Suami whatsapp cerai kata dah taw4r hati, nak dekatkan diri dengan Tuhan. Aku tergerak nak balik rumah, rupanya ada wanita lain dalam bilik

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku datang dengan adik, tengok ada baju dalam wanita tersidai. Pintu bilik suami aku tertutup. Lepas 10 min, suami keluar dengan muka takut takut. Aku nampak sorang wanita, dia cakap tu bini kawan dia datang tumpang. Logik ke??

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi korang. Selalu aku baca masalah orang, hari ni aku nak share masalah aku plak. Aku punya problem, dah lapan tahun kahwin tapi belum ada zuriat lagi. Dah tiga kali gugur, mungkin belum ada rezeki. Nak pendekkan cerita, baru – baru ini suami aku outstation seminggu, tiba – tiba je dia berubah.

Aku tanya sikit je, dia naik angin, mungkin cara aku salah. Masalah ini berlarutan sampai ke pejabat agama. Dia cakap aku tak jaga kebajikan dia dan tak hormat dia. Untuk tidak meneruhkan keadaan, aku cakap bagitahulah apa yang perlu aku lakukan dan aku akan buat apa je yang disuruh asalkan dapat menyelamatkan perkahwinan kami, tapi suami langsung tak nak bagi peluang.

Dia kata jiwa dia dah kosong, dah tak ada perasaan apa – apa. Tapi yang peliknya, dia ada berkawan dengan beberapa kawan perempuan. Alasannya nak tengok kalau bersama perempuan lain dapat tak mengingatkan dia pada aku. Tapi pada 23hb Jan, dia menghantar whatsapp pada aku dan melafazkan talak untuk aku.

Kenapa dia buat begitu ye? Apakah semua lelaki macam tu? Sebenarnya ada orang lain tapi cari alasan untuk berpisah dengan mencari kesalahan isteri. Masalahnya aku sayang sangat kat dia, susah nak lupakan dia. Tidur tiap malam mimpi dia.

Tau tak, semalam Tuhan gerakkan hati aku untuk balik ke rumah untuk mengambil barang aku sedikit. Tak tahu kenapa, aku rasa ditarik untuk balik ke sana tanpa beritahu bekas suami aku terlebih dahulu. Aku dengan adik dan kakak angkat adik aku.

Ketika aku sampai, aku sempat melihat bilik atas lampu tertutup dan ada sebuah kereta yang tak dikenali. Aku ingat bekas aku dah beli kereta baru, sedangkan kereta aku masih tersadai dalam workshop lagi. Aku call dia, cakap aku nak ambil barang aku, tapi dia cakap nak keluar.

Aku kata aku dah ada depan pintu. Dia cakap sekejap. Lebih kurang dalam sepuluh minit baru dia buka pintu. Sebelum tu, aku ternampak di ampaian pakaian dalam wanita. Nak kata adik atau mak dia, takkan kecil sangat. Bila dia buka, aku tanya siapa punya kereta dan panties tu.

Dia cakap kawan dia dan isteri tumpang tidur kat rumah tu. Logik tak logik je kan nak menipu. Lepas tu, aku nak ambil TV aku kat atas, dia larang dan kata tak apa, nanti dia hantar. Tapi aku tetap naik ke atas. Kat atas tu ada perempuan, kat bilik yang mula tadi gelap dah jadi terang.

Jadi aku ambil kesimpulan dia baru keluar dari bilik suami aku. Masa aku tengah datang, entah ke tengah buat projek. Kalau tak, takkan lama sangat nak buka. Itulah Tuhan nak tunjuk. Dia cakap aku macam – macam untuk berpisah dan kata nak mendekatkan diri dengan Tuhan dan tak nak pening – pening dengan perempuan, nak hidup seorang dulu.

Tapi apa dah jadi? Malah buat benda yang terkutuk lagi. Selama ini aku anggap dia suami yang baik tapi tak sangkakan. Mungkin itu petunjuk Tuhan bagi agar aku sepatutnya bersyukur kerana segala kebaikan yang ditunjuk selama ini adalah palsu semata.

Bukan apa, yang sedih sangat, lapan tahun berk0rban untuk dia. Dia nak buat bisnes, kita buat pinjaman atas nama kita untuk dia pasal nama dia blacklist. Kalau pun kita ada salah dan cakap kat dia nak berubah, dia langsung tak ambil pot. Itu yang sedih sangat.

Kereta nak beli baru, guna nama kita, kita buat juga, tapi ini baIasan dia. Itu yang sedih sangat tu. Rasanya aku mula dah benci dengan lelaki, semua sama je. Bila sayang sanggup pergi jumpa mak jauh – jauh, bila tak nak, dia hantar whatsapp je.

Yang aku tak faham tu, sebenarnya 27 Feb tu ada kaunseling yang kelima. Itu pun dia tak boleh tunggu. Patut ke? Sebenarnya sekarang ni dalam proses melupakan dia dan 24 Mac ni bicara di mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai tu.

Semenjak dia hantar whatsapp tu, aku tak pernah call dia walaupun nak dengar suara dia. Tiba – tiba Isnin hari tu, dia call, pasal nak pergi pejabat agama. Mana tak angin aku, dia dah lafazkan, lepas tu saja nak tanya macam tu. Takkan aku nak buat tak tahu bila dapat mesej tu?

Esoknya aku terus buat pengaduanlah. Saja tak bagitahu kat dia, aku suruh mahkamah je hantar surat saman tu. Yang geramnya, dia boleh tanya macam mana, lalu makan tak? Sihat tak? Sayang tetap sayang, susah nak padam. Cuma rasanya fikir dua kali sebelum buat apa keputusan.

Lagipun, family memang marah sangat kat dia pasal dia buat cam ni. Hantar whatsapp je. Kalau ikut kata family, suruh report polis je cakap dia pecah amanah, tapi aku yang tak sampai hati. Family dah cakap walau apa terjadi, jangan rujuk balik. Susah aku nak cakap, serba salah.

Memanglah semua orang buat silap, aku pun ada silap juga dalam kes ni. Tapi suami aku langsung tak nak bagi peluang aku tebus balik apa yang aku dah buat. Aku dah buat macam – macam, merayu, buat apa yang dia nak dan tak buat benda yang dia tak suka, tapi tetap tak pandang apa yang aku buat.

Aku tak menyesal, sekurang – kurangnya aku dah cuba, cuma dia yang tak bagi peluang langsung kat aku. Tadi aku call dia tak jawab tapi dia call balik. Aku cuma nak dia bayar dulu duit pending kereta dua bulan dan duit repair RM2,823 dan bil telefon RM500 je dulu.

Yang lain aku claim kemudian. Dia kata tengah tunggu payment. Aku sound, pinjamlah girlfriend dia yang hari tu. Dia marah, cakap kita orang tak buat apa. Korang ingat nak percaya tak? Bekas suami dengan girlfriend dia dua – dua kat atas, pintu bawah kunci dan dia ambil masa dalam 10 minit baru turun.

Lepas tu, muka macam muka suspen je. Bila tanya, cakap kawan dengan isteri tumpang rumah tu. Aku tanya, takkan suami dia benarkan isteri tinggal berdua dengan bekas suami. Mana suami dia? Dia diam je. Kalau korang, korang boleh percaya ke?

Aku ada informer, budak ni rakan bisnes. Dia cakap kat aku, bekas aku selalu cerita aku tak layan dia, aku macam tu macam ni. Ada ke dia kata sebulan aku tak bagi benda tu kat dia? Kalau seingat aku, paling – paling tidak kadang – kadang tu seminggu dua atau tiga kali adalah.

Aku ingat suami aku baik, dia tak macam yang orang sangka, tapi aku silap. Sebenarnya aku yang terlalu mempercayainya. Awal lagi family aku cakap mesti dia ada girlfriend lain. Kalau tak, takkan jadi macam ni. Kalau aku cakap, dia kata aku je yang betul, dia seorang je yang salah.

Aku bagitahu kat dia, aku mengaku aku buat silap. Silap aku mungkin aku terlalu lalai dalam menghargai dia dan ambil sambil lewa kerana aku ingat dia tak kisah. Kalau aku boleh putar waktu, aku nak tebus segalanya. Tapi aku dah dapat baIasan dari Yang Esa. Mungkin ini baIasannya. Aku terima dengan redha, cuma aku kesal dengan sikap dia yang buat aku macam sampah. Entahlah, kadang – kadang aku tak faham sebenarnya apa yang lelaki hendak.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.