Suami sibuk nak bagi anak buah dia duit Raya RM10. Aku suruh kurangkan jadi RM5. Anak buah aku dapat RM3 je

Aku Alia, seorang isteri yang sangat kedekut. Aku ada anak buah yang ramai. 25 – 30 orang macam tu sebeIah suami ada 5 orang. Aku cadang nak bagi anak buah aku RM3 je tapi suami nak bagi RM10 dekat anak buah dia…

#Foto sekadar hiasan. Menjelang aidilfitri, kepala aku mula rasa berselirat dengan pelbagai isu yang tak habis – habis. Segala benda harus dipertimbangkan sebelum membelanjakan hatta setiap satu sen yang keluar. Aku Alia, seorang isteri yang sangat kedekut. Merangkap menteri kewangan dalam rumahtangga.

Aku seorang pengajar tuisyen kecil – kecilan manakala suami aku, Ali pula bekerja sendirian. Ali memang menyerahkan segala urus belanja pada aku dari A – Z. Dikala hujung Ramadhan, bermacam dugaan datang. Peti ais kami yang 5 tahun usia ada masalah sejuk.

Ali yang sememangnya pandai kerja elektrikal dan wiring, beli spare part yang harganya nak hala RM100. Ya Allah besar betul jumlah tu untuk kami sekarang ni. Takpa lah, untuk kegunaan long term kan. Lagi satu ujian yang datang adalah, kereta yang memerIukan penukaran throttle body sensor yang wajib ditukar.

Nasib baik plug n play je alat ni. Barang kecil tapi agak mahal, RM150. Melayang lagi duit nak dekat raya ni. Kalau tak tukar, timing kereta asyik turun naik dan kesannya kereta sedikit bergegar. Kena lah tukar sebab nak berjalan raya kan.

Kesian Ali, penat bekerja sana sini. Buat kerja wayering, aircond. Berpanas di bawah terik matahari. Semoga Tuhan membaIas segala titik peluh yang keluar untuk suamiku. Oh ya, sebenarnya Ali kerja sebelum ni ikut projek. Projek ada masalah, yang mana mungkin lepas raya baru on.

Aku berdoa banyak – banyak di bulan penuh mulia ini agar Ali dapat mulakan kerja di projek itu lepas seminggu raya ni, Amin… Perihal duit raya untuk anak buah. Side aku ada anak buah yang ramai. 25 – 30 macam tu. Ramai kan? SebeIah Ali punya 5 orang saja.

Aku selaku pemegang amanah duit keluarga bercadang memberi semua anak buah RM3 saja. Sebenarnya awal tahun haritu, niat aku untuk beri duit raya RM5 seorang. Tapi apakan daya, ekonomi tahun ni sangat – sangat drop.

Pada mulanya Ali kata, siapkan duit raya untuk side aku je. Untuk side dia, dia akan beri sendiri RM10 untuk setiap anak buah. Aku bantah. Sebabnya Ali sendiri dah tiada cash. Duit raya adalah sedekah dan ikut kemampuan kita.

Aku tetapkan hanya RM5 saja untuk anak buah Ali. Isteri yang sangat kedekut kan aku ni? Hari ini pula, Ali beritahu nak tinted kereta. Sebabnya depan terlalu cerah nampak dalam. Tapi kereta tu memang dah ada tinted cuma dah berkurang. Katanya anggaran bawah RM150.

Duit pada aku untuk belanja hanya tinggal RM1150. Aku tak boleh biarkan baki RM1000 saja. Aku kan kedekut? Duit nak guna lepas raya pun kena ada. Lama lagi nak tunggu bulan mei. Aku ke yang berd0sa sebab tak setuju nak tinted kereta?

Ali seakan bad mood setelah aku nyatakan pendapat aku. Aku tinggal di negeri kelahiran Ali. Jadi kampung Ali dekat saja dalam 10 minit. Manakala kampung aku pula jarak dalam 50 minit dan 2 jam. Nasib baik tak perlu lalu highway, jadi sekadar topup minyak di Setel saja. Jimat sedikit duit touch n go.

Bila raya, memang kami balik ketiga – tiga kampung. Adakah tahun ni aku patut balik kampung Ali dan kampung aku yang 50 minit saja tu? Mungkin satu lagi kampung aku balik raya haji nanti. Untuk penjimatan kos.

Banyaknya benda nak kena difikirkan bila raya menjelang kan? Ya Allah, di bulan mulia ini, semoga semua yang merasa sempit, diluaskan rezeki mereka termasuklah suamiku Ali. Salam Aidilfitri untuk Muslimin dan Muslimat di atas muka bumi ini. – Alia (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Salam Aidilfitri semua. Ni sambungan dari luahan aku yang lepas. Bila aku baca komen para pembaca, ya aku ni memang kedekut. Tak dinafikan. Sebab makcik aku pun ada mengiyakan juga. Hahaha. Oh ya, lupa nak sebut. Aku dan Ali golongan keluarga B40, jauh lagi untuk ke level M40.

Sebenarnya, dari hujung tahun lepas, suami aku (Ali) tiada kerja tetap. Masih menunggu projek kerja jalan, tapi belum juga mula. Alhamdulillah, Ali ada kemahiran dan sijil yang membolehkan dia ambil kerja – kerja elektrik dan aircond.

Pendapatan tidak tetap dan turun naik. Sebab tu aku kata kan ekonomi kami agak merosot dari 2024 ini. Namun yang pasti, Allah mencukupkan segalanya untuk bayar semua utiliti dan duit makan. Berkenaan duit raya, ramai yang kata jangan berkira RM10 untuk setiap anak buah Ali.

Sebenarnya, aku juga ajar anak buah Ali secara percuma. Aku kan pengajar tuisyen kecil – kecilan. Aku cuma harap ilmu yang diturunkan mengalir sampai aku m4ti nanti. Sebab aku tak mampu nak berikan material yang mahal pada anak buah Ali.

Dan perihal tinted kereta pula. Bukan lah kereta kami ni “kereta akuarium” bak kata orang. Cermin belakang masih 100% gelap bertinted. Hanya bahagian depan saja dah terang sikit, mungkin dalam 40%. Biasa lah berjemur bawah matahari yang panas kan, makanya hilang lah sikit kegelapan tinted tersebut.

Sebab tu aku masih berfikir panjang untuk tambah tinted kereta. Untuk persiapan raya kali ini, belanja yang keluar cuma sehelai kurta Ali dan makanan di pagi raya yang kami masak bersama. Oh, kuih raya pun aku buat sendiri tau demi menjimatkan lagi belanja. Dapat juga aku beri buah tangan ni pada ibu bapa aku dan atok nenek di kampung.

Baju aku pula adalah baju raya kedua tahun lepas. Masih cantik. Hanya sebuah beg bernilai RM45 saja yang aku beli baru, setelah ditolak segala cash coin yang ada. Maklum lah, mata perempuan suka kan beg yang boleh digayakan dengan pelbagai baju kan, haha.

Aku tahu aku seorang kedekut. Tapi bila Ali berkeinginan beli kerepek untuk jajan raya, tidak lah aku menolak dengan k3jam. Untuk makanan, masih bertolak ansur lagi asalkan harga berpatutan. Selama ni, aku dapat simpan RM800 – RM1200 sebulan dari duit gaji yang Ali bagi.

Dapat lah berjalan di semenanjung setahun dua kali dan beli sikit aset emas dan masukkan ke ASB. Kadangkala, kami berdua juga jadi bank pada keluarga untuk meminjam duit. Itu tidak aku titikberatkan, asalkan mereka bayar kembali.

Cuma sejak hujung 2023, aku tak dapat menyimpan jumlah sebanyak itu lagi. Terkadang, tidak dapat menyimpan langsung. Begitulah hidup seketul Ali dan Alia di zaman penuh pancaroba ini. Malam tadi penuh rumah kecil kami dengan kehadiran keluarga Ali datang beraya.

Aku berdoa moga kedatangan tetamu yang ramai ke rumah, membawa keluar unsur negatif dan membuka pintu – pintu rezeki kami terutamanya untuk Ali. – Alia (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zaini Za : Awak lebih tahu kewangan keluarga awak. Orang lain boleh kata apa sahaja tapi bukannya mereka yang akan tolong tanggung awak sekeluarga. Semoga TT dan keluarga baik – baik sahaja.

Nor Mohd Hanif : Suami puan ada sijil electrical dan aircond.. dah elok sangatlah tu untuk buat sendiri. Tak perlu kerja under orang lain.. pengalaman pun dah adakan. Buat marketing di group – group kawasan terdekat. Tentang aircond.. inshallah cuaca tengah panas membara ni pasti ada yang memanggil.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.