Anak – anak saya dalam pemantauan pakar sebab ada yang tak kena pada mereka. Suami mengeluh dan malu nak bawa anak – anak keluar jumpa orang. Baru ini, suami ada cerita, dia dapat satu mimpi yang dia kahwin dengan perempuan lain.
#Foto sekadra hiasan. Assalamualaikum. Saya nak tanya, adakah keputusan saya ini jalan terbaik? Saya kadang – kadang cuba untuk bertahan dalam rumah tangga, tapi secara jujur, hati saya betul – betul s4kit dan tak mampu untuk sabar dengan sikap pasangan saya. Saya jadi betul – betul tertekan.
Suami saya, kalau nak buat sesuatu, dia jenis tak berfikir sama ada benda itu baik atau tidak. Bila dah terjadi perkara yang tak elok, baru dia akan menyesal, tapi esok lusa dia buat balik. Dahulu, dia berjvdi kerana dia ikut kawan dia. Saya tak tahu pun semua itu.
Satu hari, saya pinjam telefon bimbit dia. Saya ada jumpa satu fail yang bersembunyi dalam telefon bimbitnya, yang tak pernah saya nampak sebelum ini. Saya buka lah. Rupanya, ada banyak aplikasi dalam itu. Bila saya buka aplikasi itu, ada banyak aplikasi tentang jvdi dalam talian.
Dan saya tengok WhatsApp dia, ada kawan satu kerja dia selalu hantar nombor – nombor minta suami ambil nombor itu untuk diIawan, seperti itu lah. Bila dah kantoi, saya tegur dengan nada yang baik. Saya cakap, “Tak baik awak main jvdi tu. Tak berkat hidup tau. Dan d0sa awak itu bagi anak bini awak atas hasil h4ram.”
Lepas itu, dia seolah – olah macam tak boleh terima. Dia marah saya dan dia cakap, “Eley, kalau aku ada duit, kau ambil juga. Tak payah lah rasa diri tu suci sangat. Ini adalah satu rezeki juga. Kalau tak ada ni, kita pun tak ada duit lah.”
Suami saya bukan tak kerja. Dia kerja, dan gaji dia bagi saya sangat – sangat cukup. Tapi dia jenis mata duitan dan juga boros. Kalau ada duit, semua benda dia nak buat selagi duit itu tak habis. Bila dah habis, mula lah rasa tertekan, mula lah mengeluh, mula lah rasa menyesal, mula lah nak mengungkit, salahkan anak bini berbelanja sampai habiskan duit.
Sebelum dia main jvdi, suami juga pernah meminjam pinjaman atas nama saya, sebab masa itu kami betul – betul terdesak. Minta tolong keluarga saya, memang mereka tak ada duit. Minta tolong keluarga suami, mereka bukan tak ada duit tapi jenis kedekut. Duit kita nak, duit mereka berkira.
Masa nak buat pinjaman itu pun, sebenarnya saya tak nak buat sebab saya tak nak tanggung risiko atas nama saya. Tapi suami saya desak saya. Bila saya cakap saya tak nak, dia sanggup sampai berminggu tak bertegur saya.
Tanggungjawab dia pun dia buat tak tahu. Anak – anak pun sampai dia marah, kerana saya tak bantu dia. Jadi nak tak nak, saya terp4ksa buat sebab time itu memang sangat – sangat memerIukan. Itu lah kali pertama saya buat pinjaman sepanjang hidup saya.
Suami saya janji dekat saya, dia akan bayar bulan – bulan, takkan ada tunggakan. Saya percaya dia. Last – last, saya ditipu hidup – hidup. Dua kali saja saya dapat bayar pinjaman itu atas duit saya sendiri bekerja. Lepas itu, saya terp4ksa berhenti kerja sebab saya nak melahirkan anak.
Saya fikir suami saya akan bayar sebab dia ambil nombor akaun itu. Dia cakap sekarang dia pula yang akan bayar sampai habis. Rupanya, last bayaran yang saya buat itu saja, lepas itu tak ada bayaran langsung. Sekarang, saya dapat surat daripada peguam menyatakan jika saya tidak bayar selama 14 hari, mereka akan ambil tindakan dari mahkamah.
Saya rasa tertekan sangat. Dah lah saya tak kerja, anak saya masih kecil. Kat mana saya nak cari duit? Apa akan berlaku jika saya masih lagi tak dapat bayar sampai 14 hari? Apa akan berlaku dekat saya? Saya cuba sekarang ni nak cari cara untuk kerja.
Nak tak nak, saya terp4ksa berjauhan dengan suami sebab hanya keluarga saya saja yang mampu jaga anak – anak saya. Tapi suami saya tak izinkan. Malah dia minta saya diamkan saja. Dia cakap mereka takkan boleh buat apa, hanya ugvt saja. Tapi hati saya jadi tak tenang sekarang.
Baru – baru ini, dia ajak saya pula buat duit. Dia ikut kawan kerja dia yang main jvdi itu. Tapi saya tak nak. Dia marah saya, dia cakap saya ni tak macam isteri orang lain. Saya ni tak boleh harap. Duit nak, bila suami minta tolong susah nak bantu. Ini lah isteri derh4ka.
“Awak tu dah lah susah nak kerja sebab ada anak. Kalau tak ada anak, senang kerja macam dulu, dapat lah bantu saya sikit – sikit.” Sebenarnya dari dulu lagi suami saya memang tak nak anak langsung. Masa dia kahwin dengan saya, dia minta saya teruskan kerja bantu dia sama – sama cari duit, tak nak fikir pasal anak.
Tup – tup, saya mengandung anak sulung. Sedaya upaya dia cari cara untuk saya gugurkan anak sulung. Tapi saya bertahan demi anak saya. Suami saya terus lepas tangan, baju baby semua dia tak uruskan. Hanya keluarga saya yang banyak bantu. Keluarga suami saya pun tak nak bantu.
Masa itu, suami saya berusaha untuk saya tidak lagi mengandung. Saya cucuk depo, tak pernah saya tunda tarikh. Suami saya akan ingat bila tarikh saya kena ke kIinik untuk cucuk, sebab dia harap anak sulung itu satu saja anak dia dan takkan ada lagi. Sebab dia nak saya kerja.
Tiba – tiba keluar pula anak nombor dua. Masa itu dia tak percaya mana – mana ubat perancangan, sampai dia minta saya buang rahim baru dia akan percaya kalau saya takkan boleh beranak lagi. Anak nombor dua lah banyak dugaan saya. Penuh dengan tekanan.
Jatuh bilik air, kena denggi teruk, tak ada siapa yang bantu saya walau saya dekat sangat dengan keluarga suami. Hanya keluarga saya saja yang ada di saat itu. Mak saya dari jauh sanggup datang jaga saya. Allah saja yang tahu.
Sampai sekarang, saya takkan lupa apa yang suami dan keluarga dia buat. Banyak yang mereka dah buat dekat saya, tapi saya tak nak luahkan sepenuhnya. Saya pun kalau boleh memang tak nak zuriat dari dia. Cukup lah sulung ini saja.
Saya betul – betul d3rita dengan suami dan keluarga dia. Tapi siapa kita nak tolak rezeki yang Allah beri? Sekarang, anak – anak saya dalam pemantauan pakar kerana ada yang tak kena pada mereka. Itu pun suami dah anggap menyusahkan bagi dia.
Dia selalu mengeluh yang dia tertekan ada anak – anak yang bermasalah. Dia malu nak jumpa orang bawa anak – anak. Walau keluarga dia sendiri, dia malu orang buat mulut pasal anak – anak dia. Biar lah anak – anak duduk rumah saja.
Keluarga dia pun siap anggap saya ni adalah ibu yang maIang, sebab itu anak jadi macam tu. Saya selalu berdoa sambil menangis – nangis. Apa lagi ujian saya? Kenapa saya diuji terus dan terus macam ni? Bila hidup ini akan berakhir?
Lama – lama, saya jadi tertekan dengan mulut orang, dengan suami bising – bising. Saya dah betul – betul taw4r hati dengan suami saya. Tapi saya tak tahu atas alasan apa nak saya jelaskan pada mereka untuk saya berpisah.
Sebab suami saya walau macam tu, dia masih lagi beli pampers, susu anak, makan minum, tempat tinggal. Cuma dia bermain dengan mental tu yang buat saya rasa tertekan sangat – sangat. Saya kesian dekat anak – anak saya, dapat bapa yang seolah anggap anak – anak dia ni macam orang asing. Suka dengar cakap keluarga dia.
Baru – baru ini, suami saya ada cerita dekat saya. Dia dapat satu mimpi yang dia kahwin dengan perempuan lain. Masa tu ada keluarga dia, dan dalam mimpi tu anak kita yang dua orang ni dah besar. Dan saya masa tu d3rita tengok dia berkahwin dengan perempuan lain.
Start dari mimpi tu lah dia suka sangat buat per4ngai yang meny4kitkan hati saya. Dia cakap saya ni isteri yang tak boleh harap, isteri derh4ka, anak – anak macam ni lah, macam tu lah. Bila saya cakap, “Kalau rasa anak bini ni terbeban bagi awak, lepaskan saya. Hidup lah awak dengan bahagia.” Terus suami cakap, “Takut kau je tak boleh terima nanti menangis.”
Lepas tu saya cakap, “Buat lah. Tengok saya boleh terima ke tak boleh terima.” Lepas tu dia cakap, “PergiIah.” Lepas tu saya cakap lagi, “Macam mana nak pergi kalau awak tak lafazkan saya?” Dia ulang – ulang cakap, “Malas je, nanti kau nangis.” Saya tertekan, saya un dah taw4r hati. Saya nak dia ceraikan saya je.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.