Tak sia2 aku p0tong getah setiap hari. Adik kumpul duit bawa aku pergi k0nvo dia dekat Ireland

Abah pergi tak tinggalkan apa – apa untuk kami. Yang ada tanah getah 2 ekar. Tapak rumah. Tu jelah. Itu pon ramai je sed4ra – sed4ra yang tanya. Waktu diorang datang rumah tanya pasal tanah tu. Aku h4mbat diorang dengan p4rang masa tu.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau post saya ni disiarkan. Sebenarnya saya takde nak buat confession apa – apa. Cuma nak bagi penghargaan pada adik saya yang sangat – sangat saya sayang.

Maaflah confession ni panjang sedikit ye. Sikit pengenalan diri. Saya Amir, berumur 32 tahun. Masih bujang. Ok setel pengenalan. Coretan ni saya khususkan buat adik saya Amira. Sebab saya tau dia rajin baca dan komen – komen di page ni. Ok saya mulakan.

Dik. Takde orang yang aku sayang dalam dunia ni melebihi kau. Aku nak kau tau dari mula kau lahir sampailah sekarang. Kaulah satu – satunya orang yang aku ada dalam dunia ni. Arw4h mak meningg4I masa umur kau 5 tahun.

Kau kecik lagi dik. Hingus pon meIeleh lagi. Tapi kau dah hilang kasih sayang seorang mak. Aku sampai sekarang ingat lagi. Aku peIuk kau depan jen4zah mak. Kau tanya aku. “Kenapa orang baIut mak?” “Kenapa orang ik4t mak?”

“Kenapa abang menangis?” Kau lap air mata aku dengan bantal busuk kau. Kau pujuk aku. Kau peIuk aku. Walaupon masa tu kau tak tahu apa – apa, tapi kau dah tunjuk kau lagi kuat dari aku. Tapi lepas sehari kau tanya bila mak nak bangun.

Bila mak nak balik. Kau kata kau rindu mak. Kau meIalak depan aku. Depan abah. Tapi masa tu abah ada dik. Abahlah yang pujuk kau. Tenangkan kau. Bagi kau paham walaupon kau tak mengerti apa – apa lagi masa tu.

Sedih aku tengok kau dik. Hari – hari kau tunggu mak balik. Tanya pasal mak. Sampai aku tak tau nak jawab apa kat kau. Tapi alhamdulillah lama – lama kau paham jugak yang mak dah takde. Hiduplah kita tiga beranak dik.

Kau mesti ingat kan, abah punya garang.. Allahu. Hari – hari aku kena baIun sebab degil. Kau yang datang seIamatkan aku dari kena dengan abah. Abah tak pukuI kau dik. Sebab kau baik. Tak macam aku. NakaI. Degil.

P4ntang dapat keluar. Memang maghrib la baru balik. Kau tak macam aku. Kau main keIiling rumah je. Kawan – kawan kau yang datang main dengan kau. Tu sebab kau tak pergi jauh. Jangan aku. Habis segala kebun getah orang aku masuk.

Balik kena tib4i dengan abah. Kau jugaklah yang tenangkan dia.. hahaha.. Terima kasih dik. Kau ingat lagi tak dik. 16 tahun lepas. Masa aku umur 16 tahun, kau plak 11 tahun. Abah pengsan masa dalam bilik air. Aku kaget dik masa tu.

Keras k3jung je kat situ tengok abah. Tak tahu nak buat apa. Tapi kau pandai dik. Kau tenang. Kau pergi lari rumah jiran kita panggil diorang datang tengok abah, bawak abah pergi hospitaI. Tapi tu la. Allah lagi sayang abah dari kita kan.

Abah meningg4I masa kat hospitaI. Tapi kali ni kau dah faham. Walaupon umur kau baru 11 tahun, tapi kau m4tang dik. Kau kuat. Walaupon kau menangis peIuk aku, tapi kau tenang hadap benda tu. Aku yang tak kuat dik.

Aku yang Iembik masa ni. Macam – macam aku fikir. Kita dah tak ade sesiapa. Kau dengan aku dah jadi anak yatim piatu. Tapi kau steady dik. Ayat kau memang power. Sampai sekarang aku ingat lagi ayat kau.

“Abah dah takde. Tapi adik ada kau lagi bang. Jangan tinggalkan adik tau. Kalau kau takde, adik takde sapa – sapa lagi dah dalam dunia ni.” Sedih aku dik. Abah pergi tak tinggalkan apa – apa untuk kita. Yang ada tanah getah 2 ekar.

Tapak rumah. Tu jelah. Itu pon ramai je sed4ra – sed4ra kita yang tanya. Kau ingatkan dik. Diorang datang rumah kita tanya pasal tanah tu. Aku h4mbat diorang dengan p4rang masa tu. Nasib baiklah kau ada dik.

Kalau tak memang dah ke dalam aku masa tu.. Hahaha.. Lepastu kita janji kan. Apa jadi pon biar kita hadap sama – sama. Jangan kita pisah walau apa pon jadi. Lagipon masa tu rumah arw4h abah ada. Bukan kita takde tempat berteduh pon.

Meeting kita dua beradik tu kau ingat lagi tak? Yang masa aku nak berhenti sekolah sebab nak m0tong getah tu? Punya beria kau halang. Susah betul aku nak yakinkan kau. Bukan apa dik. Kita masa tu dah tak ada sesiapa, kalau aku sekolah, kau sekolah, siapa nak bagi kita makan?

Akhirnya kau beraIah jugak. Tepat sebenarnya keputvsan aku dik. Antara kita berdua kau yang pandai. Aku ni belajar manjang fail je. Baik aku berenti, kerja carik duit kan. Masa tu la kau buat perjanjian. Aku kerja, kau uruskan rumah.

Gelak je aku masa tu. Umur kau baru 11 tahun dik. Nak basuh tangan dekat singki pon kau tak berapa nak sampai masa tu. Ade hati nak uruskan rumah konon.. Tapi kau usaha. Belajar masak. Belajar guna mesin basuh.

Kagum jugaklah aku walaupon kadang – kadang kau kata kau masak sambal tapi rasa arang. Pasal masak nasi pon satu hal jugak dik. Sampai sekarang aku fikir. Apa benda yang kau buat dekat rice cooker tu sampai meIetup bende aIah tu kau kerjakan.

Padan muka kau dik. Lepas tu kau kena masak nasi guna periuk. Tu la siapa suruh kau bagi jah4nam rice cooker tu. Tapi aku tak salahkan kau pon dik sebenarnya. Yela kau baru 12 tahun masa tu. Apa je yang kau tau kan. Takpe dik.

Aku faham.. Rezeki kau masa UPSR kau dapat 5A dik. Memang tepat keputvsan aku tak bagi kau berenti sekolah. Menitik air mata aku masa kau berlari – lari ke arah aku dalam kebun getah bawak slip periksa kau.

Busuk – busuk aku dengan baju m0tong tu kau peIuk. Aku bangga dengan kau dik masa ni. Alhamdulillah kau dapat sambung ke SBP. Masa ni la kita jual segala harta dalam rumah sebab nak hantar kau.

Merata kita dua beradik pusing naik motor dari kampung membawak ke pekan sampailah ke bandar mencari tin kosong dengan kotak nak jual. Kau tak malu ikut aku buat benda ni semua. Macam – macam orang mengata kita dik.

Tapi ‘biarlah,’ kau kata. Demi kau aku pekakkan telinga je dik. Cukuplah ada kau dalam hidup aku. Aku bahagia sangat – sangat dah. 5 tahun kau duduk SBP tu dik. Walaupon kau jauh, tapi aku tak penah lupa kat kau.

Dan aku tau kau tak penah lupa aku. Tiap – tiap kali kau balik mesti kau masakkan sedap – sedap untuk aku. Sampai tahap kadang – kadang aku duduk sorang – sorang kat rumah aku mengharap sangat kau balik teman aku, sembang dengan aku, masakkan untuk aku, hahaha..

Baru kau tau abang kau ni kesunyian orangnya.. Alhamdulillah. Keputvsan SPM kau cemerlang. Kau dapat tawaran pergi luar negara. Ireland. Belajar perubatan. Kali pertama aku dengar ada negara nama Ireland. Kau kata m3dic sana bagusla apa la.

Aku iyekan je dik. Bukan aku faham pon apa kau cakap. Aku ni orang kampung je. Sekolah pon tak habis. Tapi aku layankan jugak. Walau dalam hati memikir mana nak carik duit hantar kau jauh – jauh ni. Nasib baik kau ada biasiswa.

Keperluan semua alhamdulillah dapat aku adakan untuk kau. Merata kita jalan naik motor abah nak uruskan hal kau dulu dik. Ambik cop sana. Mintak tandatangan orang ni. Aku ikutkan je walaupon aku tak faham.

Asalkan kau dapat sambung belajar aku dah cukup gembira. Masa hantar kau dekat airport nak pergi sana, lama kau peIuk aku. Kau menangis. Macam – macam kau pesan dekat aku. Macam aku pulak yang nak pergi jauh.

Padahal kau yang nak pergi belajar, bukan aku. Aku kat sini tetap macam ni jelah dik oi. Pen0reh getah berkaIib3r bak kata kau. Kau marah aku sebab aku tak sedih hantar kau pergi sebab aku boleh gelak – gelak bahan kau tengah menangis.

Kau tak tau dik. Balik je rumah aku menangis kat bucu katil teringat dekat kau tau. Risaukan kau. Tapi aku percaya dengan kau dik. Aku tau kau akan banggakan aku. 5 tahun kau dekat sana. Sekali je kau balik. Sebab nak jimat duit.

Takpe dik aku faham. Aku tau masa cuti kau kerja nak cari duit tambahan walaupon kau ada biasiswa. Tapi aku silap dik. Rupanya kau kumpul duit nak belikan aku tiket ke sana tengok kau konvo. Fuh bangganya aku dapat tengok kau dik.

Menitik air mata aku tengok kau pakai jubah tu ambik skr0I. Tak sia – sia aku dating dengan pokok getah hari – hari nak bagi kau belajar. Lepas majlis tu kau bawak aku pusing – pusing negara tu. Boleh tahan sejuk kat sana.

Cantik sungguh negara dia. Seronok betul aku. Sampai lupa la macam mana bau getah sekerap.. Hahaha.. Tahun lepas kau ingat tak dik. Kau balik kampung jumpa aku. Kita sembang – sembang. Kau tanya aku bila aku nak kahwin.

Aku pelik dengar soalan kau. Rupa – rupanya kau yang nak kahwin. Kau nak bawak bakal suami kau jumpa aku. Aku ok je dik. Dia pon doktor jugak. Eloklah tu. Sama – sama faham tugas masing – masing. Masa aku walikan kau dik.

Sump4h aku tak kuat. Sebak sangat hati aku. Orang yang paling aku sayang, orang yang sentiasa ada dengan aku susah senang, nak aku serahkan dekat orang lain. Orang luar pulak tu. Aku hanya mampu doa yang terbaik untuk korang.

Maaflah sebab aku em0si masa akadkan kau. Termenangis pulak. Sori ye dik. Banyak sangat kalau nak diceritakan kat sini. Buat masa ni cukuplah setakat ni. Dan tahun ni sekali lagi kau banggakan aku dik. Kau laki bini dipanggil bertugas untuk hadap virus corona ni.

Berjam – jam kau pakai berbalut macam Iepat pisang dalam baju plastik kau tu. Tapi kau tak mengeluh. Hari – hari kau WhatsApp aku pesan macam – macam. Iye dik. Aku duduk dalam kebun getah je. Habis m0tong aku balik.

Tak ke mana. Janganlah kau risau. Aku bangga dengan kau dik. Kita bukan orang senang. Kita yatim piatu. Tapi kau mampu buktikan yang orang susah macam kita pon boleh berjaya. Aku doakan kau sentiasa seIamat meIawan virus ni.

Semoga kau dan semua her0 – her0 kita dalam KKM tabah dan kuat meneruskan usaha korang menyeIamatkan negara kita. Sekian dari aku. Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum. – Amir (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noraziah Amdan : Cara Amir pert4hankan kebun getah dan rumah pusaka dia dan Amira, h4mbatnya saud4ra dengan p4rang. Mujur ada Amira. Bukan nak bantu anak – anak saud4ra tu malah nak sapu harta anak – anak yatim piatu.

Siti Masitah Arifin : Bang, saya menangis berjurai – jurai air mata, nasib lah jugak ada part – part yang kelakar. Pandai ayatmu bang. Tahniah dah jadi abang yang baik. Buatkan saya lebih menghargai peng0rbanan abang – abang dan kakak – kakak saya. Moga bertemu j0doh yang baik.

Nor Fitriyana Ishak : Tahniah confessor, anda abang yang berjaya. Sis doakan kamu adik beradik terus bersatu, jaga menjaga antara satu sama lain dan bahagia dunia akhir4t. Adik berjaya dengan doa abangnya. Semoga adik dan suami serta seluruh warga KKM selamat dari jangkitan covid dan kita semua berjaya memer4ngi covid. Aammmiiinnnnn.

Zaiti Akhtar : Terasa sebak bila baca. Tahniah anda seorang abang yang hebat, ditinggalkan ibu ayah dalam usia yang masih kecik dan boleh berfikir seperti orang dewasa. Acik rasa kagum. Semoga Allah merahm4ti hidup anda berdua dan saling menyayangi hingga akhir. Aamiin

Shikin Muaaz : Speechless, tambah sedih bila tahu adik dia adalah frontliners saat – saat ni. Ya Allah, IindungiIah keluarga ini, limpahkan rahmat dan rezeki kepada mereka, semoga si abang bertemu j0doh dengan wanita yang baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?