Bahana bercinta masa belajar, masa ambil PMR saya tengah mengandung 5 bulan. Perut kecil siapa pun tak perasan. Hati seorang mak, dia dapat hidu.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Secara jujur dan ikhlas saya ingin ceritakan kisah hidup saya. Umur saya sekarang 20-an. Saya berasal dari keluarga yang huru – hara. Huru – hara yang macam mana?
Mak ayah saya selalu berg4duh. Kata kesat umpama makanan. Saya selaku anak sulung selalu dipukuI ayah. Tak guna, tak reti jaga adik – adik. Ya betul, saya jarang jaga adik – adik. Bagi saya mereka bagaikan bawa maIang.
Kenapa setiap kesalahan mereka, saya yang menjadi k0rban. Saya dipukuI tanpa rasa kasihan. Tali pinggang, h4nger sampai patah, getah paip, batang kayu manggis pun pernah melekat kat badan saya.
Dulu, keluarga hidup senang. Hidup di bandar kuala lumpur. Awal tahun 2000. Penghujung sekolah rendah saya pindah selatan. Ayah mula ramai musvh jadi kami pindah. Alasannya saya tak tahu. Saya tak ingat.
Saya hanya ingat bila saya hampir dicuIik oleh kawan ayah sendiri masa tunggu mak ambil saya balik sekolah. Sejak pindah selatan lah keluarga saya jadi huru hara macam ni. Saya yang dulu tak pernah di jentik, hari – hari jadi m4ngsa m4ki hamun mak ayah.
Sedikit nasib baik, keluarga mak memang orang selatan. Nenek tempat saya mengadu nasib. Atok tempat saya menumpang kasih sayang seorang ayah yang m4kin lama m4kin terpadam. Masa saya di tingkatan 2, mak ayah bercerai.
Luarannya saya tersangatlah gembira. Kerana apa, tiada lagi yang meny4kiti badan saya yang sudah tidak terdaya menanggung kes4kitan. Bonusnya, saya sem4kin bebas. Dengan usia sem4kin meningkat remaja.
Kebebasan semacam syurga. Halangan hanya mak, yang penyudahnya bekerja siang dan malam demi menampung saya dan adik – adik. Ya, ayah pergi sendiri.. Kami adik beradik mak yang jaga. Di sinilah, segala kemewahan berakhir dengan kesusahan.
M4kin hari saya m4kin lupa diri. Tertekan mak tak pernah berubah. Tiap kata – kata yg keluar dari mulutnya umpama pan4h petir, panas, terbakar. Saya sedar, dia hanya pandai mem4ki hamun saya. Ada masa dia layankan juga kehendak saya.
Tak lah jahat mana mak saya tu. Tapi entahlah, saya kadang tak faham per4ngai dia. Dia buat saya member0ntak. Sejak ayah tiada saya m4kin menjadi. Dulu tak berani kalau tak saya m4ti. Faham – fahamlah.
Setahun lepastu, saya mula bercinta dengan lelaki yang sudah bekerja. Budak sekolah bercinta dengan lelaki pakai kereta. Sudah cukup meny4kitkan hati semua musvh saya. Kerap p0nteng sekolah, itu bahana bercinta.
Pelajaran terabai. Saya ambil PMR, saya hamil hampir 5 bulan. Perut kecil siapa pun tak perasan. Hati seorang mak, dia dapat hidu. Tapi saya nafikan. Lelaki tu ingin bertanggungjawab, keluarganya datang jumpa mak ajak berbincang.
Saya? saya dah lari sembunyi rumah jiran. SettIe bincang saya kemas kain baju tinggal rumah keluarga lelaki tu. Tak perlu lah saya cerita apa reaksi mak saya. Dia macam singa nak bertukar jadi naga. Apa dapat capai itu saya angkat.
Bayang dia pun saya tak nampak masa tu sebab dia duduk dapur tak keluar – keluar. Masa di rumah keluarga lelaki tu lah kami buat permohonan nikah. Uruskan segala borang. Dua bulan di sana, sudah cukup untuk saya faham mak ayah dan adik beradik dia tak suka dengan saya.
Adik – adiknya dua orang perempuan lebih tua dari saya. Yang bongsu lelaki masih sekolah tak faham apa. Kakak – kakaknya macam mak tiri adakala apatah lagi maknya. Jika mak saya m4ki saya sambil jerit, mereka m4ki saya senyap – senyap di belakang.
Namun kami selamat bernikah tanpa ada halangan. Mak saya mula terima saya semula. Betul lah kata orang tentang hati seorang ibu. Sanggup terima anak yang dah c0nteng arang kat mukanya. Saya bernikah tanpa ada hantaran.
Cincin kahwin. Tiada. Pura – pura pinjam cincin mak saya. Itu ada. Balik nikah dari pejabat agama, mak saya belanja makan dekat restoran nasi beriyani. Masa tu ada semua ahli keluarga dia dan kawan – kawan yang jadi saksi.
Keluarga saya, hanya mak saya. Saya nikah hari selasa. Adik – adik sekolah. Mak mertua saya janji nak buat kenduri hari jumaat minggu yang sama. Tapi hari jumaat tu dia pergi kenduri jiran kampung naik motor seorang diri.
Saya sangka hidup lepas kahwin saya lepas dari semua tekanan. Tapi saya m4kin tertekan. Laki saya tak usaha untuk senang. Tiada duit, pinjam. Guna nama saya. Kerja malas. Harini datang. Esok hilang. Saya salam dia sebelum pergi kerja, doakan dia moga dipermudahkan segala urusan.
Tapi dia membohong pergi lepak snooker dengan kawan – kawan buat saya doa dia supaya m4ti cepat. Bukan sekali bukan dua kali. Saya sarat. Pergi kerja pukuI 4 petang balik 4 pagi. Dia kerja di restoran. Bayangkan dia balik 4 petang esok.
Lepastu ponteng lagi. Sejak dari itu saya secara tiba – tiba mewarisi segala sifat – sifat lembut mak saya. Kecewa, saya dipukuI separuh m4ti. Lebih teruk dari ayah pukuI dulu. Masa ni baru saya tersedu – sedu ingat balik ayah saya.
Ayah pukuI sebab nak saya jadi manusia. Nak saya jaga adik – adik. Tapi saya anggap dia benci saya. Oh lupa, ayah, adalah ayah tiri saya. Tak usah ditanya mana ayah kandung saya. Saya sendiri tak pernah berjumpa.
Hanya sekeping gambar nikah dia dan mak saya yang saya simpan dalam buku diary, membuat saya menitiskan air mata tiap kali menatap wajah dia. Kenapa dia tak cari saya. Sampai harini saya tiada jawapan. Saya cari dia?
Mungkin jawapan kami sama. Bod0h. Saya memang bod0h. Laki tak pernah usaha lagi untuk memajukan hidup. Dia lebih pentingkan kawan. Dia sanggup tend4ng perut saya waktu hamil anak kedua atas alasan nak teman kawannya keluar, saya yang sarat dibiar tinggal seorang diri sedangkan kawasan rumah saya waktu tu ada kes r0mpakan.
Saya member0ntak tak kasi pergi, tapi, itulah yang saya dapat. Anak kedua usia setahun sebulan. Dia dapat adik lagi. Ini lah yg saya kata saya ni bod0h. Akhirnya saya nekad. Saya minta cerai. Saya sedar saya ada kekurangan.
Saya tak pandai kawal em0si. Saya marah – marah bila dia buat per4ngai. Saya masak tak sedap macam dia masak. Masakan saya pernah dih1na dia dan kakaknya. Saya telan dalam – dalam. Majlis makan – makan di rumah dia.
Depan saya, mak dia bagitahu depan ramai orang yang bekas kekasih laki saya ni dah m4kin cantik. M4kin senang hidupnya. Dah pakai kereta mewah. Ajak mak jalan – jalan tengok wayang. Saya yang duduk sepi kat meja makan.
Cuma tahan airmata. Tapi, meIimpah jua. Ayah mertua, tak ambil tahu langsung pasal keluarga. Pergi kerja balik kerja melepak. Jarang dengar suara. Mak mertua dan ayah mertua macam tak kenal sesama sendiri. Begitulah kehidupan mereka.
Dulu sebelum kahwin, saya berangan nak dapat ayah mertua yang baik, tiada alasan lain. Hanya ingin menumpang kasih. Atok saya meninggaI dunia sebelum saya masuk alam sekolah menengah. Anak ketiga saya belum 4 bulan kami sah bercerai.
Ada lagi hal suami yang sangat menga1bkan, saya tak sanggup nak cerita. Hanya buat saya jadi m4kin benci dia. Cukup lah bila orang bertanya, jawapan saya kami berdua sama salah. Saya terlalu muda untuk pikul tanggungjawab yang besar tu.
Saya tak salahkan dia seorang. Mungkin ini yang buatkan hati saya tenang. Saya jaga a1b dia. Walaupun keluarga dia menyalahkan saya. Termasuk keluarga saya. Dia seorang yang pandai ambil hati orang. Lawak orangnya.
Hanya saya yang tahu siapa dia. Tak mungkin orang percaya saya. Saya kenal lelaki lain. Kenalan bekas suami. Jauh beza cara pemikiran. Dia ajar saya, dia didik saya. Dari seorang ‘betina’ menjadi seorang perempuan.
Maksud betina di sini walaupun saya redha tapi saya jadi m4kin Iiar lepas bercerai. Saya merok0k. Dan ada lagi yang tak patut saya cerita. Lelaki ini datang dalam hidup saya mengajar saya banyak benda. Dia tidak lah sempurna, tapi cukup bahagiakan saya.
Dia juga tak banyak harta, tapi mampu menyara saya. Sangat penting dia sangatlah berusaha orangnya. Dia ajar saya positif. Betul, hidup saya sem4kin tenang. Mungkin juga faktor umur, saya dah tak ‘bersepah’ lagi.
Hanya kawan dengan KAWAN. Buang mana Iawan. 4 tahun berlalu. Akhirnya dia menyuarakan hasrat untuk berkahwin. Kenapa lama sangat berkawan, walaupun dia nampak seperti sempurna orangnya, tapi dia juga manusia biasa.
Dia mengaku ada masa was – was dengan saya kerana adakalanya saya terIampau degil. Takut tak mampu nak bawa nama suami esok hari. Itu pesan mak dia. Jadi dia tunggu sampai saya dan dia betul – betul bersedia.
Demi Allah, setahun sebelum tu saya benar – benar berubah. Saya hari – hari berdoa supaya jika dia jod0h saya. Mudahkan lah. Percaya atau tak, hanya sebulan dua minggu sahaja masa persiapan kahwin kami.
Hari yang dia suarakan untuk mengawini saya, haritu juga saya telefon mak saya minta restu. Dan haritu juga saya pergi ke pejabat agama ambil tarikh kursus kahwin. Saya kerja dia juga kerja.
Dia cuti Sabtu Ahad saya hanya cuti pada Sabtu. Saya guna wali hakim, pernah berkahwin, urusan saya tak semudah dia yang bujang. Namun, segalanya lancar dengan izin Allah. Mak saya yang masak untuk 100 orang jemputan.
Pernikahan kami dimewahkan dengan makanan. Tiada pelamin, tiada muzik. Saya dan dia berpakaian cantik hanya sambut tetamu yang hadir. Berbual dengan semua tetamu. Nikmat hari tu tak mungkin saya lupakan.
Saya ingat setiap orang yang datang ke majlis saya. Bukan suami tak mampu. Tapi itu semua kehendak saya. Saya hanya minta barang kemas berbentuk cincin dan gelang. Ada sedikit wang saya minta dia bagi mak saya.
Saya hanya ingin perkahwinan saya diberkati. Tak sanggup terIuka untuk kedua kali. Alhamdulillah, majlis kami sangat indah, percayalah. Kini, sudah genap setahun kami bernikah, saya baru sahaja melahirkan zuriat lelakinya yang pertama.
Kami sangat jarang berg4duh. Bila dia marah saya jika saya buat silap, saya diam dan dengar. Bila saya membebe sebab dia tak layan saya berbual, dia pulak diam dan dengar. Kami bahagia. Walaupun kami tak mewah harta benda, tapi kata sajalah nak makan apa, jam berapa.
Tak pernah dia hampakan saya. Dia tengah tidur saya kejut puku 2 pagi sebab lapar. Dia bangun bawak saya keluar makan. Ya Allah, dia suami yang baik. Dia tak pernah Iukakan hati saya. Allah Maha Besar.
Perjalanan hidup saya tak secantik orang lain, banyak yang saya tak cerita. Biarlah saya simpan sahaja. Saya hanya cerita yang asas supaya semua mudah faham apa dan kenapa. Doa saya yang bertahun lepas, yang saya sendiri sudah lupa.
Itulah yang Allah makbulkan. Ayah mertua saya, dia lah ayah paling penyayang dalam dunia. Saya umpama anak kandungnya sendiri. Begitu jugak mak mertua dan adik – adik ipar. Mereka keluarga saya. Seperti dar4h daging saya. Hingga harini saya masih tak percaya, begitu hebat kuasa Allah.
Sedikit tambahan, saya dulu jenis suka menulis dalam diary. Jadi banyak cerita saya dapat ingat. Sedangkan hakik4tnya saya pelupa orangnya. Saya dan suami sama – sama anak sulung. Orang tua kata panas.
Tapi salah tu, kami umpama bulan dan bintang yang tak dapat dipisahkan. Anak – anak saya dari perkahwinan pertama hanya seorang yang saya jaga. Dua lagi makcik saya jaga. Yang ini biar lah saya tak cerita.
Percayalah, tiada seorang ibu yang ingin jauh dengan anak – anaknya. Janganlah dengar cerita sebeIah pihak. Saya sudah cukup s4kit selama ni, berilah saya sedikit bernafas kebahagiaan sebab saya masih tak pasti apa yang bakal terjadi esok hari.
Ya, perkahwinan kami masih baru. Tapi kami hari – hari belajar untuk terima kekurangan masing – masing. Doakan ini semua berkekalan. Mohon maaf jika cerita ini terlalu panjang atau terlalu bosan. Drama tv pun tak sentiasa best – bestkan.
Pesan saya pada yang belum berkahwin, jika satu hari nanti ingin membina masjid, pandang dulu niat kita apa. Niat umpama langkah yang pertama. Silap langkah pertama. Goyanglah langkah kedua. Saya tak minta orang kahwin macam majlis saya yang biasa – biasa tu, semua orang ada pendapat sendiri. Pilihlah, yang mana kita yakin itu bahagia. Wassalam..
Komen Warganet :
Rozanalita Kamis : Alhamdulillah. Akak doa moga Allah SWT merahm4ti, memberkati dan meIindungimu dan family jua serta anak – anak. Kekal istiqomah di aIam Allah SWT. Semoga bahagia hingga ke SyurgaNYA. Aamiin, aminn Ya Rabbal Alaamiin.
Emah Bundle : Sedih dan gembira baca coretan ni. Mengalir air mata baca betapa kuatnya awak hadapi perjalanan hidup ini. Dulu d3rita kini bahagia. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah dengan suami sekarang.. Aamiin
Rohani Haripen : Alhamdulillah! Semoga Allah memberkati dan merahm4ti kamu sekeluarga. Penulisan yang sangat baik dari tt dan mudah untuk orang faham. Saya tak kenal kamu, tapi saya tahu kamu sekarang seorang yang tenang hanya dari gaya penulisan kamu ini.
Ketentuan Ilahi : Mudah – mudahan menjadi pengajaran buat adik – adik di luar sana. Hidup berumahtangga tak seindah yang kita impikan tetapi berusahalah untuk kebahagiaan untuk diri kita sendiri..
MeiMeihrdnhssn : Cuma nak cakap, senangnya ALLAH beri awak rezeki anak. Ada orang bertahun – tahun tunggu zuriat untuk suami masing – masing. Saya faham, nanti bila awak dah mampu, ambillah anak – anak awak semula ye dik. Apa – apa pun jadi, biar anak dengan emaknye. Semoga awak terus bahagia hingga syurga bersama suami yang kedua ni, aminn.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.