Sudahlah mengandung sebab kehormatan dir4gut, keluarga benci tak nak terima. Saya tidur dekat McD tapi kena halau

Hidup saya tak selamat mahupun di rumah mak sendiri. Waktu mak tengah tenat s4kit, abang kandung saya sendiri ‘usik’ saya di bilik saya. Rumah mak saya tak ada kunci pintu, dah berlopong macam rumah lama dulu tu. Saya mengadu kat bapa tapi dia tak bagi saya buat report sebab taknak maIukan family lagi.

#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca yang budiman, saya pernah depr3ssion dan ada anx1ety disorder, ada gerd, ada bip0lar dis0rder. Saya rawat perut saya, kawal makan, sekarang saya dah pulih, banyakkan istighfar saja bila saya hilang arah kalau banyak fikir.

Ada yang tanya macam mana saya surv1ve selama ni besarkan anak sorang diri? Saya buat macam – macam, saya belajar tak tinggi, berhenti sekolah sejak kejadian kehormatan saya dir4gut tu. Saya merempat sana sini dekat Bukit Bintang sebab family tak terima saya sejak saya pregnant.

Saya tak salahkan family. Saya tidur dikedai makan, tidur di stesyen bas, tidur di meja mcdonald (selalu kena halau sebab tidur sampai sejam dua). Kena kacau dengan pak arab tu dah jadi kebiasaan harian waktu homeless tu.

Alhamdulillah tak pernah lagi ikut mana mana lelaki atau jual maru4h, saya akan cari kerja macam basuh pinggan kat kedai makan situ, tolong buang sampah, dapat je duit saya cari hotel murah sebab saya s4kit pinggang bawa anak dalam perut.

Makan pula saya selalu dapat yang gelandangan punya. Sampailah perut saya dah 7 bulan, saya balik juga rumah arw4h mak dan merayu minta maaf minta mak terima saya semula. Alhamdulillah saya selamat bersalin. Selepas bersalin pihak berkuasa datang untuk ambil anak saya, saya tak bagi.

Dorang psycho saya supaya saya bagi anak. Pelbagai ayat dorang kata kat saya supaya saya bagi anak ni. Dorang takut saya buang anak atau tak bertanggungjawab sebab saya muda lagi tak puas hidup lagi. Saya berkeras tak nak bagi anak saya.

Saya cakap kat pegawai tu saya sayang anak saya, anak saya ni yang ada waktu saya merempat, anak saya ni anugerah buat saya. Pastu dorang tak p4ksa dah. Hiduplah saya sebagai single mom, penuh dengan cacian jiran tetangga, penuh dengan umpatan mulut bawang, sampailah saya dah kahwin, dan bercerai atas sebab kaki pukuI, tak bertanggungjawab atas nafkah, tak terima anak seadanya.

Waktu saya diceraikan tu, saya tak tahu saya pregnant. Terduduk sungguh saya waktu tu. Menggeletar jari jemari saya memikirkan nasib saya. Makanya, dua – dua anak saya ni membesar tanpa kasih seorang ayah. Hidup saya penuh dengan tr4uma.

Pergi kerja di sana sini ramai lelaki ambil kesempatan lepas dah tahu status saya, dorang ingat saya ni senang dikacau. Saya berhenti banyak kerja dengan hanya sebab s3xuaI har4ssment. Bos gatal pun ada, rakan sekerja gatal pun ada sampai pegang private part tu dah jadi kebiasaan dorang kat situ sesama sendiri.

Hidup saya rasa tak selamat mahupun di rumah mak saya sendiri, waktu arw4h mak saya tengah tenat s4kit, abang kandung saya sendiri ‘usik’ saya di bilik saya. Rumah mak saya tak ada kunci pintu, dah berlopong macam rumah lama dulu tu.

Saya mengadu kat bapa saya tapi bapa tak bagi saya buat report sebab taknak maIukan family lagi. Doktor pesan kat kami jangan bagi arw4h mak str3ss waktu tengah tenat s4kit, mak akan masuk wad kalau terk3jut. Memang keadaan mak teruk sangat waktu tu.

Tak sangka peny4kit tibi dalam badan mak dah hidup selama 30 tahun. Doktor kata ni kes yang doktor tak pernah jumpa. Betapa kuatnya ibu membesarkan anak – anaknya dan berpura kuat. Sampailah nafas terakhir. Mak saya juga single mom, saya tak ada bapa sejak darjah 1 macam tu.

Tapi tak pernah bermusuuh dengan bapa. Kami adik beradik hormat orang tua. Tak lama pada tu, mak saya pergi mengadap Illahi. Bermulalah hidup saya terkontang kanting sebagai seorang ibu muda. Yang taktahu apa tentang dunia, belajar pun tak tinggi.

Bergaul pun tidak. Saya buat pelbagai kerja selama saya jadi ibu. Saya pernah jadi orang gaji di rumah orang, ulang alik jalan kaki hari – hari bawa anak saya panas terik. Pernah kerja kedai makan. Pernah kerja cleaner, pernah ambil upah lipat baju, pernah berniaga air jagung viral sampai muka saya terpampang di Page makanan viral sebab air saya jual tu sedap.

Alhamdulillah rezeki anak sampailah ada orang busuk hati pergi report kat jawatan kuasa dan saya takleh niaga lagi kat situ. Saya tak dapat niaga tempat lain sebab takda kereta. Saya tolak stall niaga dari rumah jauh – jauh setiap hari.

Pelbagai rintangan saya r3mpuh dengan anak – anak. Saya kerja kat mall, hantar anak kat pengasuh, anak saya kena d3ra. Saya berhenti kerja sejak pada tu. Hidup saya serba tak kena. Saya mohon zakat dah bertahun ulang alik tapi tak dapat sebab saya tinggal di rumah parent. Syaratnya nak kena duduk rumah sewa.

Bertahun kemudian, saya beranikan diri untuk sewa bilik. Sebelum tu saya dah dihalau oleh ayah saya sebab pilih kasih. Sepatutnya saya dapat rumah tu, tapi abang saya nak sangat, saya malas nak g4duh adik beradik, saya undur diri.

Saya sewa bilik, saya mula berkecimpung dalam dunia online. Saya buat dropship. Saya tak mampu bayar kelas mahal sebab saya takda income. Kais pagi makan tengahari kais petang makan malam. Badan saya jangan cakap, kurusnyaaaaaa.

Angin tiup dah bergoyang. Saya asyik dahuIukan perut anak saya, dorang tengah membesar. Saya search kat google pelbagai tajuk untuk belajar promote online, belajar cara marketing, copy writing, sampailah saya pandai. Dan saya gunakan semua skill yang Allah anugerahkan pada saya ni sebaik mungkin.

Saya promote barang non stop, saya jadi personal shopper BBW, Victoria Secret dan sebagainya. Semua saya pergi naik Grab. Usung anak sana sini. Sampailah dah ada rezeki untuk deposit rumah, saya dapat sewa rumah murah.

Rumah sewa yang banyak pintu tu. Rezeki anak, buka pintu rumah terus nampak sekolah. Takyah dah fikir pasal susah nak pergi sekolah. Dah nak setahun saya kat sini. Alhamdulillah kami bahagia dengan cara kami. Satu persatu gadjet keperluan rumah saya beli hasil duit saya sendiri, duit niaga online.

Saya niaga puding c0cktail dari rumah, sekarang tengah struggIe sikit nak cari modal niaga, nak jual periuk Noxxa saya ni untuk rolling modal niaga. Saya pernah jual TV untuk beli makanan. Alhamdulillah sekarang duit rumah dapat bantuan baitumal.

Dapat bantuan KISS, dapat bantuan JKM. Cukup makan saja, tak mewah mana tapi ada. Rumah ni pun tak ada sofa, tak ada perabot mewah, yang ada ni saya beli second dan saya cat semula warna putih bagi lawa, rumah ni pun saya cat sendiri dengan warna putih sebab rumah tak besar, muat kami bertiga alhamdulillah, deco rumah sikit – sikit beli dari kedai Eco, saya nak bagi anak selesa.

Saya beli rak buku besar second khas untuk buku bacaan anak – anak saya. Buku kisah Nabi, saya tak suka anak pegang phone sangat. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Jiran pun baik, tuan rumah pun baik sangat, rezeki kan, selalu sangat bertukar pinggan bila ada rezeki lebih.

Doakan saya dapat rolling modal nak niaga ya. Saya selalu pesan kat diri saya. Nak hidup ni kena kreatif. Baru boleh cari makan. Saya tetap akan berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Saya tak akan meminta sana sini, ayah saya pernah pesan, h1nanya manusia ni kat atas bumi waktu dia merempat dan mengemis, maksudnya waktu kita susah takkan ada orang yang suka atau tolong, kita kena bangun sendiri.

Sekian cerita panjang dari saya, seorang ibu muda yang dah redha dan bersyukur dengan jalan hidup ini. Saya tahu Allah sayang saya. Saya selalu minta bapa saya doakan saya dari jauh, setiap bulan saya bagi duit kat bapa saya setakat yang saya mampu. Saya teringin nak ada keluarga tapi saya dibesarkan dalam br0ken family, adik beradik semua dah kahwin dan buat hal masing – masing.

Sejak mak arw4h, hubungan kami longgar, pernah juga baca tentang ni bila ibu tiada, family akan jadi lain, tapi tak semua sama. Selain tu saya nak berkongsi juga berkenaan anak tak sah taraf saya ni, ramai tanya macam mana saya mendidiknya.

Saya bukan ibu yang perfect dari segala segi, banyak juga kekurangan saya. Saya share apa yang saya buat sejak anak saya kecil ya. Sediakan tisu jika anda senang menangis macam saya. Apa yang saya buat, Tampal doa dipintu keluar dan masuk, dipintu tandas, di dalam tandas saya tampal cara berwudhu dengan betul, dalam tandas tu gambar sahaja bukan ayat Al-Quran.

Tampal dipeti sejuk, saya guna magnet saja kalau di peti sejuk tu. Dalam bilik anak pun tampal doa – doa harian untuk pakai baju, doa tidur, doa bangun tidur, dan sebagainya yang sesuai. Di bahagian basuh beras pun saya ada tampal doa basuh beras, doa basuh sayur dan sebagainya untuk rujukan saya, anak – anak.

Doa buat air pun saya tampal. Pergi ke google dan search doa yang jelas dan cantik, pergi print dan laminate. Tampal tu jangan guna gam yang terlalu kuat, habis wall nanti kan. Guna double sellotape tu je yang senang nak cabut.

Kos saya print dan laminate semua tu habis dalam rm100+. Saya ada print / laminate doa – doa lazim juga, saya suka print yang colourful untuk rujukan anak – anak yang ada gambar kartun Omar dan Hana. Padahal boleh je beli buku doa kan, bagi saya tampal macam ni lagi menjadi sebab anak sentiasa nampak dan saya pula tak kering gusi sentiasa ingatkan baca doa – doa tu.

Sampai dorang dah hafal sesetengah doa yang saya tampal tu. Tampal elok – eloklah bagi nampak aesthetic, sedap mata memandang sebab saya minat deco – deco rumah ni. Dan di rumah saya menyewa ni, selama saya duduk sini saya sentiasa pasang plug zikir tu bagi anak dengar.

Saya beli yang boleh slow / kuat volume supaya boleh bawa tidur sekali, didodoi dengan alunan zikir anak saya suka. Dorang rasa selamat sebab saya dah asingkan tempat tidur. Saya letak katil double decker kat bilik anak. Bagi dorang jam supaya disiplin bangun pagi.

Set jam pun macam tak berfungsi je sebab anak selalu terjaga awal dari biasa untuk ajak saya tahajjud. Dah biasa saya k3jut setiap hari agaknya kan. Saya juga latih anak buat to do list everyday. Supaya dorang tahu tugas masing – masing dan tak buang masa.

Takdalah saya padatkan jadual sampai anak takda masa main dan rehat. Saya buat berjadual santai bagi anak seronok, siapa buat kerja dia, akan dapat bintang dari saya. Seronoklah dorang berebut nak kemas rumah atau tolong saya masak.

Setiap minggu mesti kena cuci toilet, saya cakap cuci toilet ni amalan yang sangat bagus, supaya dapat turunkan eg0 kita sebagai manusia, supaya jaga kebersihan. Setiap apa yang saya ajar tu saya akan terangkan kenapa dia kena buat semua tu. Senang dah ada wife akan datang.

Paling saya selalu tekankan adalah tentang ADAB. Saya selalu pesan kat anak hampir setiap kali dorang nak keluar bermain, lalu depan orang tua mesti tunduk, kalau saya tengah berborak dengan jiran jangan menyampuk, pergi mengaji jangan bising atau bermain nanti ganggu kawan nak mengaji.

Anak saya tak pandai guna bahasa aku kau, bagi saya takpe je dia nak guna untuk kengkawan dia tapi dia dah biasa dari kecil tengok saya tak guna kau aku dengan orang, dia guna awak saya je kalau berkawan, saya cakap kat dia dalam dunia ni banyak orang yang belajar tinggi tapi tak ada ADAB.

Saya selalu cerita adab tu sangat penting, lebih penting dari ilmu. Saya cerita kat dia orang dulu – dulu pergi belajar pondok, 80% belajar tentang ADAB, 20% tentang ilmu agama. Alhamdulillah anak saya senang nak jaga sebab dia tak lasak dekat rumah orang, tak lasak bila bawa mall sebab saya ajar tatatertib yang sepatutnya.

Kat rumah bebudak nak bergusti ke nak tomoi ke takpalah sebab rumah kita kan. Anak – anak lelaki biasalah banyak energy, kat rumah mesti ada melompat memanjat semua. Ada bergelut adik beradik tu perkara biasa. Kalau saya dah serabut sangat saya akan cakap nak pergi kedai sekejap.

Saya tarik nafas panjang panjang baru saya balik, sebab saya ada anx1ety, saya kena pandai kawal diri, anak – anak perIukan saya. Saya tak boleh s4kit. Biar anak s4kit jangan saya s4kit. Doakan saya ya suri. Saya pun insan biasa yang banyak kekurangan. Harap tak sebarkan semua ni, harap dapat kata kata yang positive. Terima kasih semua :))

Komen Warganet :

Siti Hasnah Ramli : Subhanallah, sis ada lah insan yang hebat semoga Allah lindungi dan rahm4ti keluarga sis dunia akhir4t Aamiin.. Opah pun masih banyak kekurangan dan masih mencari ilmu akhir4t tak juga lancar doa – doa yang pendek.

Sis boleh tak jual doa ayat – ayat harian dengan gambar berwuduk untok buat cucu opah. Tak pandai yang macam sis buat. Betul adab – adab dan sopan santun yang perlu kita ajari.

Kak Ngah Ainnur : Puan ni seorang yang sangat bijak.. Alhamduillah.. tak semua orang diberikan hidayah macam puan, diberikan kekuatan, kesabaran yang luar biasa.. Allah.. Allah sayang sangat pada puan. Malu rasa dengan diri sendiri ni terlalu lemah dalam semua segi.

Nurul Aini : MasyaAllah.. bagus sangat ape yang dinukilkn sis. Yakin dengan Allah. Allah uji sebab Allah sayang. Banyak pesanan dan mesej dalam ni. Bagus cara didikn sis pada anak – anak. Alhamdulillah.. terapkan agama pada anak – anak, In shaa Allah berjaya dunia dan akhir4t. Semoga dipermudahkn segala urusan sis sekeluarga. Berjaya dunia dan akhir4t.. big hugs for u.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.