Konon nak pergi bercuti dengan suami dan anak – anak, sekali mak mertua datang bawak ipar duai

Saya dan suami bertugas di salah sebuah hospitaI kerajaan. Sejak dari bulan 2 lagi kami tak dapat cuti sebab kes COVID19. Bila baru – baru ni dapat cuti, kami dah rancang pergi bercuti dengan anak – anak. Saya memang dah cakap awal – awal saya nak rehat, tidur dan tenangkan fikiran. Tetapi bila saya sampai di lobi hotel, alangkah terk3jutnya bila nampak mak mertua dan ipar duai…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga fb. Maaf saya hanya nak kongsi sedikit luahan hati. Saya dan suami bertugas di salah sebuah hospitaI kerajaan di Selangor. Start dari bulan 2 hari tu, kami tak pernah cuti. Hari minggu pun kami bekerja. On standby berikutan kes COVID-19 dalam negara kita ni.

Seperti yang diw4r – w4rkan dalam media sosiaI bagaimana kami menghadapi situasi getir tersebut, itu semua benar, bukan main – main. Saya akui memang agak penat melayan karenah pes4kit – pes4kit dengan terp4ksa kerja selama 16 jam sehari. Rumah kami tu dah macam hotel, balik hanya untuk tidur sahaja.

Anak – anak? Alhamdulillah. Mereka faham. Ayah mereka dah janji nak bawak bercuti. Suami beri saya memilih ke mana saya ingin pergi untuk melepaskan lelah. Maka, saya pilih Royal Belum Forest. Saya dah cakap dengan husband, saya nak tidur saja sepanjang 3 hari kat sana. Tak nak ada gangguan langsung. Pagi – pagi saya nak dengar bunyi – bunyi binatang dalam hutan. Suami ikut kan saja.

Suami saya walaupun dah 10 tahun kawin, tapi jika hendak ke mana – mana, dia akan maklumkan pada ibunya. Dan seperti dijangka, ibu dia nak ikut. Saya jenis tak kisah kalau ibu dan adik ipar yang bongsu nak ikut, janji ambiklah bilik lain – lain. Hari dijanjikan kami pun sampai ke hotel. Korang bayangkan, alangkah terk3jutnya saya bila tengok adik ipar 2 orang, (dua – dua ni dah kawin dan ada anak) tunggu kami di lobi sambil bawak luggage.

Suami pun terk3jut beruk. Suami saya tanya mak, diorang ada tempah bilik kat sini jugak ke. Tau apa ibu jawab? Ibu kata tak payah membazir. Bilik luas kan, ada 2 bilik, jadi 1 bilik bagi perempuan dan 1 bilik bagi lelaki. Saya hampir pengsan mendengar jawapan mak mertua tu. Dalam bilik kami berhimp1t – himp1t 8 orang ye. Saya tido mana? Depan pintu BILIK AIR, beralaskan tuala hotel!

Suami tempah bilik 1 lagi untuk kami pada keesokkan hari. Bilik itu pun dijadikan tempat mereka lepak. Adik ipar cakap. “malam ni kami tidur sini ye kak. Dalam bilik tu ramai, susah.” Aku tak tahu nak jawab apa. Saya dah pesan dengan husband.. Saya tak nak keluar ke mana – mana. Memang nak memerap dalam hotel dan ke Spa yang disediakn.

Tapi itu semua hanya angan – angan sahaja. Memang saya tak tenteram. Saya penat. Perbelanjaan sepanjang 3 hari kat sana? Suami saya yang keluarkan. Itu duit tabung kami.

Mereka jangan kata makanan ruji, jajan pun mereka tak bawak. Semua paw kami anak beranak. Saya nak tanya kakak – kakak dan suri semua. Adakah saya ni hati hitam? Atau pentingkan diri sendiri?

Komen Warganet : 

Raja Nadhirah Raja Salleh : Bukan nak kata apelah sis. tapi kalau saya dah moncong sangkot almari dah. Siap – silap saya balik tak tidur sebab badan dan fikiran terlalu letih nak terima. Kalau rutin normal saya ok je tapi bila sis cakap letih bekerja. Memang tak boleh bayangkan rasa kecewa tu. Apa la agaknya perasaan suami sis ye. Nak luah keluarga sendiri.

SueMini Suep II : Seeloknye, sis bincang dengan suami. kalau tak boleh jugak, sis sendiri yang cari tempat percutian dan terus bayar tanpa guna duit suami. Jadi sis ada hak kat situ untuk bagitau suami, yang perbelanjaan ni sis yang punya hanya untuk bawak keluarga  sendiri. InshaAllah suami akan faham sebab suami je yang faham akan keadaan isteri. Kalau bawak ramai ramai ni, selalunya ada yang nak ambik kesempatan.

Melainkn sis buat syarat, kalau nak ikut pergi bercuti, bilik kena asing – asing dan makanan kena bawak sendiri untuk keluarga diorang. Kalau ada yang terkurang mungkin boleh la sis topupkan sikit – sikit. Saya dan ipar duai biras pun buat cara macam ni. Alhamdulillah, masing – masing dah faham. Kalau tidur satu rumah pun, masing – masing akan bawak makanan, jajan dan keperluan keluarga masing – masing.

Elvira Ariana Rafman : Perempuan perlukan sokongan em0si. Saya harap puan bersabar. Tapi saya jenis meIenting kalau jadi macam ni walaupun dengan kakak ipar. Hahahah.. kalau ada mak mertua tak tahulah em0si saya macam mana. Kita nak masa dengan family jugak.. Asyik nak berhimpunn payah gak macam par4sit orang macam tu.. Stay strong ye, lepas ni jangan bagitahu nak pergi bercuti mana – mana, senyap – senyap je. Baca puan punya kenyataan pun saya rasa nak menc4rut.. Sabar yer puann.

CikNa Ahmad : Tergamaknye mak mertua dengan ipar biar awak tidur dekat pintu toilet dengan alas towel hotel je.. Dah la tumpang holiday orang. Suami plak jenis ikut je  Wahh! Kalau saya, boleh meIetup. Dari saya meng4muk, baik saya keluar duit sendiri book bilik lain. Kunci saya pegang. Janagn nak memandai lepak situ. I need time for myself. Susah jenis manusia pentingkan diri tak reti malu ni.. Menumpang kesenangan orang lain dan tak bertimbang rasa..

Imah Hashim : M4kin serabut jadinya, nak holiday sendiri – sendiri la.. Orang lain pergi holiday aku tak sibuk pun jadi jangan korang sibuk kacau holiday aku. Kalau aku boleh angin 1 badan, lain la tuan yang ajak tu cakap tak apa dok 1 bilik kita semua, tapi mak mertua pulak yang pandai – pandai cakap kalau aku memang dah meng4muk jam tu juga. Yang ipar duai pakat tak malu. Buruknya la per4ngai, kalau nak join holiday orang, melabur la. Bukan join pakai himpit pakai air liur. Haih, tengok dah terbawak sudah em0si ni.

Nor Nabila Bella : Entahlah , susah nak cakap. Suami pun, dah kahwinkan, pergi jela oi nak jugak inform mak tu kalau dah tau mak tu kaki mengikut. Tak salah inform mak tapi kalau dah tau mak tu jenis kaki ngekot bont0t kita, kita kena lebih alert la nak bagitahu macam mana. Bukan la kita ni tak suka mertua ikut tapi ada masa kita perlukan privacy keluarga kecik kita. Di mana kita boleh peIuk c1um mesra – mesra dengan suami tanpa rasa segan depan mertua.

Kalau nak ikut jugak, tempah bilik lain. Ada orang tak kisah sebilik dengan mertua. Ada orang, masa tidur nak pakai skirt , pakai sp3nda, pakai ling3rie je, tak kan nak pakai tu depan mak mertua pulak, luruh jantung orang tua tu kang. Pada mak – mak mertua, jangan ler ngekor anak tu selalu. Anak kita tu dah berkeluarga ada orang jaga dah. Kalau kita rasa tak boleh nak lepaskan anak kita tu, simpan aje dalam almari, jangan kahwinkan. Kesian isteri memend4m rasa, pada suami , fahamilah isteri tu.