
Aku langsung tak boleh join apa – apa aktiviti luar. Suami kurung aku dalam rumah. Bila dia keluar, dia akan kunci aku dari luar. Alasan dia tak logik, aku mula Iawan, member0ntak..
#Foto sekadar hiasan / AI. Setelah sekian lama menyimpan rahsia duka ini, kini aku terbuka hati untuk berkongsi cerita dengan kalian. Kisah hidup yang tidak ada orang tahu kecuali adik beradik sendiri sahaja. Tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa walaupun kawan serapat mana sekali pun.
Bila ada yang cuba bertanya, aku akan katakan tidak ada yang menariknya perjalanan cerita tentang perkahwinan aku yang dulu. Cerita berkenaan bagaimana perkahwinan yang aku sangkakan sampai ke m4ti akhirnya terputus di tengah jalan.
Sedikit pengenalan tentang diri aku, aku seorang gadis muda yang tidak terdedah dengan dunia luar. Dunia aku hanya rumah keluarga dan ke tempat kerja. Ayah aku seorang yang tegas dan garang. Sememangnya kami adik beradik perempuan tidak dibenarkan bersosiaI.
Berkenaan bekas suami pula, dia seorang anak orang yang berada, sungguh aku sendiri tidak pernah tau tentang keluarganya kerana sepanjang perkenalan setahun memang ayah tak membenarkan aku ke rumahnya. Aku pula terlalu muda untuk menilai, menyelidik tentang latar belakangnya… aku terlalu naif.
Perkenalan singkat, bila dia berani menemui keluarga, aku sangka kan dia lah yang terbaik untuk aku. Dia percaya dialah jodoh aku. Orangnya pendiam dan kelihatan tau menghorm4ti orang tua. Setelah kami disatukan, aku sem4kin sedar antara kami sebenarnya tidak sefahaman dan tidak sekufu.
Dia dan keluarganya memandang rendah pada aku dan keluarga aku. Ibu mertua pernah menegur pakaian aku yang murah. Semasa melahirkan anak sulung juga aku tidak pernah dijaga seperti orang berpantang. Tidak dimasakkan makanan berpantang.
Tentang cara berpantang aku yang kuno katanya bila sentiasa berstokin dan berkain batik sepanjang tempoh berpantang. Bila kakak sulung datang melawat, dia amat terk3jut melihat keadaan aku dan menasihati untuk berpantang di kampung sahaja. Biar along yang jaga.
Paling menyedihkan, kuih – kuih dan kek raya yang aku buat dipandang sepi. Tidak dihidangkan di atas meja, hanya dibiarkan di meja dapur. Betapa naifnya aku.. Hanya akur sahaja bila diminta memberi bilik pada biras bila mereka balik beraya. Aku akur sahaja tanpa bantahan.
Paling menyedihkan, kuih-kuih dan kek raya yang aku buat dipandang sepi. Tidak dihidangkan di atas meja, hanya dibiarkan di meja dapur. Bekas suami terlalu cemburu. Pintu dan tingkap rumah sentiasa di tutup dan kunci, alasannya dia tidak mahu orang yang lalu di hadapan rumah nampak diri aku.
Sampai satu masa dia akan mangga pintu dari luar bila dia keluar rumah. Ketika ini aku mula memberontak, aku rasakan alasan-alasan yang diberikan tidak masuk akal orang yang w4ras. Aku tidak dibenarkan menyertai apa – apa program kemasyarakatan, tidak dibenarkan berolah raga, tidak dibenarkan melakukan apa – apa hobi.
Bila aku berkeras, perg4duhan demi perg4duhan berlaku. Bagaimana untuk aku setuju dan turuti semua kemahuannya sedangkan aku sejak azalinya seorang yang ceria dan aktif. Bab nafkah, terlalu mengecewakan kerana aku lah penyumbang terbesar untuknya.
Dia sentiasa beri alasan tidak cukup duit. Keluarga aku pun berasa pelik mana perginya gaji dia? Dia kelihatan tidak mer0kok. Tidak berjvdi. Tidak berbelanja besar. Tapi hakik4tnya dia tidak pernah berduit walaupun tiba hari gaji. Aku menangis bila duit yang aku berikan padanya untuk membayar ansuran bulanan kereta lesap.
Buktinya, bila surat tuntutan hutang sampai ke rumah bila bayaran kereta tertunggak. Begitu juga dengan hutang – hutang yang lain. Malah duit tabung aku juga dicuri. Aku sangat kecewa bila dia memang mengaku mencurinya. Aku membeli rumah atas nama bersama tapi aku yang membayarnya setiap bulan.
Keadaan rumah sem4kin lama sem4kin usang dan menyedihkan tapi dia tak pernah ada hati untuk memperbaiki dan menyediakan rumah yang selesa untuk kami anak beranak tinngal di dalamnya. Atap yang bocor bila hujan dibiarkan, dengan alasan bocor sebab hujan.
Bila tak hujan tak akan bocor dan basah. Bila aku marah, jawapan yang diberi. Rumah orang lain ada lebih teruk dari rumah kami. Allahu… Yang terpaling mengecewakan bila dia tidak solat! Tidak pernah sekali pun menjadi imam padaku. Berpuasa? Wallahualam. Bila diajak belajar mengaji, dia rasa terc4bar dan tidak bersetuju.
Hari demi hari melayari hidup berumahtangga, aku mulai sedar tentang semua Red-Flags ini tapi aku tetap cuba memperbaiki keadaan. Tetap sedaya upaya mempertahankan rumahtangga dengan harapan segalanya akan berubah ke arah lebih baik.
Aku cuba terima kelemahan dan kekurangan dirinya dan cuba memperbaiki diri sendiri. Aku sentiasa berfikiran positif memikirkan dia akan berubah dan aku pandang semua sisi kebaikkan dia sahaja. Tanpa aku menyedari aku menipu diri sendiri dan perasaan kecewa yang sem4kin menebal sebenarnya memakan diri sendiri.
Akibatnya roh dan jiwa bawah sedar aku tertekan, terganggu dan aku mengalami mimpi sedih saban malam. Walaupun begitu aku sentisa kuatkan diri tidak mahu terus hanyut dan aku tidak mahu mengalah. Aku menjadi sem4kin keras hati.
Cemburunya sentiasa mendalam sedangkan aku mulai sedar untuk tidak menjadi seorang yang lemah. Rumahtangga kami tidak sehaluan bila aku tidak lagi dapat menuruti dan mengikuti rentaknya yang tidak pernah asa usaha untuk memperbaiki kehidupan kami.
Dia sebenarnya seorang yang Physco dan tidak mahu memperbetulkan keadaan. Cerita duka bermula dengan perg4duhan bila aku terus menerus mempertikaikan nafkah yang culas. Aku akui terlalu naif dan b0doh. Aku tidak pernah tau sebelum berkahwin lagi dia sudah terjerat dengan Ah L0ng. Perkara ini aku dapat tahu hanya setelah kami bercerai.
Kemuncak perasaan aku yang m4ti bermula sejak aku dipukuI teruk hingga pengsan dan dimasukkan ke hospitaI selama seminggu. Kuasa Allah, ketika aku dipukuI aku tak merasa sikitpun kes4kitan. Yang aku tau aku tiba – tiba rebah dan tidak mampu bangun.
Puncanya ialah perg4duhan melibatkan wang dan nafkah. Ketika itu dia lari dan balik ke rumah keluarganya. Dia bagai orang tak siuman . Manakala aku… perasaan aku ? Aku rasa keliru, benci, d3ndam dan s4kit hati. Dan.. Ya, aku yang naif dan b0doh ini akhirnya memberi peluang kedua memandangkan dia kelihatan sangat menyesali perbuatannya.
Perbincangan antara kedua wakil keluarga akhinya aku bersetuju untuk member peluang. Walaupun ayah terlalu kecewa dan tidak suka dengan keputusan aku. Tapi percaya lah wahai teman – teman, walau sekuat mana kita mencuba, hakik4t hati dan perasaan yang h4mbar dan taw4r sem4kin menebal dari hari ke hari. Bagaimana kami boleh bahagia sedangkan segala perbuatannya masih segar dalam ingatan aku.
Aku sem4kin berani dan kuat sedangkan perasaan aku padanya daripada cinta menjadi kasihan. Dari kasihan menjadi h4mbar dan taw4r setaw4rnya. Sampai satu tahap aku langsung tidak ada perasaan lagi. Aku meminta berpisah. Tapi dia tetap mintak untuk diberi peluang.
Aku katakan terlalu banyak peluang telah aku berikan dan telah pun disia – siakan. Aku tak mampu lagi bertahan. Aku tidak dapat lagi bersamanya. Bila dia mempertikai dan menuntut tanggungjawab aku sebagai isteri… aku persoalkan semula.. Apa tanggungjawab dia sebagai seorang suami?
Sejak itu keadaan kami ibarat g4ntung tidak bertali. Dalam masa yang sama dia tetap cuba memujuk tapi hati aku tertutup rapat. Aku orang yang tahu erti serik. Dia tetap tidak mahu melepaskan aku. Tapi keras hati aku ini tidak boleh dilembutkan lagi.
Suasana agak tegang dihari dia melafazkan talak di depan hakim. Ya, dia menangis. Sedangkan aku berasa lega ibarat terlepas beban yang maha berat di bahuku. Penceraian bukan pengakhiran hidup, kadang kala ianya adalah pintu keluar untuk seseorang menemui kembali dirinya sendiri dan mendapat semula harga diri, keyakinan. Ketenangan dan kebahagiaan yang selama ini hilang.
Hingga kini, aku serik teramat serik. Fobia pada perkahwinan. Ramai cuba memenangi hati aku kembali kau tak mampu menerima. Betapa ramai yang menganggap aku memandang pada harta kekayaaan, memilih pasangan. Sedangkan hanya Allah yang tau hakik4t sebenar. Segala galanya kini aku serahkan pada Allah. Dia yang maha mengetahui. Semoga ada sinar untuk aku, sesungguhnya aku juga berhak untuk bahagia. Wassalam… – Melati (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Kursus Usahawan :Â Syukur lah benda dah lepas. Let go sis. Be strong. Berdamai dengan takdir. That is what Allah put you to go through to make u the person u are now and to prepare you for more presents coming your way.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.