Sy reIa suami pukuI sy dari dia jerit sampai satu kpg dgr, sambil ugvt nak ceraikan sy

Saya jadi takut kalau terbuat salah, apa yang akan dia buat dekat saya. Kadang – kadang sebab saya lambat bagi pakai pampers anak pun dia akan marah. Pernah satu hari niat saya untuk berbincang dengannya tentang masalah kami. Sedang saya bercakap tiba – tiba dia meng4muk. Dia terjerit – jerit dan pukuI katil sampai runtvh dan lantai bilik pecah. Saya takutt. 

#Foto sekadar hiasan. Assalamuakaikum, terima kasih kepada admin jika confession saya ni disiarkan. Sebenarnya saya tak tahu patut atau tak saya luahkan sebab saya takut benda ni remeh. Tapi saya rasa dah tak tahan lagi.

Saya ingin meluahkan dan meminta pendapat kawan – kawan di sini. Tiada niat untuk saya membuka a1b suami saya tapi sampai bila saya harus pendamkan perasaan ni. Perasan ni buatkan saya selalu rasa nak bvnvh diri dan lari jauh dari sini.

Entahla mungkin suatu masa saya akan betul – betul lari. Saya isteri ada anak sorang berumur 1 tahun. Bekerja sendiri. Saya ada buat bisness online bersama suami. Masalah di sini, suami saya sentiasa marah setiap kali saya atau ibunya tidak memuaskan hatinya.

Ok saya faham marah tu biasa la bila ada yang tak kena tapi bagi saya kenapa benda kecik pun perlu marah sampai mem4ki hamun saya atau ibunya. Dan dia juga akan membaIing barang atau meny4kiti saya atau ibunya.

Dan benda tu berikan tekanan mentaI kepada saya. Sepanjang kahwin tidak pernah sekali pun saya mem4ki hamun, menc4rut atau berkata kesat kepadanya tapi kenapa dia begitu mudah meIontarkan kata – kata kesat kepada kami seolah – olah dia tidak sedar yang benda itu keterlaluan.

Setiap kali dia marah saya rasa sangat takut dan malu kat jiran – jiran sebab suaranya yang sangat kuat. Dia menjerit macam orang hilang akal sambil mem4ki hamun dan mengugvt nak menceraikan saya. Setiap kali g4duh.

Setiap kali tu dia ugvt akan menceraikan saya seolah – olah saya ni buat kesalahan yang terIampau besar dan tak boleh nak dimaafkan. Padahal salah saya hanyalah lambat pakaikan pempers anak, atau saya menasihatinya supaya jangan marah – marah ibunya lagi..

Pernah juga satu hari niat saya untuk berbincang dengannnya tentang masalah kami. Sedang saya bercakap tetiba dia meng4muk. Dia terjerit – jerit dan pukuI katil sampai runtvh dan lantai bilik pecah. Saya takutt.

Sejak haritu saya dah tak tegur dia apa – apa dah. Saya pernah bagitahu dia kalau awak nak marah atau nak tegur saya saya tak kesah. Saya boleh terima. Tapi kalau macam ni gayanya ni bukan marah. Ni baran.

Tapi dia hanya membaIas. Awak saja rasa baran. Semua lelaki marah macam ni. Awak saja tak tahu. Betul ke?? Tapi saya tak pernah tengok abang saya, adik – adik saya layan mak saya macam ni. Ada salah sikit m4ki hamun, t3ngking atau tinggi suara.

Saya rasa saya hidup dalam ketakutan. Hidup saya bukanlah sempurna. Saya tak tahu apa salah yang saya akan terbuat nanti. Agak – agak apa yang suami saya akan buat kat saya? Macam – macam saya fikir. Saya jadi takut nak buat silap walaupun tak sengaja.

Saya rasa saya nak lari sangat bersama anak saya. tapi saya takut. Saya takut dia bertindak di luar batasan. Dia suka pandang rendah terhadap saya. Masa saya nak mulakan perniagaan ni balik dia rendahkan saya cakap saya tak boleh nak berniaga.

Tak payah perasan. Macam – macam yang dia kata. Tapi sekarang duit saya jugak yang dia dok guna, bayar kereta and beli macam – macam. Tapi saya takut nak tegur. Saya tak nak lah g4duh pasal duit. Saya tak tahu apa akan jadi kalau saya tegur pasal duit tu.

Sebabnya account company atas nama dia. Jadi dia senang – senanglah boleh keluarkan duit. Pernah sebelum ni saya gunakan account saya untuk urusan perniagaan tapi dia ugvt saya dia cakap dia tak nak serabut pasal cukai nanti dan dia stopkan iklan.

Jadi, bila dia stopkan iklan saya tak dapat buat sale. Kami dah berniaga 3 tahun. tapi tak pernah ada duit simpanan. Berniaga pun macam tak jadi. Sebab dia tak pernah dengar apa saya cakap. Bila saya bagi pandangan dia perlekehkan.

Dia kata saya tak tahu berniaga. Akhirnya lingkup. Saya str3ss sangat. Dia tak pernah sedar yang dia pun mungkin ada buat salah. Dia hanya tahu menyalahkan orang lain dan takdir Tuhan. Kenapa dia tak boleh nak muhasabah diri dia.

Perbuatan dia terhadap saya dan ibunya buatkan rezekinya semp1t. Yang dia tahu hanya mem4ki hamun apa yang jadi dan salahkan takdir Tuhan. Kadang – kadang saya rasa nak bawak dia pergi jumpa doktor.

Adakah dia ada masalah depr3ssion yang teruk? Tapi mana mungkin saya boleh tolong dia sebab nanti saya yang akan kena. Saya malu dekat jiran – jiran. Saya lebih reIa dia memukuI saya dari melaIak menjerit sampai satu kampung dengar dia dok m4ki isteri dan ugvt – ugvt nak ceraikan saya.

Saya malu! Tapi saya tekad untuk lari setiap kali saya kena marah tanpa beIas kasihan. Tapi boleh pulak dia buat – buat tak ada apa jadi selepas beberapa jam dia marah saya. Saya pun kena berlakon takde apa – apa jadi.

Padahal diri saya dah m4ti dia kerjakan. Saya kena k0rbankan perasaan dan em0si saya. Demi jaga hati dia. Sampai bila saya perlu macam ni? Saya sedih saya str3ss saya tak bahagia langsung.

Saya harap sangat dia berubah dan sedar yang sebenarnya dia seorang yang terIampau BARAN. Saya nak dia tahu yang dia sering membvnvh saya dan ibunya dengan kata – kata kesat m4ki hamunnya..

Moga Allah berikan petunjuk kepadanya dan bukakan pintu hatinya untuk dia nilai segala perbuatannya. Ketahuilah suamiku, aku tidak pernah takut engkau menceraikan ku. Cuma aku takut bila aku minta untuk dilepaskan, engkau bertindak di luar batasan. Tapi suatu masa pasti aku akan lari jua jika engkau tidak berubah. – Isteri ters4kiti (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aida MN : Tiada siapa boleh ubah suami tt kecuali dirinya sendiri yang nak berubah. Kalau sekarang per4ngainya macam ni, bayangkan lagi 5 -10 tahun akan datang. Anak tt tengah membesar, yang paling ditakuti kalau anak itu anggap tindakan ayahnya marah – marah ibu dan nenek dia adalah perbuatan yang normal.

Jadi dia pun membesar dengan per4ngai sama macam ayahnya. Jika tt sayangkan anak, keluar la dari hubungan yang t0xic. Demi diri tt dan juga anak. Dan untuk bisnes pulak, tt kena register akaun sendiri untuk bisnes.

Jangan campurkan duit bisness tt dengan duit yang suami punya. Asingkan.. ini pun untuk masa depan tt dan anak. Bijak mengatur langkah untuk masa hadapan. Kena buat planning betul – betul sebelum tt dec1de apa langkah seterusnya, especially bab duit.

Semoga Allah bagi jalan untuk tt dan anak dan keluar dari kehidupan yang tersiksa. Ingat, doa orang terani4ya ni Allah angkat dan makbulkan. Berbanyakkan berdoa.

Nur ELiza RaShid : Kegan4san dalam rumahtangga bukan hanya terhad pada pend3raan fizikaI semata – mata. Puan harus sedar bahawa suami sedang melakukan 2 jenis pend3raan kepada puan sekarang ini.

1) Pend3raan Em0si ( ugvtan, m4ki hamun, pengh1naan, pandang rendah dan diperlecehkan)

2) Pend3raan Kewangan. (duit hasil perniagaan puan digunakan sesuka hati, puan dihalang guna account bank sendiri etc )

Di Malaysia kita ada pelbagai bentuk perIindungan yang ditawarkan kepada m4ngsa. Reach out dan mintalah bantuan. Berhenti meny4kiti diri sendiri dan berhenti letakkan anak puan dalam situasi yang bah4ya ini. Puan boleh ubah keadaan.

Madamme Que : Please lari balik rumah parents awak. Tanya diri u. Sanggup tak hidup 20 / 30 tahun ngan dia? Beranak pinak dengan cycle yang sama? Anak – anak membesar dengan m4ki hamun dia. Dan yang paling teruk, anak – anak akan ulang cycle ayah dia, sepertimana suami u buat kat ibu dia. U dec1de.

Selalunya lelaki baran ni susah nak diperbetulkan. If u dec1de to walk away, uruskan penceraian u di rumah parents u. Make a plan. Mengadu kat parents dan adik beradik u. Sediakan bukti – bukti kukuh. Masa dia meng4muk tu rakam video / suara.

Beli cctv yang mudah pasang. Amik gambar benda – benda yang dia musn4hkan. Tunjuk bukti ni kat mahkamah syariah. Sis, mak pak u beIa u baik – baik sampai dewasa, bukan untuk dijadikan pvnching bag. U are worthy, bukan deserve dim4ki.

Perkahwinan sepatutnya mendamaikan hati, bukan menyiksa jiwa raga. Jangan tunggu sampai 5 orang anak. Sekarang ni pun please pakai perancang kehamilan. Orang macam suami u akan merayu – rayu menangis – menangis nak berubah, dan as usual isteri akan lembut hati dan cair. Tapi lepastu akan buat balik, dan buat macam tak salah apa – apa.

Fadzilah Musa : Boleh tak kalau saya taknak baca tapi nak komen terus? Sebab saya macam dah tahu apa jalan cerita dia, saya dah khatam. Lagipun saya takut saya komen terlalu em0si. Selama 15 tahun bersabar sebelum ni.

Saya nak cakap 1 je sis. Run sister run. Jangan jadi macam saya, terlalu lambat berani buat tindakan. Dam4ge has been done. Terutamanya mentaI kami anak beranak terkesan teruk. Dari happy go lucky, sampai kena anx1ety dan depr3ssion berkali – kali.

Hidup dengan orang baran ni penuh ketakutan, takut kita terbuat silap, orang lain punya silap pun kita jugak kena. Lvka berd4rah yang orang tak nampak. P4rut yang mungkin dibawa seumur hidup.

Zulhilmi Jol Hassan : Hi confessor, saya minta awak ambil kunci kereta, ambil anak, start enjin kereta lepastu pecut keluar dari rumah dan juga rumahtangga. Baran suami terIampau, sampai awak berasa takut setakutnya dengan suami.

Bukankah suami sepatutnya meIindungi isteri dan memastikan isteri berasa selamat. Ya perkahwinan tu banyak dugaannya tapi perkahwinan ini dah jadi t0ksik. Jika suami tiada niat nak mengubah dirinya, in the future takut juga dia bertindak lebih ganas, lebih baik confessor minta fasakh.

Confessor dah cuba berbincang tetapi suami meng4muk pula. Tinggi sungguh eg0 beliau, kuat juga barannya. Tadi saya baru google, confessor boleh cuba hubungi Talian Kasih, dail 159999 untuk dapatkan restr4ining 0rder supaya suami tak dapat datang dekat ataupun untuk dapatkan nasihat berkenaan keg4nasan rumahtangga, apa tindakan yang confessor boleh ambil seterusnya.

Dalam kes confessor ni, suami dah mend3ra mentaI sebab dalam confession, confessor kata lebih reIa dipukuI daripada dim4ki, dit3ngking oleh suami. Saya yang orang luar ni pun rasa kasihan dengan confessor, tolonglah confessor bertindak sepatutnya. Keluarlah dari t0ksik relationship.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.