Tunang aku kerja hebat, engineer. Aku selalu nampak lelaki kerja cleaner. Dalam hati aku h1na dia. Aku pelik tiba-tiba rasa jatuh hati dekat mamat cleaner

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku tak tahu kenapa dengan aku… Aku dah nak bertunang dengan engineer tapi aku asyik ingat pada seseorang ni, mamat cleaner. 

#Foto sekadar hiasan / AI. Saja nak meluah perasaan… Aku tak tahu kenapa dengan aku… Aku dah nak bertunang, tapi aku asyik ingat pada seseorang ni, mamat cleaner. Bakal tunang aku… Aku kenal dari seorang kawan. Cukup pakej, tapi dia sangat workaholic dan agak panas baran.

Kalau mood dia baik, dia layan aku baik. Kalau tidak, dia akan marah – marah aku. Sometimes dia suka perli – perli aku. Bila aku tegur dia berkaitan dengan agama, lagi – lagi bab solat, dia buat endah tak endah. Tapi entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku sayang dia walaupun per4ngai dia macam tu. Mungkin sebab duit dia.

Dia mampu bagi apa yang aku nak. Aku fikir nanti bila dah kahwin, kalau aku sedih ke nangis atau dia s4kitkan hati aku, sekurangnya aku nangis dalam rumah dua tingkat sambil minum air kopi kedai hispter. Mamat cleaner… Sebelum ni, setiap kali pergi kerja, aku mesti nampak mamat ni tengah sapu sampah tepi jalan. Kadang – kadang angkut tong sampah dari satu tempat ke satu tempat.

Honestly, mula – mula waktu aku nampak dia, terdetik dalam hati ni, “Nasib baiklah bakal tunang aku engineer, bukan cleaner.” Ok, aku memang materialistik sikit. Aku tahu aku teruk sebab fikir macam tu. Tapi aku tak sangka benda ni memakan diri aku balik.

Aku tak pernah bertegur dengan mamat ni. Cuma selalu terserempak je. Hampir setiap hari. Pernah beberapa kali bila aku balik kerja dan singgah masjid, aku terserempak dengan mamat ni baru habis solat. Setiap kali kami terpandang, mesti aku cepat – cepat alih pandangan.

Aku memang pandang rendah pada dia. Bagi aku, taraf dia tak selevel dengan aku. Tapi tak dinafikan, wajah dia sangat – sangat tenang dan itu yang buat aku serabut sangat sebab wajah tu asyik bermain di fikiran aku. Aku cuba abaikan, tapi tak boleh.

Sekarang ni aku jadi keliru. Rasa sayang aku pada bakal tunang aku macam m4kin pudar. Lagi – lagi asyik kena marah je, kan. Aku asyik mengharap kalau mamat tu pula jadi suami aku, bukan bakal tunang aku tu. GiIa kan?? Padahal aku tak pernah pun bercakap dengan mamat tu.

Aku minta tolong abang aku merisik mamat tu. Abang aku cakap mamat tu bujang, tinggal dengan ibunya dan tiga orang adik. Ada seorang kakak tapi dah kahwin. Kehidupannya sederhana. Belajar diploma tak habis sebab ada masalah kewangan, so setakat ada SPM je lah.

Hampir setiap malam akan ke kelas agama seorang ustaz yang juga kenalan abang aku. Ustaz ni yang cerita semua pada abang aku pasal dia. Aku minta pendapat abang dan ibu aku untuk pinangkan dia untuk aku (aku dah tak ada ayah), tapi ibu aku tak nak sebab family aku dah aturkan semuanya dengan family bakal tunang untuk hari pertunangan nanti.

Tapi hati aku dah taw4r untuk teruskan pertunangan ni sebab aku rasa aku tak akan bahagia. Sebelum ni memang aku asyik fikirkan duit. Tapi sekarang ni baru aku rasa duit tu tak akan bagi kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Duit tu boleh dicari, tapi agama dan ketenangan jiwa tu susah nak dapat.

Aku taknak makan hati kalau asyik kena marah dengan suami. Saat ni aku rasa sedih sangat sebab rasa macam tak boleh nak buat apa – apa. Terp4ksa buat apa yang aku tak suka. Kalau pun aku tak dijodohkan dengan mamat cleaner tu, aku tetap tak nak teruskan pertunangan ni.

Aku ada bagitahu bakal tunang aku pasal ni, dia cakap dia akan berubah dan sebagainya. Tapi dah banyak kali kot aku bagi peluang kat dia. Balik – balik nanti aku juga jadi m4 ngsa kemarahan dia. Sekarang, aku hanya mampu doa dan terus – terusan istikharah, moga diberi petunjuk dan ketenangan hati. Apa – apa pun, doakan aku. Hmmm. – Miss Eva (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Kird Ree : Kau sebenarnya tidak bahagia dengan bakal tunang kau. Itu sahaja. Jadi putus sahajaIah sebab red flag dia pun memang banyak. Bukan sebab lelaki cleaner tu sahaja. Kebetulan sahaja kau nampak dia. Janganlah rosakkan lelaki cleaner tu.

Dia tenang sahaja hidup dia. Kau baik cari yang sekufu sahaja. Tapi putus juga dengan tunang kau tu. Lepas tu ubahlah sikit sikap gatal kau cuci mata tu. Haha. Kalau tidak mahu putus, semoga berjaya hadap kehidupan lepas kahwin nanti.

Rox Nick : Sementara masih boleh buat pilihan lagi, kalau hidup kau orang lain yang aturkan termasuklah mak kau, satu hari nanti kau akan rasa menyesal, kau akan salahkan mak kau pula. Baik buat pilihan sendiri. Tidak semestinya abang cleaner tu, mungkin dia hanya hadir untuk Tuhan nak tunjukkan dekat kau yang ada lagi manusia lain boleh buat hati kau tenang daripada bakal tunang kau tu.

Laily Laily : Boyfriend atau tunang layan ikut mood. Selalu kena marah. Panas baran… Angkat kaki sahajaIah. Duit tidak menjamin kebahagiaan walaupun duit satu keperluan dalam hidup. Lelaki cleaner tu. Sebab awak mata duitan. Jangan kacau dia sebab dia manusia yang ada ketenangan yang awak nampak secara zahir. Carilah yang sekufu dengan awak. Gaji cleaner ini tidak mampu nak bagi awak bahagia selagi duit jadi keutamaan awak dalam hidup!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.