Lepas kahwin, banyak k3jutan yang aku dapat. Dia boleh ingat semua pasal pes4kit dia. Tapi handphone sendiri pun lupa nak charge. Anak tudung, stokin semua tak jumpa letak mana. Semua aku lah yang uruskan untuk dia.
#Foto sekadar hiasan. Saja meluah di sini sekadar bercerita dan melepaskan rasa. Esok anniversary kami yang ke 23 tahun. Aku berkenalan dengan Athia lepas terjumpa masa kenduri kahwin orang lain. Aku tengok dia terus jatuh hati entah kenapa dia nampak cantik di mata aku walaupun masa tu dia sedang makan tak ingat dunia.
Lepas pada itu aku mintak kawan tolong kenalkan kami. Tapi itu lah. Kawan yang nak tolong kenalkan pun tak terlalu kenal dia sebab katanya si Athia ni tak campur orang sangat. Yang aku tahu masa tu family dia baik – baik dan Athia sendiri tiada cerita tak sedap didengar.
Bila bercakap dengan dia ada vibe garang tapi kelakar. Mulanya aku tak tahu dia ni kerja doktor. Kalau aku tahu awal – awal aku tak cuba berkenalan. Tapi itu lah dah terlajak suka, proceed saja. Sepanjang perkenalan banyak berhubung dengan family dia je. Dia busy kerja kan.
Family dia langsung tak letak hantaran berapa, sekadar mampu aku, cuma diorang mintak aku support dan sokong kerjaya Athia, itu impian dia dari kecik. Ayah dia pesan Athia yang aku tengok sekarang adalah versi diri dia yang “behave”.
Aku takut juga mulanya tapi aku tak jumpa redflag pun tambah bila aku tengok muka dia rasa kasih m4kin bertambah. Lepas kahwin, banyak k3jutan yang aku dapat. Aku ingatkan dia orangnya strict dan ulat buku, rupanya kuat menyakat dan baca buku pun malas – malas sambil baring m4kin kerepek.
Lagi dia rupanya bukan doktor biasa tapi pakar. Aku tak sangka doktor pakar per4ngainya giIa – giIa ya. Dan dia antara pakar yang agak muda masa itu. Dia dekat luar pakai tudung sarung, tak make up pun, tapi dalam rumah dia bersiap cantik dengan make up.
Tak make up pun cantik. Katanya untuk aku sorang tengok dia sebab tu aku kata dia ni cantik sangat. Aku ingatkan dia ni tegas, rupanya sangat manja, clingy semualah dia. Dia boleh ingat semua pasal patient dia sampai mengigau, ingat tarikh jumpa patient dia kalau tak datang dia call, cari patient.
Tapi handphone sendiri pun lupa nak charge. Anak tudung, stokin semua tak jumpa letak mana. Semua aku lah yang uruskan untuk dia. Lepas setahun kahwin kami dikurniakan seorang anak lelaki, lepas 3 tahun dapat lagi sorang anak lelaki, abang dan adik keduanya comel masa tu sekarang dah berjambang, haha.
Hal – hal rumah tangga dan mendidik anak banyak aku lah sebab Athia kerja tak tentu masa dengan oncall nya dia balik rumah dah macam zombie tapi selalu tersenyum. Aku pulak kerja office hours, jadi aku lah banyak di rumah.
Aku okay buat semua kerja rumah memang tugas aku. Athia akan bantu aku bila dia cuti atau dia sempat. Athia pandai masak cuma jarang je dia masak haha. Aku okay je lama – lama aku pun boleh jadi masterchef tau. Athia selalu cakap memang dia nak aku yang didik anak – anak supaya jadi soft spoken dan gentleman macam aku. Haha. Done angkat bakul sendiri.
Athia kata dia tak nak anak – anak cakap memetir macam dia, haha. Apa – apa pun anak – anak tetap rapat dengan mummy bila ada masa terluang memang Athia betul – betul spend masa dengan anak – anak dan aku. Aku kesian tengok Athia kerja penat dan pernah suruh dia ambik offer private with better pay and working hours.
Tapi Athia ada satu prinsip untuk terus berkhidmat di hospitaI kerajaan dan bantu ramai orang. Dia selalu cakap ilmu dia ini amanah untuk dia guna tolong orang lain, memang jadi doktor bukan untuk kaya dunia, tapi kumpul untuk akhirat, so dia okay dengan gaji dia yang mampu selesa walaupun tak mewah.
Penat dia harap dibayar Tuhan dengan yang lebih baik selain duit. Penat lelah dia air mata bukan sikit yang tumpah kerana tekanan kerja dan pes4kit. Dia sayang ya pes4kit dia. Kalau ada yang tak surv1ve, dia murung berminggu. Itu aku kagum tentang dia.
Watak kami macam terbalik aku macam mummy, dia yang macam papa. Haha. Walaupun dia jarang uruskan rumah, satu per4ngai dia ni suka sangat sental jamban. Tahap bersih dia bukan biasa – biasa. Dapur pun sama berkilat je, dia tak masak, aku yang masak. Tapi bab menyental dapur, dia rajin ya.
Athia isteri aku yang taat. Walaupun dia berjawatan belajar tinggi, dia selalu buatkan aku rasa penting, tak pernah membelakangkan aku. Aku rasa dihargai. Walaupun ada orang t0xic yang advise aku jangan bagi bini pijak kepala, Athia tak pernah sesekali pun buat aku rasa macam tu.
Tak pernah dia perkecilkan gaji aku yang kecik berbanding dia. Nafkah dia aku tetap bagi walaupun aku tahu dia lebih dari mampu untuk sara diri, itu tugas aku. Athia tak pernah demand apa – apa dari aku. Saja aku mengusik dia pada anniversary kami yang ke 15, aku kata tiada hadiah untuk dia.
Athia senyum ye, dia cakap akulah hadiah dia yang paling berharga. Haha, berbunga aku sampai sekarang. Aku paling suka pura – pura tidur bila aku tahu Athia selalu akan civm aku dan selimutkan aku masa aku dah tidur.
Athia selalu mengusik, hubungan kami selalu ceria. G4duh mesti la pernah tapi tak pernah aku atau dia tinggi suara. Kami masing – masing akan duduk diam dan muhasabah diri. Tak pernah la g4duh sampai lebih 2 hari. Bila dia oncall aku dan anak – anak akan rindu dia.
Sampai dia postcall tak sabar tengok muka yang sentiasa senyum dan lawak dark humor dia haha. Saat ini dia tak lagi oncall, inshaAllah dia sedang berehat sepuasnya. Kami sangat rindukan dia rasa macam dia masih ada.
Dah bertahun dia pergi aku masih macam ini lah tak move on mungkin. Masih rindu nak buat kan kopi untuk dia pagi-pagi dan dengar dia panggil “papa mana stokin mummy?” Aduhai Athia isteriku.
Anak – anak dah dewasa Athia sayang. Kalau Athia tengok diorang sekarang mesti happy. They grow up just like how you wished. They are gentlemen, soft spoken, well behaved, brilliant just like you and most importantly they are good in cooking and housekeeping. So now papa can relax and wait for my days where I will be together with u again. InshaAllah. – Yang terlalu rindu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Aida Mat Daud : Jarang baca cerita nukilan seorang suami yang menghargai isteri. Memang ramai suami yang baik – baik tapi tak ramai yang menulis untuk berkongsi. Semoga jadi panduan lelaki – lelaki yang lain bagaimana untuk membahagiakan isteri dan anak – anak.
Nur Azimah Kamarudin : Saya percaya, ini cuma salah satu nukilan TT mengenai bid4dari beliau. Dari lenggok bahasa dan penulisan TT, saya yakin yang TT selalu meluah kerinduannya melalui penulisan yang indah begini untuk dibaca oleh anak – anak beliau kelak.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.