
Masa suami tahu aku mengandung anak lelaki, dia layan aku macam ratu. Sehinggalah aku keguguran dan koma. Sedar je dari koma, aku dapat tahu baby dah takde. Suami mula berubah baran, dia salahkan aku anak dia m4ti. Aku plak dah tak boleh mengandung. Dia layan aku macam musvh..
#Foto sekadar hiasan. Rumah tangga aku umpama retak menanti belah. Dah takda bahagia langsung. Semua bermula selepas aku gugur anak ketiga, anak lelaki, dan aku disahkan tak boleh mengandung lagi. Anak sulung aku perempuan, anak kedua pun perempuan. Suami aku teringin sangat nak anak lelaki.
Sampai kami laki bini cuba macam macam petua nak dapatkan anak lelaki. Bila aku disahkan mengandung anak ketiga dan scan pula menunjukkan bayi lelaki, masa tu suami akulah orang paling caring dan paling penyayang. Sejujurnya, dalam tempoh mengandung anak ketiga, aku dilayan macam ratu.
Kerja rumah suami tolong buat. Apa aku nak makan, dia usaha cari. Setiap kali pemeriksaan di klinik, suami sanggup ambil cuti nak teman. Sampai dalam bilik doktor pun dia ikut sebab nak dengar sendiri perkembangan kandungan aku. Kalau aku s4kit, mengadu s4kit pinggang, suami urut sampai aku rasa lega sedikit. Bila dapat sahaja gaji, macam – macam barang bayi lelaki dia beli.
Aku lah orang paling bahagia masa tu. Tapi bahagia tu sementara sahaja. Masa tengah sarat, lagi dua bulan sahaja tarikh due date, aku jatuh di lantai licin dalam bilik air masa nak mandi. Anak aku meninggaI dalam perut. Masa tu aku dah tak sedarkan diri. Aku sedar selepas tiga hari koma sekejap. Anak aku pun dah dikebvmikan.
Bila aku sedar sedar sahaja, masih dalam keadaan s4kit sangat, aku terdengar dari mulut suami, “Panjang pula nyawa kau kan. Kenapa bukan kau yang m4ti?” Aku terk3jut sampai s4kit sangat dekat bahagian bawah. Aku rasa macam mamai, macam tak percaya suami aku cakap macam tu. Aku cuba positif, mungkin aku salah dengar kot.
Tapi sejak tu, suami aku mula berubah. Dia jadi seorang yang baran. Sehari aku tak kena marah memang tak sah. Belum sampai tahap dia naik tangan lagi dekat aku, tapi mulut dia… masyaAllah. Dia suka m4ki hamun, cakap kasar saja. Dengan anak – anak kami, yang sulung dan kedua, dia elok sahaja. Manjakannya bukan main lagi. Tapi dengan aku, macam musvh ketat. Macam dia benci sangat dengan aku.
Suami tuduh aku bunvh anak lelaki dia. Padahal akulah orang yang paling sedih sebab yang gugur tu aku. Badan aku. Tr4uma tu aku yang tanggung. Ada satu kali, aku cakap dekat suami, “Kalau abang benci sangat dekat aku sekarang, lepaskanlah aku cara baik.”
Suami jawab, “Lagi sekali kau minta cerai, cakap pasal cerai, kau pula jadi arw4h.” Dia cakap dengan nada tinggi, macam askar, sambil genggam leher baju aku. Masa tu aku tobat dah. Tak berani lagi nak cakap hal cerai. Aku takut sangat. Setiap hari aku hadap sahaja suasana macam tu.
Apa dia cakap aku ya kan sahaja. Tak berani nak bantah. Takut sangat. Dia sekarang kasar, baran lain macam. Kami masih tidur sebilik, sekatil, tapi aku rasa macam tidur sebelah harimau. Dah empat tahun berlalu. Anak aku dah meninggaI empat tahun.
Hari tu aku s4kit, kena denggi. Masuk wad tujuh hari. Masa tu per4ngai dia slow sikit dengan aku. Tak ada la nak marah tak tentu pasal. Tapi masih tegas. Aku cuba positif, mungkin hati suami dah mula lembut. Tapi tak. Lepas aku sembuh, dia jadi macam s3tan balik. Marah – marah, m4ki hamun, padahal aku tak buat salah pun.
Contohlah, basuh baju tak wangi, dia marah macam orang giIa. Padahal aku dah letak pewangi. Masak pula dia asyik komplen. Padahal sebelum ni dia puji sahaja masakan aku, sampai makan bertambah. Sekarang seolah – olah nak marah aku sengaja. Benda tak logik pun dia boleh jadikan alasan nak marah.
Kadang – kadang aku tengah lipat baju anak – anak pun dia cari salah. Pernah satu malam pukuI 1 pagi, dia k3jutkan aku sebab kononnya aku tersalah susun baju anak sulung dalam almari. Dia jerit – jerit macam aku buat d0sa besar. Padahal sepanjang empat tahun ni akulah urus semua benda. Dia tak pernah buat pun. Tapi dia masih nampak aku salah dalam semua benda.
Pernah juga sekali, aku tengah masak dan anak sulung menangis sebab terjatuh. Aku tengah pegang kuali panas, aku tak sempat angkat anak. Suami balik dan terus m4ki aku tak jaga anak. Dia hempas pintu sampai jiran bawah rumah naik sebab ingat ada g4duh besar. Aku malu sangat sampai rasa nak hilang terus dari dunia ni.
Yang paling aku tak boleh terima, kalau mak dia datang rumah kami, elok pula bahasa dia dengan aku. Atau kalau mak aku datang, pun elok juga. Macam lelaki lain. Macam langsung tak pernah baran. Macam aku ni hanya tempat dia lepaskan s4kit hati bila tiada orang.
Sekarang aku nak bercerai. Tapi aku takut. Bukan takut hidup sendiri, tapi takut dengan ugvtan dia. Takut kalau betul – betul aku buka mulut pasal cerai, aku pula yang jadi arw4h. Dan aku takut untuk anak – anak aku. Tak tahu apa akan jadi kalau aku tak ada nanti. Aku tak tahu sampai bila aku nak hidup dalam keadaan macam ni. Aku penat. Penat sangat.
Komen Netizen :
Ten Percent Man : Saya baca saya sedih. Jumpalah kaunselor, dapatkan nasihat. Memang ada sesetengah lelaki jadi macam ni sebab campur tangan pihak lain. Mindset dia anak lelaki penyambung w4ris, keturunan. Allahuakbar, berat dugaan puan. Semoga Allah beri kekuatan dan semangat. Bincanglah dengan suami elok – elok.
Liza Namaku : Awak buat sahaja kerja rumah seperti biasa. Buat tidak tahu bila dia dah mula cari pasal. Habiskan masa dengan amal ibadat kita. Daripada tengok muka dia yang masam tengok kita, baik tengok Quran lama – lama. Daripada dengar dia nak m4ki hamun, baik awak fokus dalam solat, qada balik, zikir zikir lama. Tidak perlu minta belas dari orang yang tidak suka. Baik kita mengadu dan bercerita dengan Allah. Kurangkan komunikasi dengan dia, baik kita dekat denganNya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.