3 tahun kami PJJ, setiap kali nak jumpa aku yang kena pergi dekat suami, alasannya dia tak reti bawa kereta. Sekarang dia suka tuduh aku bawa jantan masuk rumah dan ‘g4ntung’ aku 3 bulan. Bila aku nekad, tiba – tiba keluarga mertua call aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hi semua. Nama aku Ayuni dan haruslah nama samaran. Ringkasan sedikit tentang diri aku. Aku dah berkahwin almost 4 years. Dan aku namakan husband aku tu Alex. Kami masing – masing kerja kerajaan. Dia di pahang dan aku di salah sebuah daerah di kelantan.
Perkenalan kami agak singkat. Seorang rakan sekerja aku yang perkenalkan husband pada aku. Sebelum bertunang kami hanya bertemu 2 kali. Selepas bertunang selama 1 tahun 2 bulan pun kami hanya bertemu sebanyak 3 kali.
Kebanyakannya kami contact melalui aplikasi WhatsApp sahaja. Itu pun atas urusan penting dan urusan pernikahan tu. Semasa tempoh mencari kelengkapan pernikahan tu, majlis sebeIah aku, aku uruskan semuanya dari A to Z. Tapi sebeIah dia, aku uruskan untuk urusan pelamin, baju nikah.
Untuk majlis sebeIah aku. Seberapa ramai pun husband aku nak bawa tetamu dari pihak dia pun aku tak kisah dan aku tak ambil sebarang bayaran. Tapi majlis beIah dia, aku diminta untuk topup RM1k atas alasan aku nak jemput kawan – kawan kerja aku.
Disebabkan tempat kerja aku berada berdekatan dengan rumah beIah suami. Jadinya semua kawan – kawan nak hadir majlis di sana. Tak de seorang pun yang nak datang majlis beIah aku, katanya jauh. Semasa majlis akad nikah. Hantaran yang dipinta dari pihak aku RM8k.
Namun, ketika tu husband aku tak cukup duit. Jadinya dia hanya sediakan RM4k dan aku pinjamkan padanya RM4k. Untuk part batal air wudhuk. Aku tak minta banyak pun. Cukup sebentuk cincin mengikut kemampuannya. Tapi dia tetap berkeras nak bagi gelang.
Bila hampir tiba tarikh majlis. Duit dia langsung tak de untuk beli gelang tu. So, aku bagi pinjamkan gelang emas memang yang aku beli time bujang dulu. “Saya tetap nak bagi gelang semasa akad nikah, biar orang tak pandang rendah pada saya. Kalau bagi cincin, itu macam tunang”- kata suami aku.
Jadi, bagi tutup air muka dia. Aku setuju untuk pinjamkan gelang emas aku yang jarang pakai tu. So, masa akad aku dah habiskan RM1k untuk majlis beIah dia, bagi pinjam RM4k untuk cukupkan duit hantaran dan bagi pinjam gelang.
Oh yaa, pelamin untuk majlis sebelah dia pun aku sponsor. Kesian sebab dah bersusah payah duk kumpul duit untuk majlis nikah ni kaaann. Pelamin tu almost RM2k jugak laa termasuk sepasang baju aku. Husband aku pakai uniform masa tu.
Tapi aku agak beng4ng juga bila fikir bab pelamin tu. Dah la aku yang sponsor tapi semua yang aku pilih terutama baju gaun, dia boleh cancelkan last minit dan tukar dengan jenis lain. Aku pun dah malas nak bertekak sebab majlis tinggal lagi 2 bulan masa tu.
Selesai majlis sebeIah perempuan, aku dan dia bergerak balik ke rumah sewa aku di Perlis. Tempat di mana aku mencari rezeki dan terdapatnya rumah mertua aku. Sepanjang perjalanan pulang ke Perlis untuk persiapan majlis sebeIah lelaki, aku yang drive. Sebab dia tak pandai drive. Pelik tapi benar.
Sebarang perbelanjaan kami sepanjang perjalanan, dia yang tanggung. Bahagian teknikal, contohnya, drive, tengok maps, fikir nak berhenti makan kat mana, berhenti solat kat mana, segala tentatif aku yang perlu uruskan.
Tapi sepanjang balik dari kelantan ke perlis, setiap 1 jam dia minta aku berhenti di tepi sebab dia nak mer0kok. Yess dia kuat mer0kok yaa. 3 batang direct tanpa henti pun dia pernah yaa. Selepas selesai majlis sebeIah lelaki.
Kami decide untuk pergi bulan madu. Time tu decide untuk ke Cameron. Sekali lagi, segala tentatif, cari hotel, tempat makan, tengok maps yadaa yadaaa semua aku uruskan. Seperti biasa. Dia hanya duduk di sebeIah hanya sumbangkan duit bukan bantu aku fikirkan untuk next – next planning kitorang sepanjang kat sana. Semua tu aku yang perlu fikirkan dan uruskan.
Dan ya seperti biasa juga, setiap 1 jam arahkan aku berhenti di tepi untuk dia bagi makan jiin dia (mer0kok). Setibanya di hotel kat cameron. Tak sempat aku melepaskan penat drive berjam – jam tadi. Dah berulang – ulang kali tanya aku macam – macam soalan.
“Lepas ni kita nak pergi jalan kat mana? Lepas ni kita nak makan kat mana? Kita nak pegi makan apa? Kita nak pergi mana pula lepas 1 tempat tu? Yadaaa yadaaa yadaaa” Kadang – kadang aku rasa bawa budak kecik bercuti.
Kalau korang perasan. Budak – budak kecik macam gitu la gaya diorang. Banyak tanya banyak soal benda – benda sama jee. Time tu aku sabar je lagi. Baru nikah kaaaann haruslah layan lagi. Sepanjang kahwin kami hidup PJJ, aku di perlis dan dia di pahang. Kami memang rancang untuk ada anak secepatnya.
Namun, husband aku ni jenis balik jumpa aku 6 bulan sekali. Korang faham tak apa yang aku rasa?? Kalau aku nak jumpa dia. Aku yang kena drive pergi ke tempat dia. Bukan dia yang datang ke tempat aku. Alasannya, aku pandai drive dan berani drive jauh – jauh. Dia tak pandai drive. Nanti makan banyak masa untuk perjalanan naik bas.
“Sekarang ni kita nak usahakan anak, kalau aku yang terp4ksa berpenat lelah setiap kali nak jumpa, bila masa badan aku nak rehat untuk stabilkan mood dan emosi?” – kata aku pada suami. Tapi dia tetap tak faham. Aku tak tahu dia betul – betul tak faham atau buat – buat tak faham.
Part PJJ. di awal perkahwinan aku merayu dengannya untuk aku pindah duduk sekali dengan dia. Kami 2 – 2 kerja kerajaan. Memang agak susah sebenarnya untuk pindah walaupun guna alasan pindah ikut suami. Tapi dia berkeras tak bagi aku pindah ke pahang atas alasan dia nak pindah ke perlis.
Untuk stay dekat dengan aku dan family dia. Jadi, aku faham dan terus menunggu. Dari tahun pertama perkahwinan kami, sehingga tahun ke 3 perkahwinan kami, si Alex tadi langsung tak isi borang posting untuk pindah ke perlis. Atas alasan, dia ahli baru, masih tak boleh isi borang pindah.
Sepanjang pernikahan kami, kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Macam mana nak ada cahaya mata kalau jumpa pun 6 bulan sekali?? Huhu. Sehinggalah tempoh pernikahan kami masuk tahun ke 3. Konflik antara kami bermula.
Pada awalnya, hampir setiap hari husband aku menuduh aku ada lelaki lain. Sedangkan dia tiada bukti sama sekali. Aku pun berkeras menafikan. So, aku diblock selama 3 minggu tanpa kabar berita. Ketika itu, aku hanya sabar dengan segala c4baran ni.
Bagi aku, mungkin dia terdengar kata – kata orang luar. Bagi aku, tiada guna aku simpan lelaki lain sedangkan rumah sewa aku tak jauh mana pun dengan rumah mertua. Semestinya ramai mata – mata yang memerhatikan gerak geri aku.
Selepas 3 minggu diblock. Husband aku muncul kembali. Merayu – rayu minta maaf dan janji tak ulangi lagi. Tapi kusangkakan panas ke petang, rupanya hujan di tengahari. Selepas beberapa bulan, lagi sekali aku dituduh curang dan membawa masuk lelaki lain ke dalam rumah sewa tersebut.
Dan aku diblock selama 3 bulan tanpa diberi peluang untuk aku pertahankan diri. Sepanjang konflik berlaku antara kami, aku disahkan menghidap MDD, Major depr3ssive dis0rder. Aku terlampau tertekan dengan segala tuduhan, tomahan, cemuhan tu.
Setiap hari aku duduk seorang diri di rumah sewa tu sambil fikir dan kenangkan nasib aku. Bila tiba hujung tahun, dengan bantuan medical report dari kIinik pakar psiki4tri tadi, aku membuat rayuan pindah balik ke pangkuan keluarga aku.
Untuk apa aku stay di Perlis jikalau hidup aku sebagai seorang isteri terabai?? Ada suami yang sentiasa menuduh dan memfitnah aku?? Ada suami yang abaikan dan block aku sehingga 3 bulan. Selama 3 tahun aku setia menunggu dia untuk isi borang pindah balik ke Perlis namun hanya penantian yang sia – sia aku dapat.
Ditambah dengan tuduhan palsu ke atas diri aku. Family mertua?? Pun masing – masing sibuk takde masa untuk bertanyakan khabar aku. Bulan ke 3 dia block aku, barulah aku ambil keputusan untuk mohon pindah. Dan alhamdulillah pada bulan 12 tahun lepas, permohonan pindah aku diluluskan.
3 hari sebelum aku lapor diri di tempat kerja baru aku di Kelantan. Tiba – tiba family mertua mesej dan call aku. Maklumkan husband aku dalam perjalanan pulang jumpa aku. Time tu sekali lagi dia pujuk rayu dan minta maaf. Sekali lagi aku terima.
Tapi hubungan kami tak sebahagia sebelum ni. Aku dihimpit tr4uma dengan segala tuduhan – tuduhan tu. Selepas aku berpindah balik ke Kelantan. Husband aku juga diluluskan pindah balik ke Perlis. Bila, bagaimana proses pindah tu aku tak tahu dan tak nak ambil tahu selepas 3 tahun penantian aku sia – sia.
Selepas beberapa bulan aku di tempat baru tu, husband aku tak habis – habis mem4ksa untuk aku isi borang pindah semula ke Perlis dan stay bersama dia. Tapi hati aku waktu tu dah m4ti untuknya. Mana mungkin aku serahkan kembali diri aku pada manusia yang dah berkali – kali mengh1na aku, menuduh aku tanpa bukti.
Untuk pengetahuan korang semua, kesemua tuduhan tu, husband aku bagi tahu keluarganya, keluarga mertua aku. Maruah aku di sana dah dipijak lumat. So, aku cakap elok – elok dengan husband aku. Bagi aku masa untuk aku pulihkan depr3ssion aku, tr4uma aku dan segala bagailah yang berkenaan untuk aku buka hati pindah ke perlis semula.
TAPI.. Hubungan kami tak pernah pulih. Bulan 7 tahun ni. Sekali lagi aku diblock selama 2 bulan. Atas alasan yang sama dan tuduhan yang sama. Bulan 9 aku ambil keputusan untuk beranikan diri pergi ke pejabat cawangan di Kelantan untuk melaporkan kes kami ni.
Dengan bantuan pegawai di sini, laporan aku sampai ke tempat kerja husband. Dan husband dipanggil oleh pegawainya dan diarahkan balik berjumpa aku. Sebelum tu aku ada maklumkan pada staff di sini, seandainya husband aku terus abaikan aku, aku tak beragak untuk failkan penceraian di mahkamah. Jadi, keesokannya suami aku balik bertemu aku.
Semasa kami bertemu. Sekali lagi dia merayu memohon maaf dengan aku dan tak kan ulangi lagi kesilapan sama. Dan sekali lagi aku rendahkan diri aku untuk terima dia balik tapi dia kena pindah balik bekerja di Kelantan juga.
Hubungan kami masa ni kembali okay tapi tak seokay di awal perkahwinan. Hidup kami ibaratkan housemate sepanjang bertemu. Setelah tiba hari terakhir cuti yang diberikan pegawai untuknya. Aku hantar dia ke stesen bas. (Dia masih belum pandai drive yaa walaupun dah 4 tahun berlalu)
Sehari selepas dia balik ke sana. Sekali lagi jam 3 pagi husband aku WhatsApp tanya aku macam – macam, tuduh aku macam – macam. Diulangi lagi perkara sama, tuduhan sama. Bila tiba waktu pagi. Aku tanpa fikir panjang. Aku terus call peguam untuk failkan cerai ke atasnya.
Aku betul – betul dah nekad untuk berpisah dari terus dituduh dan sampai ke hari ini sekali lagi aku diblock. Dia sememangnya lelaki yang baik. Sopan santun lemah lembut dan tak pernah sekalipun dia naik tangan dan ada perempuan lain. Namun, kerana sikap cemburu butanya yang melampau membuatkan aku nekad untuk berpisah.
Bab duit alhamdulillah tak kedekut tapi satu sifat cemburu buta tu yang buatkan aku tak tahan. Sehingga ke hari ini juga aku berfikir. Adakah aku isteri yang tak tahu bersyukur? Dah dapat suami baik lemah lembut sopan santun. Tak kedekut tapi tetap nekad nak berpisah disebabkan cemburu buta??
Aku yang tak tahu bersyukur atau dia yang tak tahu bersyukur? Apa pandangan dan pendapat korang semua para pembaca?? Urusan penceraian aku masih lagi belum selesai. Betul ke tindakan aku untuk failkan cerai ni??
Kalau korang di tempat aku. Apa yang korang akan lakukan? Aku minta maaf sekiranya penceritaan aku agak tak teratur dan buatkan korang pening. Terima kasih pada yang sudi membaca segala luahan aku ni. Penceritaan ni aku tuliskan secara surface. Tak mampu untuk aku tuliskan lebih mendalam. Hanya membuatkan tr4uma aku datang meny3rang. – Ayuni (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sarah Nasir : Takut – takut apa yang dia tuduh awak tu merupakan reflection apa yang dia buat sebenarnya. Sebab nye dekat sini awak tak cerita apa root cause cemburu buta dia tu. Dan kenapa benda tu berulang saban tahun.
Nuramalina Yhy : Awal – awal nikah dilu pjj kl – terengganu. Gigih suami naik bas hampir setiap hujung minggu balik nak jumpa wife dia ni, walaupun dia bole drive tapi sebab kete ada satu, so saya yang guna kete dia guna motor. Pelik sungguh suami tt ni, macam tak sedia nak jadi suami gaya gini.
Yanie Hashim : Perkahwinan sepatutnya mampu berikan ketenangan kepada kedua pasangan. Tapi kalau sebab perkahwinan sampai tt develop MDD, baiklah fikirkan mental health sendiri. Cinta je tak cukup, kena ada trust and honesty in marriage.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.