Suami terc4bar dengan ayah aku. Bila ayah meninggaI, dia terus cari skandal. Aku rela bermadu, 6 tahun dia berskandal tapi tak kahwin

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Berkali – kali aku suruh suami kahwin, tapi dia tak kahwin pula. 6 tahun dia berskandal tak kahwin – kahwin. Aku macam nak mental risaukan peny4kit keIamin yang berpunca dari dia. Dia c4bar aku failkan cerai sendiri..

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi admin dan hi jugak untuk korang yang membaca ni. Aku kenalkan diri sebagai Salmah. Tajuknya perkahwinan memang menakutkan. Perkahwinan aku la tu. Aku baca artikel tentang perkahwinan menakutkan, bila baca komen ramai yang menasihati, ada pelbagai nasihat.

Tapi aku setuju dengan perkahwinan menakutkan, lebih tepat, lelaki yang menakutkan jadi suami. Atau lebih tepat lagi perempuan memang ditakdirkan lemah, kekuatan perempuan hanya pada ‘sabar’. Aku, kerjaya sebagai guru, berada dalam perkahwinan yang boleh dik4takan bahagia (pada aku) dalam keadaan aku tidak curiga apa – apa pasal suami.

Habis belajar, dalam masa dua bulan dipanggil jadi guru, kawen dengan pilihan sendiri. Pada awalnya ayah aku tak setuju, dan mulanya aku ikut pilihan ayah. Tapi dah namanya takdir, kawen juga dengan pilihan sendiri. Di sini ujian bermula, ujian pertama adalah dari penerimaan keluarga sebeIah suami.

Tapi aku redha, dah mereka tak setuju, aku diam. Dikutuk aku diam, selagi suami tak bersuara aku andaikan suami ok. Tapi tidak rupanya. Aku tak tahu, apa yang sebenarnya dalam hati dia. Aku ingatkan semuanya ok  – ok aje.

Selepas 11 tahun, barulah semua diungkit, dia tak dapat sabar family sepupu sepapatnya tak suka aku. Selepas 11 tahun, juga aku diam dengar luahan dia ketika aku tanya kenapa sebenarnya. Kenapa selepas 11 tahun baru dia nak ungkit, kenapa dari awal dulu tak berbincang bersama untuk handle masalah ni. Ayah aku sendiri pada awalnya tak setuju, boleh je terima dia.

Ujian kedua pulak adalah dari segi kewangan. Yang namanya askar, memang suami kena buat p0tongan gaji kepada isteri tapi setiap bulan dia akan mintak semula. Juga aku tak bersuara sikit pun. Apa – apa yang dia tak mampu, aku ok, aku bayarkan. Aku ikhlas kan..

Masa ni ayah dah pesan, anak sorang dah la. Aku dapat rasa ayah boleh baca masa depan aku hidup dengan suami. (sekarang ex). Tapi suami ni dia memang terc4bar dengan ayah, dia m4kin nak anak ramai walaupun dari awal dia dah niat nak tinggalkan aku.

Ujian ketiga. Habitnya masa bujang menonton cerita blue. Aku tau aku isteri yang tak ambil pusing apa yang suami buat, aku percaya dia baik. Sikit pun aku tak curiga. Sikap dia yang menonton video tak senonoh tu aku hanya tau setelah bercerai.

Itupun aduan daripada bini barunya. Bila aku tanya, dia jawab, “masa jadi suami kau pun aku suka tengok Iucah.” Tapi pernah la sekali wasapnya ada grup gambar bukan – bukan… Katanya kawan – kawan. Ujian keempat, dia hanya terc4bar dengan arw4h ayah.

Bila arw4h ayah takde, dia terus cari perempuan lain untuk berskandal. Dah berkali – kali aku suruh dia kahwin, tapi dia tak kahwin pula. 6 tahun ye dia berskandal tak kahwin – kahwin. Aku macam nak mental risaukan peny4kit keIamin yang berpunca dari dia.

Yang pergi berskandal tapi tak nak kahwin . Skandal pula boleh tahan bisa ayat pada bini, siap dapat sokongan suami. Masalahnya lepas kami bercerai, tak nak pula buat skandal tu bini. Kahwin dengan perempuan lain, tapi tetap berskandal dengan skandal lama.

Aku tak faham tapi tu ujian depa takde jodoh. Pelik kan. Memang suka hubungan h4ram, yang halal tak nak. Ujian kelima inilah yang buat aku tekad bercerai. Dia nak aku mintak cerai. Dia kata satu ayat yang buat aku tekad dan tak patah balik. “kau uruskanlah cerai, kalau kau tak urus, jasad aku je ada dengan kau, tapi hati aku dengan baizura.” (skandalnya yang tak kahwin – kahwin).

Sejak itu aku tekad, yang lain hanyalah alasan sebab utama adalah skandal itu. Aku bertahan selagi kau tak buang aku, bila dah buat ayat macam tu, selamat jalan. Kalau orang dah taknak, buat apa aku nak terhegeh. Kahwin untuk kumpul pahala, aku plak menambah d0sa.

No turning back. Apapun yang berlaku aku akan hadapi. Perkahwinan ini menakutkan apabila, lelaki tak takutkan Allah, bermaksi4t seolah tiada tuhan. Isteri boleh anxiety takutkan peny4kit, orang tertawakan sedangkan kerja sebagai pegawai profesional.

Menakutkan apabila nafkah keluarga diserahkan sepenuhnya pada isteri, suami rasa tiada tanggungjawab dia, seterusnya cari perempuan lain. Menakutkan apabila baran, marahnya mem4ki hamun. Apabila terbuka kesalahannya, ditukarkan fakta jadi salah isteri, marah isteri kerana tidak memaafkan.

Menakutkan apabila lelaki hanya mendengar kata – kata keluarga sebeIahnya. Tiada jati diri. Dan sekitar aku banyak kisah, saud4ra aku sendiri diceraikan dalam pantang sehingga meryan, kerana suami kahwin dengan kawan rapatnya sendiri.

Suami adik aku semua baran – baran, aku rela tak kahwin daripada ada suami baran. Seteruk mana hidup aku, aku tak pernah inginkan kehidupan orang lain. Cuma aku nak bagitau, perkahwinan memang menakutkan. Bersedialah. – Salmah (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Abe Ijam : Itu ujian anda, bukan ujian orang lain. Tak perlu nak takut – takutkan orang lain untuk berkahwin. Sebelum berkahwin pilih la yang sebaik mungkin. Nasib orang berbeza. Lain padang lain belalang. Tak salah menasihati, yang salah menakut – nakutkan orang tentang benda yang baik. Laut mana yang tidak bergelora. Pokok mana tidak ditiup angin.

Ramai yang bahagia dlm perkahwinan, ramai yang bahagia berpisah. Doakan hidup orang lain agar bahagia d l m perkahwinan mereka dan doakn yang berpisah pun bahagia dalam kehidupan mereka.

Salina Gunawi : Bukan semua perkahwinan itu menakutkan. Masih ada lelaki dan suami yang baik di luar sana. Ada kenalan saya diceraikan waktu hamil suaminya bawa perempuan lain masuk ke rumah mereka. Ada kenalan saya yang bertahun tahun dig4ntung tak bertali sampai terp4ksa diistihar suaminya ghaib.

Anak perempuan nak berkahwin pun kena iklan dalam surat khabar. Ada isteri yang tak benarkan suami berjumpa dengan mak ayah suami serta suka menabur fitnah. Ada juga isteri kedua yang jahat tak benarkan suami balik menjengok isteri tuanya di kampung. Jahat manusia ni berg4ntung dengan individu. Mereka yang pilih untuk jadi jahat. Jadi pilihan di tangan kita. Mahu jadi apa kita?

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.