Sepupu aku mula tabur fitnah kata aku kahwin awal sebab terIanjur, tak dapat anak sebab dulu pernah gugurkan kandungan. Itu tak termasuk lagi, dia kata aku sebenarnya guna susuk sebab tu badan aku nampak cantik, muka nampak manis, tapi dia je nampak muka aku macam sya1ton nir0jim.
#Foto sekadar hiasan. Aku ex-student IPTA (Cukup tu saja). Aku nak confess pasal sepupu aku yang comelll tu, dah aku tak tahu nak geIar dia apa? So panggil yang sweet sajalah.
Sepupu aku ni bekas student IPTA jugak, sekarang dah kerja. Pada aku kerjanya antara kerja yang mulia. Awalnya aku respect dia ni, yalah sebab ambil sains tulen kemudian belajar tinggi – tinggi, sorang – sorang pula tu, jauh merantaukan.
Aku rasa semua perempuan ada impian untuk jadi wanita bekerjayakan? Masalah aku bermula dengan dia bila aku sambung degree. Mula – mula aku tak perasan lagi, sebab waktu aku sambung tu, dia kemain exc1ted post dekat fb bangga aku masuk U.
Pada aku, memanglah tak semua orang ada peluang sambung belajar, tapi tak perlulah dia nak post pasal aku sebab serius aku tersangatlah malu. Dan aku takut sepupu – sepupu aku yang tak berpeluang terasa hati.
Okay, apa – apalah pasal post tu, tak kisahlah janji bukan aku yang post nak caption “Alhamdulillah” bagai. Pada aku, rasa syukur aku pada Allah, cukup sekadar dalam hati, ketika aku sujud kepada-Nya, dan peIuk mak aku tanda syukur aku.
Tak perlu nak bagitahu sedunia. Tapi terp4ksa jua aku luahkan perkara ni. Bila dia dapat kerja, macam – macam post kejayaan dia tu. Dia tulis, “Soal pasangan tu perkara akhir, belajar tinggi – tinggi dulu.
Cari kerja bagus dan bayar hutang dengan mak bapak” seriously? Kau boleh cakap macam tu. Ramai sepupu – sepupu aku yang lain mengadu dekat aku sebab terasa hati dekat sepupu aku yang comel ni.
So, aku tenangkan perasaan sepupu – sepupu dengan kata, rezeki kita berbeza & jalan hidup cerita kita tak sama, hanya syukuri seadanya. Aku tahu, dia sebenarnya nak sindir aku sebab aku masih study aku dah kahwin.
Nak buat macam mana? Jod0h aku sampai awal walaupun dia dah tunang lama dari aku. Pada aku, setiap orang ni jalan cerita dia lain. Keadaan lagi teruk bila aku tegur dia. Aku jenis cakap terus, malas nak pend4m malas nak cakap belakang.
Aku tegurlah, “Kau kalau nak bagi nasihat kat orang lain, berpada – pada tau. Kau ingat hidup ni semua macam kau ke? Sambung belajar tinggi – tinggi lepas tu dapat kerja bagus? You, kalau You fikir macam tu, baik You belajar takdir dulu, sia – sia You belajar tinggi kalau soal takdir pun You tak tahu?”.
Salah aku tegur dia macam tu. Dia punya jerit dekat aku, kata aku patut terasa sebab aku bod0h kahwin awal. Tak baIas jasa mak bapak. Rupanya dia iri lepas tahu, rumah yang mak buat guna duit aku.
Mulalah dia gosip, yang aku kahwin awal sebab ‘terIanjur’ atau mengandung anak luar nikah. Allah je tahu perasaan aku masa tu. Aku tak pernah sangka dia sejahat itu, sebab pada aku dia kira kakak sepupu aku yang berjaya bukan saja soal masa depan tapi akhlak.
Per4ngai dia, korang bayangkan je semut dipijak tak m4ti. Solat 5 waktu, aur4t terjaga, hormat orang tua, jaga adik – adik dia. Semua perkara wajib dia buat. Siapa tak rasa dia idolkan? Tapi aku silap.
Orang pun percaya gosip tu sebab yela, aku tak tunang lama, seminggu terus nikah. Hanya kerana begitu cepat, macam – macam fitnah ditabur. Keputvsan kahwin tu aku terima masa dapat petanda selepas solat istikharah.
Takdir aku lambat dapat cahaya mata. Aku redha dan suami terima keadaan ini seadanya. Tak habis lagi sepupu aku yang comel tu tabur fitnah, katanya aku gugurkan kandungan luar nikah sebab tu tak hamil – hamil lagi.
Rahim jadi lemah. Allah, sebak aku mengenangnya. Mak mertua hampir terhasut. Alhamdulillah, suami sentiasa kuatkan aku untuk part ni. Katanya, ingat Allah… kebenaran akan terjawab nanti. Mak aku kenal sepupu aku macam mana, hampir saja mak nak saman malu sepupu aku tu, tapi aku kata biarlah mak janji aku tak buat apa yang dia cakap.
Bila aku habis bayar PTPTN, sepupu comel aku ni tak puas hati lagi. Aku tak tahulah dari mana dia tahu hal aku. Ni dia tuduh aku p4ksa suami aku bayarkan hutang PTPTN. Jaja cerita sampai mak mertua aku tahu gosip tu.
Mak mertua ada jugalah herdik kata aku bod0hkan suami, aku diam je (Aku masuk toilet dan nangis). Suami aku tanya pasal apa sampai mak mertua marah aku macam tu? Mak mertua pun terangkan. Suami pula pandang aku macam nak telan, ingat aku curi duit dia.
Semua dia check, termasuk wang simpanan aku tapi tak ada yang kurang cuma bertambah. Aku agak kecewa dengan suami aku. Suami balik – balik tanya, dari mana aku dapat duit sedangkan aku anak orang miskin?
Kemudian, sepupu comel aku ni tabur lagi fitnah kata aku ada lelaki lain. Ikut hati aku, memang aku nak buat dia macam WWE tapi aku diam. Salah aku, aku diam dan tak terangkan pada suami. Mak mertua aku siap kata tak maafkan aku sebab anggap duit yang aku kirim tiap bulan tu duit har4m.
Aku kecil hati, aku keluar dari rumah suami dan tinggal dekat rumah rahsia aku yang kebetulan aku beli sebelum aku per4ng dengan suami. Hari – hari suami pujuk suruh balik rumah, dia kata minta maaf walaupun dia rasa tak kenal siapa aku yang sebenarnya.
Keluar lemah suami aku bila aku tak ada. Sebulan lepas tu, aku terp4ksa balik sebab suami ugvt buat laporan isteri hilang hahaha… Itu belum part kawan – kawan dia semua call cari aku, kata suami aku dah macam orang giIa.
Aku terp4ksa balik, sebab aku s4kit je. Tak ada orang nak jaga. (jahat tak?) Pasal mana aku dapat duit tu, aku sebelum sambung study lagi, aku suka bisnes kecil – kecil. Masa study pun, aku buat kerja partime macam – macam janji halal.
Cuma aku tak cakap dengan sesiapa, sebab aku malu. Aku bisnes online guna nama samaran. Kalau aku promote guna nama aku pun, aku kata aku tolong orang lain saja. Bila habis study, aku fokus pada bisnes tu.
Salah aku, aku tak bagitahu lagi keluarga termasuk suami. Hanya bestfriend aku yang tahu. Diorang pun tolong aku, sampai aku dapat sewa kedai berbekalkan simpanan bisnes sebelum tu. Bestfriend aku jaga kedai. Walaupun aku bisnes masa sekolah, aku ada je pinjaman PTPTN, yelah mana adalah sangat untung bisnes masa awal – awal lagikan.
Aku tenangkan hati, jumpa sepupu comel aku tu. Kenalah tenang, kalau tak jadi lumat dia sebab aku adalah belajar sikit ilmu pertahankan diri. Aku tanya dia, apa yang dia tak puas hati sampai tabur fitnah aku macam – macam?
Jawapan dia sebab dia benci aku dari dulu. Sebab aku selalu dapat perhatian dari keluarga besar, sedangkan dia lagi bijak, dia lagi cantik, bapa dia kaya dan aku tak ada ayah dan sebab aku sambung study aku jadi pesaing dia.
Korang, aku terkedu masa dengar alasan tu, part aku sesal sikit sebab aku voice note perbualan aku dengan dia dekat family group whatsapp. Sambil cakap aku tekan record (Alahai, kenapalah aku buat macam tu?)
Sebab hati aku masa tu, terlalu s4kit dengan fitnah yang dia buat. Itu tak termasuk lagi, dia kata aku sebenarnya guna susuk sebab tu badan aku nampak cantik, muka nampak manis, tapi dia je nampak muka aku macam sya1ton nir0jim.
Banyak lagi dia buat cakap yang bukan – bukan pasal aku, hingga mencipta empayar pembenci aku. Rasa kelakar pula istilah tu. Banyak – banyak sepupu dia, aku yang hod0h, tak bijak, tak kaya ni juga yang dia dengki tak berbapa pula tu.
Last aku cakap kat dia “Sis, kalau sis nak tabur fitnah, pastikan ada bukti. macam aku buat” Lepas tu aku bagi dia dengar voice note tu dan berlalu. Dia nak ramp4s fon, aku ada sep4k sikit je. Then cakap, maaf ye tak sengaja dan sorry tak boleh padam sebab group whatsapp.
Memang riuh jugaklah masa tu, tapi aku diam je. Part aku voice note tu, baru awal tahun ni. Aku rasa dia malu jugaklah, tu pun kalau dia sedar. Aku maafkan je perbuatan dia, aku rasa dia masih bencikan aku kot sebab aku buat macam tu.
Mungkin dia tak mat4ng lagi even dia tua 3 tahun dari aku atau aku yang tak mat4ng huhu. Now aku 26 tahun, tengah sambung master PJJ. Alhamdulillah, aku pregnant tunggu hari je lagi. Doakan aku ye, aku exc1ted plus nevessss.
Pasal bisnes, suami dah tahu. Macam mana tahu tu, aku malas nak cerita. Dah panjang sangat. Maaflah panjang sangat. Korang rasa jahat ke apa yang aku buat dekat sepupu comel aku? Mrs. Cool
Komen Warganet :
Wan Zuraida Wan Ismail : Ingatkan dalam drama melayu je kalau apa – apa rahsia kat suami. Kat realiti pun ada. Hurmmm… (Geleng kepala). Kepada semua dan saya, dalam apa jua perhubungan, mesti ada sikap jujur.
Jangan salahkan orang lain jika hubungan ada masalah kerana kita sendiri tidak jujur dalam hubungan. Rahsia perlu ada jika melibatkan maru4h dan a1b diri.
Nur Amirah A Rahman : Good job confessor! Kadang – kadang orang yang lidah terlebih taj4m ni patut kena macam tu. Biar dia pulak rasa bila terkena dengan seseorang yang jujur, siap dengan bukti sekali.
Confirm terkesan, harap dia insaf laa dan jaga lebih siket lidah dia tu. Allah bagi lidah dengan mulut bukan untuk tabur fitnah. Sorry la, i pulak yang em0si.
Aishah Majid : Busuknya per4ngai sepupu kau tu dik, manusia ni kalau hati busuk per4ngai pulak buruk bukan diukur dari rupa tapi hati. Kalau yang hati tu dah rosak kau bagi rupa macam Angelina Joli pun per4ngai tetap jugak busuk.
End up kau doa jela dik, mana tau berkat anak dalam kandungan tu, kau doa semoga dia jadi h4mba yang bertaubat dan diberi pengajaran yang setimpal.
Nurul Syamimi Sidy Hamat : Kenapa kita suka rumitkan keadaan. Punca banyak silap faham dalam rumahtangga sebab banyak sangat tak jujur sampai orang dah fikir bukan – bukan pun still kita tak jelaskan perkara sebenar, tu buat masalah lagi besar dan bersambung – sambung.
Dalam drama pon banyak jenis suka tak terus terang konon nak rahsia, akhirnya banyak salah faham timbul. Benda baik terus terang je baru masalah tak besar .
Izzah Syazwani : Saya agak terkilan bila awak tak bagitahu suami pasal nak setelkan pinjaman PTPTN tu. Saya rasa, soal duit dalam perkahwinan ni, kena terus terang. Jadi , kalau awak bagitahu awal – awak kat suami awak yang awak nak setelkan pinjaman tu guna duit dari mana.
Tak ada la dia nak percaya mak mertua awak bulat – bulat dan curiga dekat awak (geram jugak dengan suami awak sebenarnya sebab main tuduh awak je). Tapi selain tu, yang awak rakam voice note tu saya rasa awesome. Haha.
Khairul Azmi : Apa yang kau buat patut, itu yang perlu dilakukan. Mesti kecohkan group tu, yang laki mungkin dengar dan gossip group sebeIah. Cumanya bila kau cakap pakai tudung tapi per4ngai macam tu, jawabnya, pakai tudung tuhan suruh, sikap tu atas diri kita. Ada satu daging, kalau baik, baiklah ia, kalau jahat, jahatlah, itulah namanya hati..