend3ritaan yang ditanggung, ada yang patah di tengah jalan, kesemuanya berg4ntung pada keadaan dan kesetiaan pasangan masing – masing.

Bagaimana pula dengan isteri yang sanggup meningg4Ikan ibu bapa kerana taat setianya kepada suami? Nak tahu lebih lanjut, kita ikuti kisah yang dikirimkan oleh Amin (bukan nama sebenar) kepada saya untuk dikongsi dengan pembaca.

Saya berusia awal 30-an, bekerja sebagai penjawat awam. Saya berkahwin dengan seorang guru, Aisyah berusia lewat 20-an, sejak lima tahun lalu dan kami dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun.

Hubungan yang dibina atas dasar cinta ini pada mulanya mendapat restu keluarga mentua tetapi kemudian bertukar menjadi benci setelah setahun lebih saya menjadi menantu mereka.

Semuanya kerana saya tidak dapat memberi kemewahan kepada mereka anak – beranak termasuk membawa mereka bercuti setiap tahun. Faham – faham sahajalah gaji sebagai penjawat awam berapa sangat yang dapat, tolak itu tolak ini, cukup untuk belanja kami tiga beranak.

Sayangnya mentua saya mahukan lebih daripada itu. Mujur saya tidak tinggal bersama mereka, jika tidak bertambah par4hlah hidup saya. Saya mula nampak sikap mentua yang mata duitan dan tamak harta semasa isteri melahirkan anak pertama kami.

Mentua saya mahu buat majlis cukur jambul secara besar – besaran. Nak jemput kawan – kawan dan jiran tetangga. Saya kata buat ala kadar sudahlah, jemput saud4ra mara terdekat. Dia mula naik angin kerana saya meIawan cakapnya.

Sejak itu, hubungan saya dengan mereka menjadi dingin. Bersabit banyak perkara lain, akhirnya terus retak. Kemuncaknya tiba apabila saya enggan memberi izin Aisyah membuat pinjaman untuk mereka baiki rumah.

Masalahnya kami berdua gaji cukup – cukup makan, tambahan pula masih baru dalam rumah tangga. Banyak yang perlu kami berjimat. Masa depan kami dan pendidikan anak. Kami juga bercadang untuk membeli rumah yang selesa untuk kami sekeluarga, kalau isteri sudah buat pinjaman, macam mana kami nak buat pinjaman perumahan nanti.

Tapi mereka tak faham. Akhirnya saya dituduh sebagai menantu yang kurang ajar dan tidak menghorm4ti mereka. Di peringkat awal, Aisyah juga termakan dengan hasutan ibu bapanya. Dia kemudian meminta izin untuk keluar rumah dan tinggal bersama ibu bapanya, anak kami dibawa bersama.

Lama juga saya terpisah dengan Aisyah dan anak kami. Saya tidak menghalang dia berbuat demikian dengan harapan keadaan akan kembali jernih. Saya tidak dibenarkan ke rumah mentua. Berjumpa Aisyah dan anak kami, cuma di luar.

Lama juga saya sabar. Enam bulan kemudian apabila keadaan tidak berubah, saya minta tukar ke utara tanah air. Tindakan saya menyebabkan kemarahan mentua bertambah. Mereka melarang Aisyah mengikut saya.

Setahun lebih saya berulang alik ke utara dan Kuala Lumpur untuk bekerja tanpa isteri dan anak. Sepanjang tempoh itu, macam – macam hal berlaku. Isteri tidak mendengar cakap saya, tidak patuh kepada apa yang saya cakap.

Akhirnya saya tidak ada pilihan, saya fail nusyuz kepada Aisyah kerana tidak taat kepada saya. Keadaan ini menyebabkan mentua saya bertambah ber4ng. Akhirnya Aisyah dip4ksa menuntut cerai. Tapi dia enggan berbuat demikian kerana sayangkan saya dan mula terfikir akan muslihat ibu bapanya.

Akhirnya berkat doa dan pertolongan saud4ra mara yang memahami masalah saya, Aisyah dan anak saya dapat dibawa keluar dari rumah mentua. Aisyah menyesal dengan perbuatannya dan meminta maaf. Dia mahu mengikut saya.

Saya mohon pertukaran Aisyah ke tempat kerja saya yang baru. Masalah yang saya maklumkan kepada pihak berkaitan mempercepatkan pertukaran Aisyah untuk bersama saya. Alhamdulillah, setelah itu saya merasa aman dan bahagia.

Tapi hubungan saya dan mentua terus renggang sampai ke hari ini. Aisyah juga tidak dapat berjumpa ibu bapanya kerana mereka tidak mahu berjumpa dia sebelum dia berpisah dengan saya.

Saya sudah mendapatkan nasihat daripada pejabat agama dan mereka minta saya bertahan dan berdoa agar masalah ini dapat diselesaikan. Sehingga kini, saya tidak pernah putvs berdoa agar keajaiban akan berlaku dalam hubungan saya dengan mentua.

Saya inginkan kebahagiaan bersama anak dan isteri saya. Saya sangat berharap mentua saya akan berubah dan menerima saya sebagai menantu mereka dengan seadanya. Saya tidak nampak kenapa dia amat benci kepada saya sedangkan menantu yang lain bukan hebat mana pun.

Kepada isteri, saya hanya dapat meminta dia bersabar dan berdoa agar satu hari nanti ibu bapanya akan menerima kami semula. Walaupun ibu bapa mentua saya tidak mahu berjumpa kami anak – beranak tetapi ipar – duai saya datang ke rumah kami bila – bila masa.

Hubungan saya dengan ipar – duai sangat baik dan mereka juga meminta saya supaya bersabar dengan dugaan yang dihadapi. Mereka juga hairan kenapa mentua saya sangat marah kepada saya.

Saya berharap kemelut ini akan berakhir secepat mungkin. Saya minta maaf jika saya ada buat silap kepada mentua saya tetapi seingat saya, tidak ada apa yang saya lakukan sehingga mereka buat saya sampai begitu sekali.

Kepada Allah saya berharap, dalam masa terdekat ini, masalah saya akan selesai kerana saya juga ingin hidup bahagia dengan mentua seperti orang lain, mudah – mudahan Allah makbulkan permintaan saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.