Suami ugvt kalau tak ada internet dengan playstation tak nak hantar saya pergi kerja

Sepanjang 5 tahun kahwin suami sangat malas nak kerja. Dah banyak kali tukar – tukar kerja semuanya tak bertahan. Tapi saya terk3jut sejak oktober tahun lalu suami berubah, jadi rajin bekerja dan mampu bertahan lama. Walaupun terp4ksa pindah kawasan pun dia sanggup, rupa – rupanya dia ada agenda lain..

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Salman adalah suami saya yang kedua selepas perkahwinan pertama saya gagal. Dengan bekas suami yang pertama saya mempunyai seorang anak. Perkahwinan saya dengan Salman bukan mend4dak, tetapi setelah berkenalan lebih setahun, boleh dik4takan saya telah mengenal hati budinya. Kerana saya tak mahu terjadi seperti sebelumnya berkenalan tak sampai setengah tahun berkahwin, lepas kahwin baru tahu siapa dan per4ngai suami kita sebenarnya. Harapan saya kali ini biarlah perkahwinan saya kali ini berjalan sempurna dan j0doh kami kekal hingga akhir hayat.

Tetapi hasrat saya tetap tidak kesampaian, walaupun sudah lama berkenalan saya tak faham siapa dia hinggalah kami berkahwin. Pandai sungguh dia menyimpan kukunya. Ketika berkahwin saya tahu bahawa kelulusan saya lebih tinggi daripadanya maka sudah tentu gaji saya pun lebih daripadanya. Saya ada diploma, dia cuma lulusan SPM, begitu juga bekas suami saya dulu. Sama saja standard mereka ini. Tapi saya tak memilih. Kerana kelulusan dan pendapatan kami juga bukan persoalannya, harapan saya dia akan lebih insaf dan bersyukur supaya rumahtangga kami lebih aman.

Advertisements

Waktu kami mula berkahwin kira – kira 5 tahun lalu, pendapatan saya lebih daripada RM3,000 sebulan sedangkan dia tak sampai pun dua ribu. Bila dah kahwin tentu nak sewa rumah, tetapi selepas beberapa bulan duduk di rumah sewa lama saya, Salman merungut katanya sewa rumah RM450 itu mahal sangat, dia suruh cari yang lebih murah. Akhirnya kami pindah di rumah dekat dengan kawasan rumah kakak saya, sewanya cuma RM330 sebulan. Tetapi memanglah jauh dari tempat kerja kami. Sudah pindah masalah baru pulak timbul Salman berhenti kerja sebab dia kena tukar tempat kerja. Pulak dah!

Advertisements

Sejak itu dia sentiasa bertukar kerja dengan pelbagai alasan, kalau tidak kerana jauh, biasanya dia berhenti kerja kerana syarik4t tak ada EPF dan Socso. Lebih teruk lagi dia berhenti kerja kerana gaji yang ditawarkan tak cukup. Pembaca tentu faham bila dah berhenti kerja sayalah kena tanggung makan minumnya, belum masuk lagi duit rok0k, duit saku dan duit sarapan paginya yang terp4ksa diberi setiap hari. Padanya tidak ada masalah kalau tak bekerja, sebab saya bekerja.

Sebaliknya kalau dia bekerja akan menyusahkannya, sebab kena hantar saya pergi kerja, jadi disebabkan lambat kerana trafik jam dia tidak diconfirm oleh majikannya dia berhenti kerja. Dia salahkan saya kerana menyusahkan dia terp4ksa hantar saya ke tempat kerja. Tapi sapa yang suruh pindah rumah dulu, bukan saya tapi dia. Sebenarnya saya pun tak kisah kalau dia tak mahu hantar saya ke pejabat sebab majikan saya agak fIeksible waktu kerja asalkan cukup jam, kalau datang lewat balik mesti lewat. Tapi Salman tetap mahu hantar saya sebab dia mahukan saya bagi dia duit petrol, duit saku dan duit sarapan setiap hari bila hantar saya ke tempat kerja.

Advertisements

Kerana sering berhenti kerja dia naik malas nak cari kerja. Kenalah saya minta tolong kawan – kawan berikan dia kerja. Masalah yang sama juga berlaku, sampaikan saya malu pada kawan saya. Majikan kata Salman tidak ada komitmen bekerja. Buat kerja ala kadar alasannya gaji tak cukup kalau kerja pun malam macam mana majikan nak conformkan dia, sebab dia tak ada komitmen, selalu bersungut dan menyalahkan orang lain, hinggakan ramai pekerja lain yang kurang senang dengan sikap dan kelakuannya.

Kerana tak mahu dia berhenti sebab akan lebih menyusahkan saya lagi, saya minta majikan yang kebetulan kawan saya naikkan gajinya supaya jadi RM1000. Walaupun marah, tapi demi kawan yang kesian dengan masalah saya beliau menaikan gajinya dengan syarat Salman tidak menyungut dan menghasut pekerja lain. Adalah empat lima bulan dia baik bekerja, lepas tu dia buat hal lagi. Akhirnya kawan hentikan dia kerja tapi cadangkan dia kerja di tempat lain. Mulanya Salman tak mahu dia lebih rela berhenti, tetapi saya terus memujuk.

Advertisements

Kerana dia masalah malas bekerja kami sering bertengk4r dan dia tuduh saya isteri derh4ka. Di tempat kerja baru lebih teruk masuk jam 8.30 pagi dan selalu kena kerja lebih masa. Akibatnya dia sering datang lewat, dan solat subuh pun dia selalu tinggal. Bukan itu sahaja saya pun sering lewat ke tempat kerja. Saya hairan dengan perubahannya, sebelum kami kahwin dahulu per4ngainya tidak seperti ini, mengapa berubah selepas kahwin, sedangkan anak saya pun tidak tinggal bersama kami pada awal perkahwinan kami dahulu, jika itu menjadi alasannya malas kerja.

Bila majikan marahkan sebab datang lewat, saya disalahkan kerana terp4ksa hantar saya ke tempat kerja. Dia juga mendakwa saya menyusahkan hidupnya, sedangkan dia yang menyusahkan hidupnya sendiri. Tak ada motor saya belikan, patutnya dia berusaha bangun pagi. Dia patut insaf saya carikan dia kerja, belikan motor tapi dia langsung tidak berusaha. Dia tuduh saya tak tahu uruskan duit sebab itu banyak hutang tapi bila saya dapat bonus belikan dia baju dan kasut mahal jenaman idamannya, tidak pula dia kata saya tak tahu urus duit dan tidak pula dia kata saya isteri derh4ka.

Saya tak kisah kalau dia malas kerja asalkan dia fahami kerja saya dan tidak merosakkan fikiran saya dengan menuduh saya isteri derh4ka. Apa lagi dia tak puas hati cuma makan tidur di rumah! Lepas tu apa yang dihajati saya sediakan, ada telefon sendiri, ada talian internet, ada pIaystation. Apa lagi yang dia mahu? Kadang – kadang tu Salman macam budak – budak tak cukup akal, nak bekerja ikut selera sendiri. Tak dapat internet dan pIaystation ugvt tak mahu hantar dan ambil saya dari pejabat!

Saya tak kisah kalau dia cuma makan tidur, asal jangan kerja hangat – hangat t4hi ayam, kerana setiap kali dia pergi kerja hutang saya bertambah bagi duit poket, sedangkan gajinya memanjang tak cukup. Jangan dengkikan gaji saya, saya kerja apa. Kalau dia dapat RM1000 itu pun dah kira baik, bagi orang malas bekerja macam dia. Namun bila dia perlukan banyak duit saya gesa dia cari kerja, tambahan pula hutang kad kreditnya sem4kin meningkat, hutang dia sendiri untuk belanja kahwin sebanyak RM2000 yang masih belum dijelaskannya sampai hari ini.

Pernah dia kerja bantu abang ipar saya berniaga dapat gaji RM30 sehari tapi seminggu je dia tahan, kemudian berhenti kerana katanya tak sesuai dengan jiwanya, leceh! Nak kerja senang mana ada. Kemudian saya cadangkan dia kerja sendiri mungkin sesuai dengan jiwanya yang tak suka diperintah buat bisnes servis elektrikal, dia setuju. Katanya dia nak ambil lesen memandu dan suruh saya beli kereta untuk memudahkan dia bekerja. Mana nak cari duit kalau tak pinjam dengan Bank Rakyat.

MaIangnya bisnes dia tak menjadi saya pulak terhutang pula dengan Bank Rakyat, sementara duit simpanan saya sem4kin habis kerana modalkan suami buat bisnes. Demikianlah kehidupannya tidak pernah kekal bekerja dengan satu tempat. Lebih teruk saya pulak terp4ksa bertukar kerja untuk menyesuaikan dengan kawasan tempat dia bekerja. Bila dah ada kereta keadaan lebih teruk, dia di rumah sentiasa laparkan duit untuk petrol supaya dia boleh berjalan, duit poket dan duit rok0k.

Kebencian Salman kepada saya lebih teruk lagi bila anak saya datang tinggal dengan saya dua tahun lalu kerana dia sering s4kit. Saya bawa anak duduk di KL untuk mudahkan dia mendapat rawatan. Saya pujuk Salman bekerja paling tidak saya tak perlu lagi bagi duit poket, petrol dan duit makannya, mulanya dia setuju, tetapi untuk beberapa bulan saja, bila dia benci dengan kerjanya dan berhenti kerja. Saya tak boleh suruh dia bekerja lagi, katanya untuk apa dia bekerja untuk tanggung orang lain. Saya terangkan gaji saya digunakan untuk bayar hutang kad kredit, ansuran Bank Rakyat, sewa rumah, makan minum dan sebagainya tapi dia tak peduli.

Bila fikiran runsing dengan pelbagai masalah terutama hutang keIiling pinggang, anak s4kit dan suami tak bekerja, membuatkan kami selalu bertengk4r, bila suara saya tinggi dia kata saya isteri derh4ka dia mahu saya jadi macam kakaknya yang pandai didik anak. Saya akui benar, sebab kakaknya suri rumah sepenuh masa dan suaminya turut bantu menjaga anak – anaknya dan suaminya bekerja seorang menanggung keluarganya. Bukan macam saya, saya yang terp4ksa kerja tanggung suami.

Bab ambil anak saya di rumah pengasuh pun jadi masalah padanya, akhirnya saya cadangkan dia seorang je yang bekerja, jadi saya boleh uruskan rumah tangga sambil jaga anak dan buat bisnes kecil – kecilan, dia setuju pada mulanya. Tapi dia tidak ada komitmen kerja, 4 atau 5 bulan berhenti lagi, macam mana saya nak harapkan dia. Akhirnya saya jadi Iebai maIang, ada kerja dah berhenti, bisnes tak jalan. Masa mula buat bisnes saya pinjam dengan BSN sekarang kena bayar lagi, macam mana nak hidup kalau suami tak ada komitmen.

Akhirnya saya minta tolong kawan berikan dia kerja, sebab dia memang tak mahu berusaha cari kerja. Bila ada kerja dia kata susah, gaji tak setimpal, lambat confirm dan macam – macam lagi. Tapi saya terk3jut sejak Oktober tahun lalu dia kekal pulak bekerja, rupanya dalam diam dia ada kekasih. Saya sedar perubahan dirinya bulan April tahun ini, itulah kerja yang paling lama dia bertahan. Rupanya dia perlukan duit untuk bil telefon. Sejak April hingga kini mereka dah serius dan nak kahwin pulak.

Selidik punya selidik mereka berkenalan secara tak langsung tersalah nombor telefon. Masa tak ada kerja dia suka telefon SMS kawan melalui tv dari situ mereka mula kenal. Dia mengaku bujang. Bila saya kenalkan diri dengan gadis itu dia tak percaya. Nak jadikan cerita Salman pulak bertukar kerja ke negeri lain. Tak pulak dia berhenti kerja macam dulu, dia sanggup kerja keras dan rajin bekerja sejak ada kekasih. Sekarang baru tiga bulan mereka serius dah cerita pasal kahwin, Salman beri alasan dia nak kahwin pasal saya tak ada anak setelah lima tahun kahwin.

Tapi sedarkah dia kerana masalah dan kerenah dia selama inilah membuatkan saya tiga kali kegugvran semuanya kerana tekanan jiwa yang dibuatnya selama ini. Selama dia tak bekerja siapa tanggung makan minumnya, siapa bayar hutang bank, kad kredit, bil internet, bil telefon dia, dan siapa belikan motorsikal dan kereta. Alasan keduanya dia nak kahwin lagi kerana saya isteri derh4ka sebab meIawan dia. Tapi sedarkah dia mengapa saya meIawan? Mana ada isteri sanggup tanggung hutang dan makan minum suaminya. Apa hukvm suami jenis ini? Tak mau bekerja.

Kalau betul Salman nak kahwin lagi, saya akan menuntut cerai supaya senang tak payah tanggung biawak hidup lagi. Kerana saya memang sudah bosan berg4duh dengan dia sepanjang masa. Benarkah wanita sanggup k0rbankan diri kerana takut dik4takan isteri derh4ka? Siapa sebenarnya derh4ka? Siapa sebenarnya tidak bertanggungjawab. Apakah mudah jadi suami dan hidup serta makan minumnya di tanggung isteri. Itukah sebenarnya tugas seorang suami? Inilah masalahnya bila suami tak tahu tanggungjawabnya yang sebenar dan sudah terbiasa hidup senang makan minum disediakan oleh isteri dan dia tidak pernah fikir apa itu tanggungjawab yang sepatutnya dipertanggungkan ke atas seorang suami.