Hujan lebat suami suruh aku pergi kerja naik motor. Kereta dia bagi mak mertua pinjam pergi kerja. Aku isteri lagi penting

Suami aku ni seorang anak mak, apa yang mak dia cakap dia ikutkan. Bila kami berg4duh, setiap kali tu jugak dia akan balik rumah mak dia. Sampai 2 – 3 hari baru nak balik. Bila dah anak mak ni, memang satu kerja rumah pun tak reti buat. Baru ni suami failkan cerai sedangkan baru 4 bulan kahwin..

#Foto sekadar hiasan, Assalamualaikum semua. Nama aku Nur berumur lewat 20-an. Aku tak tahu macam mana nak cerita sebab aku bukan lah penulis hebat, nak karang – karang ayat lagi lah teruk. Aku nak cerita atau luahkan kisah aku sebagai seorang isteri yang mana suami aku seorang yang mengalah dalam rumah tangga.

Mengalah maksud aku dia dah putuus asa dalam hubungan kami. Cerita bermula begini, aku baru je mulakan alam perkahwinan. Selama 4 bulan ni dah macam bertahun kahwin, sebab macam – macam aku dah lalui bersama dengan suami dari segi ekonomi yang teruk dan per4ngai masing – masing.

Mungkin masing – masing baru nak adapt, nak kenal satu sama lain. Masa bercinta lain, bila dah tidur sekatil sebantal lain pula per4ngai yang keluar. Orang kalau 4 bulan kahwin macam – macam benda indah berlaku tapi tidak kepada aku.

Kami kerap berg4duh sebab panas baran aku. Suami aku ni seorang anak mak, apa yang mak dia cakap dia ikutkan aje sampai aku makan hati pun dia tak pernah pujuk. Bila kami berg4duh, setiap kali tu jugak dia akan balik rumah mak dia.

Aku marah sebab dia tak nak selesaikan masalah. Sepatutnya mungkin lepas dah reda kami boleh bincang. Kadang – kadang balik sampai 2 – 3 hari baru balik itu pun aku yang pujuk rayu dan minta maaf untuk dia balik baru balik.

Suami aku ni kan anak mak, bila kata anak mak tu maksudnya dia tak pernah tolong aku buat kerja rumah. Yelah, dah dimanjakan di rumah mertua. Aku pun berkerja, kerja shift lagi. Dia pun kerja shift cuma kerja shift aku tak lama hanya 8 jam dan dia 12 jam.

Aku faham situasi dia sebab dia sebagai clerk lori dan gaji tak besar mana. Berbeza dengan skop kerja aku tapi gaji takde beza banyak pun hanya 300 – 400 je. Aku selalu dapat gaji dulu jadi pasal rumah aku yang uruskan dari sewa sampai bil – bil air dan barang dapur aku beli.

Dia ade hulur duit tapi tak banyak dalam RM500. Yup orang dengar 500 cukup tapi bagi aku tak cukup sebab sewa rumah sahaja dah 500 tak masuk api, air, barang dapur, indah water dan makan luar pun aku keluarkan duit sebab dia selalu kata tak ada duit.

Aku boleh faham dekat situ tapi salah ke dia layan aku dengan baik sebagai seorang isteri, bukannya selalu keluar gi lepak dengan kawan – kawan dan selalu dengar mak dia cakap, habis aku ni siapa bagi dia? Hidup macam orang bujang.

Aku isteri kut patutnya dia lagi layan aku dari mak dia. Setiap kali nak guna kereta, dia kata mak dia nak guna. Aku memang tak ade kereta dan tak ada ape – ape pun sebab duit aku habis banyak untuk keperluan kami, jadi duit nak beli kereta tu tak ada.

Tapi dia ada kereta sebelum kami kahwin, jadi aku sebagai isteri ingat suami ada kereta aku boleh pinjam lah kereta dia untuk mudahkan aku ke sana ke sini. Tapi selama 4 bulan kahwin ni, aku jarang bawak kereta dia sebab mak dia selalu guna untuk pergi kerja.

Jadi aku naik motor untuk pergi kerja. Pernah sekali hujan lebat sangat – sangat dia suruh aku naik motor dan mak dia naik kereta. Masa tu aku pelik kenapa dia buat macam tu, jadi aku pun iyea kan je sebab malas nak g4duh – g4duh.

Aku ingat lagi masa aku nak balik kampung abang aku, mak dia boleh guna kereta pergi kerja sedangkan ada kakak dia duduk dengan mak dia ada.. tapi mak dia tak pernah susah kan kakak dia, katanya kakak dia busy. Busy apa buat kerja pun kat rumah siap boleh hantar dan ambil anak sekolah, tak kan waktu tu kakak dia tak boleh tolong mak dia hantarkan pergi kerja sekejap.

Aku marah sangat – sangat sebab aku dah janji dengan mak aku nak balik awal tup tup dia kata mak dia guna kereta pergi kerja tunggu mak dia balik. Aku macam meng4muk terus sebab aku dah janji dengan mak aku balik awal tapi dia pentingkan mak dia dari aku sedangkan aku dah cakap sebulan awal kata nak balik awal.

Memang aku meng4muk betul aku menjerit dan m4ki hamun dia. Macam biasa dia lari lah balik rumah mak dia dan tak balik – balik. Aku menangis waktu itu aku telefon mak aku kata nak balik naik bus sebab dia tak nak hantar aku.

Lepas tu mak aku telefon dia suruh dia hantar aku balik. Selepas kejadian tu biase lah dia tak buat bersalah. Dia tak bercakap dengan aku, kalau aku tanya dia sepatah dua je dia bercakap. Jadi aku tak nak mengerutkan keadaan aku minta maaflah baru dia okay.

Sekarang ni suami aku failkan penceraian sebab dia tak tahan duduk dengan aku. Dia kata aku yang bersalah dalam semua perkara. Macam dia tak bersalah dan mak mertua aku pun cakap dekat suami, bercerai lah tu lagi baik.

Kalau boleh aku tak nak bercerai aku nak selesaikan masalah bukannya bila ada masalah lari balik rumah mak dia. Sebulan dah dia tak balik rumah. Aku nak dia balik rumah dan selesaikan masalah bukan lari dari masalah.

Bagi aku biasalah rumah tangga ada pasang surutnya. Entah suami aku kata dia dah tawar hati dengan aku. Sepatutnya aku yang tawar hati sebab per4ngai dia dengan mak dia. Tapi aku redha apa yang berlaku.. Tak apalah yang berlaku ini semua ada hikmahnya. Aku nak minta sahabat di sini doakan aku kuat lepas ni. – Nur (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Syamimi Rosli
Awal – awal dah tersiksa. Bab anak mak yang lurus ni tak bagus tau. Ramai ja anak mak, tapi bila dah kawen, isteri tu tanggungjawab utama. Mak mertua awak pun bukan kategori yang bagus, kalau dia bàik, dia halang anak dia duk rumah dia lama – lama, tinggal isteri sorang – sorang.

Hmm.. Masih terlalu awal nak buat kesimpulan, tapi kalau suami dah tawar jati dan dia yang failkan. Teruskan ja lah kot. Cari orang yang sayang kita lebih, bukan kita yang saanyg dia lebih.

Norain Noordin : Dua – dua pun tak matang. Kalau suami yang nak cerai TT terima je lah sebab per4ngai tak semenggah dia tu susah nak ubah. Kebudak – budakan sangat. TT pun nampak tak matang dengan nak mempertikaikan pasal kereta suami.

Dan lebih teruk lagi support kewangan keluarga banyak sangat sampai suami naik lemak. Nanti bila naik mahkamah tunjuk semua bukti yang mana TT dah belanjakan. F1ght for your rights.

Nadzirah Baistaman : Cerai je lah sis kalau macam tu. M4kin lama m4kin s4kit hati dan m4kin lama m4kin susah nak keluar dari kepompong kemelut ni. Mungkin sis masih sayangkan hubungn perkahwinan sebab baru berumahtangga.

Percayalah lepas ni akan tetap sama dan dia dah susah untuk berubah. Makan tahun pun tetap macam tu jika suami rasa isteri sahaja yang perlu mintak maaf dalam segala hal. Plus tanggungjawab dia bukan sepenuhnya dia tunaikan.

Sis yang top up dan dahuIukan dulu. mungkin sekarang sebab baru lagi, sis tak kisah. Lama kelamaan Sis akan rasa terbeban tambah bila ada anak nanti. Mana nak kehel. semua akan sis tanggung tapi satu je nak cakap, hak orang tetap hak orang.

Tak kisah duit, kereta, rumah, apa saja. jadi, susah macam mana pun, carilah yang kita punya. Sekurang – kurangnya tetap kita punya walaupn kecik dan sedikit. Just my true opinion. Bukan menghasut. Dah alang – alang suami sis dah failkan cerai.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.