
Aku ingat nak jaga ibu yang dah tua. Rupanya, selama ni dia tahu aku m4ngsa nafsu serakah suami dia. Perasaan benci muncul dan membuak – buak bila terpandang muka ibu. Kenapa dia tak pertahankan aku??
#Foto sekadar hiasan / AI. Hai aku Aefa (bukan nama sebenar). Maaf jika luahan aku ni sedikit panjang. Aku cuba hidup macam manusia normal, hakik4tnya otak aku bising macam pasar. Dari kecil aku dibesarkan oleh nenek sebelah ibu. Kenapa bukan keluarga sebelah bapa yang besarkan? Sebab aku anak h4ram!
Peritnya membesar dengan gelaran anak h4ram, hanya Tuhan ja yang tahu. Walaupun aku cuba pujuk diri, bukan salah aku dilahirkan dengan gelaran tu, tapi aku insan lemah, tetap kalah dan nangis bila diejek dengan gelaran anak h4ram oleh kawan – kawan sekampung dan saud4ra mara.
Membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang ibu dan ayah.Tapi nenek selalu pujuk aku. Nenek beri kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Al-fatihah untuk nenek aku. Ibu aku? Dia kahwin lain selepas aku dilahirkan. Lepas adik lahir, dia bercerai. Tak lama lepas tu, dia kahwin lagi.
Dunia dia hanyalah duit, duit, duit, dan duit. Dia tiada masa nak layan aku sebagai anak dia. Bila nenek dah meninggaI, aku terp4ksa tinggal bersama ibu. Di sinilah sejarah hitam aku bermula. Aku ingat aku boleh rasa kasih sayang sebuah keluarga bahagia. Rupanya angan – angan sampah!
Aku menjadi m4ngsa nafsu serakah suami ibu aku walaupun masa tu suami dia dah berumur lewat 60an. Pen4mpar, m4ki hamun, sindiran, pukuIan, apa jer yang aku tak pernah rasa? Lapar? Mintak nasi kena pukuI sampai berbirat badan. Dengan secebis iman, aku teruskan hidup.
Setahun tinggal bersama mereka, bagaikan seratus tahun. Dengan result upsr yang baik, aku ambik keputusan untuk tinggal di asrama bila dah masuk sekolah menengah sampailah habis spm. Dah habis spm, aku kerja dan apply belajar jauh dari keluarga. Aku tak nak duduk rumah! Aku nak jauh dari keluarga!
Berbekalkan wang biasiswa, pandai – pandailah hidup. Masa ni ibu aku termakan fitnah dan hasutan suami dia, cakap aku dok dengan jantan. Aku tinggal di asrama, waktu praktikal aku sewa bilik, housemate aku semua perempuan tulen. Tapi aku pilih untuk maafkan ibu aku. Sebab aku pikir, baik buruk, dia tetap ibu aku.
Dah habis belajar, aku tekad nak kahwin dengan lelaki yang boleh terima aku seadanya. Bapak tiri aku marah giIa bila tahu aku nak kahwin. Lepas kahwin aku bawak diri jauh tapi masih contact dengan ibu aku. Sebab aku pikir dia ibu yang mengandungkan aku, yang lahirkan aku ke dunia ni. Aku taknak kehilangan doa dari keramat hidup aku.
Aku balik ziarah dia sekali sekala jika berkesempatan walaupun jauh. Jumpa curi – curi tanpa pengetahuan suami dia. Dalam tempoh hampir 20 tahun ni, ibu selalu pujuk aku, suruh aku berbaik dengan suami dia. Memang takla! Baru – baru ni terjadi krisis antara ibu dan suami dia. Dia larikan diri datang ke rumah aku.
Aku ingat aku dah move on dari tr4uma dan kisah lampau. Ya lah, sebab ibu aku dah tua kot. Aku berazam nak jaga dia dengan penuh kasih dan sayang. Tapi aku silap! Dia tak pernah berubah. Dan paling meny4kitkan, dia tahu aku jadi m4ngsa nafsu serakah suami dia!
H4ncur luluh hati aku hanya tuhan yang tahu. H1na sangat ke aku sebagai anak h4ram sampai macam ni sekali dia buat ke aku? Kenapa dia tak pert4hankan maruah aku? Kenapa dia keep p4ksa aku suruh aku berbaik dengan suami dia selama ni?
Sumpah aku down giIa. Aku dari ikhlas nak jaga dia, sekelip mata, ikhlas tu ghaib! Tetiba perasaan benci muncul dan membuak – buak bila terpandang muka ibu. Aku dah tak mampu berlakon kononnya aku baik – baik saja. Kini aku ambik langkah menjauhkan diri dari ibu dan semua orang.
Walau ada yang cakap aku anak tak kenang budi, anak derh4ka, anak lupa d4ratan, aku pekakkan telinga. Aku betul – betul dah taw4r hati untuk berbakti pada ibu. Apa yang aku hadap selama ni terlalu meny4kitkan! Aku cuba untuk berdamai dengan takdir.
Aku cuba move on dari kisah silam yang meny4kitkan, tapi aku tak boleh, aku tak kuat. Untuk ibu, maafkan saya kerana saya tak boleh nak jaga ibu dan jadi anak yang bertanggungjawab dikala ibu dah tua. Lvka yang ibu beri pada saya selama ini terlalu dalam.
Cukup – cukuplah suruh sanak saud4ra ibu call dan pujuk saya. Mereka tak tahu apa yang hadap selama hidup dengan ibu. Mereka tak tahu dan tak pernah ambik tahu tr4uma saya. Saya takkan sesekali bukak aib ibu di mata sanak saud4ra ibu.
Maafkan saya kerana selama ini saya sebagai anak h4ram ibu, memilih untuk lahir ke dunia ni sebagai bukti d0sa ibu, men4gih simpati, men4gih kasih sayang ibu selama mana saya hidup. Untuk anak – anak tak sah taraf di luar sana, please jangan sesekali w4risi d0sa silam ibu bapa kita.
Biarpun ada mulut pu4ka yang cakap ‘anak h4ram akan ulang kesilapan ibu bapa dia, akan lahirkan anak h4ram,dan begitulah seterusnya!’. Buktikan mereka salah! Kita mampu lahirkan anak – anak halal, mampu berikan didikan dan keluarga yang sempurna untuk anak – anak kita. – Aefa (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Maya Mohd : Hugs Aefa. You did the right thing, bawa diri jauh – jauh. Memang kita sendiri yang perlu ubah nasib kita. Sedih baca part kena t4mpar, pukuI semua itu.. k3jamnya manusia!! Bab ‘anak h4ram’ itu kenapa satu kampung diberitahu?
Cukuplah hanya parents dan nenek saja yang tahu. And it’s not your fault at all! Alhamdulillah dalam kepayahan hidup, TT pandai dalam academic. Jodoh juga mudah. Semoga TT bahagia hingga ke Jannah dengan husband dan anak – anak… AAMIIN.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.