Syak suami curang, mak mertua tolong jadi spy. Hp suami aku pun mertua pantau. Satu hari tu, HP suami caj, mak mertua curi baca

Kat situ baru aku tau yang perempuan dia bawak tu perempuan dari negara seberang, kerja kilang. Aku rasa masa tu macam dunia nak runtvh dah sebab perbuatan dia. Lepas pada kejadian tu memang dia mengaku semua benda yang dia buat kat belakang aku dan mintak aku izinkan dia berpoIigami.

Bab ni memang aku tak setuju sebab aku tau suami aku ni tak mampu langsung. Selama ni memang aku yang tanggung keluarga besar kami termasuk la mak mertua aku tu. Semua perbelanjaan rumah, kereta 2 biji, anak – anak sekolah memang aku yang tanggung.

Suami hanya sekadar beli barang keperluan dapur jer sebulan sekali. Cukup atau tak cukup, itu jer la yang dia mampu. Suami aku setiap hari pujuk aku untuk berkongsi dengan perempuan tu dan dia kata perempuan tu sangat paham diri dia, bagi dia semangat la, dan sayang sangat kat dia.

Hati aku s4kit dengar benda – benda ni tapi aku sabar lagi sebab aku tengah pregnant dan aku fikir aku tak boleh nak bertindak terburu – buru sebab aku fikir anak – anak. Aku berusaha untuk menangkan hati suami balik, aku layan dia cukup – cukup dan kadang – kadang lebih dari segalanya.

Aku memang sayangkan dia walaupun hati ni s4kit la setiap kali terkenang apa yang dia dah tipu aku tu tapi nampak gayanya, dia memang tak boleh tinggalkan perempuan tu. Masa ni la mak mertua aku cakap yang perempuan tu memang guna ilmu hitam diorang untuk dapatkan lelaki tempatan.

Aku tak percaya tapi dalam hati ada jugak kemungkinan benda tu berlaku. Dalam pada masa kritikaI ni, mak mertua aku sangat menyebeIahi aku dan selalu la marah suami aku sebab buat aku camni. Malah hp suami aku pon mak mertua aku pantau.

Satu hari tu, hp suami aku tengah charge kat dapur dan mak mertua ada kat dapur. Masuk la satu sms yang mencurigakan, mak mertua aku baca la. Kat sms tu tulis pasal cuci perut, makan jamu dan mintak suami aku bayar kos rawatan tu.

Bila mak mertua aku bagitau aku, memang berder4u d4rah aku sebab sms tu macam kata dia pergi kIinik untuk gugvrkan anak. Aku nangis – nangis depan suami aku tanya betul ke dia dah pregnantkan perempuan tu dan aku nak dia bersump4h dia tak buat.

Akhirnya suami aku cakap memang dia dah pregnantkan perempuan tapi bukan perempuan yang dia nak kahwin tu tapi perempuan lain. Memang mengucap panjang aku dan lepas pada tu aku terus pitam. Bila aku sedar, mak mertua aku tengah nangis – nangis dan suruh aku bersabar dengan dugaan ni.

Suami aku memang sedih tengok keadaan aku macam ni dan dia kata memang semua salah dia. Dia kata benda tu suma disebabkan pengaruh nafsu. Aku dah tak boleh nak cakap apa dah dan bermula dari hari tu, aku cakap kat diri aku yang aku mesti lepaskan diri dari suami aku selagi dia tak insaf dengan perbuatan dia kat aku.

Aku cakap kat dia yang aku dah buang semua perasaan cinta, kasih, sayang kat dia dan aku dah tak kisah lagi apa dia nak buat. Memang aku benci dengan apa yang dia buat kat aku. Tak tau la samada dia kena sih1r ngan perempuan tu atau tak, tapi pada aku memang dia yang salah.

Baru berkawan 3 – 4 bulan dah nak kahwin dan dah buntingkan orang lain plak. Aku cukup tak sangka suami aku yang sangat penyayang, baik dan hormat orang tua boleh jadi macam ni punya teruk. Memang la aku pon ada salah dan silap dalam rumahtangga tapi tu semua asam garam la, yang penting komunikasi.

Suami aku meamng tak pernah bagitau aku apa yang dia nak aku buat, semuanya dia pendam je. Mana la aku tau kalau aku buat silap atau tak. Sekarang ni suami aku dah keluar dari rumah dan aku pon dah bersiap untuk buat tuntutan cerai fasakh sebab dia tak nak ceraikan aku.

Dia kata dia sayangkan aku tapi hati dan perasaan aku dah h4ncur. Macam mana aku nak terima dia balik bila dia dah buat benda – benda terkutuk tu? Memang aku tau aku pregnant tapi kalau aku mend3rita dan mer4na setiap hari, baik la aku selesaikan cepat – cepat.

Aku harap para pembaca dapat memberi pandangan yang membina untuk aku sebab aku pon kadang – kadang tak tau sama ada apa yang aku buat ni betul atau tak. Tolonglah jangan nak mengutuk lebih – lebih sebab aku tak nak perasaan aku jadi lebih teruk dari sekarang.. Thank u all..

Sambungan.. Aku dah selamat berpisah dengan suami walaupun dengan susah payah aku ajak dia pegi mahkamah, akhirnya dia datang jugak. Mula – mula tu dia cakap kat luar mahkamah dia memang tak nak jugak lepaskan tapi aku dah cakap yang aku dah tak boleh hidup dengan dia lagi, mintak tolong sangat lepaskan aku.

Biar aku hidup bahagia ngan anak – anak. Masa tunggu kes kena panggil masih lagi bersms dengan aku kata tak nak lepas tapi oleh kerana tuan hakim masa tu memang jenis garang nak mamp0s, rasanya dia kena pr3ssure kot dengan hakim tu untuk lepaskan aku.

Masa tuan hakim tu soal aku pon aku kena marah sebab aku tak bagitau punca sebenar nak berpisah. Bila aku cakap pasal hubungan orang ketiga memang hakim tu naik angin. Aku rasa hakim tu macam tak suka pasal benda – benda orang ketiga ni.

Siap marah – marah ex-suami kata dah ada yang halal cari yang h4ram. Yang h4ram memang la best tapi esok kalau dah jadi halal, hal yang sama akan berlaku jugak sebab asyik suka yang h4ram je. Banyaklah yang dia membebel kat ex aku pastu aku tengok ex aku tu macam tak boleh hadap dah kena pr3ssure je.

Akhirnya, dia lafazkan jugak taIak kat aku. Lepas lafaz taIak tu memang rasa sedih dan sayu tapi dalam masa yang sama ada rasa lega jugak sebab dah lepas dari semua benda yang meny4kitkan hati. Tapi ex aku ni memang tak putvs asa jugak, sampai ke hari ni masih merayu – rayu dekat aku suruh rujuk balik.

Konon dah menyesal la, nak berubah la. Tapi bagi aku semua tu dah tak bermakna, dah terlambat. Terima kasih nasihat dan sokongan.. Memang banyak yang aku belajar dari para pembaca dan yang paling penting, aku tabah menghadapi semua ni dengan sokongan korang semua.. Tq very much

Insyaa Allah, aku akan teruskan kehidupan ni bersama anak – anak dengan gembira tanpa ada masalah yg memeningkan kepala. Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan Allah itu maha adil dan penyayang. Hidup ni terlalu singkat untuk kita sentiasa sedih, so better kita ceriakan diri dengan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah s.w.t supaya apa yang kita lakukan di redhai Nya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.