Aku dah tak mampu nak tanggung 2 orang isteri, aku ingat nak ceraikan isteri pertama sebab dia s4kit

Aku dah 10 tahun kahwin dengan isteri pertama tapi kami tak dikurniakan zuriat. Jadi aku kahwin lain dengan keizinan isteri pertama. Tapi sekarang dengan kehadiran dua orang anak aku bersama isteri kedua, aku rasa dah tak mampu nak tanggung dua keluarga. Tambah lagi keadaan isteri pertama yang s4kit…

#Foto sekadar hiasan. Salam min. Hide profile aku ye. Macam ini kisahnya. Aku seorang suami yang berkahwin 2. Isteri pertama aku tua 3 tahun dari aku, sekarang dia berumur 40 tahun dan aku pula berumur 36 tahun.

Aku dah berkahwin dengan dia selama 10 tahun tapi kami masih belum dikurniakan zuriat sebab isteri aku ada peny4kit yang menyebabkan dia tak boleh mengandung. Jadi sekarang dia memang sentiasa dalam keadaan kena pakai tuala wanita atau erti kata lain dah hampir 4 tahun aku tidak dapat sentuhnya.

Sebab sentiasa dalam keadaan tidak suci disebabkan diarah yang keluar dari peny4kit dia tu memang dah lama aku pun tak reti nak jelaskan macam mana pada pembaca semua. Jadi pada tahun ke-5 perkahwinan aku telah berkahwin lagi satu atas kebenaran isteri pertama aku.

Alhamdulillah 2 bulan selepas aku berkahwin lagi, isteri kedua telah disahkan mengandung dan selama 5 tahun ni kami dah ada sepasang anak . Jadi persoalannya sekarang aku tak mampu nak tanggung dua – dua bini aku ni.

Dengan anak yang sem4kin membesar ekonomi rumah tangga aku dah mula tak stabil tak tahu mana silapnya. Hubungan aku dengan isteri yang kedua ni memang ok ada anak, dia pun kerja bisnes sendiri kadang – kadang aku banyak mintak tolong dia tambahkan mana – mana yang tak cukup.

Contoh tengah bulan susu anak habis aku tengah kering dia yang beli kan. Tak ada apa aku nak ulas pasal perkahwinan ke-2 ni sebab setakat ni elok kami tak ada g4duh ke apa ke. Korang rasa patut ke aku lepaskan isteri pertama aku tu?

Sebab dari segi nafkah batin memang aku dah lama tak dapat semenjak dia s4kit. Dia tak bekerja sebab doktor nasihatkan dia kena banyak berehat di rumah. Sebelum ni kerja tapi atas nasihat doktor dah berhenti. Kalau korang kat tempat aku? Apa korang buat?

Perkongsian dan luahan dari lelaki ini nampaknya telah mendapat pelbagai komen yang mengecam tindakan dia yang ingin bercerai disaat isteri pertama memerlukan sokongan dan semangat. Walau bagaimanapun ada juga yang memberikan nasihat agar lelaki ini dapat mencari jalan dan berusaha untuk menyara kedua – dua isterinya dengan adil.

Komen Warganet :

Anna Zack Hj Ramli : Susunan hidup awak sangat baik tersusun dah. Dari isteri no 1 s4kit dia benarkan kau kahwin dengan isteri no 2. Allah kurniakan anak – anak dan kesihatan yang baik pada isteri ke-2. Allah rahm4ti keluarga awak dan isteri – isteri awak. Sekarang masalahnya hanya rezeki dari segi kewangan sahaja. Duit boleh dicari bro.

Usaha la macam mana sekali pun asalkan mampu sara kedua – kedua isteri. Hargailah isteri pertama awak, walaupun dia s4kit tapi awak masih ada tempat untuk lepaskan nafsu awak tu pada isteri ke-2. Cuma jangan dok berangan – angan nak cari bini no-3 plak.

Habis madu sepah dibuang. Kena ingat, ujian tu bukan saja ujian untuk isteri pertama tapi ujian untuk awak sebagai suami dia. Kalau awak lepaskan dia, tak must4hil hidup awak jadi lagi huru hara. Betulkan niat, betulkan diri. Betulkan dan perbaiki solat. Kalau semua ni dah buat, InsyaAllah rezeki mudah dan hati akan tenang. Jangan asyik tengok kelemahan orang lain sampai lupa dengan kekurangan diri sendiri

Cahaya Hidupku : Dekat kampung aku dulu ada jiran, suami dia Iumpuh, dia jaga suami dia walaupun hakik4tnya dia tak bekerja. Yang menyara keluarga selama ni suami dia. Tapi bila  suami jatuh Iumpuh mereka hidup ala kadar je. Makan apa yg ditanam keliling rumah, selebihnya harap anak – anak je hulur blanja rumah. Satu petang tu isteri dia datang rumah aku sembang – sembang dengan mak aku.

Baru 5 min, suami dia call rumah aku, aku jawab dan suami dia tanya sama ada isteri dia ada dekat rumah aku ke tak. Lepas tu dia mintak aku suruh isteri dia balik. Masa aku bagi tau suami dia suh balik, isteri dia ada cakap secara berseloroh, “pergi la mana – mana pon, dok tak dan panas punggung mesti dia suruh balik.”

Kalau rumah jiran tak ada telefon, suami dia akan datang dengan bertongkat heret kaki yang Iumpuh tu semata – mata nak panggil bini balik. Punyalah takut bini cari laki lain.”Tu kalau dia s4kit, kalau aku yang s4kit sah – sah awal lagi aku dah kena cerai.” Isteri dia cakap.

Jadi sekarang aku paham, betul cakap makcik jiran aku dulu tu. Isteri sanggup berk0rban apa saja demi suami tapi tak ramai suami yang sanggup berk0rban untuk isteri. Ya Allah jauhilah aku dan anak – anak aku dari berjod0h dengan lelaki seperti tt. Amin, mintak jauh!

Wan Noor Jusoh : Awak sebut kadang – kadang duit tak cukup untuk beli keperluan kan, itu maknanya awak ada melakukan kesilapan dalam menangani 2 keluarga awak. Awak bahagia dengan isteri ke-2 dan anak – anak awak. Adakah awak bahagiakan isteri pertama awak juga? Mungkin kerana itulah rezeki awak sempit… isteri pertama awak tahu dia tak dapat puaskan batin awak sebab tu dia izinkan awak kahwin dengan isteri ke-2 dulu.

Awak sepatutnya lebih menghargai isteri pertama awak, layan dia selayaknya isteri yang dicintai dan disayangi bukan anggap dia sebagai beban. Jangan jadikan keadaan kesihatannya sebagai alasan. Allah sedang menguji awak sebenarnya, sekarang masa dia, masa awak belum tahu. Kunfayakun…

Nafisah MIkhail Yusuf : Nasib wanita. Bila suami s4kit, kena jaga suami sampai akhir hayat biarpun tak dapat nafkah batin. Tapi suami blh kawin lain dan siap ada niat nak ceraikan sebab s4kit. Patutlah rezeki kau sempit, pasti ada yang tak baik kau buat. Pasti ada bini kau makan hati dengan sikap kau.

Ika Hawa : Sampainya hati jika itu niat awak. Hanya disebabkan isteri pertama s4kit, tak mampu penuhi keinginan nafsu awak serta tak dapat berikan zuriat, awak nak ceraikan dia. Awak dah bahagia dengan no 2 terus nak buang yang no 1 selepas peng0rbanan yang dia berikan pada awak.

Semoga isteri pertama awak diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan dia. Awak pulak, sila renung dan muhasabah diri. Mesti ada kekurangan yang perlu diperbaiki jika rezeki sempit.

Noor Anisah Suyot : Berani cakap macam ni sebab kau sihatkan, cuba bayangkan kalau s4kit? Isteri mana agaknya yang akan jaga kau? Ingat isteri pertama tu asbab kau dapat rezeki isteri kedua dan anak – anak, kau rasa kalau ceraikan isteri pertama, kau akan cukup duit ke sebab tanggung 1 family je?

Fikirlah baik – baik, rezeki tu Allah yang tetapkan, kalau dia nak bagi banyak cara dia bagi, kalau dia nak tarik pun mudah je. Belajarlah bersyukur dan tahu menghargai.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.