Dah ada anak, suami masih suka lepak sampai lewat malam. Bila aku call suruh balik, kawan – kawan suami mula perli. ‘Takut bini queen control.’ Suami m4kin menjadi – jadi bila kena perli. Sehinggalah salah seorang kawan suami hubungi aku..
#Foto sekadar hiasan. Aku Ayu. Umur 25 tahun dan aku seorang ibu serta isteri kepada A. Aku nak confess tentang keadaan yang aku alami. DuIukan aku tak suka topik berkahwin ni sebab bagi aku complicated dan orang sekeliling aku pun mostly facing ujian rumah tangga yang sangat – sangat lah bagi tr4uma kat aku even my parents.
Masuk jer umur 19 tahun, mindsets aku berubah about perkahwinan sebab ada one of my kenalan ni, umur sebaya arw4h nenek aku, berkahwin almost 40 tahun tapi still happy dan dia pun nampak awet muda. Aku harapan aku pun dapat perkahwinan yang macam dia, happy walaupun banyak ujian mendatang gitu.
Masuk umur 22 tahun, aku kenal dengar seorang lelaki iaitu si A ni lah. Dia 8 tahun lagi tua dari aku, pemikiran dia memang matang masa tu lah. Dan banyak sifat yang ada pada dia tu memang buat aku tertarik dan berharap hubungan kami bukan takat couple – couple jer.
Setahun perkenalan, dia ajak aku kahwin dan masa tu aku masih berada di bangku universiti lagi. Dia bagi aku sebuah keyakinan yang rumah tangga tu akan jadi macam rumah tangga yang aku harapkan sebab kita orang pernah talk about apa yang masing – masing harapkan bila kami berkahwin nanti.
Dan kan situ aku ada cakap yang aku nakkan someone yang boleh horm4ti aku as isteri dia, boleh terima aku and slowly ubah aku jadi better without p4ksaan, having quality time together, tak pentingkan diri dan macam – macam lagi and mostly apa yang aku cakap tu dia pun cakap.
So kira dua – dua berharap pada benda yang sama. Awal perkahwinan, masa tu baru dua bulan perkahwinan, kami slow talk about benda yang kami harapkan tu, dan kat situ kami cerita juga about why kami harapkan benda tu. Mostly adalah based on family masing – masing yang tak achieve benda tu.
Aku datang dari family yang kerap ada isu, nak kata broken tu takdelah sampai bercerai berai. Dia pulak datang dari family yang busy, dari kecik kurang perhatian sebab mak ayah busy kerja. So adalah sebab yang kukuh why kami nak harapan kami tu jadi kenyataan.
3 bulan usia perkahwinan semua yang kami harapkan tu macam nampak boleh jadi kenyataan. Masa ni aku belajar lagi tapi via online lah masa tu, kalau PJJ pun kejap atas alasan ada kelas yang conduct macam biasa. 3 bulan tu happy sangat. Bila mana suami aku balik kerja, aku akan sambut dia, hidangkan masakan aku atas meja.
Then kami akan solat sama – sama, baca quran dan yasin sama – sama even one of us tak pandai pun. Slow – slow pasti boleh pandai nanti. Time makan pun tak hadap phone ye sebab nak jaga quality time. One hour sebelum tido mesti pillow talk dulu about apa yang jadi pada hari tu and so on.
Then kalau nak hadap phone kena make sure one of us dah tido dulu. Tido pun kita orang jaga ya.. Sebelum 11 mesti dah tido. Masuk bulan ke empat which is bulan yang aku disahkan oleh doktor tengah hamil, slowly semua tu berubah.
Aku… Ofc berubah lah sebabkan pregnant. Aku mostly tak larat nak buat macam – macam, sensitif, dan macam mak – mak pregnant yang lain lah. Start tu, dia dah tak pernah nak ada quality time dengan aku. Makan pun hadap phone even aku tegur, solat pun dah jarang sama – sama even aku berkeras nak tunggu dia, tido pun kadang tu asing – asing,
Kalau merajuk mostly kena pujuk diri sendiri, dan dia mostly akan tido lambat sebab main game dia. Sadis yaa… During the pregnancy aku depr3ss ya sampai depr3ss aku tu berisiko kat kandungan. After bersalin, aku alami postpartum depr3ssion tak sampai 2 bulan pun.
Tapi jujur kata aku kena kuat sorang – sorang sebab time ni dia sedar yang masa pregnant tu aku banyak makan hati dengan dia since aku akhirnya luahkan semua yang aku pendam sampai dia berair mata ye. Ingat menyesal, lupanya tak.
Dah ada anak ni, dia lagiiii lah menekan – nekan aku. Dia cop aku ni macam queen control dan most of kawan dia pun tahu about aku. Contoh about lepak after balik kerja, aku bagi jer lepak asalkan jangan lah sampaai lewat malam.
Lebih jer dari masa yang dijanjikan memang aku akan call tak kisahlah masa tu dia hanya lepak dengan kawan ke apa. Start kena perli – perli dengan kawan dia about takut bini so on, m4kin gatal lah kaki tu nak lepak. Pasal main game pulak aku dah berbuih mulut. Kadang – kadang tu terasa jugak.
Mana tak terasa, nak kata dia ada masa untuk aku memang tak ada ya. Masa untuk anak ada tapi berkira kadang – kadang tu. Kalau balik kerja dia penat apa semua, aku suruh jaga anak kejap sebab aku nak masak ke apa, haaa mula lah muka tu tegang semacam nak protes.
Bab kemas rumah semua aku buat sebab aku suri rumah. Bab anak ada dia buat tapi tu pun nak marah – marah aku kalau ada yang tak kena. Tapi tu kalau kat rumah. Kalau kat rumah orang lain macam adik beradik dia ke, dia akan tunjuk yang dia terpaling faham anak sampaikan bila aku cakap anak aku nak itu ini sebab tu dia meragam cam tu, dia boleh deniedkan dan cakap yang aku tak faham anak ya.
Sekarang pulak, aku rasa macam m4ti rasa slowly. Kalau slow talk berakhir dengan perbaIahan, aku pun dah malas nak slow talk. Kalau meluah dianggap macam benda paling annoying, aku sanggup tutup mulut. Kalau wasap kat tempat kerja tu menyemak, aku slowly wasap if benda tu penting jer.
If selama ni belanja dapur dianggap over budget, aku slowly topup guna duit yang aku dapat dari kerja aku as freelancer tu. Ada duit lebih aku bawak anak pergi makan angin kat luar even tanpa dia, janji aku mintak izin jer. Dia nak lepak sampai 2 – 3 pagi, aku dah pejam jer. Malas nak semakkan otak fikir benda tak berkembang.
Barang dapur pun aku beli sendiri walaupun dia bagi duit dapur. Aku bagi apa yang dia nak which is “hidup zaman bujang” dia balik. Cuma tu lah… Jangan tanya kenapa aku m4kin mendiam, aku m4kin menyindiri, atau kenapa anak dah tak lekat kat dia macam dulu.
Kat sini jelas lah yang dia berharap semata – mata pada harapan masa awal – awal kahwin tu but sebenarnya dia repeated same mistakes macam mak ayah dia buat atau mak ayah aku buat. Ada seorang kawan dia pernah personally chat aku kat fb dan cakap tentang suami aku.
Mula – mula tu aku macam shock lah sebab berani – beraninya kawan suami aku chat aku sedangkan tahu aku ni bini orang, tapi lepas tu aku dah tak shock dah sebab niat dia chat aku tu sebab nak tunjuk facebook scandal suami dan share gambar dating suami dengan perempuan tu.
Bagi aku, aku dah tak kisah dah kalau dia nak scandal ke apa. Sebab? Sebabnya itu urusan dia dengan tuhan. Bukan budak kecik pun dia tu. Kalau andai kata dia decide nak kahwin dengan perempuan tu, aku bersyukur lah sebab dia tak buat d0sa maksi4t dia sampai dia m4ti.
Dan andai kata dia tak boleh berlaku adil dengan aku dan anak, aku still tak akan tuntut cerai selagi mana dia tak m4ki hamun aku dan anak atau angkat tangan kat kami. Urusan adil tak adil tu aku biarkan Allah jer baIas kat akhir4t.
Dan andai kata dia ceraikan aku, don’t worry awal – awal kahwin lagi aku dah mintak rumah yang dia beli dan kereta yang kami berdua pakai tu atas nama aku. Apa susah? Nak susah dan mulakan hidup baru with that girl yang you choose? Silakan… Tapi jawablah sana kat akhir4t. – Ayu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Insyirah Soleha : Kadang – kadang pasangan berubah sebab masih nak lepak macam bujang, dia memang plan nak jadi lebih baik tapi circle suka menganjing takut bini la apa la maka dia pun nak tunjuk hero. Masa awal kahwin, memang baanyak benda kena ubah. Itulah perkahwinan. Bukan tentang saya atau awak, tapi tentang kita. Bukan tentang suami atau isteri tapi suami DAN isteri.
Siti Abdullah : For me kalau kahwin macam tak kahwin elok single balik la. Hidup berdua dengan anak lagi bagus. Lagipun dari luahan awak, saya rasa dia tak kisah pun awak diamkan diri ke, m4ti rasa apa semua tu. Kalau dia kisah dah lama dia tanya dari awal.
Ni dah jelas – jelas berubah pun dia tak heran maknanya dia tak kisah langsunglah tu. Membazir masa muda je kalau teruskan perkahwinan yang tak bahagia macam tu. Since dia sendiri pun suka hidup bujang so bujangkanlah dia balik.
Tapi kalau awak dah pasrah, nak jadikan perkahwinan awak tu ladang pahala awak go on jelah. Tapi percaya la anak yang membesar dengan ibu bapa yang tak bahagia walaupun hidup bersama mungkin terganggu dari segi mental dll.
So minta la petunjuk dari Allah apa pilihan yang terbaik untuk awak pilih. Dan saya baru jumpa kat tt semalam cakap cara Allah makbulkan keinginan kita dengan cara Dia, bukan cara kita. Mungkin inilah salah satu proses Allah nak awak beri apa yang awak mahu. By the way good luck!
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.