Aku bersalin tak cukup bulan sebab aku terlalu sibuk, masa tu aku posting medicaI. 35 minggu anak aku dah lahir. Aku dengar sendiri mak mertua aku tanya dekat suami, samada pernah terIanjur sebelum kahwin ke sebelum ni..
#Foto sekadar hiasan. Aku sebenarnya tak tahu nak mula cerita dari mana. Aku cerita dekat sini bukan niat nak a1bkan sesiapa, tapi aku cerita sebab aku nak aku, anak aku, family aku, ex husband and ex family in law aku dan orang yang membaca cerita aku ni ambil cerita ni sebagai pengajaran.
Aku dengan ex husband aku dah bercerai genap 2 tahun. Dan kami Allah anugerahkan dengan seorang anak. Aku kenal ex-suami sejak form 4 lagi. Aku bukan kahwin dengan dia kenal sebulan dua, aku kahwin dengan dia lepas bertahun – tahun kawan.
Masa aku belajar dulu, aku pernah bercinta dengan ex suami aku masa aku matriks sekejap, kemudian kami putvs sebab aku sambung study luar negara. Lepas aku balik malaysia, aku hubungi balik ex suami aku, sebab masing – masing tak ada calon, dicampur saki baki dulu pernah bercinta, jadi kami ambil keputvsan berkahwin.
Aku berkahwin dengan suami memang senang sangat. Mak abah aku bukan jenis jual anak. Walaupun aku bakal doktor, mak abah tak letak hantaran tinggi pun, mak abah aku tak nak susahkan keluarga ex suami aku. Sebab memang aku sedia maklum keluarga ex suami bukan orang senang. Aku terima ex suami aku dengan keluarga dia seadanya. Aku tak demand apa pun, awal kahwin kami sewa di kawasan perumahan kos rendah sebab masa tu ex suami kata dia nak tolong keluarga.
Percaya atau tak, rumah aku tak ada katil, ada tilam sahaja sebab kami betul – betul nak berjimat sebab nak tolong keluarga ex suami aku. Aku awal – awal okay, tak bangkang sebab bagi aku memang anak lelaki wajib tolong keluarga. Ex suami aku anak bongsu, kalau ikutkan abang – abang dengan kak ex suami aku kerja bagus – bagus juga. Tapi bak kata ex suami aku, abang dan kakaknya jarang membantu mak ayah di kampung.
KonfIik bermula bila tak sampai 3 bulan kahwin, mak mertua aku mengadu pada ex-suami aku, katanya keluarga aku pandang h1na keluarga ex suami aku. Sepanjang aku dalam keluarga aku, tak pernah lagi aku dengar mak abah aku h1na orang, tapi bila dengar dari ex suami aku yang ex mak mertua aku menangis – nangis bercerita sebab sedih dih1na keluarga aku, aku jadi percaya. (Bila aku ingat balik, Ya Allah, berd0sa betul pada mak abah sebab percaya cerita begini).
Tak lama lepas tu, timbul isu ex mak mertua aku nak rumah sendiri sebab rumah duduk sekarang ni rumah sewa. Jadi ex suami aku yang masa tu masih lagi HO buatlah personal loan sebanyak RM170 000 untuk nak bina rumah mak ayahnya dekat kampung. Masa tu kenduri sambut menantu tak buat lagi sebeIah ex suami aku sebab kami tak cukup duit.
Aku cakap pada ex suami, tak perlu buat pun tak apa, aku tak kisah sebab aku tak nak hutang banyak – banyak just untuk satu hari yang lepas orang balik dari kenduri orang tak ingat pun baju yang aku pakai, lauk yang kami hidang, doorgift yang kami bagi atau pelamin yang kami duduk. Aku lagi suka bersederhana.
Jadi masa tu ada tiga isu timbul, mak aku h1na ex mertua, nak rumah dan kenduri. Selang beberapa minggu suami aku ambil loan, duit RM 160 000 dia beri pada ex-ayah mertua aku. Tak silap 10k suami aku ambil untuk rumah kami dan benda – benda lain.
Kisah bermula, kenduri aku sebeIah ex suami memang sangat meriah, lagi meriah dari rumah aku. Mungkin sebab anak bongsu atau mungkin sebab anak dan menantu doktor, jadi mak mertua aku buat sangat meriah. Aku terk3jut sebab sepanjang persiapan aku jarang balik dengan ex suami sebab kami sibuk sebagai HO. Kami balik 2 hari sebelum kenduri. Terk3jut bukan kepalang. Tapi aku follow je la apa yang mak mertua aku aturkan.
Dalam masa nak berkenduri tu, mak mertua aku sebenarnya ada bagi hint untuk aku tolong suami aku tambah – tambah sikit personal loan dia untuk buat rumah tu, tapi bila aku bagitahu ayah dengan mak aku, memang marahlah ayah aku.
Sudahnya masa tu ayah aku carikan rumah dan suruh aku beli supaya aku ada ‘alasan’ untuk tak ambil personal loan untuk buat rumah tu. Masa tu aku perasan, mak mertua aku macam marah juga la aku sebab tak buat macam yang dia nak. Tapi sebab ex suami aku tak cakap banyak pun pasal loan tu, jadi aku abaikan sajalah.
Special sikit pasal rumah tu, rumah tu saud4ra mara ex suami aku juga yang buat. Aku tak tahu mana silap atau mungkin family ex mertua aku yakin yang aku akan ambil personal loan untuk tambah rumah tu, rumah tu tak siap sepenuhnya. Dapur tak siap, anjung tak ada, masa ex mertua aku masuk, memang rumah tu macam terbengkalai.
Aku pun masa tu naik hairan macam mana duit RM160 000 untuk rumah kampung tak cukup. Duit tu bukan untuk beli tanah, tapi memang untuk bina rumah sahaja. Sebab kalau kawasan rumah mak aku, RM 160000 boleh beli rumah teres satu tingkat yang ada 3 bilik.
Aku ni memang Allah beri rezeki dapat anak cepat, aku bunting pelamin. Jadi masa segala konfIik ni jadi, aku tengah pregnant. Aku kalau balik dari rumah ex mertua memang senang sangat air mata tumpah sebab apa yang aku rasa, ex mertua aku tak pernah bersyukur peng0rbanan aku dengan ex suami.
Masa zaman tu, gaji HO campur dengan elaun baru RM 3700++ tak sampi RM 4k. Suami aku memang pakai kereta aku, tak pun dia pakai sc00ter yang dia beli masa mula kerja. Dia selalu cakap, “kita ringankan mak abah, nanti Allah ringankan kerja kita”. Aku awal – awal memang ok saja, aku redha, tapi bila aku sedar yang ex mak mertua aku langsung tak kisah pasal persiapan kami untuk nak dapat anak, tak kisah kami makan pakai cukup, dari situ aku dah mula beng4ng dengan ex mak mertua aku.
Aku memang perasan, walaupun ex suami aku anak bongsu, tapi abang kepada ex suami aku ni boleh dik4takan anak kesayangan ex mak mertua aku. Pernah sekali aku balik, aku nampak ada lauk dekat dapur, lauk tu mak mertua aku langsung tak hidangkan dekat aku dengan ex suami, lepas tu banyak kali ex mak mertua aku cakap, dia tengah tunggu abang ex suami aku balik kampung nak makan. Kesudahannya, abang ex suami aku tak balik pun. Abang ex suami aku dengan isteri pergi ke Melaka masa tu.
Jadi dipendekkan cerita, aku sangat str3ss dengan ex mak mertua aku. Macam – macam isu timbul. Macam – macam perkara jadi. Isu dapur tak siap tu, ex mak mertua aku tiap kali balik je mesti akan bising sebab tak ada ‘kabinet’ dekat dapur. Aku dengan ex suami memang plan nak beli, tapi masa tu bajet kami terhad sebab nak sambut anak 1st kami. Last – last kakak sulung ex suami sp0nsor dapur kabinet.
Lebih sedih bila aku dengar sendiri dari mulut ex mak mertua aku merungut, “orang lain rumah cantik luar dalam ada anjung, kita rumah tak cantik tak macam orang lain”. Aku masa dengar tu, memang menahan sedih. Bila ex mak mertua aku tak ada depan aku, aku terus menangis depan ex suami aku sebab aku rasa tak tahan sangat. Aku rasa aku layak untuk dapat yang baik dari ex suami aku, tapi ex mak mertua aku tak habis – habis nak perah ex suami aku.
Bila ex suami aku tak dapat bagi, dia cuba nak dapatkan dari aku. Akan ada babak – babak ex mak mertua aku merungut – rungut dekat dapur nak itu ini, tapi depan ex suami aku, ex mak mertua aku akan cakap, jangan susahkan aku. Tapi belakang ex suami aku, ex mak mertua aku akan bising sebab bagi dia aku tak tolong anak dia nak sediakan itu ini. Sejujurnya masa aku berkahwin dengan ex suami aku, aku tak pernah menabung, malah duit bank aku sikit – sikit aku k0rek sebab nak tolong ex suami aku.
Kisah aku pregnant ni pun, banyak betul air mata aku jatuh. Aku pregnant bunting pelamin, secara jujurnya masa aku dapat tahu aku pregnant aku risau sangat sebab masa tu aku baru nak mula kerja HO. Aku risau aku tak dapat nak imbangkan antara kerja dengan anak. Aku masa awal dapat tahu pregnant, masa tu aku okay lagi dengan ex mak mertua, aku ceritalah pada ex mak mertua.
Aku ingat kan dia sukalah sebab selalu mertua ni mestilah suka nak dapat cucukan, korang tahu tak apa perkataan yang keluar dari mulut ex mak mertua aku? “Kenapa tak ambil perancang masa awal – awal ni?” Ya Allah, masa tu aku terk3jut sangat, aku cuba husnuzon dengan ex mak mertua aku. Aku ingat lagi masa aku salam tangan ex mak mertua aku, masa nak balik tu dia pesan jangan kecoh – kecoh dekat orang aku pregnant sebab menantu anak kesayangan ex mak mertua aku tak pregnant lagi. Takut nanti biras aku sedih dan kecil hati.
Tak habis dengan tu, aku bersalin tak cukup bulan sebab aku sibuk. Anak aku lahir masa 35 minggu. Aku masa tu posting medicaI. Antara posting yang paling str3ss dan paling busy. Ramai kawan – kawan aku yang pregnant sama dengan aku, semua bersalin tak cukup bulan. Sedih memang sedih, bila kau terdengar sendiri ex mak mertua kau boleh tanya dekat ex suami kau, sama ada pernah terIanjur sebelum kahwin ke sebelum ni. Wallahi aku bukan perempuan macam tu.
Mak abah aku walaupun bukan orang masjid, tapi aku tahu berz1na tu h4ram. Aku sedih sangat. Macam tu sekali ke ex mak mertua aku pandang aku. Masa ni aku ingat semua yang dia tanya tu maybe sebab dia memang tak suka aku atau sebab dia malu tapi rupanya ada sebab lain.
Sambungan.. Maaf, sebab cerita terg4ntung. Aku nak sambung sebenarnya, tapi banyak benda aku kena fikir. Ye, ada sebab kenapa aku cerita dekat sini. Macam aku cakap dulu, cerita ni bukan nak a1bkan sesiapa, aku cerita sebab nak jadikan cerita aku ni sebagai ‘Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan’. Sebab anak aku lelaki, aku tak nak salah didik anak aku nanti. Aku harap, kalau satu hari nanti aku buat silap, anak aku akan tegur aku dan jangan buat aku hanyut atas nama ‘Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu’.
Untuk pengetahuan, lepas jadi perkara ni, hidup aku memang nak fokus pada anak aku. Aku tak terfikir lagi calon ke atau nak bersuka ria ke dan bagi aku apa yang aku lalui ini banyak sedarkan aku beberapa perkara yang aku selalu terlepas pandang.
Sambung balik cerita, lepas anak aku lahir, ex-mak mertua aku nak sangat jaga anak aku. Masa tu isu aku dengan ex-mak mertua aku tak selesai pun lagi, tapi aku anggap mungkin ini yang terbaik nak jernihkan balik keadaan. Masa tu pun anak aku ada banyak masalah.
Anak aku pram4tang, jadi anak aku dapat masalah kuning lebih dari sebulan. Tak dengan itu, anak aku dapat angin pasang. Angin pasang anak aku sampai ke celah keIangkang sahaja, jadi kalau angin pasang naik, kadang – kadang anak aku akan nangis berpanjangan dan tak dapat nak buang air besar.
Masa tu konfIik juga sebab rumah ex-mak mertua aku yang ex-suami aku buat tu jaraknya 45 minit dari hospitaI kami. Masa tu aku dengan ex-suami HO lagi, hospitaI kami pun boleh tahan busy walaupun hospitaI daerah.
Awalnya aku dah cari pengasuh, aku cari isteri kepada staf aku sendiri. Kebanyakan staff nurse atau doktor tempat aku lebih suka hantar kepada isteri staff sebab selalunya rumah mereka ni dalam kawasan hospitaI. Jadi kalau anak demam, s4kit dan sebagainya senang nak kami pantau. Lagipun hantar pada orang yang kenal, insha ALLAH terjagalah anak kami.
Sebulan ex-mak mertua aku jaga, memang ok. Ok aku dekat sini maksudnya tak ada isu berbangkit. Masuk bulan kedua yang mana anak aku pun dah nak masuk 5 bulan, isu pun timbul.
Aku memang dari awal tak setuju nak ex-mak mertua aku jaga anak aku bukan sebab apa, aku tak nak kacau aktiviti dia nak ke kelas mengaji, nak belajar agama, nak ke rumah anak yang lain. Sebab aku tahu, kalau ex-mak mertua aku jaga, di campur aku dengan ex-husband HO lagi, di campur dengan jadual kerja tak menentu, memang aku tahu mak mertua aku tak akan dapat nak ke mana – mana.
Ex-mak mertua aku ni aktif la juga sebab ex-bapa mertua aku ni kerja kerajaan dulu. Sangatlah aktif dengan aktiviti persatuan, aktiviti rukun tetangga dan aktiviti merewang.
Masuk bulan kedua, aku ingat lagi ex-mak mertua aku minta aku dengan ex-husband untuk hantar anak aku dekat jiran sebeIah rumah dia. Katanya kalau aku hantar, dia bolehlah ke kelas mengaji yang dah tertinggal dan sebagainya. Sebab mak aku pun jenis suka ke kelas agama, jadi aku masa tu rasa bersalah sebab buat ex-mak mertua aku tak dapat nak dalami ilmu agama dalam usia lanjut macam tu.
Jadi aku ingat lagi, malam tu aku cakap pada suami, untuk hantar pada jiran sebeIah ex-mak mertua aku. Ex-suami aku tak berkenan sangat sebab katanya jiran sebeIah rumah tu tak jaga kebersihan sangat, suami dia pun mer0kok. Tak tahu macam mana, esoknya ex-suami aku tanya balik pada aku, aku ke atau ex-mak mertua aku yang minta hantar dekat jiran tu.
Sebab malam tu memang aku cakap, ex-mak mertua aku nak pergi ke kelas mengaji dan memang ex-mak mertua aku yang minta. Ex-suami aku masa tu muka macam nak marah, aku pelik. Dan barulah aku tahu, ex-mak mertua aku cakap pada ex-suami aku, bukan dia yang nak, tapi aku yang memandai – mandai. Lagi dik4tanya, aku yang tak bagi ex-mak mertua aku jaga anak aku.
Allahu, aku masa tu memang keliru sekejap. Yelah, sebab masa dia cakap tu dekat dapur, masa tu pun aku baru balik kerja, penat tak payah nak cakap, jadi aku ingat mungkin aku tersalah dengar ke ape lah. Jadi aku pun direct terus minta maaf pada ex-suami aku dengan ex-mak mertua aku.
Tapi tak lama lepas tu aku perasanlah, (aku ni sebenarnya suka memerhati) yang jaga anak aku selalu bukan ex-mak mertua aku tapu ex-ayah mertua aku. Aku pernah sekali ni, saja lah balik kerja nk buat k3jutan konon balik awal. Aku duduk dekat luar rumah lama, memang aku perhati ex-ayah mertua aku yang jaga anak aku. Bila aku masuk rumah, baru ex-mak mertua pegang anak aku, kemudian dia pass anak aku dekat aku. Aku memang sejenis yang tak akan pegang anak kalau balik kerja, aku mandi dulu kemudian baru pegang. Kuman dari hospitaI ni bahaya sikit. Jadi bila ada drama sebabak dekat situ, ex-mak mertua aku ni bising la sebab aku tak nak pegang anak. Aku diamkan aje.
Jadi konfIik kedua bermula bila isu ex-suami aku tak nak hantar dekat pengasuh. Aku kan cerita sebelum ni, ex-suami aku ada sc00ter je, aku yang beli kereta. Jadi sepanjang dekat rumah ex-mertua, kami ulang alik naik kereta yang satu tu. Kalau sebelum ni tak susah sangat sebab ada kereta dengan sc00ter, tapi sebab rumah jauh jadi kenderaan kami sc00ter sahaja.
Bayangkan kalau aku normal shift sampai pukuI 5, ex-suami aku pula extended shift sampai pukuI 9, memang aku akan tunggu dekat hopitaI sampai ex-husband aku habis kerja. Kami bukan apa, masa tu nak jimat minyak. Dugaan bertambah lagi bila aku dapat tahu ex-suami aku str3ss dan MIA kerja sebulan. Aku rasa aku ni tak cukup prihatin mungkin, aku tak sedar ex-suami aku MIA.
Sampai sekarang aku pelik macam mana aku percaya dia datang kerja bukan sekejap tapi sebulan. Aku dapat tahu ex-suami aku MIA bila MO jabatan ex-suami aku mesej aku tanya mana ex-suami aku. Masa tu aku memang down giIa, macam orang giIa cari ex-suami aku.
Aku ingat lagi, masa aku tengah round dengan MO aku, aku bvrst, aku menangis depan dia. Last tu, MO aku bawa aku jumpa Pakar yang jaga HO, then aku ambil EL sebab nak cari ex-suami aku. Kemudian aku berbincang dengan ex-suami aku. Aku dapat tahu ada sesuatu terjadi dekat jabatan dia bekerja, buat dia down dan rasa tak layak nak bekerja. Aku pujuk ex-suami aku.
Aku kemudian ambil keputvsan untuk tangguh HO aku, sebab aku fikir suami aku ni tiang utama keluarga aku. Kalau suami aku rapuh, macam mana aku dengan anak – anak nanti. Masa tu memang fokus aku ex-suami dengan anak. Aku ingat lagi ada orang cakap dekat aku, sekarang aku tolong ex-suami, esok – esok ALLAH tolong aku masa aku nak buat balik HO aku.
Aku tak berhenti kerja, tapi aku ambil cuti, aku ambil Cuti Menjaga Anak. Aku ambil cuti setahun. Aku beritahu ex-suami, aku cakap dulu masa aku belajar luar negara, aku ada kumpul duit. Lagi pun duit rumah masa tu aku tak bayar penuh lagi sebab masa tu tengah bina lagi.
Duit kereta aku pun tak mahal, aku pakai myvi 1.3 masa tu. Jadi segala duit hutang aku, aku guna duit tabung aku. Walaupun masa ex-suami aku tak kerja, aku ada la tolong – tolong bayar mana yang tak cukup. Aku anggap ni dugaan Allah pada aku.
Masa ni, aku banyak tengok balik diri aku. Bila aku mula jadi suri rumah tangga, aku banyak fikir. Salah satunya, aku dari kecil sampai besar, aku tak pernah kena uji yang berat – berat. Mak ayah aku alhamdulillah senang. Mak ayah aku happy. Aku dikelilingi keluarga yang baik, kawan yang baik, persekitaran yang baik.
Aku tak pernah diuji dengan penceraian ke, kem4tian ke, kelaparan ke, rusuhan ke, hilang tempat tinggal ke, atau kekurangan apa – apalah. Alhamdulillah aku serba cukup. Aku belajar Alhamdulillah, aku tak pernah diuji dengan kepayahan nak belajar, habis UPSR masuk asrama bagus, habis SPM aku dapat JPA ke luar negara.
Allah aturkan aku sampai aku rasa aku malu nak minta lebih. Jadi di sinilah aku nampak kesalahan aku yang pertama, aku tak berdoa lebih. Aku ingat, kali terakhir aku berdoa nangis – nangis dalam sujud terakhir aku bila aku nak final exam MBBS. Bengk4k – bengk4k biji mata. Tapi lepas aku kahwin, aku bahagia, walaupun datang konfIik itu ini, aku kurang berdoa.
Aku ingat hidup aku dah sempurna sebab dah berkahwin dah ada anak. Aku pun dah ada gaji sendiri, aku pun tak perlu nak minta dari orang. Dekat sini aku sedar aku dah lama tak menangis. Ye aku marah dekat ex-mak mertua aku, tapi aku tak pernah menangis dalam solat lepas aku kahwin.
Selepas dari itu, ex-suami aku kadang pergi kerja, kadang tak pergi sebab depr3ssion. Memang ada MC, tapi kadang – kadang MIA juga. Masa ni aku tak cerita lagi pada mak ayah aku, aku fikir tak bersedia lagi. Tambah lagi memang ex-suami aku tak bagi aku cerita. Aku masa tu pun str3ss juga, masa ni aku dah mula sedar.
Aku tahu kalau nak keluarga bahagia, aku dengan ex-suami kena banyak doa. Kami masa ni dah mula sembahyang berjemaah. Sebenarnya sebelum tu lagi kami memang dah start berjemaah, tapi kali ni sebab ex-suami aku kadang – kadang tak pergi kerja, jadi dapatlah cukup 5 waktu bersama. Sampai lah masa raya, datang lagi masalah.
Sebenarnya kalau ikut kata ex-mertua aku, sebabkan ex-suami aku yang buat rumah tu, jadi satu bilik memang untuk ex-suami aku. Rumah tu ada 4 bilik, satu untuk ex-mertua aku, lagi dua untuk siapa – siapalah nak duduk. Aku kan dah duduk rumah tu hampir 2 bulan, jadi banyak lah barang aku, barang ex-suami aku dengan anak aku dalam bilik tu.
Malam raya tu, masa kami balik, ex-mak mertua aku bagi ex-kakak ipar aku dan keluarga duduk. Aku asalnya tak kisah sangat sebab keluarga ex-kakak ipar aku ramai, lagipun kan dia yang buatkan kabinet idaman ex-mak mertua aku.
Jadi isu bila almari kami patah, baju aku, anak aku dan ex-suami aku yang berg4ntung yang aku dah siap cuci dan basuh dilonggok – longgok. Mainan anak aku patah. Lagi parah malam tu aku dengan anak aku tidur atas carpet je.
Anak aku masa tu 6 bulan. Aku geram bukan sebab apa, aku tahu ada 2 tilam besar untuk lepak – lepak kot, tak cukup katil ke ape ke yang memang dah sediakan, semua pun ex-kakak ipar aku tapau. Mula dari situ ex-suami aku punya depr3ssion m4kin menjadi – jadi. Aku jenis kalau aku geram, aku malas nak melayan.
Aku tak marah meng4muk ke ape ke, aku senyap kemudian aku tak layan. Bila barang patah, baju berlonggok macam tu lepas raya, ex-suami aku beng4ng – beng4ng, aku diam aje. Aku malas nak ambil port sebab aku dapat rasa kalau aku bersuara pun nanti last – last aku kena balik. Tapi bila aku malas nak ambil port, ex-suami aku pula naik beng4ng.
Raya tahun tu, aku tak balik rumah mak ayah aku sebab aku tak cukup duit dan aku tak nak mak ayah aku tahu yang aku ada konfIik. Aku ni hati tisu, anak bongsu mungkin. Jadi aku takut nanti aku balik, aku menangis, habis semua benda aku cerita. Jadi aku bagi alasan dekat mak ayah aku sibuk tak dapat balik cuti.
Mak ayah aku pelik, sebab aku ni bukan seorang je anak yang kerja doktor. Zaman kakak dengan abang aku yang kerja oncall 36 jam pun, kakak dengan abang aku dapat balik. Kalau tak raya pertama kedua atau ketiga, sekurang-kurangnya dalam bulan raya dapat lah balik. Tapi aku ni, langsung tak balik.
Jadi satu hari ayah aku buat k3jutan, datang rumah aku. Jauh juga la utara selatan. Bila aku kenang balik, betapa besar peng0rbanan mak ayah aku, aku sedih sangat. Sanggup aku percaya mak ayah aku ni macam – macam.
Masa ni, ayah aku dapat tahu, ayah aku tak marah. Tapi nampaklah muka ayah sedih sebab aku sikit pun tak kongsi dekat mak abah. Aku ni jenis tak simpan rahsia dengan mak abah. Sampai crvsh aku pun mak aku tahu. Segala benda pasal diri aku, aku tak pernah sorok dengan mak abah. Masa ni abah aku dah mula teman ex-suami aku jumpa pakar ps1kiatri sebab ayah aku nak bagi moral support dekat ex-suami aku.
Sebenarnya, masa ex-suami aku s4kit, ex-mertua aku orang pertama yang tahu. Tak pernah walau sekali datang rumah kami nak teman ex-suami aku, paling kurang datanglah masa perjumpaan dengan pakar ps1kiatri. Aku pernah menangis telefon ex-mertua aku minta teman ex-suami aku pergi tempat kerja, bagi semangat, tapi tak pernah sekali pun datang.
Pakar ps1kiatri aku ni orang Islam, entah kenapa hari tu dia rasa ex-suami aku pelik. Jadi ayah aku yang dah lama aIami asam garam kehidupan ni, bawa ex-suami aku ke Darul Syifa. Aku ke Darul-Syifa.
Sebelum pergi aku google dulu, sebab aku ni tak percaya sangat benda – benda macam ni. Bagi aku semua ni tahyuI. Bagi aku, aku yakin wujudnya makhluk halus, tapi aku tak yakin benda – benda ni akan kacau hidup manusia terutamanya hidup aku.
Untuk yang ada masalah, tak kisahlah masalah rumah tangga, anak, ibu bapa, boss ke ape ke renung – renungkanlah ayat 22-23 surah Al-Hadid.
Sampai sekarang aku berpegang, walau macam mana orang nak s4kitkan aku, nak hantar kemud4ratan kepada aku, tak akan sampai kalau bukan Allah yang izinkan dan ini semua atas kuasa Allah.
Sambungan lagi.. Assalamualaikum. Rasanya ni akan jadi post aku yang terakhir. Okay, aku tahu ramai yang macam pelik, macam mana aku yang berkerjaya sebagai doktor boleh percaya benda – benda pelik, boleh syak benda – benda pelik sampai kami end up dekat Darul Syifa. Sebab aku kerja di hospitaI, jadi aku nampak juga benda – benda pelik tak masuk akal masa aku student dengan masa aku jadi HO.
Aku dengan ayah aku pada awalnya hanya nak minta ustaz buatkan air Yasin untuk suami buat penawar dan bagi kuat semangat. Aku ingat lagi, malam tu lepas isya, kami berempat masa tu. Aku, ayah, anak aku dengan ex-suami pergi ke satu suaru ni.
Aku sebelum tu memang google dulu Darul Syifa ni, aku bukan apa, aku takut la kot salah pergi tempat, bukan Darul Syifa ke ape ke, entah – entah salah tempat terpergi tempat b0moh ke. Tak pasal – pasal 40 hari ibadah aku tak terima nanti.
Jadi lepas Isya kami pergi. Sebelum tu aku macam tak pasti lagi nak pergi ke tak sebab aku bawa baby. Tapi akhirnya aku pergi dengan anak aku, tak silap anak aku dalam umur 6-7 bulan masa tu. Masa tu, bila bawa jumpa ustaz, ustaz suruh ayah dengan ex-suami aku masuk dalam bilik, aku pun follow je la.
Masa tu ustaz panggil ex-suami aku duduk depan, ustaz pegang tangan ex-suami aku sambil baca beberapa pot0ngan surah, tak lama lepas tu ex-suami aku cakap s4kit, then ex-suami aku pengsan. MenggeIabah la juga aku dengan ayah aku. Aku bukan apa, takutlah apa – apa masalah peny4kitkan.
Kemudian tak lama lepas tu, ex-suami aku terbangun dari pengsan, terus munt4h – munt4h. Aku sampai sekarang pelik, sebab benda yang ex-suami aku munt4h tu lumpur. Aku pun macam peliklah juga mana datang benda tu dari dalam perut ex-suami aku. Balik tu kami semua senyap.
Sebelum balik, ustaz pesan suruh ex-suami aku datang lagi. Ustaz pesan suruh jaga amal ibadah, selalu ingat Allah. Ustaz tak ada cakap lebih – lebih. Aku ingat lagi ustaz pesan suruh makan ubat ps1kiatri, jangan tinggal ubat.
Ex-suami aku pergi Darul Syifa banyak kali ayah aku bawa. Aku pun pernah sekali ustaz rawat aku, tapi ustaz kata aku tak ada apa – apa masalah. Sepanjang pergi sana, ayah aku pernah la minta tolong ex-mertua aku tolong bawakan bila ayah aku balik ke kampung, sebab ayah aku tinggal mak aku dekat rumah.
Mak aku ada juga datang tapi tak selalu. Mak aku dengan ayah aku sebenarnya tak lah berapa sihat, tapi ayah aku kesian dekat ex-suami aku, aku dengan anak aku, jadi ayah aku gagahkanlah diri nak datang jauh – jauh. Adalah dalam 6-7 jam ayah aku bawa kereta.
Setiap kali ayah aku minta ex-mertua aku bawakan, ex-mertua aku macam acuh tak acuh je. Sampailah satu hari ayah aku macam beng4ng sebab appointment ps1kiatri pun tak nak teman, rawatan Darul Syifa pun tak nak bawa. Apa yang aku boleb cakap, masa tu memang family ex-mertua aku tahu ex-suami aku s4kit, tapi family ex-mertua aku tak buat apa – apa pun.
Ada sekali ayah mak aku tak ada, masa tu ex-suami aku macam ‘menggiIa’, aku call ex-mak mertua aku. Aku dapat tahu dia dekat KL pergi jalan rumah anak – anak yang lain. Aku menangis masa tu, aku ingat lagi dalam solat aku minta Allah rungkaikan semua masalah aku.
Aku serius tak faham, macam mana seorang mak ayah boleh pergi jalan – jalan sedangkan anak tengah s4kit tak boleb kerja, kadang – kadang tak nak makan seharian terIantar macam b4ngkai bernyawa dekat rumah. Ye, ex-suami aku pernah terbaring macam orang m4ti 2-3 hari dekat rumah tak makan mandi, pergi toilet untuk buang air dan kadang – kadang aku rasa ada juga terlepas dekat tempat dia baring.
Siang malam aku nangis, nak jaga anak, nak jaga ex-suami, aku pun kadang – kadang jadi panas sampai mak ayah pun kena tempias aku str3ss. Sebab mak ayah aku dah nampak aku mula str3ss, ayah aku jumpa ex-mertua aku, minta izin bawa aku balik kampung aku kejap, sebab ayah aku risau aku pula nanti jadi macam ex-suami aku.
Jadi adalah beberapa kali aku balik kampung, ex-suami aku pula balik rumah ex-mertua aku. Ayah aku banyak kali bagi semangat dekat ex-suami aku. Tiap kali ayah datang, ex-suami aku macam ok lah sikit. Lepas tu dia akan jadi teruk balik.
Sepanjang ex-suami aku s4kit, ayah aku selalu pesan jangan tinggal qiyamullail. Penat macam mana pun bangun, busuk – busuk pun buatlah solat sunat tahajjud 2 rakaat, jadilah. Ayah aku pesan, kalau rajin sikit, buat solat sunat taubat pula. Then kalau rajin sikit lagi, buat pula solat sunat tahajjud, taubat then buat solat sunat hajat.
Ayah aku pesan, buatlah solat sunat hajat bila lapang, bila habis solat fardu, baca je doa dalam dalam solat sunat hajat. Aku ingat lagi bulan 12, masa tu anak aku dah 10 bulan, masa tu ex-suami dah boleh pergi kerja dalam 5-6 hari dalam sebulan. Aku seronok sangat, sebab sebelum tu, nak naik lif pun dia dah menggigiI – gigiI tak boleh nak naik.
Ramai kawan, MO, pakar bagi support dekat ex-suami aku. Pengarah hospitaI pun tahu masalah suami aku, pengarah pun bagi support. Ex-suami aku ni, masa tu dah posting ke 5. Tak pernah kena extend, setiap posting memang on time. Dari segi kerja, aku memang puji ex-suami aku. Dia dengan pes4kit memang bagus.
Aku pernahlah, masa tu aku dekat multi discipIine ward, aku tengok pes4kit yang sama dengan ex-suami aku, tapi aku jabatan lain – lain. Aku ingat lagi, patient tu puji ex-suami aku. Masa tu patient tu tak tahu aku ni masa tu wife ex-suami aku. Siap makcik tu cadangkan aku mengorat ex-suami aku masa tu.
Aku senyum jelah. Bagi aku secara peribadi, ex-suami aku okay, dari segi kerja, dari segi tanggungjawab mak ayah. Tapi ex-suami aku ada benda lain yang dia kurang. Nanti aku cerita. Jadi masa bulan 12 ni, aku teringat, aku pernah niat nak buat umrah bila habis belajar. Aku bagitahu mak ayah aku, aku nak buat umah dengan ex-suami, anak dan aku ajak mak aku sekali sebab aku dengan ex-suami tak pernah mengerjakan ibadah umrah lagi.
Aku gelabah juga sebab nak bawa anak aku sekali. Jadi mak aku tak banyak soal, mak aku setuju. Sebab mak aku dah pernah mengerjakan haji dan umrah.
Mak aku pesan, sebelum pergi umrah ni settIe mana yang tak settIe, Puasa ke, hutang ke, solat ke settIekan semua. Mak aku pesan, tiap hari kena buat solat sunat taubat, minta Allah lancarkan perjalanan, minta Allah leraikan segala kekusutan so that bila dekat sana memang fokus untuk ibadah. Maka ayah aku risau, takut g4duh ke ape ke aku dengan suami dekat sana.
So semua persiapan berjalan lancar. Pergi kursus, visa semua cepat je. Aku plan nak pergi bulan 2, alang – alang nak buat aqiqah anak aku dekat sana. Sambut birthday sekali. Aku adalah seorang sahabat ni, pesan baca surah Al-Fath.
Aku pun tak pasti apa reason, tapi bak kata kawan aku Al-Fath ni maksud dia pembuka. Aku tiap malam baca surah Al-Fath, baca surah Yasin, Al-Mulk dan Al-Mumtahanah. Tiap kali baca aku memang akan nangis. Macam aku cakap sebelum ni, aku hati tisu.
Actually sebelum nak pergi umrah ni, ada satu hari aku per4ng besar dengan ex-mak mertua aku. Masa tu aku minta dia datang teman aku dengan ex-suami aku. Dia marah aku macam – macam. Petang tu dia datang, aku tanya lah kenapa susah sangat nak datang tengok ex-suami aku.
Aku nak ke rumah dia susah sikit terutamanya bila ex-suami aku dah jadi macam b4ngkai bernyawa tu. Jadi hari tu masa dia datang, ex-suami aku masa tu elok sikit. Entah kenapa masa tu aku rasa nak cakap dengan ex mak mertua aku pasal fitnah dia dekat mak aku masa awal kahwin. Aku tak tahu kenapa, hati aku asyik cakap ex mak mertua aku fitnah aku. Entahlah, aku rasa masa tu mungkin aku fikir nak selesaikan semua benda sebelum pergi umrah, aku rasa aku nak settIe kan fitnah mak aku dulu.
Aku kan cerita, awal – awal tu aku percaya cakap ex-mak mertua aku. Tapi bila aku tengok mak ayah aku bersusah payah tolong ex-suami aku, dan aku tengok sikap tak ambil peduli ex mertua aku, aku syak macam ex mak mertua aku daIang dalam cerita ni.
Jadi sebelum aku berdepan ex mak mertua aku, aku tanya balik ex suami aku. Aku cakap, aku bukan nak ungkit kisah lama, aku hanya nak tahu, memang dulu ex mak mertua aku memang pernah cakapkan mak aku h1na dia bagai. Masa tu ex suami aku memang mengiyakan sebab dia cakap ex mak mertua aku menangis sambil cerita.
So aku tak tahu angin kus kus apa datang dekat aku, aku berdepan ex mak mertua aku depan suami dengan ex bapa mertua aku. Aku ingat masa tu aku pegang anak aku, dekat ruang tamu. Badan aku menggigiI masa tanya. Nak tahu apa ex mak mertua aku cakap?
“Awak ni dah kenapa tanya macam – macam ni, awak kalau tak suka mama cakap aje lah. Awak janganlah nak sebar cerita cakap mama kata mak awak fitnah mama. Mama tak pernah cakap macam tu pun.”
Saat aku dengar ex mak mertua aku cakap macam tu, aku pandang ex suami aku, ex suami aku diam. Aku beng4ng, aku tanya balik, jadi siapa yang tipu sekarang ni, ex suami aku or ex mak mertua aku. Ex mak mertua aku mula – mula diam, kemudian dia cakap aku suka buat cerita sebab tak suka dia.
Aku masa tu memang dah naik giIa, aku pergi ambil Al-Quran dalam bilik, Al-Quran tu special sikit untuk aku sebab tu hadiah kawan baik aku bagi, siap sampul luar dia bentuk kaabah. Aku ambil, kemudian aku suruh ex-mak mertua aku sump4h dengan Al-Quran. Ex mak mertua aku dengan sIumber sump4h Al-Quran depan aku, ex suami aku, ex bapa mertua aku dengan anak aku.
Aku cakap, cukuplah 3 orang saksi. Nanti dekat akhir4t aku cakap, aku nak tuntut balik. Aku memang beng4ng masa tu. Masa ni lah ex suami aku marah sangat dengan aku, dia nyaris nak tamp4r aku. Masa tu ayat ni sampai sekarang aku tak boleb lupa. “Awak ni siapa nak buat mama saya sump4h Al-Quran macam ni, ni mama saya, awak cuma isteri sahaja.”
Lepas tu kec0h macam tu, ex mertua aku balik, aku tak bercakap dengan ex suami aku sebab aku geram. Aku tahu dia tahu ex mak mertua aku menipu, tapi dia tak cakap apa – apa. Aku tak rasa bersalah bila ex mak mertua aku buat sump4h Al-Quran sebab bagi aku ex suami aku yang tahu cerita sebenar patut haIang ex mak mertua aku rather than marah aku macam tu.
Dipendekkan cerita, lagi seminggu nak pergi, aku masa tu sedih sangat – sangat. Aku minta Allah rungkaikan masalah aku. Aku minta Allah tunjukkan aku semua benda yang aku rasa macam tak kena langsung. Kemudian lagi 4 hari nak pergi, masa ni ex suami aku pergi kerja, aku bukan jenis suka cek – cek beg ke, purse ke, handphone ke, ipad suami ke.
Aku jenis yang tak suka kacau pr1vasi orang walaupun tu suami aku. Keluarga aku ajar aku, jangan kacau pr1vasi orang. Tapi entah kenapa aku terdetik hati nak buka bahagian facebook massenger. Masa ni aku rasa nak pengsan. Aku junpa satu nama, nama pelik macam bukan nama sebenar. Aku masuk pula ruangan profile.
Allahu masa ni aku memang tak perlu nak syak, memang aku tahu ex-suami aku sebenarnya ada skandaI lain. Yang paling aku sedih, skandaI tu bukan orang lain, sepupu ex suami aku sebeIah ex mak mertua aku sendiri. Yang paling aku luluh bila aku tahu ex suami aku pernah bagi Cyt0tec (pil gugur) pun dekat sepupu dia. Aku masa tu rasa kelu, rasa dunia langit semua dah tenggeIam.
Aku tanya ex suami aku masa dia balik kerja. Dia senyap, kemudian dia tak mengaku. Aku bila dah tak mengaku tu, aku percaya lah. Aku tak banyak bunyi sebab aku risau nanti tak jadi aku nak pergi umrah. Esok tu ex suami tak pergi kerja, s4kit kepala katanya. Aku ingat lagi, lepas aku solat sunat dhuha, ex suami aku panggil aku. Dia kemudian mengaku pasal skandaI dengan sepupu dia.
Aku ingat lagi, ex suami aku cakap, tu benda dulu. Aku cakap balik, aku tak percaya tu semua benda dulu, kalau benda dulu, kenapa sepupu dia mention nama anak aku, konon nak jaga anak aku lepas ni. Tak dengan tu, sebelum aku buat keputvsan nak pergi umrah, kami ke Legoland. Kakak dengan abang aku bawa, nak bagi kami elok balik. Keluarga aku buat family day dekat sana, keluarga aku nak bagi hubungan aku dengan ex suami elok balik.
Aku bagitahu suami aku, kalau benda lama, takkan sepupu dia tahu aku ke Legoland sebab aku tak hebahkan pun dekat facebook, kecuali ada orang bagitahu. Banyak kali ex suami aku berdolak dalih, akhirnya aku call ex mertua aku, aku bagitahu pasal skandaI ex suami dengan sepupu dia.
Part ni lah yang paling aku sedih. Ex mertua aku datang rumah kami. Dari luar ex mak mertua aku dah jerit – jerit marah aku cakap aku buat cerita. Marah aku cakap aku berd0sa fitnah orang tak tentu hala. Siap ex mak mertua aku cakap, dia dah telefon anak adik lelaki dia, tapi dia cakap dia tak buat.
Aku dalam hati, “mana ada orang waras nak mengaku”. Aku terus tarik suami aku, aku suruh dia pegang Al-Quran, aku suruh dia nafikan. Dan ex suami aku mengaku dia memang ada skandaI dengan sepupu dia.
Reaksi ex mertua aku, muka biasa sahaja. Tak ada nampak ri4k marah atau kecewa. Oh aku lupa nak bagitahu, sepupu ex suami aku ni, boleh kira kesayangan ex mak mertua aku juga lah. Aku cakap depan ex mertua aku, aku kalau dia ada skandaI dengan perempuan lain sebelum ni aku tak marah, tapi dengan sepupu sendiri, walaupun dah ada anak pun contact lagi, aku memang tak boleh terima.
Part ni pun aku tak boleh lupa sampai sekarang. Ex mertua aku cakap, aku 0ver re4cted. Ex suami aku dah insaf maafkanlah. Aku cakap, dia bukan insaf, dia kena tangkap,, kant0i dengan aku. Ex Mak mertua aku muka tak bersalah pun masa tu. Tak ada sebutir kata maaf ke, nak marah ex suami aku pun tak. Lagi nak pert4hankan ex suami aku adalah.
Masa ni aku memang rasa tak guna dan helpless duduk dalam keluarga ni. Aku cakap aku nak bercerai je masa ni. Masa ni ex mertua aku call kawan dia, orang kerja pejabat syariah. Katanya jom lah kita lafaz taIak hari tu. Aku dalam hati Ya Allah senangnya dia buat aku macam ni. Ex suami aku masa ni menyorok di balik ex mertua aku.
Masa ni aku benci semua orang dalam rumah aku. Aku peIuk anak aku, aku menangis. Aku cakap, “Mama kalau dekat tempat saya, ape perasaan mama?” Aku tak boleh lupa bila dia cakap “Mama tak rasa apa – apa pun”. Aku masa ni dah menangis teruk giIa sambil pegang anak aku.
Aku cakap, “tak kena dekat mama memang senang, abah pun dah tua, mama memang confident abah tak akan buat per4ngai. tapi mama lupa, mama ada seorang anak perempuankan? (Kakak sulung ex suami aku). Kalau kena dekat kak, barulah mama tahu s4kit atau tak hati mama. Tak ape, Allah ada, Allah tu sentiasa ada dan doa orang terani4ya Allah tak pernah tak dengar”.
Lepas tu ex mertua aku bawa balik ex suami aku. Ex suami aku suruh aku balik rumah mak ayah aku. Aku tinggal seorang dekat rumah. Malam tu abang sulung aku ambil aku. Sampai kampung, esok tu aku buat report polis cakap aku balik atas izin suami aku. Ayah aku suruh buat report polis supaya tak ada isu aku lari ke ape ke. Polis pun call ex suami aku nak sahkan statement. Akhirnya tahun tu aku tak jadi nak pergi umrah.
Aku tak terus bercerai. Aku ambil masa dua tahun. Bukan proses mahkamah yang ambil dua tahun, cuma aku bagi masa untuk suami aku berubah dan tunjuk dia sayang aku dengan anak aku ke tak. Tapi macam yang boleh dijangka , sepanjang aku duduk berjauhan selama dua tahun, ada lah 2-3 kali dia balik tengok aku dengan anak.
Masa ni aku dah balik kampung, aku sambung HO aku dekat kampung. Aku duduk rumah mak ayah aku. Proses aku nak tukar hospitaI tak rumit. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku nak balik rumah mak ayah. Anak aku lambat bercakap, lambat berjalan. Aku dah risau, sebab aku rasa anak aku str3ss. Aku risau anak aku lambat dalam semua hal sebab str3ss dengan kemeIut keluarga.
Aku ambil keputvsan bercerai masa aku posting kelima. Masa ni aku rasa dah tak ada apa yang aku harapkan dari ex suami aku dan keluarga ex suami aku. Aku rasa peng0rbanan aku setahun cuti terbazir macam tu aje. Ex suami skandaI bukan lepas kahwin, tapi dari sebelum kahwin lagi.
Aku pelik sampai sekarang, kenapa dia nak kahwin dengan aku, kenapa tak kahwin dari awal dengan sepupu dia kan senang. Aku ambil 2 tahun untuk bercerai pun untuk aku bina semangat aku yang hilang, untuk aku fokus kerjaya aku, sebab aku tahu anak aku memang berg4ntung dengan aku lepas ni.
Ex suami aku akhirnya resign kerja, dia tak habis buat HO. Katanya str3ss. Aku masa tu dah tak ambil peduli. Peny4kit cari sendiri, tanggunglah sendiri. Masa nak bercerai, bukan ex suami yang filekan, aku yang filekan. Kalau ikut ex suami memang dia tak nak lepas kan aku. Aku pun tak faham kenapa. Alasan diberi senang sebab anak. Aku dapat rasa dia tak cintakan aku pun. Aku pun tak faham apa yang dia nak pert4hankan.
Aku cakap, aku nak bercerai sebab aku tak nak anak aku duduk dalam keluarga t0ksik. Fullstop. 2 tahun aku duduk dengan mak ayah aku, tak pernah sekali dia bagi duit dekat aku. Masa ni dia tak kerja, tapi ya lah, kewajipan kena tunaikan. RM50 pun jadilah.
Kakak aku beng4ng, pernah sekali mesej ex mertua aku. Tapi bertambah beng4ng kakak aku jadinya sebab alasan diberi mereka orang susah, keluarga aku senang jadi keluarga aku sajalah beri nafkah pada anak aku. Kakak aku reply bagitahu, dalam Islam kalau ayah tak mampu, atok wajib bagi, kalau atok tak mampu, ayah saud4ra wajib bagi. Lepas kakak aku reply macam tu, terus sunyi sepi.
Aku sebenarnya tak kisah nafkah tu diberi ke tak. Bagi aku, Alhamdulillah Allah beri aku rezeki lain. Bagi aku, kalau nafkah tu tak beri, itu antara mereka dengan Allah. Biarlah Allah yang timbang macam mana.
Masa bercerai ni, drama sikit. Masa lepas lafaz taIak, ex-suami aku menangis. Aku pelik, sebab kalau betul dia sayang aku, takkan balik jenguk aku dengan anak 2-3 saja. 2-3 kali tu pun tak tidur rumah mak ayah aku pun. Macam orang ziarah orang s4kit, tak panas punggvng dah balik.
Rumah tu? Rumah tu banyak cerita. Ye, ex suami aku memang buat personal loan, bukan housing loan. Ex suami aku buat loan tahun 2014, aku silap bukan 2015. Memang ex suami buat loan RM170,000. Aku bukan main – main, ini cerita betul. Sebulan kena bayar dalam RM 2400 +/-.
Nak tahu, rumah tu bukan nama ex-suami aku. Paling aku pelik, bukan nama ex mertua aku pun, nama orang lain. Masa ex mertua aku beli, tak pot0ng nama lagi, Paling aku kesian sebab orang ni dah meninggaI. Aku tak pasti macam mana sekarang. Ex mertua aku m4ti – m4ti tak nak letak nama ex suami aku, atas alasan ex mertua aku ada anak 3 orang lagi. Aku tak faham, sebab yang buat rumah ex suami aku, bukan anak yang 3 orang tu pun.
Lepas bercerai, duit nafkah anak, adalah ex suami bagi. Aku tak minta banyak, aku pun kesian dekat dia. Dalam aku marah – marah, aku rasa kesian juga. Aku rasa aku redha dengan j0doh aku tak panjang dengan dia, tapi sebab aku dah lama kawan dengan dia, aku jatuh kesian dekat dia.
Macam mana aku terasa nak cerita semua ni, sebab aku rasa aku dah tak ada rumah tangga dah pun. Aku cerita nak beri pengajaran, bukan nak a1bkan atau nak dapat komen.
Lepas setahun aku habis HO aku pergi umrah. Tarikh aku pergi yang lawaknya sama tarikh dengan aku bercerai. Masa ni, aku dah tak fikir dah keluarga ex mertua aku atau ex suami aku. Aku nak cari ketenangan diri aku. Aku nak cari balik diri aku yang hilang. Aku nak berhijrah ke arah yang lebih baik.
Masa aku jejak kaki di bumi Madinah, aku sayu sangat. Sebab percubaan pertama aku nak ke sana tak kesampaian. Aku jadi lagi sedih bila ustaz yang bawa aku tu cakap, pergi umrah ni atas panggiIan Allah. Duit banyak berjuta pun, kalau Allah tak panggil, kaki tak jejak juga.
Aku rasa sedih sebab aku rasa, aku tak dipanggil masa pertama kali aku nak pergi. Aku banyak muhasabah diri dekat sana. Bila aku masuk Masjid Nabawi, aku menangis. Aku menangis sebab 2 tahun ni aku banyak ragu dengan diri aku boleh ke tak jaga anak sendiri dengan gelaran janda.
Kemudian aku teringat Rasulullah anak yatim piatu, tapi Baginda Rasulullah elok perwatakannya. Aku banyak berdoa supaya anak aku elok akhlaknya. Aku minta Allah bimbing aku. Alhamdulillah anak aku yang umur 4 tahun dapat masuk raudhah dengan aku. Masa aku pergi, bumi madinah dan mekah kerap hujan.
Masa dekat mekah, hari – hari terkhir aku dekat sana, aku ingat lagi hari Jumaat, aku duduk dekat dengan multazam. Masa Lepas asar tu, aku duduk lama nak tunggu maghrib. Aku sepanjang dekat sana, memang aku sekali pun tak ingat ex suami atau ex mertua. Tapi hari tu masa aku tengah doa, satu – satu kejadian aku teringat balik, nampak jelas macam ulangan cctv. Aku istighfar banyak – banyak. Aku tak nak doa yang pelik – pelik.
Aku hanya doa, kalau aku yang salah, aku penyebab segala benda jadi, aku mohon Allah tunjukkan aku silap aku supaya aku tak buat lagi. Tapi kalau benda semua ni jadi sebab dari pihak ex mertua aku, aku mohon Allah sedarkan ex mertua aku dengan ex suami aku. Aku redha, aku buang segala rasa marah aku, rasa sedih aku dekat sana. Bila aku balik Malaysia, aku dah tak fikir dah. Aku balik dengan diri yang baru.
Baru – baru ni aku dapat mesej dari ex suami, katanya dia tersepit dengan hutang. Ayah aku ada kawan dengan orang bank, ayah aku cakap, tahun 2018, tunggakan ex suami aku dah cecah RM 18-20k, bulanan bayaran RM2400. Sekarang ex suami kerja sendiri. Aku tak tahu macam mana dia surv1ve sekarang. Sebab dia ayah kepada anak aku, anak aku berbin kan dia, aku doakan dia okay sahaja, moga Allah permudahkan rezeki dia.
Terbaru aku dengar, rumah tu nak di jual. Aku cerita dekat mak ayah aku, aku cerita sebab aku kesian. Mak aku benda pertama dia tanya, “mana diorang nak duduk lepas ni ye”. Aku pun terkedu. Usia dah lanjut, tak kan nak duduk tumpang rumah orang. Aku rasa mungkin duduk rumah anak – anak lepas ni.
PENGAJARAN AKU NAK CERITA DEKAT SINI. Berdoa, berdoa dan berdoalah. S4kit ke. Sihat ke, hatta rasa hidup dah sempurna pun berdoalah. Berdoa bukan tanda kita tamak nak lebih, berdoa sebab kita sedar kita h4mba Allah.
Jangan pernah malu nak berdoa atau malas nak berdoa. Amalkan doa masa hari hujan. Berdoa setiap waktu. Jangan jadi macam anak aku sekarang, doa makan, dibacanya doa masuk tandas dekat kedai makan. Orang yang dalam kedai semua c0nfused (maaf, lawak tak jadi)
Kedua, aku rasa kita sebagai makhluk, tak perlu nak tamak – tamak. Cukup apa yang ada, bersyukur selalu. Aku walaupun ramai orang cakap kesian tengok aku, tapi jujurnya aku lebih tenang sekarang. Kadang aku oncall aku terp4ksa bawa anak datang hospitaI,tapi aku still rasa ada lagi orang yang lagi susah dari aku. Jadi bila aku ingat yang macam tu, hati aku terus – terus bersyukur
Ketiga, jangan lah nak ada skandaI bagai. Rezeki awak tak berkat. Macam saya cerita, ex suami saya sangat bagus. Kerja cekap, pakar tanya pun pandai nak jawab, tapi kalau keberkatan tu Allah tarik, semua hilang macam tu aje. Kadang – kadang kita tengok orang gaji sikit, tapi sebab keberkatan, rezeki datang dari arah yang lain.
Ke empat pengajaran untuk aku dan perempuan yang bakal bergeIar ibu mertua, janganlah diadakan cerita untuk meraih simpati anak. Jangan jadikan diri kita punca anak dan menantu berg4duh. Bila buat salah, elok kita mengaku sajalah. Jangan kerana eg0, eg0 memakan diri.
Macam aku cakap sebelum ni, ni semua pengajaran. Aku tak terfikir nak berkahwin balik dengan suami. aku pun tak pasti sudah berkahwin ke dia. Fokus aku pada diri aku dan anak.
Aku mohon kawan – kawan doakan aku dan anak aku dan doakan anak aku berjaya dunia akhir4t. Aku bila dah jadi ibu tunggal, selalu dalam hati aku, aku d0ubt diri aku. Mampu ke aku nak didik anak aku jadi anak soleh? Aku sekarang jinak – jinakkan anak aku dengan tikar solat. Doakan aku berjaya ya. – Anne (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Hannaz Haney : Alhamdulillah, akhirnya part 3 menjelma. Terima kasih sis, hanya Allah maha mengetahui akan rahsia yang masih tersembunyi. Semoga Allah permudahkan urusan anda sekeluarga. Bahagian dan ujian dari Allah kepada ha4baNya adalah berbeza – beza. Ambil pengajaran dan panduan hidup.
Nor Fauziah AR : Ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Ini saya selalu pegang. InshaAllah confessor akan jadi orang yang hebat. Kehidupan setiap kita ada pasang surutnya.. Terpulang kepada bagaimana kita menguruskannya.. Paling saya terasa part confessor kata, bila kita senang, kita kurang berdoa.. Ya Allah, ampunkanlah d0sa kami semua.
Deedee Nas : Dalam hal ni i salahkan ex mentua confessor, kalau dia tidak buat per4ngai sya1ton nirr0jim, anaknya tidak hidup begitu. Menyusahkan anak, tidak permudahkan urusan anak. Anak lelaki dah ada kehidupan sendiri pun masih buat macam budak kecil. Ex suami pun b0ngok juga, dah tak ada perempuan lain ka apa nak buat skandaI? Dekat sepupu sendiri juga dia selera, disgvsting! Sayang la belajar sungguh nak jadi doktor, akhirnya habuk pun tak ada. Ini semua pasal ex mak mentua tu la! Tua – tua pun menyusahkan.
Rosyatimah Yaakob : Alhamdulillah doktor, berkat doa kedua orang tua doktor, doktor selamat. Begitu kuat dan ikhlas kasih sayang seorang ayah. Sanggup teman ex menantu dia, bukan dekat nak ulang alik sampai 7-8 jam tu. Tak boleh hadam kenapa ex suami sanggup scandaI sedangkan doktor dan family doktor ikhlas tolong dia. Jadi tak hairan saya bila doktor sekarang lebih fokus kepada anak dan diri doktor sendiri sebab doktor dah cuba sehabis baik buat perkahwinan doktor. Semoga doktor dan anak doktor gembira selalu.
Ikeen AB : AllahuAkbar. Terima kasih confessor kerana berkongsi pengalaman. Banyak pengajaran yang boleh dikutip yang boleh dijadikan ikhtibar. Sememangnya kita tidak pernah terlepas dari diuji. Alhamdulillah confessor telah lakukan yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga. Sekurang – kurangnya bila kita berusaha tetapi gagal juga, anggaplah semuanya sudah ditakdirkan. Mudah – mudahan Allah menggantikan kehilangan dan kesedihanmu dengan sesuatu yang lebih baik berkat kesabaranmu dik. Kebiasaannya begitu. Amin.