Suami suka mesej dengan kawan saya yang s3ksi. Kawan saya bagitahu suami ajak dia tengok wayang dan nak cari tempat gelap

Suami saya memang suka tengok perempuan yang terdedah sana sini. Jadi saya memang tahu kawan saya tu taste suami. Sekarang kawan saya ada masalah dengan suami dia, suami saya pula yang kerap call kawan saya..

#Foto sekadar hiasan. SALAM.. Masalah saya ni dah lama saya pendam, rasa dah tak boleh dipendam lagi. Hati saya ni rasa nak meIetup. Nampaknya saya terp4ksa juga bercerita di sini bagi meringankan beban saya. Begini cerita saya, perkahwinan saya dah 5 tahun.

2 tahun pertama kami bahagia walaupun suami sering tidak bekerja dan ditanggung sepenuhanya oleh saya. Suami mula buat per4ngai tahun ketiga semasa saya mengandungkan anak sulong. Ramai sangat perempuan yang muncul dalam perkahwinan kami.

Ada student, pelayan kelab, nurse dan macam – macam lagi. Saya pulak yang bersusah payah berjumpa dan call dengan makwe – makwe suami untuk mengetahui perkara sebenar. Oleh kerana tekanan yang hebat saya terp4ksa melahirkan anak secara c-zer walaupun doktor telah berusaha pelbagai cara.

Saya pernah terlintas untuk bercerai tapi saya tahankan juga kerana memikirkn anak yang kecik masa tu. Tapi dalam hati saya tersimpan d3ndam pada suami. Pada tahun ke-5 perkahwinan saya bercadang untuk mengandung supaya hubungan kami baik semula.

Kuasa Allah tak sampai sebulan saya telah mengandung. Saya kini mengandung 3 bulan lebih anak kedua. Saya mengalami alahan yang sangat teruk bila mengandung sehingga dimasukkan ke hospitaI. Per4ngai suami pula menjadi – jadi.

Dia  selalu tak balik rumah kalau balik pun seawal 5 pagi dalam keadaan m4buk. Paling awal dia akan balik pukuI 3 pagi. Suami langsung tak hiraukan kesihatan saya. Kalau saya nak makan ke ape pandai – pandailah saya. Saya yang dalam keaadaan tak sihat ni selalu gagahkan diri untuk beli makanan untuk saya dan anak yang berumur 2 tahun.

Saya kuat kerana anak saya. Pernah saya nak pitam saya duduk di tepi jalan dulu bila dah ok saya teruskan berjalan. Suami plak telah bekerja dengan seorang kontraktor yang agak berjaya. Yang saya sedih sangat, kontraktor ni selalu bawa suami saya untuk entertain pelanggan ketempat seperti karoake, kelab yang ade gr0. Semuanya ditanggung oleh boss suami.

Bila saya tanya pada suami dia kata hanya menyanyi tanya buat apa – apa dengan pelayan – pelayan di situ tapi saya masih was – was. Tak mungkin selalu pergi hanya tengok sahaja pelayan – pelayan yang s3ksi tu. Kawan suami pernah terlepas cakap tengok client suami bercivm – civm dengan pelayan kelab.

Suami saya memang suka perempuan yang s3ksi. Saya plak semenjak berkahwin berjanji pada diri sendiri untuk memakai tudung dan saya tinggalkan semua kawan – kawan dan dunia luar. Hidup saya selepas kahwin hanya untuk anak dan suami.

Saya pernah cuba ikut rentak dia dengan ikut dia pergi karoake dan berpakaian s3ksi bersama kawan – kawan lelaki dan perempuan. Tapi suami saya cakap saya kuno dan keras macam batu duduk je tanpa menari. Saya sedih sebab saya tak boleh ikut rentak dia, saya rasa malu untuk menari depan orang ramai.

Semenjak dari itu, saya tak ikut dia lagi saya rasa bersalah juga tinggalkan anak saya. Setelah hati saya digur1s dan kesabaran saya sampai kemuncak minggu lepas saya telah pergi ke Pejabat Agama. Saya di kaunseling.

Insayaaalah minggu ni saya dan suami diarahkan untuk dikaunseling bersama tapi suami memang bercadang tidak akan datang. Katanya, talak di tangan dia jangan p4ksa – p4ksa. Saya sekarang dalam keadaan tidak tenang asyik menangis je, lebih lagi sekarang ni saya tahu suami saya kerap call kawan saya yang ade masalah dengan suami dia.

Kawan saya ni memang sangat s3ksi memang taste suami saya. Kawan saya beritahu saya suami kerap ajak dia keluar. Saya sangat sedih, hati tak tenang. Kadang – kadang terfikir untuk bawa anak saya di tengah – tengah jalan, biar putus nyawa kami.

Saya betul – betul buntu. Lagi satu apa yang selalu saya fikirkan adalah, untuk ke mahkamah terus dan failkan perceraian tapi saya rasa tak sekuat untuk buat begitu. Saya takut kena bayar fee yang tinggi untuk failkan kes.

Sekarang ni, saya baru tahu dari kawan perempuan saya yang suami saya ajak dia tengok wayang tengahari esok, siap suruh cari tempat gelap – gelap supaya senang tangan nak berjalan. Sedih betul. Suami saya siap pesan supaya jangan beritahu apa – apa dekat saya kalau saya tanya pasal hubungan diorang.

Saya mengigil menangis tadi, sedih bila kawan saya cakap suami nak ringan – ringan dengan dia. Taktau sama ada dia cakap saja atau betul – betul nak buat. Kejap lagi saya nak balik nak singgah mahkamah syariah nak ambil borang.

Saya langsung tak boleh buat kerja. Hari ni rasa macam nak meIetup kepala otak, sedih teramat sangat. Saya akan serahkan segala – galanya pada Allah. Kalau suami dah tak sayangkan saya dan masih dengan kehidupan macam orang bujang tak kan saya nak kena sabar sampai ke tua.

Memang sedih bila tengok anak – anak saya yang bakal takde ayah tapi aku akan cuba yang terbaik untuk bahagiakan anak – anak. Saya rasa suami tak akan berubah walau dibagi 10 kali peluang. Bila tengok bapak mertua yang hidup macam orang bujang, lepak sampai pagi kerja malas harap mak mertua saya je menyara keluarga, saya rasa macam itulah suami akan buat pada saya. Sebab itulah contoh yang ada di depan mata.

Cuma beza mak mertua tak bekerja jadi dia terp4ksa buat kerepek – kerepek untuk dijual. Sedangkan saya bekerja, jadi saya rasa saya boleh jadi lebih kuat lagi. Sekarang ni semangat aku dah bertambah, saya tak nak menangis lagi merintih sorang – sorang dekat rumah sedangkn suami tengah sedap – sedap memeIuk perempuan dekat karoake tempat hiburan sambil minum ar4k .

Ya Allah bagiIah aku kekuatan untuk terus menjadi kuat demi hidup aku, dengan anak yang masih kecik dan kandunganku ini. Saya harapkan doa dan kata – kata semangat dari para pembaca. Ye memang saya m4kin kuat tapi adakalanya saya keliru. Harap pembaca dapat tolong saya.. Terima kasih.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.